AKU DAN PALAPES USM

Assalamualaikum...pembaca yang budiman..
entri kali ni aku nak cerita la sikit pasal palapes.sebelum masuk usm memang aku dah tahu pasal palapes ni.sebabnya aku memang minat.tapi,ada jugak kata-kata yang menyarankan aku supaya jangan masuk palapes sebabnya,nanti aku sibuk sangat la,tak sempat nak buat kerja kursus,takda life kat universiti dan macam2 lagi la..tapi aku buat diamkan je.
bukan apa,palapes ni kiranya ganti kepada hasrat aku nak upnm yg berkubur .hahaha..bagi aku bidang ketenteraan ni menarik,walaupun lasak n teruk jugak la,tapi tu semua waktu tu,tika itu,,kita kena melihat kehadapan.banyak sebenarnya kebaikan yang aku bila masuk palapes ni,aku jarang keluar ke pusat bandar,shopping complex atau apa la untuk suka2 bazir duit,sebab masa aku agak terhad.secara tak langsung didik aku untuk belajar menghargai duit hasil pena lelah mak aku untuk membiayai aku di universiti.elaun pun dapat,secara jujurnya bukan elaun yang aku kejar.tapi masa depan yang aku kejar.cita-cita aku seperti yang aku post dahulu ialah seorang tentera.tapi,di usm ni aku ambik kursus ilmu pendidikan yang dikatakan menjamin pekerjaan oleh semua orang.hakikatnya,berita yang bari diterima hasil mesyuarat pusat pengajian ilmu pendidikan,course sastera dengan pendidikan yg aku ambil pada tahun merupakan course ''open market''.apa itu open market?? maknanya kami tidak dijamin peluang pekerjaan sebagai seorang guru..berapa tahun kami perlu menunggu selepas tamat pengajian untuk dihantar mengajar? 2 tahun? 3 tahun?? itu semua bergantung kepada rezeki.kami sebenarnya teraniaya.
bila benda ni semua berlaku,aku teringat kembali cita-cita aku sebagai seorang tentera,..itu semua aku tak pasti,aku tak tahu,masa depan adalah rahsia Yang Maha Esa.aku rasa lega sangat sebab masuk palapes,ni la back up masa depan aku.aku harap aku mampu hadapi  latihan sepanjang 3 tahun yang mendatang ni.

cuti pertengahan sem seminggu ni aku tak balik rumah ,ada latihan berterusan,pra annual kem.memang taff kem ni,tapi alhamdulillah aku berjaya hadapi.banyak suka duka yg dilalui.harapnya annual kem yg sebenar nanti aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.pengalaman tidur atas lantai di markas palapes beramai2,makan makanan askar,minum air sungai,pakai baju yang sama hampir seminggu,tidur 2-3 jam,berjaga tengah malam higga ke pagi tanpa pakai baju di hutan memang pengalaman yang mencabar.
yang menariknya bila lalu kawasan kampung jalan kaki dgan pikul beg n bawak senjata,budak2 dok panggil abg askar.naik trak orang tegur..(mcam aku kecik2 dulu la) huhuhu.gali kubu,tembak m16 guna peluru kapur..memang seronok..berjemur tengah panas yang macam padang jarak padang terkukur..adoiii..kulit memng berkilat la jawabnya.hahhaha..yang penting mental kena kuat.semua benda jadi kalau kita enjoy..tapi kalau kita stress aku rasa memang susah la nk bertahan.perempuan boleh buat kenapa laki tak bleh buat? tu la kadang2 aku kagum la dengan semangat wirawati-wirawati ni.

