Hikayat Seorang Penganggur

Assalamualaikum......

Hahaha. Jangan risau, ni bukan kisah hikayat dengan bahasa putar belit hingga habis secawan kopi nak faham satu ayat.

Saja aku letak tajuk macam tu sebab aku tak tahu nak letak tajuk apa. Itu yang sebenarnya. Hahaha..

Tapi, memang aku penganggur lagi. Sayang pulak nak tinggai rumah. Haha. Okay, abaikan yang tuh. Dah makin melalut pulak nanti.

Sekarang aku agak aktif kat Wattpad. Wattpad tu apa? Hurmm....Wattpad tu tempat penulisan, perkongsian cerita secara online. Macam tu la kot. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Sapa-sapa yang suka membaca tu, boleh la ke sana. Ada banyak cerita dengan pelbagai genre.

Aku pun ada akaun Wattpad juga tau. Tu yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi aku baru lagi. Follower pun boleh hafal nama sorang-sorang. Ah, abaikan. Itu hal kedua.
Yang paling utama, aku siapkan dan tulis cerita aku dulu. Hehe. Aku ni baru nak belajar menulis cerita.

Ye ye, memang aku pernah buat entri sebelum ni pasal cerita-cerita tu semua. Tapi kali ni aku nak cerita lagi. Mungkin lebih detail sikit. Kot la...

Kat Wattpad aku tu ada cerpen, novel dan entah la satu lagi tu aku nak cakap apa pun tahu. Buku la kot. Buku himpunan kata-kata singkatan.

Sebenarnya ni, aku nak cerita sinopsis cerita-cerita aku. Masih di peringkat perancangan, sebab idea tu boleh datang tiba-tiba je time menulis.

Ini antara yang sedang rancak (cewahhh) aku tulis sekarang nih.

1. PAT KAY TU
Tengok tajuk ada kawan aku cakap macam siam je tajuknya. Ye tak ye jugak kan. Tapi ni bukanlah kisah pasal orang siam yer. PAT KAY TU ni adalah kisah budak sekolah iaitu kelas 4k1.

Aku cuba tonjolkan kisah persahabatan Aiman dan kawan-kawan dia dalam cerita ni. Zakkir, Hafiz, Aqhar,Iqra, Elly,Atikah,Zikri,Azizul,Armin dan Aiman Kodi. Apa, macam kenal nama-nama ni? Alaa...buat2 tak kenal jer..hihihi

Alaaa..bukan pilih kasih, ada je dalam kepala ni ha perancangan untuk kelas lain. Don worry. Cuma belum terzahir lagi. Cewaahh..haha

Panjang sebenarnya idea untuk cerita ni, tapi aku cuba susun dulu. Sekarang dah hampir 20 bab, dan mungkin akan sampai  25 atau 30 bab. Sebab, aku dah rancang PATKAYTU (Bahagian II). Nampak tak, betapa tamaknya aku. Hahaha.

Alasan aku mudah, PATKAYTU ni, lahir dari benih rindu, membesar ia dalam bait kata.

So, memang banyak yang aku nak kongsi nanti.

Walaupun readers tak banyak, aku tak kisah pun. Sebab? Aku menulis untuk kepuasan diri.huhu...(tapi harap bertambah la  yer reader nt....hahaha)

Habis bebel untuk PATKAYTU..kalau sudi pergi la baca. Nak kritik pun takpe.

2. MARGANDAT
MARGANDAT ni aku rancang untuk genre misteri-thriller. Cadangnya nak buat serius la, tu sebab update untuk cerita ni lambat sikit. Tu sebab sekarang baru 10 bab aje. Jalan cerita pun dah hampir lengkap.

Kisahnya tentang pembunuhan di sebuah kampung bernama Gandat oleh satu makhluk misteri yang menghuni Hutan Garau disebabkan oleh dendam lama. Semua jasad mangsa ditemui tanpa kepala. Kepulangan Hasan lama-kelamaan telah membongkar satu rahsia lama yang tidak diketahui oleh penduduk kampung Gandat.

Apakah rahsia itu? Aku pun tengah pikir lagi. Hahaha

3. SHORTFORM
Jangan terpedaya dengan tajuk. Walaupun bahasa inggeris, tapi aku tulis dalam bahasa Melayu.

Dalam SHORTFORM aku kumpulkan pelbagai jenis singkatan yang muncul dan digunakan oleh mereka yang aku gelarkan sebagai Generasi Media Sosial (GMS).

