AKU DAN GURINDAM


GURINDAM NASIHAT



APABILA BANYAK BERKATA-KATA
DISITULAH JALAN MASUK DUSTA

APABILA KITA KURANG SIASAT,
ITULAH TANDA PEKERJAAN HENDAK SESAT

APABILA ANAK TIDAK DILATIH,
JIKA BESAR BAPANYA LETIH.

APABILA ORANG BANYAK TIDUR
SIA-SIA SAJALAH UMUR

APABILA MENDENGAR AKAN KHABAR
MENERIMANYA ITU HENDAKLAH SABAR

APABILA MENDENGAR AKAN ADUAN
MEMBICARAKANNYA ITU HENDAKLAH CEMBURUAN

APABILA PERKATAAN YANG LEMAH LEMBUT,
LEKASLAH SEGALA ORANG MEGIKUT

APABILA PERKATAAN YANG AMAT KASAR
LEKASLAH ORANG SEKALIAN GUSAR

APABILA PEKERJAAN YANG AMAT BENAR
TIDAK BOLEH ORANG BERBUAT ONAR.


AKU DAN PANTUN

PANTUN  2 KERAT/2 BARIS



PINJAM EKOR SEMBILANG,
PINJAM-PINJAM HILANG.

TOKOK TAKAL MUKA PINTU
ORANG NAKAL MEMANG BEGITU.

IKAN TOKAK MAKAN MENANGGUNG,
SEDAP TEKAK BADAN MENANGGUNG.

TUA-TUA KELADI,
MAKIN TUA MAKIN MENJADI.

KALAU TAK CENGAL,GIAM,
KALAU TAK KENAL,DIAM!

SANTAN TAIRU GULA MELAKA,
PEREMPUAN TAK MALU,JANTAN TAK KATA.

MENTIMUN BONGKOK DIBALIK TIANG,
AYAM BERKOKOK ALAMAT NAK SIANG,.

GENDANG GENDUT TALI KECAPI,
KENYANG PERUT SENANG HATI.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG,LAMA-LAMA MENCURI.

MENGAKU DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

BANYAK UDANG BANYAK GARAM,
BANYAK ORANG BANYAK RAGAM.

DURIAN MASAK DI TELUK EMAS,
SIAPA KEMUDIAN,DIA YANG KEMAS.

SUDAH GAHARU CENDANA PULA,
SUDAH TAHU BERTANYA PULA.

DAHULU PARANG SEKARANG BESI,
DAHULU SAYANG SEKARANG BENCI.

ULAT BULU PANJAT DURIAN,
SAKIT DAHULU SEDAP KEMUDIAN

KELI MASUK HARUAN KELUAR,
MATAHARI MASUK DURIAN KELUAR

KAPAL BELAYAR DALAM SEMAK,
PERUT LAPAR SEMUA LEMAK

AKU DAN CITA-CITA

Setiap orang ada impian dan cita-cita,termasuklah aku.Sejak di darjah satu,aku selalu tulis dalam kad biru (kad rekod pelajar kalau tak silap aku la) bahagian cita-cita:
1.tentera(askar)
2.polis
3.bomba
inilah yang akan aku isi di bahagian cita-cita aku sehinggalah aku di tingkatan 6 atas.Tapi kini setelah aku tamat belajar tingkatan 6,aku sedar,bahawa cita-cita aku itu tidak mungkin menjadi kenyataan.Aku ingin menjadi seorang pegawai tentera.Ketika habis SPM,aku memohon untuk kursus asasi di UPNM.iaitu universiti impian aku.aku tidak layak.keputusan SPM aku tidak berapa baik.aku cuba lagi untuk lepasan STPM  pula.Malangnya aku tetap tidak layak.walaupun keputusan STPM aku ok.Permohonan aku ditolak bukan disebabkan fizikal yang tidak menepati syarat.Tetapi disebabkan aku mendapat gred 'E' dalam BAHASA INGGERIS  dalam SPM 2009.Memang mengecewakan.
    Kini,pilihan kedua aku ialah menjadi seorang guru. namun begitu jauh disudut hati aku masih tersisa harapan untuk bergelar seorang pegawai tentera suatu hari nanti.
dibawah ini aku postkan gambar-gambar kenangan aku semasa menyertai badan beruniform Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) (DARAT)




pkbm darat, 4rs, menembak, kawad kaki, kem ipoh, rentas halangan, pertubuhan kadet bersatu malaysia
Ketika di kem askar di ipoh,perak.



