AKU DAN ASRAMA SMK SULTAN IDRIS SHAH 2………..2011




ASSALAMUALAIKUM,........bicara aku semestinya berkaitan pengalaman aku selama 6 tahun tinggal di ASRAMA SMKSIS2.apa yang hendak aku kongsikan disini ialah variasi kenangan pahit manis, suka duka ,serta manfaat dan kelebihan yang aku dapat sepanjang tempoh 6 tahun aku di asrama.semoga coretan aku ini dapat menjadi tatapan serta panduan kepada para pelajar yang menginap di asrama,bakal memasuki asrama dan juga bagi mereka yang berkenaan...






penang | pulau pinang asrama,  bukit bendera, biro asrama, smksis2

Gambar kenangan bersama barisan biro-biro asrama 2010-2011…ketika mengadakan lawatan ke pulau pinang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa bekas biro-biro asrama.terima kasih kepada pihak  pengurusan asrama smksis 2 kerana menghargai kami.




imam muda hizbur rahman, asrama smsis, smksis2
BERSAMA IMAM MUDA HIZBUR RAHMAN (NAIB JUARA PROGRAM REALITI IMAM MUDA MUSIM PERTAMA)...Di asrama smk sultan idris shah 2.





asrama smksis2 | asrama | smartsis | idrisian |  delima4
Bersama adik-adik junior tingkatan 2…..




asrama smksis | smsis2 | delima 4 |

Bersama adik-adik junior tingkatan 1……..teruskan perjuangan anda semua adik-adik sekalian dalam menggapai cita-cita dan impian……….memori yang tersurat tidak akan luntur oleh waktu.....






PERKARA/AKTIVITI/PROGRAM  YANG MENARIK DI ASRAMA

Bagi  mereka  yang pernah menginap di asrama terutama dalam satu jangka masa yang agak panjang semestinya  mempunyai banyak pengalaman  di asrama.termasuklah  pelbagai perkara-perkara baru yang hanya  boleh kita perolehi di asrama ..Disini ingin aku  kongsikan antara perkara-perkara  yang dapat aku  pelajari  selama 6 tahun pengalaman aku tinggal di asrama .Aku coretkan di sini buat tatapan mereka yang tidak pernah merasa pengalaman tinggal di asrama ketika di alam persekolahan.Coretan ini merupakan aktiviti  yang dilakukan dan peristiwa yang berlaku di asrama aku iaitu ASRAMA  SMK  SULTAN IDRIS SHAH 2.GERIK PERAK yang masih segar dalam ingatan aku.


1.       SOLAT SECARA BERJEMAAH

Perkara pertama adalah berkaitan dengan amalan solat secara berjemaah.walaupun zaman sekarang agak jarang (bukan tiada langsung) kita dapat lihat pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan belia remaja  ini menunaikan solat di masjid-masjid dan surau, ( kecuali solat jumaat).tetapi, Alhamdulillah,di asrama kita dapat menunaikan solat subuh,zohor,asar maghrib dan isyak secara berjemaah.walaupun kadang-kadang dalam  jemaah yang kecil terutama dalam waktu zohor disebabkan jadual balik sekolah yang berbeza.Apa yang  disyukuri adalah kita sangat bertuah berbanding kawan-kawan sebaya kita yang kebanyakkan masih melepak-lepak ketika waktu maghrib sedangkan di asrama kita telah berkumpul di surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

2.       SOLAT SUNAT/ QIAMULLAIL
Masih lagi berkaitan dengan solat, iaitu solat sunat , sebelum tinggal di asrama aku  hanya mengetahui berkaitan  solat sunat hajat sahaja. Tetapi di asrama ,banyak jenis solat sunat yang dapat aku  pelajari ,tunaikan dan amalkan.Aku  dapat belajar perkara-perkara berkaitan solat ini dari kawan-kawan yang lebih arif dalam hal-hal sebegini.Di asrama juga aku mula belajar menunaikan qiamullail.yang mana sebelum ini belum pernah aku kerjakan.Walaupun telah diajar di sekolah..Kebiasaan di asrama dalam setahun pasti dilakukan Qiamullail sekurang-kurangnya sekali secara berjemaah.Apabila ada program-program motivasi dan sebagainya,qiamullail juga turut di selitkan sekali dalam jadual program…
Tahun 2011,seronok dapat mengerjakan qiamullail yang diimamkan oleh imam muda hizbur abdul rahman.naib juara program imam muda musim pertama.