Aku kumpul dari pelbagai sumber. Idea tercetusnya nak tulis pasal ni sebab aku sendiri pun hairan, macam mana sesuatu singkatan tu boleh muncul. Aku bagi contoh mudah. S7 = SETUJU. Tak rasa pelik ker? So dalam tu juga aku sertakan teori aku sendiri. Dan semestinya teori tu mengikut logik akal kepala otak aku sendiri. Haha...

Pergi la baca. Kalau nak sumbangkan, lagi bagussss....haha

4. ANTOLOGI CERPEN : DUNIA
Okey, yang ni memang mengarut. Ada cerita pendek pelbagai genre. Apa yanh terlintas itu yang aku tulis. So emmang merapu  sangat. Dah nama pun antologi kan, mesti la ada banyak cerita.

Sebab itu namanya DUNIA. Penuh dengan warna dan rasa. Haha

Aku update dari semasa ke semasa bila timbul idea dan juga apabila aku blur nak update Margandat dan Patkaytu.

5. ASRAMA DIFOR
Ini kisah budak asrama. Asalnya  nak cerita pasal life asrama je, tapi kawan kata bosan. Kena tambah konflik. So aku tambah la konflik. Belum siap lagi, tapi sudah separuh la.

Dan, masih di laptop, takda kat Wattpad. Kalau aku nak letak kat Wattpad pun, mungkin bila dah siap. Atau aku letak dalam blog ni je nanti.

6. FAIZUL STORY
Tu pun tajuk sementara. Kisah ni tentang perjalanan hidup Faizul iaitu seorang anak angkat kepada sebuah keluarga miskin.

Kehadiran ibu kandungnya telah merubah segalanya hingga menjejaskan masa depan Faizul sendiri.

So, apa jadi lada Faizul? Tungu je laaa

Lebih kurang macam tu la nanti. Yang ni pun dah mula tulis. Draft semua dah ada. Tapi di dalam laptop la..dah siap nanti aku letak dalam Wattpad. Semak pula banyak-banyak draft dalam Wattpad. Haha.

7. ADAM
ADAM ni cerita tentang penyiasatan. Tajuk adam ni sementara aje. Nanti aku fikir tajuk lain bila cerita dah siap. Cerita pun masih dalam proses. Beberapa bab dah siap.

Kisah tentang seorang pelajar ipt  iaitu Adam pelajar jurusan arkeologi yang menyiasat kematian professor abu hingga membawa kepada satu penemuan yang lebih besar. Penyiasatan yang dilakukan telah membongkar satu kegiatan rahsia yang didalangi oleh orang-orang berpengaruh.

Latar cerita ni dekat dengan aku.
Kata seorang kawan, siapa lagi nak kenalkan gerik kalau bukan orang gerik sendiri. Cewahh, berjiwa besar sungguh aku. Jauh angan-angan nampaknya  sampai melangkau planet pluto yang sememangnya jauh.

Begitulah serba sedikit. Cerita ni dah mula di tulis. Tapi perlahan sikit, sebab banyak nak kena buat research.  So slow la sikit.

Dan juga, tak ada dalam wattpad.huhu

DALAM PERANCANGAN.
Uish, banyaknya. Tamak sungguh kan aku ni. Yang ada pun tak siap lagi. Haha..
Sebenarnya begini, kena buat banyak sebab boleh gilir-gilir. Kadang-kadang jadi blur, kering idea.

Inilah yang dalam perancangan. Tapi kisah remaja la banyak sebenarnya. Dan yang ni semua tak ada dalam Wattpad. Masih dalam word di laptop aku.

--> FLIK
Kisah pasal apa nanti aku bagitahu lain. Yang pasti pasal budak-budak dan sukan!

-->KERIS EMAS
Tajuk betul aku takda lagi sebenarnya. So aku cuma  letak je la tajuk tu. Pasal penyiasat budak sekolah.

-->LEEPARK
Kisah sekumpulan pelajar universiti yang merancang untuk bercuti di sebuah pulau semasa cuti semester.

Dan apa yang terjadi? Hehe....
Ini bukan cerita seram atau horror...
Takda sapa yang mati kat pulau tu,.kena bunuh ker, hilang ker, kena culik ker, takda-takda..kisahnya berkait rapat dengan tajuk.

Sebab tu aku letak tajuk tu. Dari situ timbul idea.

Dan juga beberapa cerpen yang masih belum mula tulis walau idea dah ada.huhu...

