MEMPELAJARI ILMU AGAMA JIHAD PALING MULIA

...~ASSALAMUALAIKUM~...




Daripada Abu Musa, katanya, Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud:

    Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan jatuh ke bumi. bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tetapi menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum ( binatang ternakan dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam.
 
   Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. (Hadith riwayat al-Bukhari)

     Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap Muslim cukup banyak. Pelbagai tarbiyah yang dilalui  sahabat Rasulullah hingga bukan saja menjadikan mereka memiliki iman teguh, bahkan membentuk menjadi generasi terbaik.

    Allah berfirman yang bermaksud: '' Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan ( hati mereka di atas kebenaran).'' (Surah an-Nisa, ayat 66)

Maka, mempelajari ilmu agama termasuk medan jihad yang paling mulia. Dengan ilmu itu seseorang dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain. Sekali gus, menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat). Dalam erti kata lain bahawa dia bukanlah ulama bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud:
''Antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan.''(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan ulama untuk mendengarkan nasihat mereka. Itulah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya. Denagn itu, mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

Wallahhualam.. semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.

No comments:

Open Cbox