Bersantai menikmati saki-baki cuti sekolah.....Air Tarung



Assalamualaikum ...

Hurm, bestnya cuti sekolah kan? tapi aku dah takda cuti sekolah dah. hurm,, sedihhh..ha3. Ingat lagi masa time sekolah dulu, bila cuti sekolah nih mendatang akan ada dua perasaan pada aku. Gembira dan sedih. Gembira sebab cuti dan dapat balik rumah, jumpa keluarga, tengok kolam ikan keli aku, dapat tengok tv, dapat main, dapat tido banyak-banyak. tapi kan, sedih jugak sebenarnya sebab nak tinggalkan asrama. tak dapat jumpa kawan-kawan. Semua balik kampung masing-masing. Bila boring kat rumah mesti teringat kat asrama waktu tuh, tapi bila kat asrama time boring mesti teringat kat rumah pulak.he3.
Dah melalut pulak aku. Sebenarnya aku nak cerita yang aku dengan keluarga aku dan sedara mara aku pergi berkelah. Tu je!. hahaha. Biasalah 'adik-beradik' aku, suka plan last-last minit. Hasilnya, kelah je la dalam kampung. Nasib baik la ada tempat yang boleh berkelah walau takda air terjun 7 8 tingkat. Dah habis kelah, timbul pulak cadangan nak pergi mandi ''Air Tarung''.(tempat ambil air mineral dan mandi-mandi). Aku pun tak tahu sebab apa panggil Air Tarung. 
Nampak tak orang yang pakai baju putih dalam semak tepi kolam tuh?? mak aku la tu... Usah ditanya apa dibuatnya kalau bukan mencari ulam atau pokok paku pakis atau pokok apa-apa je la yang sesuai ditanam sebagai hiasan di halaman rumah.
Walaupun tiap kali balik aku akan lalu kat sini dan juga tiap kali keluar pekan atau pergi ''merayau'', tak pernah lagi la rasanya aku mandi kat sini tahun ni (2013,hehe). Kadang-kadang orang ramai dan tempat kecik je. Nak mandi pun rasa rimas. Segan pun ada. Tapi kalau dengan geng takpa la.

Dulu tempat ni takda pun kolam-kolam macam dalam gambar tuh. Waktu tu hanya susun ketul batu je buat macam bulatan bentuk kolam. Air time tuh best , sejuk dan jernih. Sekarang pun jernih jugak. Tapi tak sangat la. Sekarang dah ada tiga kolam. Cuma kolam yang ketiga tuh dah tak boleh digunakan sebab lantai pecah dan sekarang ditimbun dengan pasir menyebabkannya kotor dan berkeladak dan tak sesuai untuk mandi. Hanya kolam yang pertama dan kedua je yang ok.

Di sini dah ada satu wakaf/pondok. Bolehlah digunakan untuk berehat-rehat sambil baring-baring. Jangan terlena sudah. Takut bangun kat 'tempat lain' pulak nanti. haha......
Mandi ramai-ramai memang seronok. Haritu, penuh dengan ''puak'' kami je la kat situ. Itu baru sekerat je, kalau semua ada, jadi pesta la jawabnya kat Air Tarung nih.
Perasaan seronok main air tu dah lain sekarang bila dah makin besar nih. Dapat tengok je la anak sedara dok main air.huhuhu..
Seronok-seronok jugak mandi tuh, tapi jangan lupa yang bumi Tuhan ni luas. Bukan kita je  makhluk Tuhan kat muka bumi ni. Ada lagi makhluk lain yang tinggal bersama kita tapi terpisah oleh hijab yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Mata hati?? hurm, aku tak tahu yang tuh..haha.
Tempat ni pun apa kurangnya. Dah banyak cerita yang aku dengar. Dari orang luar daripada kampung aku pun ada, orang kampung aku apatah lagi la kan.

Orang tua-tua pesan, waktu maghrib jangan pegi mandi kat sini, singgah ambil air pun kalau boleh jangan. Bukan apa, waktu maghrib ni waktu Puteri Berenam nak mandi. Puteri Bunian la. Kewujudan mereka ni memang diakui dan tak dinafikan. Sebab dah ramai orang pernah jumpa. Pengamal perubatan tradisional pun selalu cerita sebab depa ni biasanya boleh berkomunikasi dengan orang Bunian. 
Pernah cikgu aku cerita, ada kawan dia pergi ambil waktu malam. Dia nampak kawasan tu cerah. Di tiap-tiap anak tangga terpasang lilin dari tangga bawah samapi keatas. Pelik juga. Tapi, kawan cikgu aku tu pun ambik je la air dan naik keatas balik. Waktu dalam kereta dalam perjalanan nak balik, bila dia tengok cermin sisi, cahaya lilin tu dah takda!.Gelap!

Pernah juga dulu, ada  orang kampung aku la pergi air tarung mandi dengan keluarga dia kalau tak salah aku la. Pastu dia ambil la gambar anak perempuan dia yang umur lingkungan 7-9 tahun cam tu la guna kamera handset. Bila dia tengok balik gambar anak dia, muka anak dia berubah! Ada penampakan seolah-olah wajah seorang lelaki tua pada muka anak dia. Kecoh la jugak dulu. Aku ada tengok juga gambar tuh. Memang real! Kalau nak kata biasan cahaya atau kesan kamera memang bukan la. Gambar tu pun aku tengok dalam handset arwah mak sedara aku. Aku tak berani nak simpan gambar tuh.huhu... takut jugak.

Setakat ni aku tak pernah jumpa benda pelik-pelik tuh lagi. Alhamdulillah. Mintak-mintak tak jumpa terus pun takpa dan mintak dijauhkan la dari benda-benda pelik nih. Maklumlah, aku pun akan lalu situ bila balik tambah-tambah pulak lewat malam. Bau wangi tuh selalu la. Siang lalu tak bau.Malamnya bau. 

Pesan orang tua-tua, selagi kita tak kacau tempat mereka, mereka takkan kacau kita. Contohnya pergi berdating kat situ. Memang menempah la la tuh.Kebersihan tempat tu juga kita kena jaga. Sebenarnya kat mana-mana tempat pun kita kena jaga kebersihan terutamanya lah.Kita berkongsi bumi yang sama, jadinya takda masalah kalau saling memahami dan menghormati.

No comments:

Open Cbox