MARGANDAT, PATKAYTU,SHORTFORM, ada di Wattpad. So kalau nak baca, link kat bawah ni profile aku. Boleh klik dan baca di sana. Kalau rajin vote la. Kalau rajin lagi, komen la. Kalau rajin lagi? Share la..
Hahaha

KLIK SINI---> I think you'd like this story: "PAT KAY TU" by nazriekarim15 on Wattpad http://my.w.tt/UiNb/YNN7C2Ckgw

********
Satu masalah aku adalah idea selalu datang bila aku bergerak. Misalnya sedang bawa moto, mencurah-curah idea datang. Ada-ada saja yang menyinggah di kepala otak.

Tapi bila aku duduk mengadap laptop, terus jadi blur. Imaginasi tak lepas nak menembusi dinding bilik aku.

So kesimpulan yang aku dapat, idea bergerak seiring dengan fizikal aku. Cewaahhh...

So kalau tengok aku asyik termenung tu, jangan pelik la sebab aku tengah berfikir. Haha... dan biasanya aku akan keluar pekan, lepak kedai mamak, kedai makan, stesen bas atau mana-mana tempat yang boleh buat aku berfikir. Huhuhu...

Panjang jugak Hikayat Seorang Penganggur ni rupanya. Hahaha

Hari Raya Aidilfitri 2016- Catatan Seorang Penganggur

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri...
Ada ker yang menjawab nih? Haha.

Dah seminggu 1 Syawal berlalu blog usang ni baru nak di polish semula dengan entri baru. (20 hb 8 aku menulis kembali)

Yang diingat akan dilupa, terlupa, melupa atau apa-apa aje la. Yang ditulis pula mungkin akan kekal, mungkin lah.

Aku taknak merapu panjang-panjang sebab entri ni adalah gabungan dari raya pertama hingga raya kelima. Rasanya la sampai raya kelima. Kalau terlebih tuh, jangan tanya aku. Tanya dia. Dia lah sapa sapa lagi. Alaaaa... dia tu la.

Okay, kita tengok hari raya pertama apa yang berlaku. Takda apa pun sebenarnya. Rutin biasa bangun awal pagi pergi masjid solat sunat Hari Raya. Biasa solat kat luar. Kali ni nasib baik sikit dapat masuk dalam.

Habis solat raya tu aku bergegas balik. Ye la, zakat fitrah dah bayaq dah jumaat lepas. Nak cerita satu-satu ke ni?? Malaih la aku. Aku bak skip-skip je la. Raya pertama aku hanya di rumah. Tiga buah rumah je aku pergi. Rumah sepupu depan nih dan rumah pak sedara depan rumah juga. Selesai aku punya raya. Berulang la aku dari rumah ke rumah antara tiga buah rumah nih. Rumah depan buat laksa, kiri buat nasi ayam dan rumah aku buat bihun sup. Haha. Kenyang  perut.

Raya kedua aku mula nak merayau. Sebenarnya nak pergi pekan Gerik. Tapi dah alang-alang keluar tu, baik aku pergi raya terus. So aku pergi lag kg Tawai raya rumah Ghafur. Dia memang jenis tak merayau. So aku pergi rumah dia. Saja nak jumpa kawan sambil menyembang. Pastu tiba-tiba pula contact Idan dan Rizal. So beraya la kat rumah Idan kejap. Pastu naik kereta Rizal pergi Bersia raya rumah kawan-kawan depa yang juga kawan aku.

Kat Bersia rumah Chua, bila mak dia sampai dari pekan Gerik, mak dia tegur Idan dan Rizal. Aku senyum ja mak dia tak tanya aku pun. Bila nak balik tiba-tiba mak dia cakap ; "nazri dah habis praktikal kan?" Agak terkejut jugak la aku. Ye la, mak dia ingat lagi nama aku. Patut la mak dia tak tegur aku pun. Padahal aku pun bukanlah selalu ke rumah  dia. Hebat betul ingatan mak dia. Cikgu kannn...huhu.. Bersembang la kejap kami. Habis sudah raya kedua.

Raya ketiga tak pasti la ada dalam perancangan ke tidak. Aku dengan family pergi meraya kat kg Malau rumah kawan. Dua kereta jugak la pergi. Kira rombongan kecil la tu. Ehhh! Haha.

Bukan apa, kak ipar la cakap nak jumpa raya ni, so aku cuba usahakan. Dah dia pulak on so kami pergi la. Kalau pergi tengah hari depa nak masak nasi. Ini pergi pun dah petang, so makan mee kari je la. Lagipun menu ni request dari kak ipar dan kak aku jugak.  Kalau aku request laksa ja. Haha. Ehh, boleh main request-request pulak time raya.

