SEGMEN BLOGLIST JULAI BLOG PALY



ASSALAMUALAIKUM....


Pertama kali join segmen....

l

jom ramai-ramai kita join segmen nih...KLIK jer banner atas tuh,,,

MONOLOG BUAT SAHABAT


Monolog buat sahabat


Sahabat,
Masih ingatkah engkau,
Akan suatu masa dahulu
Diri ini penuh dengan keceriaan
Hilai tawa kita bisa
Membuatkan alam hijau keriangan
Bersama...

Sahabat
Jika kau ingat rakan lama
Jika kau ingat kemesraan lama
Jika kau ingat cabaran lama 
Pasti kau akan merintih
Tidak akan melupai segala
Jika kau lupa
Dunia bergetar kemarahan
Akan merah menyala api marak menjulang
Sebagai janji sudah terbuang


Sahabat
Pabila terpisah
Tiada segala, namun rindu
Terasa di hati
Jika dulu, antara kita tiada rahsia
Namun kini, apabila kau berubah
Segala akar rahsia
Digenggam erat
Ku cuba cari segala 
Namun tak ku jumpa

Sahabat
Jika salah katakan salah
Tidak aku berasa bersalah
Dalam duka, pendamkan hati
Agar senyuman menutupi segala

Sahabat
Kini tidak seceria seperti dulu
Hilai tawa kekosongan
Alam hijau menari longlai
Namun, hati ini tetap berkata
Andai kita kembali bersua
Dapatlah kembali membuka
Pintu alam kelayuan ini


#Setelah sekian lama tersimpan di Microsoft Word.

Hubungan Rakan Sebaya

Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Nota Geografi: Sempadan Negara


Nota Geografi: Interaksi Spatial dan Perilaku Spatial


Nota Geografi : Sistem Cerun




#P/S : 
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DIBAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKAN DAPAT DILAKUKAN.

TERIMA KASIH

Nota Geografi : Economic Geography


#P/S: SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKANTERIMA KASIH

Nota Geografi: Cultural Geography






SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA JIKA BAHAN YANG DISEDEDIAKAN INI BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN..

Nota Geografi: Political Geography






SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN.


Nota Geografi : Konsep Sistem

Nota Geografi : Luluhawa






SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN.

Nota Geografi : Batuan




#P/S:

 SILA TINGGALKAN KOMEN DIBAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA  SUPAYA PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN.

. TERIMA KASIH.

Nota SHE 101 (Hubungan Etnik)




NOTA HUBUNGAN ETNIK




SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN INI BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN

Nota PGA 101: Nota kuliah PGA 101


Nota kuliah pga 101 from nazri15


SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA SEBARANG PENAMBAHBAIKKAN DAPAT DILAKUKAN.

Nota PGA 101: Sahsiah Waja Diri



#P/S : 

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN BERMANFAAT BUAT ANDA SUPAYA DAPAT DILAKUKAN SEBARANG PERUBAHAN.

Punca Malas Belajar


Assalamualaikum..
 sekadar suatu perkongsian ilmu...




Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.


1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita. Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar secara sendirian. Bergantung juga kepada individu tersebut.



2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan. Sebaik baiknya pilih la waktu yang sesuai seperti awal pagi sebelum subuh atau 2/3 malam kira kira pukul 3 pagi. Ini kerana pada waktu ini suasana sangat sunyi dan tenang. 



3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut. Main boleh tapi kena seimbang dengan pelajaran. Ramai pelajar yang masuk universiti dan dah graduate tapi 'kaki game' semasa dalam pengajiannya.



4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif. sebolehnya elakkan mencetuskan masalah ketika peperiksaan semakin hampir supaya emosi tidak tergangu dan tumpuan yang penuh dapat diberikan semasa mengulangkaji pelajaran.



5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas. Namun sebenarnya ini bukanlah alasan yang hakiki. Bandingkanlah diri kita dengan mereka yang lebih tidak bernasib baik daripada kita diuar sana supaya lebih memotivasikan diri untuk mengulangkaji pelajaran.



6. Fizikal kurang sihat
Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan baik, masa tu lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa. Rajinkan diri untuk bersenam. Berjonging sekurang-kurang 3 kali seminggu atau banyakkan berjalan kaki kerana banyak manfaat diperoleh daripada berjalan kaki.

sumber: Pen Patah


SELAMAT HARI LAHIR HARITH & IDAN...!!!


