THE SECRET WAR ( 1 )

HAHAHA.... Acah betul la tajuk entri aku ni,, bajet betul dah macam tajuk novel. novel?? oh tidak.. tiba-tiba aku teringatkan  cerita-cerita aku kat wattpad yang dah lama tak update tu. tapi kan tiap kali update blog pun aku cakap benda yang serupa juga kan. bila nak update, bila nak update sampai aku sendiri pun naik jemu nak membacanya. orang lain aku tak tahu la macam mana. tapi kalau aku snediri agak jemu jugklah. cerita dah la entahj apa-apa. fuyoo... panjang pulak mukaddimah entri aku ni. Hahaha..

Sectret War ni bukanlah peperangan antara negara, antau angata bangsa mahupu negeri apatah lagi daerah.  Dengan jiran lagi la tak mungkin. Tapi Secret War ni adalah peperangan dalam diri iaitu peperangan dengan diri sendiri yang mana hanya kita sahaja yang tahu dan hanya kita shaaja yang rasa.

Dan sekarang ianya berlaku lagi dan akan sentiasa berlaku. Puncanya adalah konflik dalam diri yang mana tidak semua orang akan faham kecuali pemilik tubuh itu sendiri. Sebelum anda mengerutkan dahi tidak faham apa yang sedang aku bebelkan, baca semula ayat di atas. Aku menulis untuk peringatan diri aku dan hanya aku sendiri yang faham. Jika anda faham, itu adalah kelebihan anda. Harap anda  mengerti.

Berbelas tahun dahlu lagi 'perang' ni tercetus iaitu ketika aku sudah dapat berfikir membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk dan akibatnya. sejak hari tu, aku mula 'berperang' dan ianya belum berakhir dan aku sendiri tak tahu bila akan berakhir.

Aku tidak bercakap tentang orang lain. Aku bercakap tentang diri aku.

Yang terbaru buatkan aku berfikir dan berfikir. Sampai bila?? Mungkin ini petanda atau petunjuk untuk aku walaupun sehingga ke Hulu Terengganu aku pergi. Mungkin inilah dia. Aku berhabis wang ringgit masa dan tenaga. Tapi jika ini adalah 'turning point' untuk aku, Alhamdulillah. Bercakap tentang Hulu Terengganu, sekarang ketika saat aku menyambung catatan ini aku sedang berada di sebuah gerai di Stesen Bas Kuala Berang, Terengganu. Semua orang hairan kenapa aku ke sini. Kata mereka ini tempat jin bertendang, itu aku tak tahu. Kata mereka aku gila, ini pun aku tak tahu. Apa yang ada di Kuala Berang? Bagi aku disini tiada apa-apa secara fizikalnya untuk aku pandang. Ianya soal dalaman seperti mana tajuk entri aku kali ini.

Yup, aku mengaku, aku juga tak tahu apa yang aku cari disni dan apa yang membawa aku kesini. Mereka masih bertanya dan mereka masih hairan. Disni tiada apa-apa. Cuma pekan kecil dengan penemuan seketul batu bersurat yang mengukir namanya dalam catatan sejarah tanah air. Untuk sampai kesini kali kedua aku rasa mustahil melihatkan keadaan sekarang.

Berpeluh di dalam persekitaran berhawa dingin tidak mengejutkan apabila jiwa bergelodak resah akan sesuatu yang tidak berpenghujung. Menendang-nendang untuk dizahirkan dalam titisan air mata. Tetapi seketul daging merah bernama hati kental mengeras tidak mengalah. Masanya akan tiba. Pasti tiba.

Ianya sukar tetapi tidak mustahil. Bermula dari bawah mendaki sedikit demi sedikit.


Berakhir Sebuah Penantian , Bermula Sebuah Perjalanan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Agak lama tidak membebel di ruangan yang semakin kelam dan sunyi malah bertambah kusam pula ini. Sibuk? oh tidak... ianya baru sahaja hendak bermula. Malas?/ Sudah tentu.. itulah punca utama menyumbang kepada kesunyian entri beberapa waktu dan ketika ini.

