Kisah Aku & Seorang Pak Cik Tua

Assalamualaikum...
kisah ni dialami oleh aku sendiri dan tujuan aku ceritakan ialah sekadar untuk berkongsi.okay,begini ceritanya....

Malam tadi aku pergi merayau-rayau naik motor dalam sekitar kampus induk USM. Bukanlah sebab aku stress dengan final exam yang lagi 2 hari tuh, dan juga bukan sebab aku saja-saja buang masa dan bazir minyak moto aku. Tapi, aku nak cari vending machine. Alaa, mesin tekan air tin automatik tuh...takla banyak sangat vending machine dalam Usm nih, so, yang mana aku jumpa tuh aku pergi la kat situ. aku masukkan duit syiling 10 sen dan 20 sen, dalam nilai rm 2.00 pastu aku tekan/pulas button dapatkan duit baki/button cancel.. kalau pernah guna mesti tahu kan button apa yang aku maksudkan tuh.
Aku ada bawak 1 beg galas kecik. dalam tu ada la duit syiling aku yang nak ditukar dan dah ditukar.. habis tukar kat mesin tuh, aku pun pergi cari mesin lain pulak. pastu aku teringat dekat masjid usm ada Vending machine nih jugak..aku pun pergi la. sampai je kat mesin tuh aku tengok button nak keluarkan duit baki tuh dah tercabut. hampa jugak la aku. aku patah la balik ke moto untuk balik. tengah dok jalan tuh aku perasan ada orang kat pondok depan masjid tuh, aku terus je la jalan. pastu tetiba pak cik tuh panggil aku. aku pun pergi la sambil dalam hati dok fikir macam-macam dah.
 ''ni mesti nak bagi tazkirah ni''. fikir aku. 
(sekadar gambar hiasan)
aku tak masuk dalam pondok tuh, aku dok luar je, sebab biasanya kalau nak bagi tazkirah paling kurang 10 minit je, kalau aku duduk dalam tuh, maunya lebih 10 minit nanti. pak cik tuh tanya la aku dari mana?? dan beberapa deret lagi la soalan. Pak cik tu cerita la kata dia datang dari Selama, dekat Taiping. aku pun tanya la pak cik tuh macam mana boleh sampai sini(usm,penang)?katanya,dia berpisah dengan bini dia dan bawa diri ke penang. dah hampir sebulan dia dok kat masjid usm. Awal bulan 1 nih dia nak cari keja.tapi dia taknak tinggal kat hostel tempat keja tuh, dia kata lepas keja nak balik dok kat masjid usm balik . aku pun dengar je la..
''pak cik nak mintak tolong sikit boleh tak"....terkejut jugak aku.''tolong apa''? tanya aku balik walaupun aku seakan dapat agak apa pertolongan tuh..
Pak cik tu pun terus terang la kat aku yang dia ada masalah kewangan. jadinya dia nak mintak la duit kat aku sikit. lepas buat duit makan pun takpa la katanya. gelabah plak aku jadinya..iye la, tangan kiri gengam syiling, dalam poket seluar ada syiling, beg yang tengah pegang pun ada syiling.. takkan aku nak bagi syiling kot?? pastu aku pun cerita la kat pak cik tuh yang bab ni aku memang tak boleh tolong. aku cerita la tentang masalah student bila dihujung semester nih. duit memng tak cukup. aku pun baru sehari sampai dari kampung. ada la sikit duit belanja untuk dua minggu,. waktu nih aku tak bawak wallet,,,so, lepas cerita-cerita kat pak cik tu, pak cik tu pun seakan-akan faham dengan kewangan aku jugak.pak cik tu mintak maaf la. katanya bukan dia nak paksa ke apa, just mintak tolong kalau aku mampu. 
Dalam dok cakap tuh aku ada la sebut pasal sekarang nih musim peperiksaan. pastu pak cik tu nasihat dekat aku, dia pesan supaya solat tuh kena jaga, katanya, macam mana nak berjaya kalau tak solat?? kita berdoa mintak pada Tuhan kejayaan, kekayaan dan mcam-macam lagi, tapi apa yang Tuhan suruh kita tak buat.Macam mana Dia nak bagi kalau macam tuh...aku sekadar menganggukkan kepala. pastu aku mintak diri untuk bersedar dan selepas berjabat tangan dengan pak cik tuh aku pun melangkah mendapatkan moto aku. sambil berjalan tuh hati aku berkecamuk. timbul pula rasa bersalah. aku ada syiling dalam poket, tapi aku tak bagi pada pak cik tuh, aku fikir,takkan nak bagi syiling kot?.sedangkan dia dalam keadaan yang memerlukan. nak kata pak cik tuh saja nak paw duit aku, aku positifkan diri anggap pak cik tu memang memerlukan lagi pula diperkarangan rumah Allah. 
''Ya Allah, jika ini ujian dari-Mu, ampunkanlah aku''

kata pak cik tuh,

''hari ni pak cik susah, hang tolong pak cik,
nanti hang susah, orang lain pulak tolong hang''
     

#Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam sebelum tahun baru 2014.

Dari SAHABAT kepada SAHABAT


ASSALAMUALAIKUM..
Tiada apa yang aku nak ceritakan sebenarnya dalam entry ni. Cuma nak post kata-kata yang diberikan oleh sahabat aku yang ditulis diatas sekeping kertas dan dipinkan di board meja study aku. Sahabat yang dimaksudkan ialah Ridzwan Ali dan ini blog beliau Dokter Hanan.