gambar ketika sesi latihan menembak di kem PGA,Pengkalan Hulu,perak.

di sekolah.sebelum bertolak ke ipoh.sementara menanti ketibaan trak askar

di kem kuala rui.gerik .perak

ketika hari sukan sekolah tahun 2009.

#bnyak lagi gambo yg lain..akan di upload kemudian..


acara yang pernah aku masuk?? hehehe..peringkat negeri aku masuk acara rentas halangan dengan kwad kaki dan kawad senjata..menembak aku tak masuk ..n pandu arah pun tak masuk sebab aku lebih minat acara rentas halangan..lagipun tak boleh nak masuk banyak sangt..lari fokus plak nanti...bertuah la sekarang kadet pkbm kat sekolah dah pakai loreng.aku dulu waktu peringkat kebangsaan je baru dapat pakai..bangga gila dapat pakai no 5 tu..hehehe...

pengalaman terindah dalam PKBM ialah ketika mewakili negeri perak ke perkhemahan PKBM  D,L.&U peringkat kebangsaan di Kluang,johor pada tahun tahun 2008.aku menyertai acara merentas halangan dan berjaya memperolehi tempat ketiga di belakang kuala lumpur dan tuan rumah,johor.secara keseluruhan perak mendapat tempat kedua.


bergambar kenangan selepas selesai menduduki ujian MEdSI di smk teknik gerik.salah 
satu ujian yang perlu aku lalui sebagai syarat untuk menggapai cita-cita aku menjadi seorang guru.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH/KATA SEMANGAT DAN FALSAFAH

Koleksi kata-kata hikmah ini merupakan satu koleksi kata-kata hikmah,kata-kata semangat serta falsafah yang yang diambik daripada pelbagai sumber seperti blog,majalah,akhbar serta kata-kata yang dicipta sendiri oleh penulis blog ini..



~jangan bersedih jika anda anda gagal.tetapi berusahalah kerana anda semakin menghampiri kejayaan…..~

~kejayaan memerlukan pengorbanan~

~dimulakan dengan azan diakhiri dengan solat.betapa singkatnya hidup seorang manusia~


~ Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.~

~Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri~

~Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.~

~ Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan~

~Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama~

~ Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap~

~ Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar~

~Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik~

~ Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia~

~ Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana~

~ Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama~

~ Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan~

LIRIK LAGU: ''TELL ME WHY" by DECLAN GALBRAITH

Tajuk lagu : "TELL ME WHY"



In my dreams, a Children sing
A song of love for every boy and a girl
The sky is blue, the fields are green
And the laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends

(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
can someone tell us why cause we don't understand

why why?

AKU DAN TINGKATAN 6...2011

Malam kesenian tingkatan 6 (2011)
Pertama kali aku kena berlakon…sebagai watak utama pula tu…kena melakonkan watak gembira,sedih,..kena menjerit dan meraung lagi…semua tu aku anggap sebagai cabaran..seronok juga sebenarnya.apatah lagi bersama kawan sekelas yang sporting…





Walaupun  waktu telah memisahkan kita.Memori yang terpahat dalam ingatan kita akan kekal buat selamanya.kita mungkin tidak akan dapat berkumpul dalam bilik sebesar bilik darjah.Namun semestinya kita akan saling mengingati satu sama lain.Teruskanlah perjuangan kita teman-temanku dalam mencapai cita-cita dan impian kita.




