................AKU DAN IMPIAN.............

Aku dan impian?? ada impian ke aku? semestinya la ada.aku kan manusia.manusia normal yang mempunyai wawasan,harapan dan arah tujuan hidup sememangnya mempunya sejuta impian beribu mimpi..tapi,adakah itu semua akan tercapai? mampukah aku? kenapa tidak.selagi kita hidup,selagi kita terdaya,tiada apa yang mustahil dalam hidup.semangat dan keinginan adalah satu keperluan yang mustahak....
jadinya,apa impian aku? hahaha....kenapa aku gelak?  sebabnya aku betul-betul mahu,ingin dan segala macam lagi la menghasilkan satu karya. tak kiralah sajak ke,puisi ke,cerpen ke,novel ke,,,asalkan ada satu karya sastera yang aku hasilkan dan yang paling penting  ianya dibukukan dan diterbitkan.mustahil ke?? itu aku tak tahu.yang aku tahu sekarang ni aku kena usaha dan usaha lagi...tengah usaha la pun..hahahha.
perancangan buat masa ni nak tulis cerpen dan novel..tajuk dah ada,jalan cerita pun dah ada,cuma belum dipindahkan kedalam bentuk tulisan je lagi....semuanya sedang diusahakan...insyaAllah..kalau ada rezeki,ni la hasil karya aku nanti yang masih meniti fasa membentuk sebuah karya....

cerpen...
1.pelita raya
2.nur di celahan kelam
3.hanyalah suatu permainan..


novel...
1.bila hati membisu

sajak
1.''missing'' (alhamdulillah,,berjaya disiapkan)



***akibatnya bila dah terlebih minat membaca.mula la berangan nak hasilkan karya sendiri.hahaha...lupa nak cakap,,aku suka baca atau tengok cerita-cerita yang genre thriller..entah kenapa tapi genre ni menarik,,karya yang aku suka macam

 RAMLEE AWANG MURSHID...(baru je baca ni..teknik penceritaan dia memng menarik)
SIR ARTHUR CONAN DOYLE..(cerita menarik,saspen pun banyak)
AGATHA CHRISTIE...(yang ni aku paling suka.,,wataknya,HERCULE POIROT..)
ZAKI ZAINOL...(yang ni aku baru baca jugak,penulisan dia mcm sastera epik punya gaya,,fiksyen la ni)

kalau movie atau drama tv..hehehe..ni dia feveret aku..

CHUCK
24
HAWAII FIVE-O
BEASTMASTER
ROBINHOOD
THE DA VINCI CODE

bnyak lagi sbenarnya..terutamanya filem aksi la..penyiasatan..hah,tu memg faveret aku la..cito hantu? ermm..tak bapa minat....


banyak lagi la buku2 penyiasatan dan misteri yang lain.kebanyakan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu...aku pun  tak brapa nak ingat nama penulisnya..tajuk cerita ingatla,.



#penulisan yg berterabur disebabkan diawal blog ini dibina hanya sebagai sebuah catatan, luahan oleh penulis...

AKU...ROTU.....MEREKA....