Terima Kasih sahabat 

Hadiah Dari Seorang Sahabat






RARE!!!!....tahu tak apa makna rare ni? mesti tak tahu kan? Takpala, aku bagitahu je la. Istilah rare ni  dalam Numismatik  merujuk kepada item (duit syiling, duit kertas dll.) yang 'hot'. Item yang rare ini paling dicari oleh numis (ahli numismatik).Sebab?? Harga item yang rare ini biasanya tinggi dan boleh menjadi sangat tinggi bergantung disebabkan beberapa perkara. Menjadi satu kepuasan bagi numis untuk memiliki item rare ini sebagai pelengkap kepada koleksi meraka dan kepuasaan diri.

Okay, lupakan seketika tentang rare, sebenarnya aku nak cerita tentang duit Rm5 kat atas tu. 'Rare' tak duit tu?? Mestilah 'rare' sebab aku je yang ada duit ni.hahaha. Seperti yang anda dapat lihat dan baca tulisan atas duit tu, Satu kata-kata semangat dan peringatan daripada seorang sahabat aku sebenarnya. Namanya Fais razi. 2 tahun lebih tua dari aku. Duit ni dia bagi sewaktu aku di tingkatan 5 dan dia tingkatan 6 atas ketika masing-masing sedang bersiap untuk menghadapi pepertiksaan SPM & STPM.

Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih menyimpan lagi duit ni dan semestinya menjadi salah satu dari item yang aku sayang dalam koleksi aku. Disebabkan kondisi duit tu pun dah macam tu, semestinya la aku takkan guna buat beli to- up.hahaha.

Kepada sahabatku Fais Razi, Terima kasih sebab hadiahkan duit ni kat aku.

Kalau nak tengok koleksi aku yang lain, boleh klik kat link dibawah.


~TERIMA KASIH SUDI BACA~

MAJOR DAN MINOR : ADAKAH PILIHAN AKU TEPAT???

Pilihan hati, terpaksa atau sekadar mengikut rakan? Masalah untuk mengisi major dan minor ni telah lama selesai sebenarnya dan aku pun dah memulakan pengajian seperti biasa. Cuma, bila direnungkan kembali, aku tertanya-tanya, adakah pilihan aku tepat?? Kerana aku bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti. Patutkah aku sekadar membuta tuli sahaja memilih major dan minor dalam pengkhusasan pengajian aku?

Dan, di ruang yang tidak seberapa ini yang menjadi medan aku menumpahkan pelbagai persoalan hidup aku, jawapannya adalah tepat bagi major dan agak kabur sedikit terang bagi minor.
Kenapa tepat bagi major? Sebabnya sejarah merupakan bidang yang paling aku minati. Aku hampir-hampir kecewa dengan keputusan peperiksaan semester 2 aku bagi subjek Pengantar sejarah yang akan menentukan kelayakkan aku untuk mengambil sejarah sebagai pilihan major. Jangan tanya kenapa aku minat sejarah sebab jawapannya terlalu panjang untuk aku terangkan. Di kesempatan yang lain aku nyatakan jua.Suatu hari nanti. Alhamdulillah, berjaya juga aku buat major subjek sejarah walaupun result memang teruk! salah sendiri sebenarnya. Bukan salah PALAPES! dan juga bukan salah hoki! salah aku sebab gagal mendisiplinkan diri mengikut jadual yang telah diatur sendiri bagi segala perancangan aktiviti. Pengajaran di sem 2 begitu 'menakutkan' aku sebab aku hampir-hampir gagal bermajorkan sejarah. Peluang dan ruang yang telah diberikan ibarat peluang kedua ini akan aku manfaatkan sebaiknya.


Kenapa  aku agak kabur dengan pilihan minor  aku sebab aku berminorkan kesusasteraan. Pilihan minor aku yang utama adalah Geografi, tetapi disebabkan beberapa kesulitan, terpaksa jua aku berminorkan sastera. Sewaktu tingkatan 6 aku dah ambik sastera. Berbekalkan pengalaman yang lepas, aku gagahkan jua diri untuk menerokai dunia kesusateraan. Kalau nak tahu, aku memang minat membaca karya-karya sastera terutamanya cerpen. Bidang penulisan juga menyebabkan aku gagah berdiri dalam arus kesusasteraan. Impian aku untuk bergelar penulis sudah sekian lama aku impikan. Dikesempatan yang ada ni akan aku terokai segala cabang kesusasteraan supaya dengan ilmu yang diperoleh dapat membantu penghasilan karya sulung aku nanti. Masih dalam peringkat awal. In shaa Allah.

Walaupun hati aku masih terpaut untuk berminorkan Geografi, aku tabahkan jua diri ini supaya dapat menumpukan perhatian pada yang sepatutnya..

''YANG DIKEJAR TAK DAPAT.
YANG DIKENDONG KECICIRAN''

Harapan aku terhadap aku supaya aku dapat menumpukan perhatian pada akademik di sem ketiga ni. Walaupun cabaran mendatang tanpa diundang. Agak kecewa apabila tak dapat sertai 'Bengkel penulisan'' yang ditawarkan kepada mereka yang bermajorkan sastera sahaja..


* Buatlah keputusan yang terbaik bagi diri mengikut kata hati dan pemikiran yang rasional tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar kerana setiap orang mempunyai matlamat diri yang berbeza.