Alhamdulillah, sebaik sahaja keputusan keluar, hanya lafaz syukur yang mampu aku ucapkan. Aku tamat praktikal kira-kira bulan mei tahun lepas dan kemudiannya habis belajar di USM  pada bulan Oktiber secara rasminya yang kemudiannya secara rasmi aku menjawat jawatan penganggur selama beberapa bulan. Setelah melalui proses temuduga dan sebagainya, akhirnya aku telah ditawarkan untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.

Sungguh, debaran sewaktu hendak menyemak keputusan penempatan sangatlah mendebarkan. Perkara utama bermain di fikirkan aku, ''adakah pilihan aku sama ada Perak ataupun Pulau Pinang di terima?''. Dan jawapannya adalah tidak. Ya, aku telah ditempatkan disebuah negeri yang sememangnya cuba untuk aku elakkan disebabkan jiwa luar bandar aku menebal. sebaik sahaja terpampang perkataan SELANGOR, aku cuba membaca berulang kali. segala yang ditulis aku baca, teliti dan perhalusi. Semuanya benar belaka, tiada sebarang ralat pada nama ataupun nombor kad pengenalan aku. Dan yang paling utama, apa yang mata aku sedang lihat.

Kemudian aku mula memberitahu keluarga aku. Dan reaksi mereka, ''kenapa jauh sangat?'', lalu aku membalas ''sudah rezeki aku disana''. dan itulah jawapan yang aku gunakan untuk mejawab persoalan yang sama daripada pelbagai pihak. Kenapa itu yang aku jawab? Sebabnya aku patut bersyukur mendapat posting awal dan masih ramai rakan-rakan seperjuangan yang menanti panggilan temuduga yang entah bila akan tiba. Jadi, wajarlah untuk aku bersyukur, kurangkan merungut dan persiapkan diri untuk sebuah perjalanan yang baru dalam  kehidupan aku.

Persiapan demi persiapan aku lakukan hinggalah kepada beberapa perkara yang semenangnya bukan rezeki aku untuk selesaikan perkara tersebut ketika itu juga. Masalahnya berpunca daripada kad pengenalan aku (yang sebenarnya berpunca daripada sikap aku) yang rosak cip dan perlu dibuat baru. Setelah bertahun tertangguh akhirnya dapatlah aku kad penegnalan baru. maka dengan sukahatinya aku tunggu hari isnin nak buat KWSP di cawangan Gerik. Malangnya nasib aku apabila KWSP di gerik hanya dibuka pada hari isnin dan kebetulan isnin mendatang tu adalah hari cuti peristiwa sempena dengan Pertabalan Agong. Aku masih bertenang dan cuba google KWSP terdekat dan hasilnya terdapat cawangan KWSP di Baling. maka keesokkan harinya iaitu selasa aku terus ke baling dengan menaiki bas. Malang berganda buat aku apabila Kedah mengambil cuiti peristiwa sempena Pertabalan Agong pada hari selasa tersebut. Berganda lagi malang apabila KWSP cawangan Baling sudah lama ditutup. Huhuhu. Terkedu aku di hentian bas Baling. sia-sia perjalanan aku pada hari itu. isnin berikutnya dimana hari sepatutnya aku pergi ke Selangor untuk melapor diri juga merupakan hari cuti iaitu Hari Buruh. Mahu atau tidak aku terpaksa juga buka KWSP di selangor di mana tempatnya pun aku tak tahu.

Yang sebenarnya debaran aku belum belum berakhir lagi apabila aku belum tahu di daerah mana atau sekolah mana aku akan ditempatkan. Jadi untuk urusan mencari rumah sewa dan sebagainya memang tidak dapat dilakukan lagi dan ini sebenarnya adalah cabaran yang besar bagi aku.

1 haribulan aku bertolak ke Selangor dan destinasinya adalah rumah pak cik aku di Sungai Besar. Seawal jam 6 pagi kami bertolak menaiki kereta abang ipar aku yang mana aku terpaksa membebalkan telinga disebabkan kesilapan aku sendiri yang tidak memaklumkan lebih awal untuk meminta tolong dia menghantar aku ke Selangor. Mana tidaknya, kereta nak jalan jauh tapi tak servis.