Barisan belakang dari kiri: adibah dan sabrina
Barisan tengah dari kiri: haniza,afifah,azwana,fatihah,hidayu,nabila,atika,saidah,shafina zuria,zahirah,zakirah,atikah,hawani,idayu,akma,rafidah dan hayati
Barisan depan dari kiri: akram,nazri (me) aizuddin





KETIKA MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG SMK SULTAN IDRIS SHAH 2…TAHUN 2011

AKU DAN ASRAMA SMK SULTAN IDRIS SHAH 2………..2011




ASSALAMUALAIKUM,........bicara aku semestinya berkaitan pengalaman aku selama 6 tahun tinggal di ASRAMA SMKSIS2.apa yang hendak aku kongsikan disini ialah variasi kenangan pahit manis, suka duka ,serta manfaat dan kelebihan yang aku dapat sepanjang tempoh 6 tahun aku di asrama.semoga coretan aku ini dapat menjadi tatapan serta panduan kepada para pelajar yang menginap di asrama,bakal memasuki asrama dan juga bagi mereka yang berkenaan...






penang | pulau pinang asrama,  bukit bendera, biro asrama, smksis2

Gambar kenangan bersama barisan biro-biro asrama 2010-2011…ketika mengadakan lawatan ke pulau pinang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa bekas biro-biro asrama.terima kasih kepada pihak  pengurusan asrama smksis 2 kerana menghargai kami.




imam muda hizbur rahman, asrama smsis, smksis2
BERSAMA IMAM MUDA HIZBUR RAHMAN (NAIB JUARA PROGRAM REALITI IMAM MUDA MUSIM PERTAMA)...Di asrama smk sultan idris shah 2.





asrama smksis2 | asrama | smartsis | idrisian |  delima4
Bersama adik-adik junior tingkatan 2…..




asrama smksis | smsis2 | delima 4 |

Bersama adik-adik junior tingkatan 1……..teruskan perjuangan anda semua adik-adik sekalian dalam menggapai cita-cita dan impian……….memori yang tersurat tidak akan luntur oleh waktu.....






PERKARA/AKTIVITI/PROGRAM  YANG MENARIK DI ASRAMA

Bagi  mereka  yang pernah menginap di asrama terutama dalam satu jangka masa yang agak panjang semestinya  mempunyai banyak pengalaman  di asrama.termasuklah  pelbagai perkara-perkara baru yang hanya  boleh kita perolehi di asrama ..Disini ingin aku  kongsikan antara perkara-perkara  yang dapat aku  pelajari  selama 6 tahun pengalaman aku tinggal di asrama .Aku coretkan di sini buat tatapan mereka yang tidak pernah merasa pengalaman tinggal di asrama ketika di alam persekolahan.Coretan ini merupakan aktiviti  yang dilakukan dan peristiwa yang berlaku di asrama aku iaitu ASRAMA  SMK  SULTAN IDRIS SHAH 2.GERIK PERAK yang masih segar dalam ingatan aku.


1.       SOLAT SECARA BERJEMAAH

Perkara pertama adalah berkaitan dengan amalan solat secara berjemaah.walaupun zaman sekarang agak jarang (bukan tiada langsung) kita dapat lihat pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan belia remaja  ini menunaikan solat di masjid-masjid dan surau, ( kecuali solat jumaat).tetapi, Alhamdulillah,di asrama kita dapat menunaikan solat subuh,zohor,asar maghrib dan isyak secara berjemaah.walaupun kadang-kadang dalam  jemaah yang kecil terutama dalam waktu zohor disebabkan jadual balik sekolah yang berbeza.Apa yang  disyukuri adalah kita sangat bertuah berbanding kawan-kawan sebaya kita yang kebanyakkan masih melepak-lepak ketika waktu maghrib sedangkan di asrama kita telah berkumpul di surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

