Finally...........Impian menjadi realiti



Alhamdulillah,,, hanya ini yang mampu aku ucapkan. Setelah gagal pada sidang lepas, akhirnya sidang nih aku berjaya juga. Medal dalam acara sukan lain aku dah ada, cuma dalam acara olahraga ni je yang takda lagi. Tapi sekarang dah ada.hihihi.  Nak masuk lari-lari, kaki plak injured waktu main hoki. So, fokus je la pada acara idaman aku, MEREJAM LEMBING. Huhuhu.

aku pun tak tahu kenapa aku seuka sangat dengan merejam lembing nih. hahaha.. Jangan la dok tanya ye sebab apa aku minat rejam lembing sedangkan banyak acara lain lagi yang aku boleh masuk. Contohnya la kan, lompat jauh ngan lari2..lompat tinggi tu abaikan je la, tak cukup inci aku ni.Pernah try tapi takmau masuk pertandingan.

 Sidang lepas aku tak layak masuk final lapan terbaik sebab catatan rejaman aku waktu tu cuma 32 meter je. Kali ni alhamdulillah dapat masuk lapan terbaik walaupun jarak rejaman tuh tak berapa memuaskan. Maklumlah kali ni lawan dalam hujan lebat bebenor. Memang mempengaruhi la jarak rejaman tu. peserta yang lain sama je..

Waktu lawan agak nerves jugak aku. maklumlah perserta lain badan suma boleh tahan la kalau nak banding ngan aku. Tapi aku kawal balik nerves tu sebab sidang lepas aku tak boleh buat dengan baik sebab aku nerves. aku ni memang jenis nerves orangnya. Hari lawan tu pulak,aku  rasa bangga dengan diri aku, aku berjaya kawal nerves dan buat gaya ala-ala star gitu. hahaha.. kompiden je depan deme. hahaha..psiko2.
 Terima kasih la kat kawan aku sorang nih datang sokong walau ujan. ingat datang saja ke, kena jadi kameraman la jawabnya. hahaha. ada  la juga kan gambar aku sebagai kenangan. tengok la ye gambar kat bawah nih. 
##TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM 40th.
kaki sampai nak pijak line..nasih baik tak foul

pose same dengan sidang lepas

take time...relakss...eksyen skit..

waktu pemilihan



temasya olahraga tahunan  (TOT) USM ke 40

akhirnya..hahaha



Bulan 5......Aku adalah mahasiswa..

Assalamualaikum...
Walaupun ada entri lain yang dah tunggu turn nak di publish, tp rasanya aku berkenan nak publish entri ni dulu...hahaha
okay, bulan 4 dengan bulan 5 sem ni aku mamang agak sibuk. Dah namanya pun pelajar, mesti la sibuk kan. Tapi aku ni lain sikit. nak exam baru aku jadi pelajar. Maknanya aku dan buku tiada berpisah gitu.hahah
Bulan 4 dah berlalu..Banyak benda aku dah buat. Alhamdulillah... sekarang bulan 5 pula menjelang tiba. banyk perkara lagi yang menanti..Antara perkara yang dah lepas:
1- Liga Hoki MASUM 2014 Divisyen 1
2-Program kepimpinan di SMK Al-Mashoor Perempuan
3- Essaimen
4- Perbentangan dan Microteaching (Rakaman video)
5-Kawad perbarisan Konvo (banyak kali juga la fikir nak join)

program kepimpinan 

hoki
Perkara yg mendatang pula memang banyak bulan 5 nih...Bagi aku ni bulan yang menyibukkan sampai takdan nak balik rumah..huhuhu..
1- Temasya Olahraga Tahunan, (TOT) USM 2014 :9-11 mei 2014
2- Pementasan teater PGT 203: 10 mei 2014
3-Sukan Antara Perkhidmatan, SUPER : 16-18 mei 2014
4-2 Perbentangan
5- 4 Essaimen

Huhuhu..itu pun ada lagi yang nak suruh Incharge macam-macam.  maaf la ye, aku terpaksa tolak walaupun termasuk dalam kategori aku sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perkara tu. Bukan apa, ada lagi orang lain yang boleh buat. Kalau dah takda sangat takpa la jugak.

Semuanya menuntut komitmen yang tinggi. So terpaksa la aku fokuskan pada kerja2 kerja nih..Pada kengkawan tu harap faham la ye bila ajak keluar makan atau lepak ke pastu aku bagi alasan bizi/sibuk.huhuhu. ada masa free boleh la nak buat semua tuh... Bulan je yg tinggal untuk fokus pada benda-benda camni. bulan 6 dah start study week. so kalau boleh aku taknaklah nanti ada kerja apa2 lagi yang boleh gangu study week aku. Ni je pun masa yang aku ada nak cover balik study aku..huhuhu..

Dalam masa yang sama jugak, aku akan cuba luangkan masa untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan kajian aku tentang matawang di tanah melayu/asia tenggara.. Ini adalah impian aku dan aku akan berusaha merealisasikan walaupun memakan masa yang agak lama. dah nama pun kajian kan, mesti la lama.hahaha.Peringkat awal ni aku akan mula dengan bacaan dan kajian tentang sesuatu negara/negeri atau kawasan dulu. Moga impian aku ni dapat menjadi kenyataan.huhuhu..

buku yang akan ditelaah..semuanya tentang SEJARAH.....
Si budak sorang nih rajin pulak dia mesej aku...dok ajak balik gerik..hahaha..rindu benor la tu...aku pun rindu jugak kat budak nih......hurmmm...kalau takda aral nanti dapat la kita jumpa ye budak...hahaha..aku buat dp plak gambar dia...orang nak kata apa tuh kata je la.....yang penting aku tak kacau hidup deme...hihihi
Ramai yang dah syak sebenarnya, tapi aku buat tak tahu je....entah kenapa malam tu aku saja tanya dia boleh ke tak dan dia kata boleh...so, aku buat la...hahhaha..walaupun kontroversi baru muncul sekurang-kurangnya dapat hapuskan spekulasi lama dan memberi jawapan kepada mereka yang masih menantikan jawapannya..hahaha..ayat cam retiss gitu..huhuhu..dan aku tertarik dengan komen seorang rakan aku...dan rasanya kalau betul pun ok jugak..hahaha..Kalau dah ditakdirkan tak kemana juga kan..huhuhu,,Amiin



Open Cbox