~~ ASSALAMUALAIKUM~~

[16 JUN 2013]
he3..
Tak habis lagi bab hari lahir nih, maklum la,3 hari direct. Mesti ada yang pelik kan kenapa la aku sanggup menggerakkan jari jemari aku menaip entry tentang birthday orang orang ni kan? huhuhhu. Kalau birthday mak aku tu takpa la, tak pelik sebagai sorang anak kan.
Sebenarnya aku tulis entry pasal diorang ni sebab aku menghargai mereka. Kedua-dua insan ni aku kenal masa kat asrama. Kat bawah nanti aku cerita lebih lanjut pasal diorang nih.

[16 JUN 1998]

Okay, sekarang nih aku akan cerita tentang si birthday boy yang bernama HARITH HAZWAN nih. Dia ni form 1 masa aku upper 6 kat SMK Sultan Idris Shah 2 dulu. Walaupun perbezaan umur yang agak ketara (6 tahun) antara kami, tapi tak menjadi penghalang kepada kami untuk berkawan sebenarnya. Untuk pengetahuan, di asrama ni, biasanya ada satu gap antara junior dan senior. Tradisi lama yang kadang kala menghalang jalinan ukhwah antara senior dan junior disebabkan kebencian junior terhadap senior. (kes buli la biasanya). Tapi waktu aku senior, benda-benda tu semua kami dah tak pandang. Walaupun aku kadang kala agak 'jahat' denda budak-budak, tapi tak la sampai tahap mencederakan dan sebagainya. Aku bertidak mengikut jawatan yang aku pegang la. Berbalik kepada si Harith ni, awal dia masuk asrama, aku pernah sembang dengan ayah dia, pak cik Hassan, pasal harith. Macam-macam la ayah dia cerita. Katanya si Harith ni aktif kat sekolah. hyperaktif?? tak tahu aku. hahaha..
Aku ingat lagi waktu orientasi form 1 aku jadi fasi dan group pulak dengan budak ni. Memang sporting la. Dia kena naik pentas jadi robot. pastu dok menari la dia kat atas pentas tuh, aduh budak ni, bagai2.
Dia form 2 aku dah habis sekolah.   minat kami pun sama main hoki, ,.hahaha. Sepanjang aku kenal dia 3 tahun nih, dia ni memang budak yang baik, patuh mak ayah, ceria, mudah bergaul, dan lain-lain lagi.hahaha
Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Harith ni sebaya dengan adik aku je sebenarnya.
Apa-apa pun my adoptive brother, i wish u 

HAPPY BIRTHDAY 15th. SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIREDHAI-NYA. SEMOGA GEMBIRA BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG DAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR 2013.
ALL THE BEST!







[16 JUN 1995]
Yang ni pulak, nama sebenarnya SHAHIDAN, tapi biasanya orang panggil Idan je, takpun ada satu nama lagi K******. hehehe.
Okay, nak cerita sikit pasal budak sorang sementara aku tengah rajin menaip nih. Budak ni pun sama umur dengan adik aku. Waktu form kat asrama aku tengok budak ni kecik-kecik je. lawak pun ada bila tengok gambar diorang bila besar ni. Dia ni ada sorang kawan yang sekecik dia jugak la waktu, Rizal. Dulu pegi mana-mana pun nampak muka ni je dua orang. Waktu tu aku form 5 la. depa ni pulak form 2. Kat asrama waktu tu sebilik pulak dengan aku. Ya Tuhan, buasnya boleh tahan. budak2 la katakan,. Main kejor-kejor la dalam bilik, gusti la, sampai aku pulak terjoin sekali, opps! hehehe. Idan ni pun ada minat yang sama macam aku iaitu tangkap ikan. hahaha. Pernah sekali aku ikut dia pergi panah ikan@menyelam kat sungai kampung dia. Dapat ikan tak banyak pun, just seronok je (waktu ni la handset samsung corby aku turut mandi bersama).
Budak ni pun aktif jugak orangnya, nasyid la,hoki, bola tampar,bola sepak,petanque entah apa lagi yang dia main aku tak tahu la. Kalau tak silap aku result SPM dia biasa ja, aku tak pasti dia sambung belajar kat mana. Rasanya sambung form 6 lagi. Waktu dengan budak ni kat asrama tambah pulak dengan si Rizal tuh, hilang stress belajar aku dok gelak dengan gelagat budak berdua nih. Kacau budak dua orang ni best jugak sebenarnya, hahaha, aktiviti masa lapang aku la tuh.. sorrryyy..he3.
Sekarang dah besar dah budak Idan nih, rasanya tinggi daripada aku dah, cisss!.
hurmm..aku ucapkan-

SELAMAT HARI LAHIR IDAN YANG KE-18,
 SEMOGA BERJAYA DALAM HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT. 