.gambar tak banyak la waktu pra annual kem sebb tak bawak kamera.bukan apa,mlas nk pikir sal benda2 tu...huhuhu..ad la sikit gambar kenangan..

fiktik..aku kena g masak pulak..hahahha...

geng2 fiktik memasak

dah puas menembak ,time cuci senjata la pulak..yg ni boring skit..hahaha
tembak best,nak cuci,,adoiii,malas oo

dengan baju loreng serba baru lagi sebelum dilanyak...hahah

poss dlm bilik je la skarang sejak ad roomate ni..hahahah

putih dah aku..tgok la belakang aku tu,,lapang ja..time tengah hari..perrrhh,,

palapes usm, palapes darat, usm rotu, army rotu, padang meha, wataniah
hahahha...yg ni geng2 fiktik tube plak...kena fiktik saja aku...waktu ni best,tido berbumbungkan langit,
berdindingkan angin dan berlantaikan tanah..hahaha...

yang ni dah balik kem..penat ooo..

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Assalamualaikum kepada pembaca dan pengikut yg dikasihi sekalian..huhuhu
kali ni aku nak ceritakan serba sedikit berkaitan projek yang telah aku dan ahli kumpulan aku laksanakan.kami di dikehendaki membuat satu program khidmat komuniti bagi memenuhi tuntutan kerja kursus subjek pga 103.setelah difikirkan akhirnya kami memustuskan untuk buat di HADHANAH PUSAT ISLAM USM,,,lokasi yang dekat memudahkan serta menjimatkan kos perjalanan..huhuhi
pusat asuhan ni menempatkan kanak-kanak berusia 4 tahun.
dalam kepala aku dok pikir, 4 tahun?? erm,,boleh la...budak besar2 la jugak kot..9aku tak pandai agak umur sebenrnya) huhuhu...
sampai je kat sna,masyaaAllah,,kecik2 nya budak,dalam kepala dah pening dah dok pikir ni.aku plak dapat tugas  ajk permainan.aku yg kena rangka permainan-permainan sukaneka untuk budak-budak ni,aduhaii...
list permaianan dah ada.yg dok risaunya,sesuai
ker dengan budak-budak ni?? erm...
bincang2 punya bincang,buat je la,kami ambik yang mana sesuai je la,masa di bagi pun 2 jam je.budak ada dalam 23 orang.tengok2 la ek sedikit gambo2 yang dapat disertakan..huhu


permainan yang dirancang:
1.tiup tepung
2.kerusi muzik
3.isi air dalam botol
4.lambung belon dalam bakul
5.bawa bola pingpong dalam sudu
6.kutip gula2..

sebelum bergerak ke lokasi..hehehe
sukaneka, main belon, kanak-kanak, usm,
acara isi air dalam botol..huhuhu

di hadhanah pusat islam..sepuluh orang semuanya.5 laki 5 perempuan...sorang lagi jurukamera.

..pelik je aku tengok budak2 tu tengok zulhakim..huhuhu

main lontar belon masuk dalam bakul..feveret budak2 la ni..sebab belon diisi air..

no komen..hahahah

best..budak2 pun ceria...walaupun baru 4 tahun...

budak baju biru tu namanya adam..yg sebelah tu aku tak ingat..hehehe

dah macam satu keluarga la pulak aku tengok...hahahha

ermmm....peace!

sesi last,makan kek.best jugak suap kek kat budak2 ni..huhuhu

selera deme aku suap..hahahha


ayat je ni,,hahaha...


buat apa ntah budak2 tu..aku pun tak ingat dah

khusyuk semacam je budak ni...keseimbangan tu penting..ehehe


senyuman seorang budak ..hahahha..ikhlas gitu..

main2 ngan budak2...penat jugak oo

yang ni pulak acara last ni...kutip gula2..memang seronok la depa.
penyampai sedikit cenderahati di akhir program

suap menyuap kek..yg baju putih ni kuat makan jugak oo..badan jo kecik..hahaha

hadhanah pusat islam
gambo kenangan...hahahah

memng seronok la buat prgram ni..main2 ngan budak..sedih pun ada bila dah nak berpisah..budak2 pulak dok tanya,"'esok abg mari lagi ker?"" siap ada yg nangis pulak tu..adoii..tersentuh jiwaku..hahaha..
walaupun tak semua aktiviti dapat dijalankan,tapi kami semua enjoy.termasuklah budak2 ni..huhuhu

Open Cbox