PEMBELAJARAN SENJATA : PALAPES DARAT USM



PALAPES ( Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) merupakan satu badan beruniform yang ditawarkan di IPTA-IPTA sebagai sebuah badan dalam kegiatan kokurikulum (ko-k). Seperti yang telah aku ceritakan dalam enti aku yang lepas iaitu kelebihan menyertai ko-k PALAPES, Kali ni aku akan ceritakan serba sedikit mengenai sukatan pelajaran yang di ajar dalam PALAPES USM mengenai senjata. Pada pandangan aku peluang untuk memegang senjata bukan semua orang dapat rasai kecuali di tapak-tapak pameran sahaja. Tetapi didalam PALAPES , kita bukan sahaja boleh pegang dan bergambar , bahkan juga boleh merasai pengalaman  menembak di lapang sasar menggunakan peluru hidup dan peluru blank (peluru kapur). Pengalaman sebegini pasti tidak akan diperolehi dalam ko-k lain kecuali  Kor SUKSIS (Sukarelawan Siswa). Tapi menurut cerita-cerita dari kawan yang dari SUKSIS, tak banyak jenis senjata yang di ajar dalam sukatan pelajaran. Di bawah ni aku senaraikan beberapa jenis senjata yang akan diajar kepada semua pegawai kadet palapes sepanjang 3 tahun dalam latihan.

1. M-16
sumber : google

Siapa yang pernah masuk Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) mesti dah biasa guna senjata M-16 ni. Senjata ni akan digunakan dalam kawad senjata, latihan menembak, dan ketika Latihan Kem Tahunan. Selain tu kita juga akan belajar cara menembak, mencuci senjata, membuka dan memasang senjata.



2. M203 Grenade Launcher 40mm

sumber : google
M203 ni merupakan senjata yang mempunyai 2 fungsi iaitu boleh menembak menggunakan peluru 5.56mm dan juga boleh menembak grenade 40mm.



3. General-purpose machine gun (GPMG)

sumber : google



4. Light machine gun (LMG)

sumber : google






5. Carl Gustav

sumber : google


6. 60mm Mortar Esperanza
sumber : google

sumber : google



p/s: dalam jadual latihan sem ni ada belajar pistol, tak pasti la pulak. kalau betul nanti akan di update kemudian.


* Sebarang penambahan akan diupdate dari semasa ke semasa berkaitan PALAPES DARAT USM. Senjata-senjata di atas dipelajari oleh pegawai kadet Palapes Darat.

Bila lagi  nak dapat peluang macam ni kan.he3.. 

*Membezakan kita dengan orang lain ialah apa yang kita dapat tapi orang lain tak dapat*




MAYAT: PELBAGAI KEADAAN MAYAT

ASSALAMUALAIKUM


Sekadar gambar hiasan.
sumber: google image

Sekadar sebuah perkongsian ilmiah. Berbagai keadaan mayat  apabila hendak dikebumikan yang boleh dijadikan pedoman pada yang masih hidup. Sama-samalah kita renung-renungkan.

1-Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah . Syirik adalah dosa besar yang tiada ampun dan kekal dalam neraka selama-lamanya.

2-Mayat yang mukanya membentuk babi
Petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu. Sesungguhnya solat dapat  mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar seperti maksiat, minum arak, berjudi, atau tak menutup aurat.

3-Mayat yang kepala menjadi batu hitam legam
Itulah mayat yang semasa hidupnya yang derhaka kepada kedua ibu bapanya

4-Mayat yang perutnya buncit dan meletup
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta dari hasil yang haram

5- Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata dan mengumpat orang.

6-Mayat yang keluar mata air dari kubur yang baunya lebih busuk dari bangkai
Itulah mayat yang suka makan riba.

7- Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh



~Tak perlu menjadi doktor untuk merawat luka, jika kita boleh melakukannya sendiri,
Tak perlu menjadi ustaz untuk menyebarkan dakwah, jika kita boleh melakukannya juga.~
(epalkuning)





Sumber: Dipetik dan diedit dari ''sudut renungan bersama Tok Putih'' Majalah Ujang.

AKU DAN NASI GORENG UDANG

                             


Hurm..Apa ke pelik benor pulak tajuk entry aku ni. iskh3... Sebenarnya aku nak cerita tentang nasi goreng udang. Tapi bukan nak cerita cara-cara nak masak nasi goreng udang ala-ala chef gitu. Jangan salah faham pulak. Apa yang aku nak cerita ni  pasal nasi goreng udang yang dah lama aku tak nikmati. lebih kurang 10 tahun lebih la..bukan aku yang masak, tapi kedai makan yang masak(tukang masak kat kedai makan tu la...adoiii).

Nampak biasa je kan?? memang pun!.huhhu..
Tapi aku tak pernah jumpa lagi la yang rasa macam ni kat tempat lain..hurmmm

Okay, aku teruskan lagi,  kedai makan ni terletak di Batu 6, Changkat jering, Taiping Perak. Berdekatan dengan SMK Changkat Jering. Dulu aku pernah tinggal kat rumah tepi kedai makan ni. Waktu tu ayah aku selalu belikan kami adik beradik nasi goreng udang kat kedai makan tuh. Udangnya besor la jugak. Rasanya nye pun lain sikit. Aku tinggal kat rumah tu waktu umur 5 or 6 tahun kot. Tak berapa nak ingat sangat dah. Harga nasi goreng udang + teh ais =rm 6.50.

Baru-baru ni dengan alasan nak reniew roadtax moto, aku terjah juga kedai makan tuh, Dah banyak perubahan. Tapi rasa nasi goreng still sama (rasa nasi la kan..hurmmm).
Malam  tuh aku pergi sorang je. Kawan takda, semua sibuk. Nasib baik la ada moto sendiri, Boleh merayau.huhuhu.