Sampai di Selangor kami terus ke Hospital sebab sepupu aku yang sebaya dengan aku masuk wad akibat denggi. Tapi hari tu dia dah boleh keluar. Buat pertama kalinya aku pergi ke rumah pak cik aku. Sebelum ni aku memang tak pernah pergi dan permandangan sawah padi melatari landskap di sana. Seronok bagi yang gemar dengan suasana sebegitu. Aku semenangnya la. Tambah pula boleh mancing. Lagi best kalau dapat berkubang dalam lumpur sawah tangkap ikan puyu, sepat, keli dan haruan.

Keesokkan harinya seawal jam 6 pagi aku, abang ipar aku dan pakcik aku kami bertolak ke SJK(C) Kong Hoe, Klang untuk aku menhadiri taklimat penempatan seterusnya mengambil surat penemapatan yang akan menyatakan dimana aku akan ditempatkan. Suatu debaran kecil dan terakhir sebenarnya. Hampir 2 jam juga perjalanan sebenarnya untuk kesana.

Setelah selesai taklimat diakhir sesi kami diberikan surat tawaran yang diletakkan di dalam sampul surat. Ini juga menimbulkan debaran dan saspen yang hebat juga. Pelbagai reaksi bakal-bakal guru dapat dilihat. Aku hanya memerhati saja sambil memegang sampul yang aku sedang cari kekuatan utnuk mebukanya. Setelah mengetahui lokasi penempatan kawan-kawan yang lain, aku terus ke satu sudut yang jauh sedikit daripada keriuhan untuk membuka sampul surat.

Reaksi pertama aku apabila melihat pernyataan di dalam surat tersebut ''Kat mana ni? aku tak pernah dengar pun nama.'' Seperti keputusan temuduga dahulu, lama surat ditangan aku tenung. Kemudiannya aku mengambil gambar dan hantar kepada keluarga, kawan dan mereka-mereka yang dikira penting kepada aku melalui whatsapp. Mereka perlu tahu dahulu perkara ini. Kerana mereka tulang belakang aku.

Lepastu aku cuba tengok dalam group whatsapp Selangor kalau-kalau ramai yang dapat sekolah yang sama. Malangnya setelah beberapa lama aku tunggu, hanya seorang perempuan yang ada. Aku agak gementar. Tapi tak lama lepas tu aku dapat mesej. Ada orang nak tumpang aku pergi ke sekolah yang sama disebabkan kami sekolah sama. Disebabkan dia gunakan 'awak' dalam ayat dia, aku pikir dia perempuan. Aku beritahu aku datang dengan kereta bersama pak cik dan abang ipar aku. Bukan apa, bimbang kalau-kalau dia tak selesa nanti. Satu siap aku ialah aku tak tanya dulu nama dia.

Setelah di setkan waze maka bermulalah perjalanan aku ke sekolah. Jenuh juga hendak mencari sekolah. Sampai di sekolah aku memang gementar. Lapar jangan cakap la dari pagi sampai tengah hari aku hanya minum air tin ja. Aku keluar kereta terus pergi pondok jaga dan beritahu dia aku guru baru datang nak lapor diri. So, abang jaga bagi la aku kad pelawat dan tunjuk kat mana pejabat. Sekolah ni dua sesi, jadi pukul 3 petang pun masih ada pelajar dan guru-guru la. Bertambah cuak la aku. Sampai di pejabat aku terus ke kaunter. Aku ingat lagi pesan kak kerani di SMKTM tempat aku praktikal dulu. Katanya bila lapor diri di sekolah nanti, perkara pertama kena buat adalah jumpa kerani dahulu. Sebabnya waktu kami lapor diri untuk praktikal, kami pergi kunter cakap nak jumpa pengetua. Disitu nampak seperti kami tak ada urusan dengan kerani. So, ku ambik itu sebagai pengajaran.