Aku makan bertambah jugak la mee kari tu. Tak la faveret sangat aku dengan mee kari nih. Tapi perut meminta-minta pulak, aku penuhi je la. Haha. Tapi kira sedap la mee kari tu berbanding dengan hat lain yang aku makan. Mesti mak dia masak. ( aku takmau puji hang. Hahaha)

So petang tu satu rumah je la kami pergi. Semata-mata. Ada la sedikit gambar kenangan kakak-kakak aku ni dengan tuan rumah. Gambar aku takda. Aku kan pemalu.(sapa gelak aku block fb dia. Hahaha).

Raya keempat, pergi kenduri kawan. Dua kenduri. Satu kenduri rumah kawan adik aku dan dan Rizal dengan Idan. Lagi satu kenduri Fakh. Wahhh, dah kawin dah dia. Dulu waktu sekolah kat asrama selalu berborak kosong pasal kawin. Kalau jodoh panjang, memang dah jadi orang kampung aku dah si fakh nih. Okaylah dia nak kawin. Kerjaya dah ada. Askar.

Imbas kembali sikit waktu zaman sekolah. Aku antara pendorong la untuk dia join dan stay dalam PKBM walaupun dia selalu bagi alasan mata kurang elok. Dia memang pakai spek mata. Lepas habis SPM aku bagi cadangan untuk dia kalau nak masuk askar ambik la pegawai terus. Sambung belajar. Tengok-tengok dah masuk askar dah dia. Tahniah aku ucapkan berjaya capai cita-cita. Cuma aku je sedikit berpaling dari cita-cita aku sebab kecewa tak dapat masuk universiti impian.

P/s : aku baru sambung tulis semula ni. Jadi aku dah tak tahu nak mula dari mana dan nak cerita pasal apa. Jadi aku cuba je la cerita mana yang masih bersisa dalam kepala otak aku yang geliga nih.Hahaha.

Raya kelima ex anak murid aku nak mai rumah. Okay la camtu. Aku tunggu la kat rumah. Tapi bila depa sampai rumah aki sebenarnya ada kat gerik. Beli lauk nak masak tengah hari. Ye la kan, dah raya kelima nak ada apa lagi dah kat rumah. Lemang dah komfem out of service. Kuih raya hat mana dianaktirikan tu ada la. Almond london dah senyap dalam perut aku. Haha.

Aku macam biasa la, selagi boleh pakai track suit dengan tshirt tanpa halangan, aku akan pakai. So itu la yang aku lakai bila anak murid aku mai dengan family dia. Bukan apa aku cerita kat sini, saja nak bagitahu.

Ayah, mak, adik bongsu, latifah dan hafiz. Dua orang tu aku kenai la sebab aku pernah ajar depa. Latifah form 1, pastu pindah ke MRSM Gerik. Dekat je la dengan kampung aku. Abang dia Hafiz form 4. Budak pandai dua orang nih. Cewahhhh....terpuji la pulak. Harap depa tak baca. Kalau baca jangan dok kembang sangat. Cikgu edit balik nanti..haha.

Melepas la jugak rindu aku kat deme nih. Takda rezeki lagi tahun ni nak beraya sana. Huhuhu. Duit raya pun tak dapat jugak. Siannnn....dah besaq tak boleh duit raya. Hahaha...

In shaa Allah, next year kalau dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan syawal lagi, aku akan ke sana. Balik kampung la kiranya. Walaupun hati aku dah pudar sikit kat kampung tu. Ye la, banyak dah perubahan fizikal dibuat. Hilang bersama memori aku kat sana.

Apa yang diubah? Antaranya surau. Dibina baru diroboh yang lama. Baguslah untuk kemudahan penduduk kampung. Lagi? Rumah aku! Dah takda. Huhu.....tak da sekeping gambar pun aku dengan rumah tu. Itu yang paling mengecewakan aku. Pengubat duka adalah gambar rumah sewa dulu kat batu 6. Tapi sekarang rumah tu pun dah takda. Huhu..

Ehhhh,,,,makin melalut dah nih...haha..ni je la kot pasal raya aku tahun nih. Raya tahun lepas tak tahu la aku update ke tak. Kalau tak.,hurmm...biarkan je la...

Disebabkan update guna fon, sukar nak letak caption pada gambar. So aku lempor je la gambar-gambar kat bawah ni.

