ADAB BERZIKIR DAN BERDOA




     Doa merupakan senjata orang islam yang paling ampuh. Namun seringkali juga kita tertanya-tanya kenapa doa kita tak dimakbulkan oleh Allah. Ya, Allah memang menerima semua doa hambanya tetapi berdasarkan beberapa kriteria atau perkara yang perlu di patuhi. Begitu juga dengan zikir. Memuji kebesaran Yang Maha Esa adalah suatu perkara yang amat dituntut. Banyak fadhilat kepada mereka yang selalu berzikir. Namun begitu beberapa adab perlu dipatuhi. Adab-adabnya adalah seperti berikut:

1. Doa dan ZIKIR yang paling utama adalah membaca Al-Quran. Berkata Syaikh Al-Abubakar Jazari: '' Al-Quran adalah zikir yang paling utama, kerana ia adalah kata-kata ALLAH SWT dan ia adalah doa & zikir termulia yang hanya diberikan melalui lisan para rasul.''

2. Hendaklah memulakan doa dengan menghafal doa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Berkata Syaikhul Islam: '' Doa dan zikir adalah ibadah , dan syarat ibadah adalah ittiba' (mengikuti) Nabi Muhammad SAW, bukan mengikuti hawa nafsu & bukan pula mengada-ngada membuat sesuatu yang tidak ada contohnya dari nabi Muhammad SAW.

3. Hendaklah orang yang membaca doa / zikir memahami maknannya dan wajib melaksanakan hukum ALLAH SWT setelah berzikir tersebut. Berkata Imam Ibnu Qayyim: ''Dzikir yang paling baik adalah doa dan dzikir yang diyakini di dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan, iaitu yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan orang yang membacanya memahami maknanya dan apa yang terkandung di dalamnya.''

4. Tidak boleh disertai sikap berlebih-lebihan, mempamerkan (riya'), sikap khusyu yang dibuat-buat.

5. Tidak boleh mengeraskan suara ketika  berzikir dan hendaklah dengan suara yang perlahan dan lebih disunatkan di tempat yang tersembunyi.

6. Tidak boleh berzikir ketika khatib sedang berkhutbah (bagi lelaki), saat buang hajat dan saat berhubungan suami isteri, saat membaca dalam solat dan saat sangat-sangat mengantuk.

7. Hendaklah memulai dan mengakhiri doa dengan hamdalah dan lalu selawat yang diajarkan oleh Al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.

8. Tidak benar menentukan batasan-batasan jumlah bilangan tanpa dasar hadis yang sahih.

Awww Thank You


No comments:

Open Cbox