2.       SOLAT SUNAT/ QIAMULLAIL
Masih lagi berkaitan dengan solat, iaitu solat sunat , sebelum tinggal di asrama aku  hanya mengetahui berkaitan  solat sunat hajat sahaja. Tetapi di asrama ,banyak jenis solat sunat yang dapat aku  pelajari ,tunaikan dan amalkan.Aku  dapat belajar perkara-perkara berkaitan solat ini dari kawan-kawan yang lebih arif dalam hal-hal sebegini.Di asrama juga aku mula belajar menunaikan qiamullail.yang mana sebelum ini belum pernah aku kerjakan.Walaupun telah diajar di sekolah..Kebiasaan di asrama dalam setahun pasti dilakukan Qiamullail sekurang-kurangnya sekali secara berjemaah.Apabila ada program-program motivasi dan sebagainya,qiamullail juga turut di selitkan sekali dalam jadual program…
Tahun 2011,seronok dapat mengerjakan qiamullail yang diimamkan oleh imam muda hizbur abdul rahman.naib juara program imam muda musim pertama.

3.       PUASA SUNAT :ISNIN & KHAMIS

Ini antara perkara yang baru la aku belajar di asrama.Puasa sunat  hari isnin dan khamis,sebelum ni aku hanya tahu puasa bulan ramadhan je..yang ni pun kawan-kawan aku la cerita.kat sekolah ada belajar juga.Tapi tak di amalkan pun.Seronok puasa hari isnin dan khamis ni.Biasanya tak ramai pun yang puasa.Ada la dalam 10-20 orang macam tu ja.Cabaran memang banyak la.maklumlah,kita ja yang puasa..orang lain tak puasa..


4.       TAZKIRAH MAGHRIB/ USRAH

Tazkirah dan usrah.yang ni pun menarik juga.Kalau tinggal di luar,jangan harap la nak pergi majlis-majlis agama macam ni.( tak semua la,sesetengah je )..tazkirah ni biasanya diadakan pada hari jumaat dan sabtu malam selepas maghrib.pada minggu yang tak balik kampung la.Dalam satu tahun biasanya kami akan bincangkan satu kitab..ni kitab yang aku ingat la.APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM..ustaz selalu kata,kami patut bersyukur sebab dapat menghadiri majlis-majlis ilmu macam ni.sebab rakan sebaya kami yang tinggal di luar pada waktu maghrib macam ni biasanya melepak  buang masa begitu saja.Alhamdulillah.manakala  dalam majlis usrah pula,kami akan dibahagikan mengikut kumpulan.setiap kumpulan diketuai  oleh seorang naqib dan naqibah.sebelum memulakan  usrah,setiap ahli kumpulan usrah akan membaca 2-3 baris ayat-ayat al Quran terlebih dahulu. Naqib dan naqibah akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli usrahnya berdasarkan kitab yang dipilih oleh naqib dan naqibah/ditetapkan oleh ustaz.seterusnya merupakan sesi bertanya soalan berkaitan permasalahan,kekeliruan  yang berkaitan dengan hal- hal keagamaan seperti fardhu ain.majlis usrah diakhiri dengan bacaan doa oleh naqib/naqibah atau ahli kumpulan usrah yang lain.


5.       MAJLIS BACAAN YAASIN

Majlis bacaan yaasin ini biasanya diadakan selapas solat maghrib pada hari khamis malam jumaat.majlis ni akan diadakan di dewan makan asrama sekali dengan pelajar aspura dan aspuri.bacaan yaasin akan diketuai oleh seorang pelajar aspura (asrama putera).selain itu bacaan yaasin juga turut diadakan jika terdapat ahli keluarga atau pelajar asrama yang ditimpa musibah.menurut pakar motivasi,YM RAJA SHAMRI @ abang raja.beliau menyarankan para pelajar supaya mengamalkan bacaan yaasin selepas solat subuh secara berterusan.menurutnya.kebanyakkan pelajar cemerlang mengamalkan bacaan yaasin selepas subuh,ini terbukti benar.