Bila dah tengok kedai makan dan rumah lama tuh,mula la terimbau  nostalgia lama.huhuhu. Yang berlalu terus berlalu. Rumah tu dah tak takda orang tinggal.Keadaan pun agak menyeramkan. Apa yang aku suka, rumah tu rumah kayu dan bentuk tradisional. Kedudukan pun ok juga berdekatan dengan jalan besar. Sambil makan sambil aku tenung dan perhatikan rumah tuh. Terbayang plak  aku dok main-main kat laman rumah, berlari dalam rumah, masuk parit depan tu cari kura-kura, cari kangkung, mancing ikan haruan.huhuhu.. lagi sedih rasanya sebab takda sekeping gambo pun kami kat rumah tu dulu. Al maklumlah, nak makan pun tak berapa cukup, inikan pula nak membeli kamera.hurmm.

tak berapa clear gambar. kamera handset je pun..



Bila dah nak masuk sekolah darjah satu kami pindah semula ke kg Paya, Changkat Jering juga, dekat dengan rumah atok dan saudara mara. Jarak rumah ni dengan Kg Paya tak jauh pun. Nanti bolehla selalu aku singgah makan kat kedai makan tuh..huhuhu.

Dulu kan, kat belakang rumah ni, aku pernah nampak makhluk tuhan selain manusia. he3. Putih gitu kalernya. Kat belakang rumah tu macam semak sikit. Dipagi yang hening lagi mendamaikan la dia muncul melayang berpusing-pusing. Budak-budak lagi kan waktu, maunya tak lari masuk rumah.huhuhu.

 Ni je la kot yang aku nak cerita. Sekadar berkongsi.
 Kat bawah ni la rumah yang aku maksudkan tu. Pagi esok tu sebelum balik aku datang lagi nak gambar waktu siang. baru la jelas sikit.huhu.

pokok manggis tuh still ada lagi...

Entah berapa lama lagi rumah ni boleh bertahan

depan rumah cerah sikit, ada longgokan sisa konkrit.gambar ni diambil dari jalan raya sebelum aku meneruskan perjalanan pulang ke USM. huhuhu.(yg warna putih tuh la kedainya)





AKU DAN NAMA GELARAN / PANGGILAN


Bila dah bosan, mula la terkenangkan masa lalu kat asrama. Pastu teringat pula kat asrama ni, tiap budak tuh mesti ada je nama gelaran yang dibagi oleh senior, junior, kengkawan dan sapa- sapa je la.. Tapi sebelum cerita pasal nama gelaran kat asrama, aku nak cerita dulu tentang nama gelaran yang lekat kat aku. Tak la banyak sangat. Ada la sikit...Jom tengokk...

1- Pak Teh
Gelaran ni asalnya aku nak gelarkan kat kawan aku masa dalam kelas biologi. Warna kulitnya lebih kurang aku la, tak berapa nak cerah.hu3. Alih2, kena kat aku balik sebab pengaruh dia kuat sikit. Hantu betoi. Gelaran tu lekat sampai sekarang terutamanya dalam kalangan kawan-kawan dan budak-budak asrama. Pernah sekali waktu kem di Pasir Salak, member aku panggil la aku dengan gelaran Pak Teh, pastu ada seorang pompuan dalam grup dia tanya, ''kenapa panggil pak teh?? tengok tak putih pun".hu3..kejammm...Tapi takpa, dah familiar dah aku dengan gelaran nih..kekadang terasa rindu la pulak nak dengor orang panggil.hi3.

2- Naz / Nad
Gelaran ni waktu sekolah dulu pun dah ada orang panggil,. Biasanya orang terdekat la dan dalam SMS. Kat U ada sorang member la cakap nak panggil Nad. Katanya senang sikit, Nazri agak payah sikit nak sebut katanya. Okay jugak tuh. Aku terima je la. Terkejut juga aku haritu tetiba julutih PALAPES panggil aku 'Nad'.hu3.

3-Rie
Yang pula diambil dari suku kata belakang nama aku. Gelaran ni tak ramai yang panggil. orang tertentu saja yang biasa guna. Gelaran ni aku agak suka dan memang suka pun sebenarnya.Rasa hubungan persahabatantu  lagi akrab bila orang panggil aku dengan gelaran ni.

4-Bulat
Berkali-kali juga fikir ni nak tulis ke tak gelaran nih.he3. Akhirnya aku tulis juga la.Sekadar berkongsi. Macam mana dapat nama bulat?? ini ceritanya. waktu kecik-kecik dulu badan aku agak berisi dan nampak bulat-bulat ja, Muka pun nak bulat-bulat dah. Ditambah pulak dengan kebuasan/ kenakalan aku yang tiada tandingnya. Gelaran ni hanya di kampung lama aku di Changkat Jering, Taiping , Perak. Bila balik sana deme akan panggil dengan gelaran ni, ada juga yang panggil Nazri. Nampak macam mengutuk je kan gelaran nih, tapi takpa sebab aku dah familiar. 

5-Yie
Gelaran ni khas untuk famili aku sebenarnya. Dalam keluarga aku, ni la gelaran manja aku, cewahh..hahaha. Jangan tanya macam mana dapat gelaran ni sebab aku pun tak tahu. Anak Mak lang aku nama Fikri dan gelarannya juga Yie. Bila balik rumah Mak lang kadang2 aku terperasan sendiri @ konpius panggil sapa sebenarnya bila deme panggil Yie.

6- Ayie
Lebih kurang macam panggilan kat atas juga la. Tambah A je kat depan. Gelaran ni diberi oleh kawan dalam team hoki USM. Puncanya sebab ada dua Nazri. Tapi tak semua panggil dengan gelaran ni. Ada juga yang panggil Nazri termasuklah Coach hoki.

