UPSI HOCKEY INDOOR OPEN 2012

ASSALAMUALAIKUM...sebenarnya even ni dah lama lepas.tapi baru kali ni aku berkesempatan untuk menulis berkaitan ni. pada 19.20 dan 21 oktober 2012 aku terpilih menyertai team usm ke pertandingan hoki  dalam dewan terbuka upsi 2012.seronok la,first time main indoor peringkat universiti.sebelum ni main atas court bola tampar je dengan court tenis je.
  aku join team B untuk pertandingan ni,.nasib tidak menyebelahi kami,kami hanya mampu sampai hingga ke peringkat suku akhir je,sedih la,dah hampir2 nak masuk separuh akhir dah.tapi takpa la,tu bukan rezeki kami, lagipun ni penyertaan pertama kami, lebih kepada pendedahan dan sebagai pengalaman.apa-apa pun..memng mnarik dapat join tournament macm ni.......semoga aku masih ada,waktu dan peluang untuk join even macam ni di lain hari dan waktu.

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)


Assalamualaikum...alhamdulillah..untuk entry kali ini aku akan coretkan serba sedikit mengenai  PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39 yang baru saja berakhir. Ini merupakan kali pertama aku menyertai pertandingan ini walaupun sudah lama berhasrat. Aku join pesta ni under team USM B. Kami join 2 kategori iaitu kategori IPT dan OPEN MEN CLASSIC.,.,.dalam kategori ipt kami gagal melepasi peringkat kumpulan manakala team A menyandang naib juara apabila tewas kepada upsi.
  Walaupun kecewa dengan kegagalan mara ke pusingan kedua,kami tetap optoimis mampu mencapai sesuatu dalam kategori open men classic. Kemaraan kami tersekat pada peringkat separuh akhir apabila ditewaskan dengan mudah oleh sekolah sukan bandar penawar yang sememangnya tough dari segi basic dan sebagainya. Memasuki peringkat separuh akhir sahaja sudah melayakkan kami untuk menaiki podium menerima hadiah wang tunai dan medal yang disampaikan oleh YM RAJA DR NAZRIN SHAH..pemangku sultan perak.
PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39
sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan

PEST HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
sabar menanti untuk menaiki podium bagi menerima medal

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,
saat dikalungkan medal oleh raja dr,nazrin..nerves oo..

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
pertama kali naik podium..hahahaha..


PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
bersama rakan sepasukan serta manager...huhu

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
no komen

pesta hoki usm, usm -penang international hockey, usm, hockey, field hockey, usu hockey turf,
gambar kenangan bersama team B kategori  IPT
   Semestinya ini merupakan kenangan manis dalam hidup aku walaupun ini hanyalah penyertaan pertama aku.insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki dan terpilih aku akan join lagi pesta hoki ni.


facebook : https://www.facebook.com/pestahokiusm
web         :http://www.usm.my/



AKU DAN PALAPES USM

Assalamualaikum...pembaca yang budiman..
entri kali ni aku nak cerita la sikit pasal palapes.sebelum masuk usm memang aku dah tahu pasal palapes ni.sebabnya aku memang minat.tapi,ada jugak kata-kata yang menyarankan aku supaya jangan masuk palapes sebabnya,nanti aku sibuk sangat la,tak sempat nak buat kerja kursus,takda life kat universiti dan macam2 lagi la..tapi aku buat diamkan je.
bukan apa,palapes ni kiranya ganti kepada hasrat aku nak upnm yg berkubur .hahaha..bagi aku bidang ketenteraan ni menarik,walaupun lasak n teruk jugak la,tapi tu semua waktu tu,tika itu,,kita kena melihat kehadapan.banyak sebenarnya kebaikan yang aku bila masuk palapes ni,aku jarang keluar ke pusat bandar,shopping complex atau apa la untuk suka2 bazir duit,sebab masa aku agak terhad.secara tak langsung didik aku untuk belajar menghargai duit hasil pena lelah mak aku untuk membiayai aku di universiti.elaun pun dapat,secara jujurnya bukan elaun yang aku kejar.tapi masa depan yang aku kejar.cita-cita aku seperti yang aku post dahulu ialah seorang tentera.tapi,di usm ni aku ambik kursus ilmu pendidikan yang dikatakan menjamin pekerjaan oleh semua orang.hakikatnya,berita yang bari diterima hasil mesyuarat pusat pengajian ilmu pendidikan,course sastera dengan pendidikan yg aku ambil pada tahun merupakan course ''open market''.apa itu open market?? maknanya kami tidak dijamin peluang pekerjaan sebagai seorang guru..berapa tahun kami perlu menunggu selepas tamat pengajian untuk dihantar mengajar? 2 tahun? 3 tahun?? itu semua bergantung kepada rezeki.kami sebenarnya teraniaya.
bila benda ni semua berlaku,aku teringat kembali cita-cita aku sebagai seorang tentera,..itu semua aku tak pasti,aku tak tahu,masa depan adalah rahsia Yang Maha Esa.aku rasa lega sangat sebab masuk palapes,ni la back up masa depan aku.aku harap aku mampu hadapi  latihan sepanjang 3 tahun yang mendatang ni.