Pergi kaunter aku cakap ''saya cikgu baru, datang nak lapor diri'' lebih kurang macam tu la. Hahaha.Oi oi, ingat senang ka orang jenis gementar macam aku jni  nak mulakan ayat pertama. Huhu. Lepas tu aku di bawa jumpa PK 1 sebab pengetua tak ada. dia ada kelas waktu tu. So aku sorang je la dengar penerangan daripada PK 1. Dengar punya dengar lepastu dia cakap ''jadi esok , cikgu Nazri datang pagi dulu lah. nanti kita tetapkan lain sama ada cikgu akan mengajar sesi pagi atau petang.'' Dengar ja perkataan PAGI ESOK terus aku tersentap. Sebabnya mengikut perancangan aku nak balik Gerik esok. Nak ambik moto dan nak selesaikan masalah berkaitan rumah sewa. So aku pun bincang la semula cerita masalah itu ini dan bla bla bla. Lepas tu PK 1 suruh tungguh pengetua dan minta kebenaran pengetua. aku pun pergi la duduk di ruangan menunggu kat pejabat sambil tulis nama dan isi beberapa borang yang kerani bagi.

Sedang aku acah-acah sibuk isi borang datang la tiga orang cikgu baru juga. Alhamdulillah dua orang daripadanya lelaki. Bermakna aku ada geng. Dan baru aku tahu yang sebenarnya mesej aku tadi tu lelaki. Huhuhu. Diringkaskan cerita, setelah lama menunggu pengetua pun sampai dan kami pun pergilah jumpa pengetua. Lama juga la jumpanya hinggalah sampai bab nak minta penangguhan. Ini lagi lama. Jenuh pengetua nak pikir untuk bagi penangguhan. Mahu atau tidak memang aku dan kawan aku kena mintya penangguhan juga untuk datang ke sekolah. Akhirnya dapat juga. Tetapi, esok pagi kami kena datang sekolah juga tetapi kami dua dibenarkan untuk balik awal. Maka terpaksalah aku balik semula ke Sungai Besar dan datang semula kesokkan harinya.

Sedikit kelegaan apabila salah seorang daripada kawan aku tu orang Kuala Kangsar, Perak. So, taklah aku rasa terasing sangat di tempat orang. Ouh, lupa nak beritahu. Aku di tempatkan di Subang, Selangor.

Keesokkan harinya seawal jam 5 pagi aku bertolak daripada sungai besar untuk sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya juga. Selesai taklimat dan sebagainya, kira-kira jam 11 pagi aku dan kawan aku namanya Firdaus pun keluar la dari sekolah. Dah tak sabar nak balik rumah. Hahaha. Aku tumpangkan Firdaus ke MRT Kwasa. Dan aku terus ke rumah Mak Su aku yang tak jauh sebebarnya daripada kawasan sekolah. tapi disebabkan aku masih baru lagi disini, aku melihatnya sebagai jauh.

Untuk mengawal perasaan aku yang terpaksa merantau dan berjauhan daripada kampung halaman, aku cuba mencari hikmah disebaliknya. Aku yakin dan percaya, tiap sesuatu yang berlaku itu pastinya tersembunyi hikmah di sebaliknya. Bezanya adalah sama ada kita sedar ataupun tidak sahaja. Hikmahnya, secara tak langsung aku dapat pergi buat pertama kalinya ke rumah Mak cik dan Mak Su aku. Sebelum ni aku belum pernah lagi sampai sini. Selain tu, apabila disini, aku semakin dekat dengan pesta buku antarabangsa kuala lumpur yang mana dah lama aku teringin sangat nak pergi. Dan sewaktu aku disini pun pesta buku tu masih berlangsung tetapi disebabkan belum bersedia dari segi bajet, aku biarkan saja dulu. Bersedia untuk tahun hadapan. Dan banyak lagi hikmah lain yang aku nampak. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepada kawan-kawan yang masih menanti temuduga, bertabahlah dan yakin dengan hikmah disebaliknya. Siapa tahu mungkin rezeki mereka nanti ramai yang dapat negeri sendiri? Lagipun kesempatan ni boleh digunakan untuk mengumpul duit memandangkan nanti banyak nak guna duit.