Bai.

Aku Memasak : Bihun Sup Ayam

Assalamualaikum...
Hurmm....dah macam blog masakan dah ni. Share pasal masakan lagi. Tajuk pun bukan main lagi yer..takmau kalah. Haha

Okey, taknak bebel panjang. Kali ni nak share pasal sup pulak. Simple je kan. Aku belajar ni pun pasal aku suka makan. Sifunya sapa lagi kalau bukan mak dan kak aku. Tak payah nak google bagai. Salin resepi la, bukak buku sana sini la..senang jer cara aku.

Mak tengah tengok tv. Laung kat mak dari dapur. " lepas tu masuk apa pulak mak? Nak tumbuk ke nak kisar? Haa...senang kan...haha.

Sup ni kegemaran aku jugak la kiranya. Kegemaran dalam erti kata aku, bila makan aku boleh melantak sampai lantak pi la orang nak kata apa pun.  Haha

Bahan-bahan? Tak payahh... aku cerita je terus macam mana aku buat. Sup ayam yer.....bukab sup tulang atau sup udang.

1. Rebus air.
2. Lempar ayam, kulit kayu manis, cengkih, lawang, sup bunjut
3. Biar mendidih.
4. Tabur garam ikut suka hati sendiri.

Haa, bab boh garam ni dulu mula-mula belajar masak, memang ikut betul-betul sukatan dia. 'Masukkan secubit garam'. Aku cubit garam tu pastu masukkan dan rasa. Kalau terlebih cubit aku buang balik. Tapi sekarang, cekau dan dan campak. Tenang jerr...haha

5. Secukup rasa, ajinamoto. Aku kurang gemar letak tapi kena letak jugak.
6. Halia. Ikut lah nak ketuk atau nak goreng dengan bawang.
7. Bawang kecik, bawang putih goreng dengan minyak sikit. Pastu tuang masuk dalam sup. Minyak tu sikit ja. Kang terlbih minyak pulak  sup.
8. Daun sup, daun bawang semua tu faham2 sendiri la. Kak aku kata daun sup jgn tabur dalam periuk sup. Nanti sup cepat basi. Dia la kata. Aku pernah buat. Sebab nak ambik bau.
Wangii..hahaha
9. Cela bihun
10. Buat sambal kicap.
11. Apa-apa aku lupa pandai-pandai sendiri la.

Kuah sup biasanya ada yang nampak jernih kan. Aku tak suka betoi kaler macam tu. Sebab tu  aku letak kicap dalam sup bagi nampak gelap sikit. Baru mengancam. Menawan. Tertawan.

Ayam pulak, aku suka ayam kampung atau ayam pencen. Liat. Ayam pencen ni sdap sebab liat sikit. Rasa pun manis sikit. Kalau ayam bandar 3 bulan nih, rasa tawar, hampas kalau rebus lama-lama. Jadi cepat muak. Ayam cucuk kan....

Apa lagi?? Takda dah kot rasanya.......melantak je la lepas tuh......

Okey, bai.....

Aku Memasak : Masak Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum.......

Kalau siapa yang jumpa  blog ni, suka untuk aku ingatkan yang ni bukan blog untuk masak memasak. Walaupun tajuk tu nama makanan. Hahaha..

Okey, hari ni aku cuma nak kongsikan pasal masak tempoyak ikan patin yang aku masak. Bukan nak bagi kome rasa pun. Nak cerita je macam mana aku buat.

Aku ni bukan tukang masak, tak pandai sangat pun masak-masak ni. Sebab aku suka makan, so aku belajar la memasak dari mak aku. Anggap je persediaan kalau bini aku lari dari rumah. Tak la aku kebulur nanti. Hahaha. Gurau jeee...

Ikan patin aku beli kat pasaraya TF. Sekilo rm3.99. So aku ambik la sekoq. Tak smpai sekilo pun. Rm3.xx macam tu la. Aku suruh potong siap- siap, senang kerja aku nanti. Bijak kan aku? Hahaha

Balik tu aku basuh dulu, simpan dalam peti. Tak terus buat. Ye la dah malam.  Mak aii, berlemak tangan aku. Banyak sungguh lemak ikan patin nih. Patut boroi.haha

Esok tu godek-godek la aku kat dapur. Senang ja nak buat sebenarnya.