7-Slay
Pernah dengar nama nih? tak pernah? hu3. ni nama satu karakter dalam komik ''2 DUDES'' karya Zint kalau tak silap aku. Watak dalam komik tu agak ganas, brutal, stylo, dan yang seangkatan dengannya la. Gelaran ni lekat kat aku waktu form 4 bila rambut aku dibotakkan oleh guru disiplin kat sekolah. Pastu ada sorang roomate aku kat asrama terus panggil aku dengan gelaran ni. Akhirnya satu asrama panggil aku 'Slay'. Masih ada yang memanggil lagi dengan gelaran ni dan aku tak kisah pun. Kecuali kalau junior yang panggil memang aku tak suka. Pernah cikgu hoki kat sekolah panggil ''Slai''.hu3.


Untuk gelaran-gelaran kat asrama pulak, klik kat SINI untuk baca. Panjang pulak nanti page ni kalau nak ceita kat sini....



TERIMA KASIH SUDI MEMBACA!

LIRIK LAGU PALAPES IPTA



LAGU PALAPES IPTA


Kami setia wira satria
PALAPES angkatan tentera
Siap sedia setiap masa
Untuk berbakti kepada negara
Sentiasa di hadapan cogan kata
Itulah sumpah perwira
Ibu pertiwi ibunda tercinta
Berkorban untuk negara dan bangsa
Kepada Allah kami berserah
Teguhkan iman semangat waja
Pantang sekali menyerah kalah
Mara sehingga pastikan berjaya

#1st REVIEW BLOG : Girl (s) in Sky

ASSALAMUALAIKUM...


Seperti yang aku janjikan dalam post aku di KELAB BLOGGER, aku akan review followers blog aku yang ke-200. sikitnya followers aku?? huhuhu, tak kisah la yang tu,,sebab aku pun dah kurang sikit blogging tapi hari-hari aku bukak blog. Ini kali pertama aku review blog tau..so, kekurangan tuh harap dimaafkan la ye...followers ke-200 blog aku ialahh...........http://deeraofapril.blogspot.com! huhuhu

.. pemiliknya ialah SITI NADHIRAH. Dah macam nama kak  aku pulak bunyinya, nazirah. Siti Nadhirah ni baru berumur 17 tahun, kiranya SPM la tahun ni. ''WISH U GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!''. Asal dari Perak. sama la kita,hehehe. Nickname nya ialah Nad. so, panggil Nad je la lepas nih, eh eh kejap. sama lagi! Kawan kat U pun panggil aku Nad.hu3. Nad dah berblogging start disember 2011.. dekat tiga tahun juga la..

Tentang Nad ni diri Nad, dia seorang yang suka muzik k-pop, drama korea, menyanyi dan juga suka baca novel. Bahagian baca novel kita sama, tapi genre novel berbeza la.he3. Bab K-pop tuh, bukak je blog Nad dah terus nampak penyanyi K-pop la kot sebab aku tak berapa kenal sangat. 

Blog deeraofapril ni bagi aku sebuah blog yang menarik. Sebab apa? blog simple dan kemas. Backgroud kaler pun okay.biru kaler feveret aku.hihihi. Sebab biasanya girl ni suka letak warna pink yang kelabu tuh. Susah nak baca. kandungan blog juga menarik. Walaupun blog personal tapi tetap mengandungi informasi yang boleh dikongsi bersama.
yang terakhir, aku suka background muzik blog ni, mengasyikkan..
sampai disini saja..

Moh le kita jengok blog deeraofapril.





Cabaran Seorang Guru di Era Moden




sumber: facebook

Kalau tengok tajuk pun anda semua dah tahu kan apa yang aku nak tulis apatah lagi tengok gambar tuh. Aku tertarik dengan ayat dalam gambar ni yang aku yakin petikan dari sebuah  ahkbar. Aku tertarik nak tulis tentang ni sebab aku pun suatu hari nanti bakal bergelar seorang guru. In Shaa Allah. Jadi sebarang isu yang berkaitan dengan perguruan secara automatik aku lebih peka.

Tersentap juga aku baca mesej dari seorang bapa/ibu di atas tuh. Dunia sekarang terlampau mencabar terutamanya bagi seorang pendidik. Ponteng sekolah meningkat, sapa yang salah? guru! jenayah, keruntuhan akhlak, gejala sosial yang semakin membimbangkan sekarang ni, siapa yang salah? guru!! Guru tak berkualiti, tak jalankan tugas dengan betul dan berbagai-bagai lagi. Seperti yang anda dapat baca diatas, ibu / bapa tersebut melarang guru mengambil tindakan terhadap salah laku anak mereka, ditambah pula dengan ugutan tindakan undang-undang. Adakah ibu / bapa tersebut dahulunya dilakukan perkara yang sama oleh ayah dan ibunya??

Aku sangat sokong dengan kenyatan 'MAKMODEN'. Kalau dah tak mahu anak buat kerja sekolah, lebih baik jangan hantar anak ke sekolah. Tujuan hantar anak-anak ke sekolah adalah untuk mereka belajar. Belajar bukan hanya tentang buku dan peperiksaan serta gred yang baik tapi turut melibatkan aspek-aspek lain seperti ahlak, nilai-nilai murni dan sebagainya. Anak-anak  sekarang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Lihatlah kesannya di masa yang akan datang. Menyesal pun tak ada gunanya nanti.

