KELAB HOKI SUBEST : SEJARAH BARU TERCIPTA

 Assalamualaikum. 

Sekian lama tak kemaskini perkembangan hoki di sini. Seperti mana tajuk di atas, itulah kandungan post kali ini. 

Kejohanan Hoki MSSD (M) Petaling Perdana 2024 sememangnya membuka lembaran baru buat pasukan hoki Subest yang bermula sebagai pasukan belasahan. Untuk kejohanan kali ini, bukan satu tetapi dua sejarah baru tercipta untuk pasukan lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

Pasukan lelaki berjaya muncul juara menewaskan pasukan lawan iaitu USJ23, sebuah pasukan yang mempunyai pemain pelapis yang sangat berpotensi dan merupakan satu cabaran buat pasukan lain untuk beberapa tahun akan datang. Lebih manis juga, Afif Hazmi dari pasukan Subest Hoki mendapat anugerah penjaring terbanyak kejohanan.

Pasukan Perempuan pula mencipta sejarah baru apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir buat pertama kalinya setelah terkandas di peringkat suku akhir pada kejohanan yang lalu. Percaturan aku untuk untuk memberikan lebih tumpuan kepada pasukan perempuan akhirnya membuahkan hasil. Hampir sahaja mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Malangnya mereka tewas dalam penentuan penalty shoot out. Akan tetapi pencapaian ini cukup membanggakan aku dan barisan guru pembimbing  lain. Mungkin juga ini satu permulaan pula untuk pasukan perempuan untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.




4 orang pemain lelaki dan seorang pemain perempuan subest yang mewakili daerah Petaling Perdana dalam Kejohanan Hoki MSSS di Stadium Hoki Pandamaran, Klang, Selangor.








No comments:

Open Cbox