HOKI LIGA SUKAN UNTUK SEMUA

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, habis sudah game hoki liga sukan semua hari ni. Awalnya ingat tak dapat main, tapi bila fikir dan fikir aku main jugak la. Sebab bertindan dengan jadual latihan tempatan palapes. Hari ni kawad pedang dan aku tak belajar. Kiranya aku berkorban untuk hoki la..

Game ni kami main 6 sebelah dan USM hantar satu team. Ada 8 team. bahagi jadi dua kumpulan. Peringkat kumpulan kami ada 3 perlawanan. menang, seri dan menang. Layak la kami ke separuh akhir. Separuh akhir kami kalah. hahaha.

The best moment waktu perlawanan ketiga aku dapat sumbat gol sebiji. Bangga ooo.. hahaha.. bukan apa, ni first game sumbat gol main atas nama usm dan pakai jersi usm..huhuhu...

Tapi apa yg aku frust waktu perlawanan tempat ketiga dan keempat. Waktu dah hujung separuh masa kedua. Aku dah dalam D, dah dapat ruang nak hit, aku angkat kayu nak hit, terus hon bunyi..caik...bengang betoi aku...memang peluang nak gol tu besor sangat.. hampeh toi...bukan rezeki aku la tu..

seri satu sama terus penalti strok. 3 orang.aku ambik jugak... tapi tak sampai turn aku dah kalah sebab second tu tak masuk..hohoho..melepas aku nak ambik strok dalam real game.

Tempat keempat tu kira ok la sebab kami tak training satu team pun, main kutip je nama.haha... struktur game memang out la.. fitness aku memang out.. sangat sangat tak enjoy main kalau tak fitt.  maklumlah berat pun dah naik skit.. dalam proses nak dapatkan balik fitness aku,..huhuhu

tempat keempat kami dapat la rm200.. Bahagi 8 kira sorang rm25 la sorang..Kira ok la tuh... tak balik tangan kosong..huhuhu.....

Game ni aku sangat seronok sebab main tanpa tekanan n enjoy the game...

next tournament minggu depan 17-19 hoki dewan upsi.. Yang ni aku tak tahu dapat maib ke tak. 2 sebab, 1 kalau tak dapat makanya tak terpilih memang tak main la aku. kedua tarikh tu sama dengan latihan  berterusan palapes. huhuhu...

Aku masih pertimbangkan dan harap dapat buat keputusan yang terbaik..huhuhu











Ketawa dan Air Mata

Ketawa dan airmata........
itu sebenarnya cinta........
Kalau kau sedih pastiku rasa.......
Begitu sebaliknya....

Petikan lirik lagu kumpulan Lestari : Cinta Itu Ketawa & Air Mata..

Ketawa dan air mata. Ada kalanya kita ketawa. Ada kalanya kita menangis. Adakalanya kita gembira. Adakalanya kita sedih.

Kadang kala, bila diri kesunyian, satu persatu memori lama datang menjengah. Jika yang manis mendatang aku tersenyum. Kadang kala hampir menitis air mata. Kerana ku tahu waktu itu tak mungkin berulang. Kerana aku tahu masa akan silih berganti. Tapi jika kepahitan yang menerpa, terasa tebal muka menahan malu walau tiada manusia yang melihat. Malu memikirkan kejahatan , kenakalan masa lampau. Kadang kala juga terasa malu memikirkan kecetekan akal fikiran waktu itu. Seringkali juga tersengih sendirian mengenangkan kejahilan masa lampau,  zaman yang tak mungkin berulang. Sememangnya tak akan berulang. Seiring peredaran masa, usia yang menginjak kini semakin menyedarkan diri ini matlamat dan hala tuju. Tingkah dan laku juga perlu diperbaiki supaya mencerminkan angka pada usia yang semakin bertambah. Tak mungkin berkurang tetapi pasti berhenti bila tiba saatnya. Jika dihitung dengan jari jemari , semestinya usiaku kini melebihi bilangan jari kaki dan tanganku.

Seperti lirik lagu di atas, ketawa dan air mata sebenarnya sukar dipisahkan dan tak mungkin di pisahkan.

Dulu, riang ria ketawa kedengaran sana sini. Ada saja jenaka yang mencuit hati. Ada saja keletah yang menggamit perasaan. Ada saja ragam yang mengukir senyuman di bibir. Usia bukanlah penghalang untuk merasa gembira. Bukan juga benteng untuk bergelak tawa. Kini, jika mereka masih ingat, mungkin ketawa itu dapat kembali dicetuskan. Tetapi jika hanya aku yang mengingati?? hanya air mata pengganti ketawa.



Pepatah ada mengatakan jika terlebih gembira, pasti kesedihan akan menyusul. Aku setuju. Kenapa aku setuju? Tak perlulah aku jelaskan.

Air mata begitu sinonim dengan wanita. Dikatakan wanita insan yang lemah. Betul ke?  Bagi aku wanita bukanlah insan yang lemah secara total, tetapi insan yang istimewa dan mempunyai jiwa yang halus dan hati yang lembut. Wanita menangis dianggap normal. Bagaimana pula dengan lelaki menangis? Rasanya tidak salah bagi lelaki untuk menangis. Ada masanya sebagai manusia adalah normal untuk meluahkan, menterjemahkan perasaannya dalam bentukair mata. Lelaki menagis bukan beerti lemah, tetapi itu adalah tanda kekuatan kerana berjaya merendahkan egonya untuk sesuatu yang difikirkan perlu.

Coretan ini mungkin memeningkan. Mungkin juga berterabur dan tak mustahil dianggap coretan sampah. Tetapi inilah coretan aku, coretan dari isi hati aku yang aku terjemahkan. Jika hanya keindahan yang dipaparkan , itu bukanlah aku, tapi itu adalah penipuan.

Ini hanyalah permulaan ....permulaan kepada sebuah coretan yang panjang.... Hendak membaca atau tidak. Itu terpulang. Hendak komen atau tidak? Itu juga terpulang. Kerana coretan aku ini bukanlah mengharapkan semua itu. Cukuplah jika mesej yang aku sampaikan difahami oleh mereka yang dikehendaki untuk memahami. Jika itu berjaya, maka jaminan aku bahawa itu adalah diri aku yang sebenar. Bukan diri aku yang kadangkala hanya penuh kepuraan demi sesuatu sebab. Ini adalah aku.....
Open Cbox