6.       TADARUS AL-QURAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tadarus al-quran ni akan dibuat pada bulan ramadhan.sepanjang bulan ramadhan la.melibatkan semua pelajar aspura & aspuri di surau blok masing-masing.setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan ( biasanya mengikut bilik) serta diketuai oleh seorang ketua kumpulan.pelaksanaanya,setiap kumpulan akan menghabiskan 30 juz surah sehingga penghujung ramadhan.seorang ahli kumpulan akan memperdengarkan bacaan.manakala ahli yang lain akan menyemak serta memperbetulkan bacaan ahli tersebut dari segi bacaan dan tajwid.tadarus ini akan dimulakan pada jam 6.00-6.45 petang(berubah mengikut tahun).pada malam terakhir ramadhan sebelum cuti sekolah,akan diadakan majlis khatam al-quran.peserta khatam al-quran biasanya seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar aspura tingkatan 6 dan 5 yang akan membaca surah lazim di atas pentas.,majlis ini biasanya diketuai seorang ustaz yang dijemput daripada luar.pada malam ini juga akan diadakan majlis pemberian duit raya kepada pelajar-pelajar asrama.saat-saat  yang ditunggu oleh pelajar asrama sebenarnya.


7.        ASPEK KEPIMPINAN

Sebagai pelajar semestinya kita  perlu dan akan terlibat dalam aspek kepimpinan di sekolah mahupun di universiti.tak sangka di sekolah aku jugak terlibat sebagai salah seorang pemimpin.layak ke tak layak yang tu aku tak tahu la.sebab bukan aku yang memilih.pilihan pada warden dan pelajar asrama yang lain.sewaktu di tingkatan 4,aku telah dipilih menganggotai BIRO ASRAMA. Macam pengawas  sekolah la di sekolah.waktu tu aku aku sebagai BIRO KEBUDAYAAN.tugas aku meliputi perkara-perkara seperti perancangan majlis-majlis di asrama seperti majlis hari jadi,jamuan dan sebagainya.aku juga bertanggunggjawab sebagai individu yang mengendalikan mesyuarat barisan biro-biro.antara tugas yang telah aku jalankan ialah menguruskan pelaksaan sambutan ambang kemerdekaan peringkat asrama(2008).aku juga terlibat sebagai ketua dalam menyediakan sebuah persembahan untuk pertandingan antara blok.alhamdulillah,majlis berjalan lancar walaupun hujan sebelum acara berlangsung sedikit meresahkan aku dan ahli jawatankuasa yang lain.segalanya berjalan lancar dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa program serta pelajar aspura yang terlibat.
     Ketika ditingkatan 6 bawah aku diamanahkan jawatan sebagai KETUA UMUM merangkap ketua pelajar aspura dan aspuri.satu cabaran yang besar sebenarnya.ramai yang tak mahu bila dicalonkan,.apa yang aku terima ni demi sebuah pengalaman.pengalaman yang tak semua orang lalui..jadi aku sahut cabaran ni.banyak perkara yang aku  belajar . misalnya:-

A.      bagaimana hendak menguruskan mesyuarat secara formal dan tak formal,
B.      bagaimana hendak mengadakan sebuah program
dan ad lagi la yang lain-lain tu..nasihat aku,sahut la cabaran yang mendatang.jangan mengalah sebelum mencuba.

8.       AKTIVITI KOKURIKULUM

Aku ni bukanlah pelajar yang aktif waktu tingkatan satu.maklumlah,tinggal di luar,jarak  rumah ke sekolah jauh.memang payah  la nak terlibat dalam aktiviti sukan ni.waktu tinggal di asrama barulah aku terlibat dengan macam-macam aktiviti sukan dan main permainan yang aku tak pernah main pun sebelum ni.contohnya, hoki,tenis,softball, dan lain-lain lagi.aku minat tenis dengan hoki la..aku pun tak tahu kenapa aku minat,aku minat sukan yang kurang diminati orang lain.asrama sangat membantu aku untuk bergiat aktif dalam bidang kakurikulum.