#dah cukup umur nih, boleh hisap rokok la......he3.

Tak dapat nak celebrate, teman ni masih nun di seberang laut sana berjuang dengan final exam. In Shaa Allah bila balik nanti, kalau ada tuh, ada la rezeki kome.. Yang lain bukan teman lupa ek birthday kome, teman ingat je...huk3...



TAKKAN BACA SAJA??
 WISH LA SIKIT....huhuhu

DIRIMU TIADA GANTI

~~ASSALAMUALAIKUM~~

hehehe.sori, tiga hari jugak rasanya tak update.maklumlah, dalam mood exam,kena lupakan sekejap la berbloging nih. alah, berapa jam je pun lupanya..
 hurm,
Sumber inspirasi hidupku

 Entry kali ni aku nak tulis pasal hari lahir lagi. kalau semalam ada entry tentang hari lahir kawan aku yang namanya si Salihah Abdul Rahman tu, hari ni aku nak tulis pulak pasal hari lahir wanita yang paling bermakna dalam hidup aku. Just one in the world. Tanpa dia siapalah aku. Tanpa dia apalah ertinya dunia bagi aku. Tanpa dia, tak mungkin aku disini, menulis blog tentang dia. Ya, memang dia sangat bermakna dalam hidup aku. Tanpa dia dimana kami sembilan orang ini. Dia adalah wanita terbaik dalam hidup aku walaupun ada berbilion wanita dalam dunia ni. Hari ini pada tarikh yang sama pada tahun 1958, dia telah lahir kedunia.

Dia adalah Siti Mariyam Binti Zani [15 JUN 1958] ,wanita yang telah melahirkan aku kedunia ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. 



Terima kasih mak! Dirimu tiada pengganti,  Engkau hanyalah satu dalam hati ini. Kami anak-anak emak janji takkan mengabaikan emak. Segala jasa dan pengorbanan mak sepanjang membesarkan dan mendidik kami amatlah besar dan ternyata walau segunung emas pun tidak mungkin dapat menggantikan semua itu. Sehingga kini emak masih tabah bekerja untuk membesarkan kami, jika dahulu diri ini masih kecil untuk memahami segala jerih perih yang emak lalui, tapi kini diri ini sudah membesar,mak. Diri ini masih belum mampu membantu meringankan beban, tetapi diri ini janji akan menamatkan pengajian dengan cemerlang  di universiti dan mengenggam segulung ijazah. tak sabar rasanya hendak melihat wajahmu tersenyum gembira seperti saat diri ini menghulurkan keputusan , UPSR,PMR dan STPM kepada mu suatu ketika dahulu...Diri ini akan bahagia apabila melihat mak  tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya. mak, walaupun diri ini tiada bersama mak saat hari yang bermakna bagi mak ini, diri ini akan sentiasa mengingati nasihat dan pesanan mak. 


SELAMAT HARI LAHIR MAK!
SAYA SAYANG MAK!
KAMI SAYANG MAK!





 Semoga kami anak-anak mak dijauhkan daripada sifat2 sebegini.
semoga kami tidak tegolong dalam golongan anak  DERHAKA..kerana kami tahu, kami syukur, kami hargai dan dirimu TIADA GANTI mak. Walaupun ada wanita yang seiras denganmu, dia  tetap bukan dirimu.