3.       PUASA SUNAT :ISNIN & KHAMIS

Ini antara perkara yang baru la aku belajar di asrama.Puasa sunat  hari isnin dan khamis,sebelum ni aku hanya tahu puasa bulan ramadhan je..yang ni pun kawan-kawan aku la cerita.kat sekolah ada belajar juga.Tapi tak di amalkan pun.Seronok puasa hari isnin dan khamis ni.Biasanya tak ramai pun yang puasa.Ada la dalam 10-20 orang macam tu ja.Cabaran memang banyak la.maklumlah,kita ja yang puasa..orang lain tak puasa..


4.       TAZKIRAH MAGHRIB/ USRAH

Tazkirah dan usrah.yang ni pun menarik juga.Kalau tinggal di luar,jangan harap la nak pergi majlis-majlis agama macam ni.( tak semua la,sesetengah je )..tazkirah ni biasanya diadakan pada hari jumaat dan sabtu malam selepas maghrib.pada minggu yang tak balik kampung la.Dalam satu tahun biasanya kami akan bincangkan satu kitab..ni kitab yang aku ingat la.APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM..ustaz selalu kata,kami patut bersyukur sebab dapat menghadiri majlis-majlis ilmu macam ni.sebab rakan sebaya kami yang tinggal di luar pada waktu maghrib macam ni biasanya melepak  buang masa begitu saja.Alhamdulillah.manakala  dalam majlis usrah pula,kami akan dibahagikan mengikut kumpulan.setiap kumpulan diketuai  oleh seorang naqib dan naqibah.sebelum memulakan  usrah,setiap ahli kumpulan usrah akan membaca 2-3 baris ayat-ayat al Quran terlebih dahulu. Naqib dan naqibah akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli usrahnya berdasarkan kitab yang dipilih oleh naqib dan naqibah/ditetapkan oleh ustaz.seterusnya merupakan sesi bertanya soalan berkaitan permasalahan,kekeliruan  yang berkaitan dengan hal- hal keagamaan seperti fardhu ain.majlis usrah diakhiri dengan bacaan doa oleh naqib/naqibah atau ahli kumpulan usrah yang lain.


5.       MAJLIS BACAAN YAASIN

Majlis bacaan yaasin ini biasanya diadakan selapas solat maghrib pada hari khamis malam jumaat.majlis ni akan diadakan di dewan makan asrama sekali dengan pelajar aspura dan aspuri.bacaan yaasin akan diketuai oleh seorang pelajar aspura (asrama putera).selain itu bacaan yaasin juga turut diadakan jika terdapat ahli keluarga atau pelajar asrama yang ditimpa musibah.menurut pakar motivasi,YM RAJA SHAMRI @ abang raja.beliau menyarankan para pelajar supaya mengamalkan bacaan yaasin selepas solat subuh secara berterusan.menurutnya.kebanyakkan pelajar cemerlang mengamalkan bacaan yaasin selepas subuh,ini terbukti benar.


6.       TADARUS AL-QURAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tadarus al-quran ni akan dibuat pada bulan ramadhan.sepanjang bulan ramadhan la.melibatkan semua pelajar aspura & aspuri di surau blok masing-masing.setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan ( biasanya mengikut bilik) serta diketuai oleh seorang ketua kumpulan.pelaksanaanya,setiap kumpulan akan menghabiskan 30 juz surah sehingga penghujung ramadhan.seorang ahli kumpulan akan memperdengarkan bacaan.manakala ahli yang lain akan menyemak serta memperbetulkan bacaan ahli tersebut dari segi bacaan dan tajwid.tadarus ini akan dimulakan pada jam 6.00-6.45 petang(berubah mengikut tahun).pada malam terakhir ramadhan sebelum cuti sekolah,akan diadakan majlis khatam al-quran.peserta khatam al-quran biasanya seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar aspura tingkatan 6 dan 5 yang akan membaca surah lazim di atas pentas.,majlis ini biasanya diketuai seorang ustaz yang dijemput daripada luar.pada malam ini juga akan diadakan majlis pemberian duit raya kepada pelajar-pelajar asrama.saat-saat  yang ditunggu oleh pelajar asrama sebenarnya.