9.       RAMAI KAWAN

Hurmm…aku tertanya-tanya jugak.kalau aku tak tinggal di asrama,raamai mana kawan aku yer?? Maklumlah,aku kan baru pindah ke  gerik je waktu tu.mana la aku nak ada ramai kawan.tapi bila masuk asrama,aku dapat ramai kawan.seronok.macam-macam ragam aku dapat tengok.kami di asrama ni ibarat sebuah keluarga yang besar.ukhuwah antara kami lebih erat.bila sudah habis sekolah,kami masih bertegur sapa apabila bertemu.bangga pun ada tengok bekas pelajar asrama yang telah menjejakkan kaki ke universiti datang kembali ke asrama menabur bakti kepada pelajar asrama dengan mengadakan program-program motivasi dan sebagainya,

10.   MENGULANGKAJI PELAJARAN

Perkara ni paling memberi kesan kepada prestasi akademik aku.waktu tingkatan satu,gagal perkara biasa la bagi aku.bila masuk asrama,aku bercampur dengan budak kelas rancangan khas (RK).budak RK ni  budak yang dapat cemerlang dalam UPSR.kira budak pandai la.dari situ la aku mula belajar cara-cara ulang kaji pelajaran . Cara belajar yang betul.lepas tu aku mula faham.hendak pandai bukanya susah,asalkan ada usaha. rajin,dia la yang berjaya.keputusan peperiksaan penilaian aku mengejutkan kawan-kawan sekelas aku.mulai saat itu aku  lebih bersemangat untuk berusaha dalam pelajaran .di asrama sewaktu cikgu nordin dan ustaz ridzuan ketua warden,,pelajar asrama yang gagal dalam peperiksaan akan didenda,naik atas pentas dan kena rotan.,aku kena la jugak.tak pernah terlepas.sakitt oo..pelajar aspura dan aspuri,dua-dua kena,secara tidak langsung memotivasikan kami untuk terus berusaha memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan .pelajar asrama yang lulus penuh akan dibawa pergi lawatan..biasanya pada musim peperiksaan pelajar asrama akan berjaga hingga lewat malam.terdapat juga segelintir yang bangun mengerjakan qiamullail dan mengulangkaji di waktu awal pagi kira-kira pukul 3 pagi hingga masuk waktu subuh.ini antara kesempatan yang patut dimafaatkan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA…..!!!

Sekadar coretan yang masih segar ingatan. InsyaAllah, saya akan post kan lagi coretan-coretan mengenai  asrama pada masa akan datang..


Untuk mengikuti sebarang perkembangan tentang SMKSIS 2, sila klik dan 'LIKE' page berikut : SMK Sultan Idris Shah 2, Gerik.

PASUKAN HOKI SMK SULTAN IDRIS SHAH 2.....2012

hoki, field hockey, smksis2, hoki mssd 2012
Team  hoki SMK SULTAN IDRIS SHAH 2..Tahniah menduduki tempat ketiga  MSSD  HULU PERAK 2012
barisan belakang dari kiri: ,sir sakti (jurulatih),azam(c),zue hafify,shahidan,pak tam,hafiz,shahir,meor,amirul izzat,faris fahmi(gk), zharif,khusairi,cikgu zaidi(pengurus) nazri(ex-player).
dari tengah:,kamarul azmi
barisan depan dari kiri:amar zakuan,syafirul,faizal,zakimi,harith hazwan & farhan