Sudah menjadi tren pula kini, ibu bapa saman guru. Jika dahulu ibu bapa begitu menghormati dan menghargai guru,tapi sikap sedemikian semakin terhakis seiring arus kemodenan dan globalisasi. Mungkin anda pernah dengar dialog begini '' Cikgu rotan dan pukulah anak saya ni kalau dia buat salah, cuma jangan sampai patah riuk ja''.... Rasanya tiada lagi ibu bapa yang akan mengucapakan kata-kata sebegini. Jika ada pun, terlalu sedikit.

Walaupun profession perguruan telah diangkat sebagi sebuah kerjaya profesional, namun terdapat beberapa perkara dan dasar yang dilakukan oleh kerajaan agak mengecewakan. Contohnya kerajaan telah mengehadkan pengambilan graduan guru terlatih lepasan IPTA yang menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan bidang pendidikan mencecah puluhan ribu menanti untuk dihantar mengajar (posting). Masalah ini tidak mungkin berlaku atau akan berkurangan jika kerajaan tidak menaikkan had umur bersara kakitangan kerajaan.

 Sumbangan guru begitu besar sebenarnya terhadap sesebuah negara bahkan sesebuah tamadun manusia itu sejak zaman-berzaman. Jika kita kaji dan teliti, kebanyakkan tamadun manusia terdahulu yang maju adalah tamadun yang mengutamakan pendidikan terhadap rakyatnya. Disini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang guru.

Bukan berniat menemplak kerajaan atau mana-mana pihak, tapi cuba lihat kembali, semakin hari semakin meningkat kes pelajar melawan guru, guru ditumbuk oleh pelajar, bahkan turut diugut! Adakah ini disebabkan kebanyakkan guru-guru yang mengajar adalah guru yang agak berusia? sehinggakan pelajar berani melakukan perkara seperti itu. Alasan untuk meningkatkan had usia persaraan kerana mereka lebih berpengalaman. Bagaimana dengan golongan muda yang tidak diberi peluang atau dihadkan peluang pekerjaan terutamanya dalam profession perguruan? Guru muda kurang berpengalaman atau guru kurang pengalaman atau tidak berkualiti. Biasa kita dengar kata-kata ini. Tapi cuba renungkan balik. Dari mana pengalaman ini hendak diperoleh jika tidak diberi peluang?

Tugas guru semakin hari semakin mencabar. Sebab itu kerjaya guru dipandang mulia. Guru hanya mahu memberikan yang terbaik kepada anak muridnya. Kejayaan anak muridnya adalah kejayaannya juga. Bukan balasan yang diharapkan, cukuplah sekadar dapat melahir seorang insan yang dapat membangunkan negara ini kelak.



RENUNGAN BERSAMA..
buatlah pentaksiran anda sendiri..



jika tidak ditegur, apa akan jadi suatu hari nanti?


nampak remeh, tapi perlu dipandang serius.
mungkin inilah jawapan yang akan dijawab oleh pelajar yang tak buat kerja sekolah. Mesti mak bapak budak ni bangga sangat dengan anak dia.

''generasi cemerlang''... realiti masa kini..


* Sekadar pandangan dan dan pendapat. anda berhak memberikan pandangan anda sendiri

AKU, HOBI DAN KOLEKSI....

Assalamualaikum...



Sebelum ni aku pernah tulis dah entry pasal hobi. sekarang pun aku nak tulis lagoi pasal hobi.hahaha.. Hobi ni bukan hobi baru sebenarnya, tapi hobi lama yang telah di'renew'kan balik. Dalam malaysia ni tak ramai yang betul-betul berminat dengan hobi mengumpul syiling, wang kertas mahupun barangan lama yang semakin dimamah usia (numismatik). kebanyakkan yang aku perhatikan mereka ni terlibat dengan numismatik hanyalah berteraskan keuntungan semata-mata tak kisah la yang tu hak masing-masing.


 Aku dah lama minat hobi ni, tapi masa dan kewangan waktu dulu amat membataskan dan mengehadkan aku bergiat cergas dengan numismatik. waktu tu koleksi aku hanyalah beberapa keping duit syiling lama dan kertas. Sekarang alhamdulillah, makin hari makin bertambah.
mesti anda fikir hobi ni memang memerlukan pelaburan yang besar dari segi kewangan. tapi sebenarnya dari zero pun kita boleh mulakan. macam aku la contohnya.perlahan-lahan dan berterusan..Antara koleksi aku ialah syiling malaysia, malaya, borneo, syiling asing,  dan 
wang kertas.,ada yang aku beli secara online, di pasar karat, kawan-kawan bagi dan juga pemberian keluarga.

 tak rugi sebenarnya. aku rasa la..sebab,, aku beli duit guna duit dan jual duit dapat duit. harga makin lama makin   meningkat .so, anggaplah ni sebagai satu pelaburan.. mana la tahu suatu hari nanti berlaku sesuatu yang emergency, tak pun boleh juga buat duit kawin,.hahaha.
setakat ni aku habiskan tak sampai beribu lagi untuk menambah koleksi aku. aku pun belum kerja lagi, so beli item pun ikut bajet je la,,
untuk melihat koleksi aku yang tak seberapa ni, bolehnya tengok di blog aku yang satu lagi ni

Apa yang menarik tentang syiling dan duit kertas nih?? bagi aku la kan, syiling ni unik, tiap2 syiling kan ada ukiran dan corak tertentu yang bukan diletakkan suka-suka, tapi membawa maksud tertentu.contoh mudah gambar wau di belakang syiling 50 sen malaysia, gambar parlimen dan sebagainya. aku lebih berminat dengan duit syiling berbanding kertas.


