SELAMAT HARI LAHIR HARITH & IDAN...!!!


~~ ASSALAMUALAIKUM~~

[16 JUN 2013]
he3..
Tak habis lagi bab hari lahir nih, maklum la,3 hari direct. Mesti ada yang pelik kan kenapa la aku sanggup menggerakkan jari jemari aku menaip entry tentang birthday orang orang ni kan? huhuhhu. Kalau birthday mak aku tu takpa la, tak pelik sebagai sorang anak kan.
Sebenarnya aku tulis entry pasal diorang ni sebab aku menghargai mereka. Kedua-dua insan ni aku kenal masa kat asrama. Kat bawah nanti aku cerita lebih lanjut pasal diorang nih.

[16 JUN 1998]

Okay, sekarang nih aku akan cerita tentang si birthday boy yang bernama HARITH HAZWAN nih. Dia ni form 1 masa aku upper 6 kat SMK Sultan Idris Shah 2 dulu. Walaupun perbezaan umur yang agak ketara (6 tahun) antara kami, tapi tak menjadi penghalang kepada kami untuk berkawan sebenarnya. Untuk pengetahuan, di asrama ni, biasanya ada satu gap antara junior dan senior. Tradisi lama yang kadang kala menghalang jalinan ukhwah antara senior dan junior disebabkan kebencian junior terhadap senior. (kes buli la biasanya). Tapi waktu aku senior, benda-benda tu semua kami dah tak pandang. Walaupun aku kadang kala agak 'jahat' denda budak-budak, tapi tak la sampai tahap mencederakan dan sebagainya. Aku bertidak mengikut jawatan yang aku pegang la. Berbalik kepada si Harith ni, awal dia masuk asrama, aku pernah sembang dengan ayah dia, pak cik Hassan, pasal harith. Macam-macam la ayah dia cerita. Katanya si Harith ni aktif kat sekolah. hyperaktif?? tak tahu aku. hahaha..
Aku ingat lagi waktu orientasi form 1 aku jadi fasi dan group pulak dengan budak ni. Memang sporting la. Dia kena naik pentas jadi robot. pastu dok menari la dia kat atas pentas tuh, aduh budak ni, bagai2.
Dia form 2 aku dah habis sekolah.   minat kami pun sama main hoki, ,.hahaha. Sepanjang aku kenal dia 3 tahun nih, dia ni memang budak yang baik, patuh mak ayah, ceria, mudah bergaul, dan lain-lain lagi.hahaha
Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Harith ni sebaya dengan adik aku je sebenarnya.
Apa-apa pun my adoptive brother, i wish u 

HAPPY BIRTHDAY 15th. SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIREDHAI-NYA. SEMOGA GEMBIRA BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG DAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR 2013.
ALL THE BEST!







[16 JUN 1995]
Yang ni pulak, nama sebenarnya SHAHIDAN, tapi biasanya orang panggil Idan je, takpun ada satu nama lagi K******. hehehe.
Okay, nak cerita sikit pasal budak sorang sementara aku tengah rajin menaip nih. Budak ni pun sama umur dengan adik aku. Waktu form kat asrama aku tengok budak ni kecik-kecik je. lawak pun ada bila tengok gambar diorang bila besar ni. Dia ni ada sorang kawan yang sekecik dia jugak la waktu, Rizal. Dulu pegi mana-mana pun nampak muka ni je dua orang. Waktu tu aku form 5 la. depa ni pulak form 2. Kat asrama waktu tu sebilik pulak dengan aku. Ya Tuhan, buasnya boleh tahan. budak2 la katakan,. Main kejor-kejor la dalam bilik, gusti la, sampai aku pulak terjoin sekali, opps! hehehe. Idan ni pun ada minat yang sama macam aku iaitu tangkap ikan. hahaha. Pernah sekali aku ikut dia pergi panah ikan@menyelam kat sungai kampung dia. Dapat ikan tak banyak pun, just seronok je (waktu ni la handset samsung corby aku turut mandi bersama).
Budak ni pun aktif jugak orangnya, nasyid la,hoki, bola tampar,bola sepak,petanque entah apa lagi yang dia main aku tak tahu la. Kalau tak silap aku result SPM dia biasa ja, aku tak pasti dia sambung belajar kat mana. Rasanya sambung form 6 lagi. Waktu dengan budak ni kat asrama tambah pulak dengan si Rizal tuh, hilang stress belajar aku dok gelak dengan gelagat budak berdua nih. Kacau budak dua orang ni best jugak sebenarnya, hahaha, aktiviti masa lapang aku la tuh.. sorrryyy..he3.
Sekarang dah besar dah budak Idan nih, rasanya tinggi daripada aku dah, cisss!.
hurmm..aku ucapkan-

SELAMAT HARI LAHIR IDAN YANG KE-18,
 SEMOGA BERJAYA DALAM HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT. 


#dah cukup umur nih, boleh hisap rokok la......he3.

Tak dapat nak celebrate, teman ni masih nun di seberang laut sana berjuang dengan final exam. In Shaa Allah bila balik nanti, kalau ada tuh, ada la rezeki kome.. Yang lain bukan teman lupa ek birthday kome, teman ingat je...huk3...



TAKKAN BACA SAJA??
 WISH LA SIKIT....huhuhu

No comments:

Open Cbox