cuti pertengahan sem seminggu ni aku tak balik rumah ,ada latihan berterusan,pra annual kem.memang taff kem ni,tapi alhamdulillah aku berjaya hadapi.banyak suka duka yg dilalui.harapnya annual kem yg sebenar nanti aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.pengalaman tidur atas lantai di markas palapes beramai2,makan makanan askar,minum air sungai,pakai baju yang sama hampir seminggu,tidur 2-3 jam,berjaga tengah malam higga ke pagi tanpa pakai baju di hutan memang pengalaman yang mencabar.
yang menariknya bila lalu kawasan kampung jalan kaki dgan pikul beg n bawak senjata,budak2 dok panggil abg askar.naik trak orang tegur..(mcam aku kecik2 dulu la) huhuhu.gali kubu,tembak m16 guna peluru kapur..memang seronok..berjemur tengah panas yang macam padang jarak padang terkukur..adoiii..kulit memng berkilat la jawabnya.hahhaha..yang penting mental kena kuat.semua benda jadi kalau kita enjoy..tapi kalau kita stress aku rasa memang susah la nk bertahan.perempuan boleh buat kenapa laki tak bleh buat? tu la kadang2 aku kagum la dengan semangat wirawati-wirawati ni.

.gambar tak banyak la waktu pra annual kem sebb tak bawak kamera.bukan apa,mlas nk pikir sal benda2 tu...huhuhu..ad la sikit gambar kenangan..

fiktik..aku kena g masak pulak..hahahha...

geng2 fiktik memasak

dah puas menembak ,time cuci senjata la pulak..yg ni boring skit..hahaha
tembak best,nak cuci,,adoiii,malas oo

dengan baju loreng serba baru lagi sebelum dilanyak...hahah

poss dlm bilik je la skarang sejak ad roomate ni..hahahah

putih dah aku..tgok la belakang aku tu,,lapang ja..time tengah hari..perrrhh,,

palapes usm, palapes darat, usm rotu, army rotu, padang meha, wataniah
hahahha...yg ni geng2 fiktik tube plak...kena fiktik saja aku...waktu ni best,tido berbumbungkan langit,
berdindingkan angin dan berlantaikan tanah..hahaha...

yang ni dah balik kem..penat ooo..

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Assalamualaikum kepada pembaca dan pengikut yg dikasihi sekalian..huhuhu
kali ni aku nak ceritakan serba sedikit berkaitan projek yang telah aku dan ahli kumpulan aku laksanakan.kami di dikehendaki membuat satu program khidmat komuniti bagi memenuhi tuntutan kerja kursus subjek pga 103.setelah difikirkan akhirnya kami memustuskan untuk buat di HADHANAH PUSAT ISLAM USM,,,lokasi yang dekat memudahkan serta menjimatkan kos perjalanan..huhuhi
pusat asuhan ni menempatkan kanak-kanak berusia 4 tahun.
dalam kepala aku dok pikir, 4 tahun?? erm,,boleh la...budak besar2 la jugak kot..9aku tak pandai agak umur sebenrnya) huhuhu...
sampai je kat sna,masyaaAllah,,kecik2 nya budak,dalam kepala dah pening dah dok pikir ni.aku plak dapat tugas  ajk permainan.aku yg kena rangka permainan-permainan sukaneka untuk budak-budak ni,aduhaii...
list permaianan dah ada.yg dok risaunya,sesuai
ker dengan budak-budak ni?? erm...
bincang2 punya bincang,buat je la,kami ambik yang mana sesuai je la,masa di bagi pun 2 jam je.budak ada dalam 23 orang.tengok2 la ek sedikit gambo2 yang dapat disertakan..huhu


permainan yang dirancang:
1.tiup tepung
2.kerusi muzik
3.isi air dalam botol
4.lambung belon dalam bakul
5.bawa bola pingpong dalam sudu
6.kutip gula2..

sebelum bergerak ke lokasi..hehehe
sukaneka, main belon, kanak-kanak, usm,
acara isi air dalam botol..huhuhu

di hadhanah pusat islam..sepuluh orang semuanya.5 laki 5 perempuan...sorang lagi jurukamera.