SUATU PEMBERIAN YANG DIHARGAI

Assalamualaikum...
Entry kali ni aku just nak share pemberian-pemberian kawan-kawan dan orang-orang tertentu yang kepadaku   yang dirasakan sayang pulak kalau nak buang. Mungkin bagi orang lain apalah sangat kan benda benda macam ni. sekeping kertas je pun. tapi bukan bagi aku. bagi aku, setiap sesuatu itu ada sesuatu.hahaha.. apa aku cakap nih? aku pun tak paham..mudah kata pendek bicara, sentimental value tu pasti ada pada sesuatu barang tu.  yang membezakannya ialah bagaimana kita mengangap nilai sentimental value tuh. contoh kalau orang bercinta, cincin pemberian si kekasih tu mesti tinggi nilai sentimentalnya berbanding ringgit. tapi bila dah putus?? paham-paham je la ye...nak tulis banyak pun aku dah penat, so, aku nak kongsikanlah apa yang boleh dikongsi bersama.huhuhu

jet kertas...harith hazwan dan kawan dia buatkan kat aku waktu last year di hostel..huhuhu

kad ucapan dari biro asrama.

kad birthday yang ke berapa ntah. tak ingat pulok. kad buat sendiri nih. pemberian seorang kawan.
thanks fais.

madah dari seorang kawan buat seorang kawan

kad birthday dari seorang kawan..



Kelebihan menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)



Seperti mana semua bakal mahasiswa-mahasiswi IPT sedia maklum, 1 &2 september ini merupakan hari pendaftaran bagi mahasiswa baru  IPT bagi sidang akademik 2013/2014. Entry ni aku tulis berdasarkan keyword yang banyak dicari oleh pelayar internet yang aku rasa dan yakin sesangat datangnya daripada bakal-bakal mahasiswa sidang baru yang akan mendaftar tak lama lagi. Berdasarkan carian tersebut ramai yang mencari:

  • Palapes usm
  • Cerita seorang palapes
  • Peluang kerjaya selepas tamat latihan palapes
  • Pengalaman palapes
  • apakah itu palapes?
  • Berapa elaun palapes?
Itulah antara keyword yang singgah di blog aku. Ada juga pasal palapes yang aku tulis, tapi tak secara detail dan agak berterabur  dan memang berabur pun. Boleh baca di AKU..ROTU..MEREKA dan AKU DAN PALAPES USM. Aku cuba jawab sekadar yang aku tahu berdasarkan pengalaman aku sebagai anggota palapes usm.. Jawapan untuk persoalan tu semua bolehlah baca dalam poster promosi PALAPES USM INTAKE 35, 2013/2014 kat atas tuh.Aku intake 34. Cuma aku nak tambah sikit je la.


  • Elaun 1 jam RM 6.00 
  • latihan tempatan sabtu dan ahad 2x sebulan. sehari 10jamxRM6.00=RM60.
  • Lepas tu nanti ada latihan berterusan, kem tahunan, latihan menembak.
PENGALAMAN?? KELEBIHAN??
  • Pengalaman memang best. Takkan jumpa dan dapat dalam Ko-K atau Badan Beruniform lain.
  • Dapat meningkatkan semangat patriotisme.
  • Dapat menimba ilmu ketenteraan di samping ilmu lain juga
  • Peluang kerjaya sebagai pegawai tentera dengan pangkat Leftenan Muda (Y.O) 
  • Banyak sebenarnya kelebihan join Palapes nih... Anda sendiri yang akan menilainya nanti betapa beharganya pengalaman tu nanti.
Di USM ada 3 cabang perkhidmatan Palapes iaitu 
  • PALAPES  DARAT-di USM Nibong Tebal & Kampus Induk(Minden)
  • PALAPES LAUT- Kampus Induk (Minden)
  • PALAPES UDARA-USM Nibong Tebal
## catatan pengalaman lepas. elaun palapes masuk ketika pinjaman ptptn dah semakin habis...untunglaaa

4 SEKAWAN BERBUKA PUASA


~Assalamualaikum~


 Sempena bulan Ramadhan ni, nak la jugak teman mengupdate pasal bukak puasa dengan kawan-kawan teman, huhuhu,, dah lebih seminggu dah pun sebenarnya teman keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan teman nih. Deme ni semua kawan-kawan teman sejak sekolah tingkatan enam di SMK Sultan Idris Shah 2

sekarang masing-masing dah berjaya masuk universiti. Alhamdulillah. Teman di USM,  kawan teman yang baju Real Madrid tu study di UNIMAS, namanya Fazli tapi kami panggil Jep. Gambar sebelah dia duk buat peace tu study kat UPSI namanya Erwan. Atas tu pulak yang murah dengan senyuman tu study kat UMP dan namanya Amri. Gambo teman?? hehehe, teman yang kat atas tuh, baju hitam yang kat belakang teman tuh ada dua orang budak baju hitam dengan merah yang sedang ''sembur nyamuk''.. bagus kan deme.
 puasa tahun lepas  kami buka puasa kat restoran. kali ni pun setelah mencapai kata putus, kami berbuka di restoran juga, restoran makanan segera. KFC. 

Bagi teman, makan apa tu tak penting sangat. Yang penting teman dengan kawan-kawan teman dapat berkumpul bersama-sama setelah masing-masing sibuk berjuang menuntut ilmu.