 HARGAILAH IBU DAN BAPA ANDA SELAGI DIA MASIH ADA,

RAJINKANLAH MENDOAKAN IBU BAPA ANDA JIKA MEREKA SUDAH TIADA

# Kadang-kadang hati ini rasa geram, marah, sedih bila tengok dimedia massa,ramai anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa. Bila sudah besar dan bekerjaya, bekerluarga, ibu diabaikan. Apabila ibu sudah tua, uzur, sakit tua dan sebagainya, harta ibu yang dinanti, bukannya hendak merebut peluang tersebut untuk berbakti kepada ibu. Malah telah menjadi trend pula menghantar ibu bapa yang uzur ke rumah orang-orang tua dan rumah kebajikan. Mungkin mereka sudah lupa bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu, tak cium bau syurga la kepada sesiapa yang menderhaka kepada ibunya. Macam-macam alasan diberikan kenapa abaikan ibu. Sibuk bekerja la, tak da masa la, adik beradik lain ada, ibu menyusahkan antara alasan yang biasa kita dengar. Lupakah mereka ketika mereka kecil , wanita bergelar ibu ini tidak pernah menggunakan semua alasan tersebut dalam membesarkan mereka. Semuanya dilakukan dengan sabar dan tabah disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anaknya. Anak-anaknya menangis di tengah malam, wanita ini tidak mengambil headfon tutup telinga, malah dengan cepat mendapatkan anak tersebut. kasih sayang ibu memang tiada tandingnya.
Agak menyentuh hati juga apabila terbaca artikel di surat khabar tentang bagaimana seorang bibit( pembantu rumah) warga indonesia yang bekerja di Malaysia menjaga ibu majikannya yang di abaikan oleh anaknya sendiri. Alasan pembantu rumah tersebut berbuat demikian katanya ''KERANA IBU TIADA GANTI ''



SEORANG IBU BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK,TETAPI SEPULUH ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA SEORANG IBU.

SELAMAT HARI LAHIR KAWAN.!!

Assalamualaikum..hurm,,,



 tadi ada orang mention nama aku kat facebook. katanya, '' jangan lupa esok!''. dengan serta mertanya aku tepuk dahi. aduhai... esok kan birthday cik Salihah Abdul Rahman.  Macam mana la aku boleh lupa pulak. sedangkan aku yang menghitung hari birthday mak cik nih.. hahaha.. mungkin sebab esok [14/6/2013] aku ada final exam, geografi la katakan.  tapi tak study sangat pun, blogging je lebih.huk3.
tapi sebenarnya cik Leha oi, aku tak lupa. mungkin seminggu dua lepas birthday hang mesti aku ingat kan.hahaha..apa- apapun aku wish;-



''selamat menyambut hari lahir yang ke-21 tahun. berjalanlah di atas muka bumi Allah ini dengan keredhaan dan rahmat dari-Nya. Semoga berjaya dalam hidup dunia akhirat. Dan juga bahagia bersama keluarga tercinta serta selamat menduduki peperikasaan akhir semester 2.''








# hadiah akan dipertimbangkan kemudian setelah mesyuarat tergempar dijalankan oleh ahli-ahli senat. 
Harap maklum!

TUTORIAL: Cara Buat Disable Right Click

Assalamualaikum

hai,.. hye.. hai...

Kali ni aku nak Nazz nak kongsikan dengan korang semua satu lagi tutorial best punya. tutorial ni khas buat mereka yang inginkan privasi katanya taknak orang copy-copy kat dia punya blog. so, bagi sesapa yang rasa nak buat macam yang Nazz cakap tadi, jom ikut Nazz bertutorial.


1-Dashboard > Design > Add a page element> html,javascript

2- copy code kat bawah ni :



<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script> 


3- save !! Mudah je kan!


selamat mencuba dan semoga berjaya...!!!


TUTORIAL: Gerakan Title Blog

Assalamualaikum...

hai...hehehe..




hari ni aku nak ajar korang buat title blog bergerak. nak tak? kalau nak aku boleh ajarkan. eh, ap? tak tahu macam mana title blog bergerak? hurmmm.. tengok gambar kat atas tuh. kalau nak jelas lagi cuba korang tengok kat tab aku kat atas tuh. nampak tak title blog aku bergerak. hah,, macam tu la..
okay la. jom kita buat sam-sama..



1- Dari dashboard > Design > Add a gadget > Html/Javascript

2- Copy dan paste code berikut dalam ruangan HTML/Javascript



<script language=javascript>
msg = "Title Blog Anda";

msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>


Tukarkan 'Title Blog Anda' dengan apa sahaja yang anda mahu.

3- Save dan lihat hasilnya.:) mudah je kan!



selamat mencuba dan semoga berjaya!!!








TUTORIAL: Cara Ubah Warna Highlight

Assalamualaikum....
hai, korang mesti bosan kan warna highlight korang asyik warna biru je kan. apa kata korang cuba try test tukar pula warna higlight tu kepada warna kesukaan korang.
jom kita bertutorial........



1- Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2- Pastu , korang cari kod kat bawah ini : (Nak cari tekan Ctrl+F)

 a:link {


 3- Copy code kat bawah ni , and paste kan sebelum code yang anda cari tadi tu ok :)

::-moz-selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}

::selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}


* Ini kegunaan Mozilla Firefox dan Google Chrome saja !