..pelik je aku tengok budak2 tu tengok zulhakim..huhuhu

main lontar belon masuk dalam bakul..feveret budak2 la ni..sebab belon diisi air..

no komen..hahahah

best..budak2 pun ceria...walaupun baru 4 tahun...

budak baju biru tu namanya adam..yg sebelah tu aku tak ingat..hehehe

dah macam satu keluarga la pulak aku tengok...hahahha

ermmm....peace!

sesi last,makan kek.best jugak suap kek kat budak2 ni..huhuhu

selera deme aku suap..hahahha


ayat je ni,,hahaha...


buat apa ntah budak2 tu..aku pun tak ingat dah

khusyuk semacam je budak ni...keseimbangan tu penting..ehehe


senyuman seorang budak ..hahahha..ikhlas gitu..

main2 ngan budak2...penat jugak oo

yang ni pulak acara last ni...kutip gula2..memang seronok la depa.
penyampai sedikit cenderahati di akhir program

suap menyuap kek..yg baju putih ni kuat makan jugak oo..badan jo kecik..hahaha

hadhanah pusat islam
gambo kenangan...hahahah

memng seronok la buat prgram ni..main2 ngan budak..sedih pun ada bila dah nak berpisah..budak2 pulak dok tanya,"'esok abg mari lagi ker?"" siap ada yg nangis pulak tu..adoii..tersentuh jiwaku..hahaha..
walaupun tak semua aktiviti dapat dijalankan,tapi kami semua enjoy.termasuklah budak2 ni..huhuhu

AKU DAN HOKI USM

Alhamdulillah...selesai sudah KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN PUSAT SUKAN TUMPUAN HOKI USM 2012....walaupun nasib tidak menyebelahi team hoki lelaki usm,tetapi kami bersyukur mendapat tempat kedua setelah tewas 1-2 kepada politeknik(gabungan pemain politeknik seluruh malaysia)..ni merupakan game pertama aku main wakil usm..sebagai pengalaman...kalau ada rezeki insyaAllah lepas ni banyak lagi kejohanan2 yang akan datang..











pusat sukan tumpuan hoki, usm hoki,

Tips: Cara Nak Halau Roomate Paling Haprak!


Tips: Cara Nak Halau Roomate Paling Haprak!


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg kau & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah belah dah skrg”.

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak- dah merebak”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi”…

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate kau “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

14. Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. – Giler Kentang!

GAMBAR-GAMBAR MENYENTUH HATI.........


koleksi gambar ini sekadar memaparkan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh makhluk yang bernama manusia di luar sana,.kita mungkin tidak ambil peduli kerana mereka bukan adik beradik kita atau saudara mara terdekat kita,tetapi cuba kita bayangkan jika ini nasib yang dialami oleh ahli keluarga kita?? bagaimana perasaan kita? semestinya kita perlu bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita nikmati pada hari,nikmat kemerdekaan yang semakin kurang dihayati oleh generasi muda..



adakah adik-adik atau anak-anak kita mengalami nasib sebegini? ..


Benar - benar tersentuh melihat keadaan adik ini....sama - samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka disana dan semoga Allah kekalkan nikmat yang kita perolehi hari ini..Amin

"Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. "

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?





ImageImage




gambar-gambar ini hanyalah sekadar menyedarkan diri penulis dan juga pembaca. saranan selalulah lihat gambar-gambar begini. carilah di google, yahoo, msn, dan dimana-mana pun supaya kita lebih menginsafi diri. supaya kita lebih menjadi manusia yang besyukur dengan segala kurnian Yang Maha Esa. ya, tidak dinafikan ini bukan negara kita. negara kita aman. makanan berlambak-lambak sehinggakan kajian menunjukkan ramai rakyat malaysia mati sebab terlebih makan. tapi mereka? tak cukup makan!  jika kita tak mensyuuri nikmat yang ada dan kita kecapi  sekarang.tak mustahil inilah yang akan anak cucu cicit kita hadapi kelak.




Imagemiskin, afrika, kebuluran, gambar yang menyayat hati, kebuluran global

Open Cbox