DISINI ADA SATU CERITA........
ceritanya ialah.....bagaimana ak boleh terlibat dengan hoki,hahahha..pada asalnya aku memang bukan budak yang aktif main sukan ni.kesnya,,sebab dulu waktu sekolah rendah aku suka main bola,tapi kan,bila main je mestia ada yang tak puasa hati,mesti nak gaduh2..aku jadi menyampah bosan dan serabut kepala pun ada. jadinya sebagai jalan pintas untuk mengelakkan pergaduhan terus berlaku.aku tak main bola! hahahha..aku membangku kan kaki aku.
bila form 2 aku masuk asrama. deme ajak main bola pulak.awal2 tahun tu aku main la.tapi benda yang sama juga nak jadi..serabut betul la...aku  ni plak jenis tak bleh tgok kalau2 member2 nak gaduh ni..jadi serabut.(banyak juga deh serabut). waktu tu aku sekolah sesi petang,so, kami main waktu pagi la. lepas tu ka,aku buat satu keputusan yang mudah.tak payah turun main.dok dalam bilik,tido! hahaha..awal2 takpa la lagi,lepas tu ka,mula deme bising, sebabnya? dah ramai plak yang mengikut,takda orang plak nak main bola waktu pagi.hahahah..padan muka..tapi kan,sejak dua menjak ni aku dah main bola balik..tak macam dulu..have fun bila main bola..tapi tak pandai sangat la.tak l;a tak pandai sangat plak..hahah
form 1 sampai form 3 aku tak main hoki lagi..baru nak kenal je pun.tapi bila naik form4 baru aku main.hahaha...asalnya aku main tenis utk sekolah,tapi bila dah dapat hoki,aku reject la tenis,fokus kat hoki..first game main peringkat daerah...posisi aku? defend la..right defend.hahaha.tak sangka plak mula2 join pastu johan plak tu..menamatkan kemarau johan selama 4 tahun...pastu bila form 5 aku tak main hoki sebab aku main tenis plak..pastu dok main biasa2 la kat asrama petang2..terus je aku jadi aktif dok main hoki,tanduk bola hoki pernah,kena hit penah.hahaha.sakit oo.
bila naik form 6,cadangnya taknak main dah la hoki.bukan apa,katanya nak fokus stpm.peluang terakhir  nak masuk u. alih2 cikgu ajak main jugak.katanya defend takda orang. erm aku pun main la..mula la turun main balik.nak main posisi keeper,coach tak bagi.huhuhu...teringin jugak sebenarnya..
mungkin sebab aku senior kot,deme pilih aku jadi kapten.wouu..bangga kot.tapi takut jugak la sebab nak kena bawak team capai target johan.lebih menggerunkan aku lagi bila team pompuan layak masuk final. lagi semangat la kami. satu persatu game kami lalui akhirnya kami layak juga masuk final..seronok la semua..apatah lagi aku...malangnya team pompuan kalah final..penalti stroke.sayang sekali dua kali tiga kali.
final tu kami lawan dengan tuan rumah yang di target johan.waktu perlawanan peringkat kumpulan kami seri tanpa jaringan.pastu jumpa plak kat final.lawan punya lawan termasuklah masa tambahan.tetap kosong2 jugak.iskh..pastu penalti stroke..shoot punya shoot.seri juga.last sekali sunderdeath,sapa shoot masuk,dia menang..malangnya kami kalah.sama nasib dengan team pompuan..final tu jugak la menyebabkan kaki aku terjengket.jengket hampir 2 minggu.akibatnya? kena hit dengan bola kat lutut..sakit oooo...
fuhhh...rehat sat...............................................

sambung balik..habis peringkat daerah,ada pulak peringkat negeri,...habis selection,aku terpilih main daerah tuk peringkat negeri..xcited la aku,maklumlah.impian kot...dah seminggu training..hari last training aku dapat satu berita,,,aku terpaksa digugurkan daripada team sebab terdapat bantahan dari daerah lain yang melarang tingkatan enam bermain mewakili daerah..perrrgh..sedih kot...nasib baikla  selang 2 3 hari lepas tu ada pulak sukan perak (super).aku join la team super plak. lawan dekat manjung. walaupun tak menang,tpi penglaman yang aku dapat sangat berguna dan seronok..hahaha..first time main atas turf,terus jadi cam budak tak reti main...

habis semua game tu..aku just main biasa2 je la kat asrama.sukan asrama dan tu jela,,,
yang terbaru ni ,tahun lepas la,aku main utk HOKI TERBUKA TUN SABAN yg julung kali diadakan. dapat main dengan team yang hebat2..tapi yang lebih penting dapat join dengan team sekolah balik,harapnya akan dijadikan acara tahunan..jadinya,bleh la aku masuk selalu..

sekarang bila balik aku pasti akan ke sekolah..main hoki dengan bebudak..maklumlah,dah jadi familiar,sukar nak tiggalkan tabiat tu..
















hoki | idrisian hockey | smsis2 | smksis2





Open Cbox