Mulanya aku minta pelepasan sampai hari khamis. Maknanya aku balik pada hari rabu dan akan datang semula pada hari khamis dengan moto. Tapi bila difikirkan balik nanti aku penat. Aku minta semula dapatlah pelepasan sampai hari ahad. bermakna isnin aku dah masuk bertugas semula. dan ternyata perjalan daripada Grik, Perak ke Subang, Selangor menaiki motorsikal Yamaha Lagenda sangatlah memenatkan. Nanti pada bahagian dua aku ceritakan pasal perjalanan tu. Nak cerita kat sini nanti jadi panjang sangat. Aku pun rimas nak tengok panjang-pajang ni. Itu pun aku dah usaha buat perenggan.Hahaha.

Okey lah, aku pun dah mengantuk dan penat. Jadi aku akan sambung dengan bahagian 2 dan 3. Eh, mungkin ada banyak bahagian kot. hahaha

Tangguh Dan Tangguh

Assalamualaikum......
Jangan nak terkejut sangat. Owner blog ni masih hidup. Cuma dia 'sibuk' yang teramat. Haha...
Bila buka draf, aku terus hilang idea apa yang aku nak tulis. Akibatnya aku akan terus merapu dan merapu sampaikan orang yang baca blog aku ni terus tekan butang pangkah kiri sebelah atas.  Haha..
Okay, kali ni aku nak cakap pasal bertangguh. Aku akui aku memang jenis yang suka melengahkan kerja ataupun jenis suka bertangguh. Dan bila aku akan buat? Aku akan buat apabila masa semakin suntuk. Waktu tu aku akan kelam kabut buat macam esok matahari takkan naik lagi.
Kesannya jelas. Waktu study di Uni dulu markah esaimen aku macam budak tak pernah masuk kelas. (Sebenarnya bukan tak masuk kelas, tapi jarang-jarang). Haha. Dna aku menyesal tapi tak meratap. Sebab puncanya jelas daripada aku sendiri. Bila aku buat begitu, aku sebenarnya dah bersedia untuk apa yang aku hadapi. Aku dah ready untuk 'like' gambar kawan  kawan dengan sijil dekan kat facebook, aku dah ready untuk baca ucapan tahniah dari rakan-rakan lain untuk yang dapat pointer tinggi.

Dan sikap tu terbawa bawa sampai alam kerjaya. Di asrama dulu pukul tujuh pagi baru berebut nak iron baju sekolah sampaikan selalu lewat. Mujurlah aku pengawas jadi alasan ronda blok masih relevan. Haha..

Sekarang dah kerja patutnya aku masuk kerja 7.20 pagi.   Tapi dengan tenangnya 7.10 baru aku seterika baju. Haha...

Banyak sebenarnya yang aku suka bertangguh. Tak tahu kenapa tapi aku suka buat macam tu.
Arwah mak yah dulu selalu bebel berkenaan suka bertangguh nih. Tapi sekarang dia dah takda. Mak pun selalu marah pasal ni. Huhu...
Sebut pasal arwah mak yah, lama dah aku tak pegi ziarah kubur dia. Walaupun tak pergi ziarah, aku tak kan sesekali lupakan dia. Termasuk apa yang orang buat kat dia. Nanti balik in shaa Allah aku pergi
.
Macam lari tajuk je ni aku bebel. Haha. Suka hati la. Bukannya ada cikgu pun nak semak catatan aku ni lepas tu tulis 'tidak relevan'.
Dan hari ni beberapa perkara yang aku tangguhkan aku dah selesaikan. Minggu depan, aku akan selesaikan pula perkara lain yang aku tangguhkan. Tetapi prinsip untuk tidak membawa balik kerja ke rumah masih aku pegang.

Yang sebenarnya banyak perkara atau isu atau topik yang aku nak tulis. Tapi aku dah lupa. Puncanya? Apa lagi kalau bukan tabiat suka bertangguh.
Sekarang aku dah download apps blogger, so lepas ni aku akan cuba untuk kerap update. Dan isu bebelan aku semestinya berkaitan dengan kerjaya aku dan ragam anak murid. Biar catatan ni menjadi kenangan kepada aku suatu hari nanti.
Ini je lah aku nak bebel. Lepas ni aku akan update percutian aku dengan keluarga ke Cameron Highland...ok lah, bye. Assalamualaikum
Open Cbox