4- save dan lihaat hasilnya! mudah je kan!

Okay, selamat mencuba dan semoga berjaya!

TUTORIAL: Cara Hilangkan Bar Navigasi

Assalamualaikum... 
hai semua...
tutorial kali ni aku akan ajar tentang cara nak hilangkan bar navigasi / navigator bar.
caranya mudah je. korang ikut je langkah-langkah kat bawah ni  okay.



1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Copy and paste code ini :

#navbar-iframe {
display: none !important;
}



3. Contohnya seperti berikut :

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 01 Dec 2010
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}


/* Variable definitions
====================


4. Save and lihat hasilnya! mudah kan.


 selamat mencuba dan semoga berjaya!

TUTORIAL : Letak Kesan Salji Dalam Blog

Assalamualaikum....

hye, hye, hye... 

okay, untuk tutorial kali ni aku akan ajar korang buat tutorial cara letak kesan salji dalam blog. Nanti blog korang nampak lah berseri sikit.huhuhu
 salji ni warna hitam dengan putih je tau.. pink,purple semua tu takda ye.

 Okay, jom follow..


1- Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Java Script

2- Copy salah satu kod berikut kemudian paste dalam ruangan html/javascript


Kod untuk salji putih (sesuai untuk background hitam), kalau background putih jugak cam mana nak nampak salji kan..huh.

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script> 



Kod untuk salji hitam.( sesuai untuk background putih)

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script> 

3-save dan lihat hasilnya. mudah kan!







TUTORIAL: Letak Link Blog Dalam Profile Google+


Assalamualaikum..hai... untuk tutorial kali ni, aku akan ajar sikit cara nak letak link blog korang dalam profile Google+.
yang ni aku baru belajar je, so, aku nak kongsilah dengan korang semua. kenapa kena letak link dalam profile google? sebabnya, bila korang follow mana-mana blog mudah bagi tuan blog untuk follow blog korang balik.
bila klik je gambar di followers tu akan muncul profile korang beserta link blog korang. bukan semua orang ada tahu sejak google+ ni di upgrade. baik korang ikut aku buat. rugi oo kalau tak buat.. dah, dah, dah,, jom folow step-stepnya.

1-Login masuk ke dalam Account Google+. Korang boleh shortcut dengan mengklik Logo blog korang di bahagian atas, sudut sebelah kanan blog. Kemudian Klik pada "Account" seperti yang ditandakan dengan bulatan oren dalam gambar di bawah.




lepas tu  korang klik Edit Profile



2- seterusnya, Sekiranya ada poped up window, Seperti gambar di bawah ni, korang just tekan Save. Lepas tu korang akan dibawa terus ke halaman edit Profile.

Tutorial - Letak Link Blog Dalam Profile Google+




3-next korang klik Link kemudian korang klik Add Custom Link seperti dalam gambar di bawah




4-then, klik Edit seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah




5-seterusnya korang masukkan url blog korang pada bahagian Url dan bahagian Label tu korang letak la title blog korang.


6-Dah masukkan semua, korang tekan Save. Siap! Korang boleh pilih untuk "View profile as public". Link blog akan terpapar dalam tab "About" melalui Profile Google+ korang.

Okay, selamat mencuba dan semoga berjaya.

kalau tak berjaya tuh , komen la bawah ni ye.. 




credit to--> Khaiangle  


SESIAPA YANG PANDAI ATAU TAHU.. PLEASEE HELP..

Assalamualaikum... hurmm.. dah lama dah try adjust, tapi tetap tak boleh. sebenarnya tak tahu nak adjuyst kat mana. sesiapa yang tahu please help..masalahnya sekarang seperti yg ditunjukkan di gambar bawah..





dalam aku punya page blog,, bila gerakkan cursor, page tu akan turun kebaawah dsn bawah dan bawah.. bila aku tengok org lain punya blog ok je.  korang boleh tengok anak panah putih tuh, bila aku gerakan dan gerakan lagi cursor ke bawah page aku akan naik sampai kat atas ndan aku tak nampak dah page tuh, nampak background gambor aku baju biru tu je.. sama jugak bila gerak ketepi.. seolah olah takda had. aku pu  paham kebapa n bagaimana nak settle masalah ni..

sesiapa yang tahu tolong bantu...huhuhu..

ANTARA SABAR DAN MENGELUH





Riwayat: 

 Riwayat al-Hakim

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

Huraian Hadith: 
1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Open Cbox