7.        ASPEK KEPIMPINAN

Sebagai pelajar semestinya kita  perlu dan akan terlibat dalam aspek kepimpinan di sekolah mahupun di universiti.tak sangka di sekolah aku jugak terlibat sebagai salah seorang pemimpin.layak ke tak layak yang tu aku tak tahu la.sebab bukan aku yang memilih.pilihan pada warden dan pelajar asrama yang lain.sewaktu di tingkatan 4,aku telah dipilih menganggotai BIRO ASRAMA. Macam pengawas  sekolah la di sekolah.waktu tu aku aku sebagai BIRO KEBUDAYAAN.tugas aku meliputi perkara-perkara seperti perancangan majlis-majlis di asrama seperti majlis hari jadi,jamuan dan sebagainya.aku juga bertanggunggjawab sebagai individu yang mengendalikan mesyuarat barisan biro-biro.antara tugas yang telah aku jalankan ialah menguruskan pelaksaan sambutan ambang kemerdekaan peringkat asrama(2008).aku juga terlibat sebagai ketua dalam menyediakan sebuah persembahan untuk pertandingan antara blok.alhamdulillah,majlis berjalan lancar walaupun hujan sebelum acara berlangsung sedikit meresahkan aku dan ahli jawatankuasa yang lain.segalanya berjalan lancar dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa program serta pelajar aspura yang terlibat.
     Ketika ditingkatan 6 bawah aku diamanahkan jawatan sebagai KETUA UMUM merangkap ketua pelajar aspura dan aspuri.satu cabaran yang besar sebenarnya.ramai yang tak mahu bila dicalonkan,.apa yang aku terima ni demi sebuah pengalaman.pengalaman yang tak semua orang lalui..jadi aku sahut cabaran ni.banyak perkara yang aku  belajar . misalnya:-

A.      bagaimana hendak menguruskan mesyuarat secara formal dan tak formal,
B.      bagaimana hendak mengadakan sebuah program
dan ad lagi la yang lain-lain tu..nasihat aku,sahut la cabaran yang mendatang.jangan mengalah sebelum mencuba.

8.       AKTIVITI KOKURIKULUM

Aku ni bukanlah pelajar yang aktif waktu tingkatan satu.maklumlah,tinggal di luar,jarak  rumah ke sekolah jauh.memang payah  la nak terlibat dalam aktiviti sukan ni.waktu tinggal di asrama barulah aku terlibat dengan macam-macam aktiviti sukan dan main permainan yang aku tak pernah main pun sebelum ni.contohnya, hoki,tenis,softball, dan lain-lain lagi.aku minat tenis dengan hoki la..aku pun tak tahu kenapa aku minat,aku minat sukan yang kurang diminati orang lain.asrama sangat membantu aku untuk bergiat aktif dalam bidang kakurikulum.





9.       RAMAI KAWAN

Hurmm…aku tertanya-tanya jugak.kalau aku tak tinggal di asrama,raamai mana kawan aku yer?? Maklumlah,aku kan baru pindah ke  gerik je waktu tu.mana la aku nak ada ramai kawan.tapi bila masuk asrama,aku dapat ramai kawan.seronok.macam-macam ragam aku dapat tengok.kami di asrama ni ibarat sebuah keluarga yang besar.ukhuwah antara kami lebih erat.bila sudah habis sekolah,kami masih bertegur sapa apabila bertemu.bangga pun ada tengok bekas pelajar asrama yang telah menjejakkan kaki ke universiti datang kembali ke asrama menabur bakti kepada pelajar asrama dengan mengadakan program-program motivasi dan sebagainya,

10.   MENGULANGKAJI PELAJARAN

Perkara ni paling memberi kesan kepada prestasi akademik aku.waktu tingkatan satu,gagal perkara biasa la bagi aku.bila masuk asrama,aku bercampur dengan budak kelas rancangan khas (RK).budak RK ni  budak yang dapat cemerlang dalam UPSR.kira budak pandai la.dari situ la aku mula belajar cara-cara ulang kaji pelajaran . Cara belajar yang betul.lepas tu aku mula faham.hendak pandai bukanya susah,asalkan ada usaha. rajin,dia la yang berjaya.keputusan peperiksaan penilaian aku mengejutkan kawan-kawan sekelas aku.mulai saat itu aku  lebih bersemangat untuk berusaha dalam pelajaran .di asrama sewaktu cikgu nordin dan ustaz ridzuan ketua warden,,pelajar asrama yang gagal dalam peperiksaan akan didenda,naik atas pentas dan kena rotan.,aku kena la jugak.tak pernah terlepas.sakitt oo..pelajar aspura dan aspuri,dua-dua kena,secara tidak langsung memotivasikan kami untuk terus berusaha memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan .pelajar asrama yang lulus penuh akan dibawa pergi lawatan..biasanya pada musim peperiksaan pelajar asrama akan berjaga hingga lewat malam.terdapat juga segelintir yang bangun mengerjakan qiamullail dan mengulangkaji di waktu awal pagi kira-kira pukul 3 pagi hingga masuk waktu subuh.ini antara kesempatan yang patut dimafaatkan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA…..!!!

Sekadar coretan yang masih segar ingatan. InsyaAllah, saya akan post kan lagi coretan-coretan mengenai  asrama pada masa akan datang..


Untuk mengikuti sebarang perkembangan tentang SMKSIS 2, sila klik dan 'LIKE' page berikut : SMK Sultan Idris Shah 2, Gerik.

1 comment:

Nurul iPhone Enthusiast said...

wah menarik nya pengalaman di asrama…tq for sharing…

Open Cbox