1. Cabai kering (aku p beli rm2)
2. Bawang putih
3. Bawang kecik
4. Halia
5. Daun kesum
6. Serai
7. Tempoyak ( kalau tak da tempoyak macam mana nak jadi masak tempoyak)

Cara dia aku cincai-cincai je la. Jangan dok berharap pulak aku nak cerita step by step detail. 3 ulas bawang putih direcik halus bla bla bla bla......ni bukan blog masakan yer...ni blog merapu.haha.

Panas air dalam periuk, lempor serai, daun kesum. Pastu cabai kering, bawang putih, bawang merah,halia yang di blender (saja aku takmau sebut kisar) masukkan sekali. Bancuh tempoyak tuang sekali. Boh la asam keping sikit.

Dah mendidih tu, lempor ikan patin. Jangan dok kacau sangat, nanti tak nampak rupa ikan.

Garam semua tu paham-paham sendiri la..takkan aku nak cerita jugak secubit garam.iskh. Mak suruh boh ajinamoto. Aku sebenarnya tak suka masak letak ajinamoto nih. Tapi dah mak suruh, letak jugak la. Mana boleh lawan tok guru.

Tunggu dan tunggu maka siaplah...melantaklah aku lepas tu. Nasi putih, masak tempoyak dan kicap sikit. Ada lauk kari daging, tapi tak boleh campur sebab nanti kacau. Tak feel. Sendat perut. Balik je dari pekan, eh..dah habis pulak. Kak cakap takdan nak rasa.

So esok tu aku pegi lagi pasaraya tuh, beli sekoq lagi. Kuah ada lagi kan. Panaskan dan campak je la ikan baru. Senang khoje.

Ada apa-apa yang aku tertinggai? Ahh, pandai-pandai la kome letak nanti kalau teringat. Hahaha.

Tu je kot aku nak kongsi. Next, tengok la pulak amende aku nak masak lagi. Kak beli rangka ayam kat pasar malam, suruh buat bihun sup. Wuhuuuu.... (tak da istilah diet kat rumah).

Pernah terfikir nak belajar kulinari, tapi tak jadi. Sebab takut gemok terlajak makan. Hahaha..

Ok, bai.

Memo : update guna fon paling tak best sebab tak boleh nak susun gambar dan letak caption....

MIMPI. BANGUN. KEJAR

Assalamualaikum....

Lama kan aku tak update blog ni. Banyak faktor sebenarnya. Bukan sebab takda idea. Berlambak nuh dok kat draf. Entah bila nak publish tak tau la....

Okey, takmau cakap banyak. Cuma nak cerita apa yang aku sedang buat sekarang. Takmau ambik tahu? Ehh, aku tak kisah pun...hahaha...

Tengok tajuk kat atas tu, Mimpi, Bangun dan Kejar. Entah apa-apa la kan.... sebenarnya aku sedang mengejar. Dah lama aku mimpi. Sekarang aku dah Bangun dan nak Kejar mimpi-mimpi aku tu. Apa aku mimpikan?

PENULIS.

Itu yang aku impikan. Ehh,, ni tulis blog kira penulis juga kan? Nak mimpi apa lagi. Memang la ni pun menulis juga. Maksud aku nak jadi penulis kreatif. Walaupun aku ni tak kreatif mana pun. Tak kreatif langsung la senang cerita. Apa yang aku dah tulis? Hahaha.....

Buat masa ni aku lebih banyak tulis cerpen. Sebab mudah. Novel aku sedang usahakan juga. Genre tu sapa yang kenal aku mesti tahu...

Ini antara novel angan angan aku.
1. Margandat-
2. Adam (tajuk sementara)
3. Delima

Dah mula tulis. Tapi tu la, menulis ni bergantung pada mood jugak.

Cerpen ada beberapa yang aku hantar untuk penerbitan. Lepas atau tidak itu terpulang. Segala kritikan aku terima. Sebab aku nak belajar. Huhuhu...

Salah siapa? - cerpen ni masih dalam pembikinan untuk dihantar ke akhbar Utusan. Moga dipermudahkan hendaknya.

Terima kasih kawan atas sokongan dan dorongan. Huhuhu.

Aku baru berjinak-jinak dengan Wattpad... kalau rajin meh la baca kat sini. Tapi jarang update la...huhu

I think you'd like this story: "SEMANIS LOLLIPOP" by null on Wattpad http://my.w.tt/UiNb/JBHW4VtwFv

Tu je kot rasanya aku cerita. Doa-doakanlah semoga mimpi ni jadi realiti. Huhuhu.

P/s : Merindui mereka yang pernah memanggil aku cikgu. Huhuhu. Babai.

Open Cbox