Assalamualaikum...pembaca yang budiman..
entri kali ni aku nak cerita la sikit pasal palapes.sebelum masuk usm memang aku dah tahu pasal palapes ni.sebabnya aku memang minat.tapi,ada jugak kata-kata yang menyarankan aku supaya jangan masuk palapes sebabnya,nanti aku sibuk sangat la,tak sempat nak buat kerja kursus,takda life kat universiti dan macam2 lagi la..tapi aku buat diamkan je.
bukan apa,palapes ni kiranya ganti kepada hasrat aku nak upnm yg berkubur .hahaha..bagi aku bidang ketenteraan ni menarik,walaupun lasak n teruk jugak la,tapi tu semua waktu tu,tika itu,,kita kena melihat kehadapan.banyak sebenarnya kebaikan yang aku bila masuk palapes ni,aku jarang keluar ke pusat bandar,shopping complex atau apa la untuk suka2 bazir duit,sebab masa aku agak terhad.secara tak langsung didik aku untuk belajar menghargai duit hasil pena lelah mak aku untuk membiayai aku di universiti.elaun pun dapat,secara jujurnya bukan elaun yang aku kejar.tapi masa depan yang aku kejar.cita-cita aku seperti yang aku post dahulu ialah seorang tentera.tapi,di usm ni aku ambik kursus ilmu pendidikan yang dikatakan menjamin pekerjaan oleh semua orang.hakikatnya,berita yang bari diterima hasil mesyuarat pusat pengajian ilmu pendidikan,course sastera dengan pendidikan yg aku ambil pada tahun merupakan course ''open market''.apa itu open market?? maknanya kami tidak dijamin peluang pekerjaan sebagai seorang guru.kami kena tingkatkan usaha.berapa tahun kami perlu menunggu selepas tamat pengajian untuk dihantar mengajar? 2 tahun? 3 tahun?? itu semua bergantung kepada rezeki..
bila benda ni semua berlaku,aku teringat kembali cita-cita aku sebagai seorang tentera,..itu semua aku tak pasti,aku tak tahu,masa depan adalah rahsia Yang Maha Esa.aku rasa lega sangat sebab masuk palapes,ni la back up masa depan aku.aku harap aku mampu hadapi  latihan sepanjang 3 tahun yang mendatang ni.

cuti pertengahan sem seminggu ni aku tak balik rumah ,ada latihan berterusan,pra annual kem.memang taff kem ni,tapi alhamdulillah aku berjaya hadapi.banyak suka duka yg dilalui.harapnya annual kem yg sebenar nanti aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.pengalaman tidur atas lantai di markas palapes beramai2,makan makanan askar,minum air sungai,pakai baju yang sama hampir seminggu,tidur 2-3 jam,berjaga tengah malam higga ke pagi tanpa pakai baju di hutan memang pengalaman yang mencabar.
yang menariknya bila lalu kawasan kampung jalan kaki dgan pikul beg n bawak senjata,budak2 dok panggil abg askar.naik trak orang tegur..(mcam aku kecik2 dulu la) huhuhu.gali kubu,tembak m16 guna peluru kapur..memang seronok..berjemur tengah panas yang macam padang jarak padang terkukur..adoiii..kulit memng berkilat la jawabnya.hahhaha..yang penting mental kena kuat.semua benda jadi kalau kita enjoy..tapi kalau kita stress aku rasa memang susah la nk bertahan.perempuan boleh buat kenapa laki tak bleh buat? tu la kadang2 aku kagum la dengan semangat wirawati-wirawati ni.

gambar tak banyak la waktu pra annual kem sebb tak bawak kamera.bukan apa,mlas nk pikir sal benda2 tu...huhuhu..ad la sikit gambar kenangan..


***lain kali la upload...takdan

MISSING




MISSING’

KEHILANGAN.....
SIAPAKAH MEMAHAMI
SIKSA PERASAAN
DUKA DARI DALAM LEMBARAN LUH MAHFUZ...
DAN DEMI HATI DUKA MERUNGUT TANPA SIMPATI
LUAHAN RASA KASIH LELAKI....

TANAMKANLAH DIKEBUN FIKIRMU...
SUBURKANLAH DITAMAN INGATANMU
SATU NAMA YANG MENGENANG NAMAMU
SATU NAMA YANG MENELAN KATA
KATA YANG DILAFAZ BISU  DILUAH HILANG
PENJURIT NAFSU MELARAK KAU BERSAMA
KERANA KETERLEWATAN HATI
MENYANYI RASA KALBU....

SATU NAMA YANG MENUNGGU SETIA MENANTI
DIHATI TETAP SELURUH HIDUP

TAKDIR DIA PENENTU SEGALA
TIADA JODOH TIADALAH CINTA
ARUS KEHIDUPAN TETAP DILAYARI
SAUH DILABUH DI PENGHUJJUNG MUARA




Open Cbox