Ada sorang kawan teman gelar kami 4 sekawan. Siap nyanyi lagu kami buddyz yang dalam iklan tuh. huhu. Harapnya persahabatan kami akan kekal buat selamanya.. 

sekian sahaja untuk kali ni


  TERIMA KASIH SUDI MEMBACA

AKHIRNYA DIA PERGI JUA....

Asslamualaikum.
 akhirnya aku update jugak blog ni. mungkin ni masanya untuk update sebab kau rasa ak dah cukup kuat untuk menulis. Entry kali ni aku nak cerita dan luahkan tentang suatu peristiwa bersejarah yang telah berlaku dalam keluarga aku.

21/7/2013 bersamaan 12 Ramadhan 
menjadi satu tarikh yang mendukakan dalam  hidup  aku. pada hari tersebut aku telah kehilangan seorang ibu saudara yang telah dijemput Allah kembali ke rahmatullah. Bagi mereka yang l lain dia mungkin cuma seorang ibu saudara tapi tidak bagi kami sekeluarga..dia tinggal bersama kami bertahun lamanya. mengasuh adik aku hingga tahun 6, menjaga makan minum adik-adikku yang lain saat emak ku keluar bekerja. waktu aku sekolah, dia yang menghantar aku ke asrama, ambik aku dari asrama, tak kira siang malam, hujan panas..ketika itu aku hanya mampu menanam azam suatu hari nanti bila aku sudah bekerja akan aku balas jasa dia walaupun untuk balas semuanya memang aku tak termampu. cukuplah sekadar menunjukkan yang aku menghargai dia. 

kali terakhir aku lihat dia sihat sebelum ke usm. bila aku pulang cuti sem, dia dah sakit. sakit tulang belakang yang selalu jugak diadukan kepada aku sewaktu aku di usm.. melihat keadaan dia saat itu hatiku pilu. tubuhnya semakin susut. pergerakannya terbatas. risiko yang dinyatakan oleh doktor bahawa dia akan lumpuh seumur hidup andai tidak dibedah dengan segera. tapi dah terlambat sebenarnya. tulang belakangnya telah reput. seminggu sebelum dia pergi, aku membantu mengangkat dia naik kereta untuk ke hospital. itulah kali terakhir aku melihat dia masih bernyawa. mengikut perkiraan sewaktu dirawat di hospital taiping, giliran aku yang menjaganya di hospital pada 21 haribulan tersebut.tapi, aku terkilan, dia pergi lebih awal kira-kira jam 4.40 pagi itu. 

Aku bukan berputus harap atau tidak yakin dengan dengan kuasa Tuhan, tapi sejak kali pertama melihat keadaan dia sewaktu sedang sakit, aku tahu aku akan kehilangannya suatu hari nanti. aku cuba untuk menguatkan diri aku sekuat mungkin untuk menghadapi saat kehilangan itu. disebabkan kami telah lama tinggal bersama, setiap perkara, setiap benda dalam rumah aku mengingatkan aku kepada dia. 
sedih aku lihat adik aku asyik tidur je waktu petang apabila balik dari sekolah. aku paham sebab adik aku yang bongsu tu paling rapat dengan dia. waktu sakit pun dia masih ingatkan aku supaya kejut adik awal nanti pegi sekolah. takut lewat...

kakak ipar aku ada bagi kain pasang kat dia untuk dibuat baju raya, tapi dia kata '' entah la sempat raya ke tak tahun ni''...dia pernah kata yang dia syukur dan gembira sangat sampai keluar air mata sebab aku dapat masuk universiti. tapi aku terkilan sebab dia tak sempat pergi usm hantar atau melawat aku. raya tahun ni pasti suram sebab selalunya dia yang akan buat lemang.

khidmat terakhir aku untuk dia adalah mengangkat dia ke tempat memandikan jenazah. bergenang airmata ketika melihat wajah dia. seolah-olah  masih tak percaya yang dia telah pergi buat selamanya. dia tak berkahwin. kami dan dia dah bagai adik beradik. dia macam kak sulung kami. pahit untuk diterima, tapi hakikat tetap hakikat. itulah takdir untuk dia. dia dah takda. aku ke kubur ketika jenazah telah selamat dikebumikan. sekadar ziarah kali terakhir dan juga untuk tahu tempat persinggahan terakhirnya supaya mudah untuk aku menziarahinya nanti.

sebenarnya selain daripada sakit tulang belakang, ketika dihantar ke hospital, arwah disahkan menghidap barah payudara tahap 3. sel kanser dah merebak  90% ke seluruh badan.kami semua baru tahu.semua terkejut. kami tak tahu sama ada arwah sengaja merahsiakannya atau sememangnya arwah tak tahu tentang kanser tersebut. 

Doaku, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 
terima kasih untuk segalanya.

Dalam kenangan. 
Siti Safiah Binti Zani



setiap yang hidup pasti akan mati, 
cara dan waktu sahaja yang berbeza

kehilangan ketiga selepas arwah pak lang dan opah di taiping bulan lepas....

" SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "

Assalamualaikum...

Jom join segmen sementara menanti nak buka puasa

Klik SINI untuk join...



Segmen ni bermula pada 13 julai 2013-8 ogos 2013, 11.59 malam..

SELAMAT BERSEGMEN......

CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK "

Assalamualaikum...

laptop masih dirawat, jadinya takda la entry baru yang berilmiah , so,, join GA la jawabnya..huk3....

nak join? jomm.... klik banner dibawah untuk join..




GIVEAWAY X-CLUSIF PERTAMA BY ADHIE

Assalamualaikum.... 

jom join Giveaway nih... 



                                                                 klik  SINI  untuk join.

"1st Segmen Dari Blog Nazirahnyerr"

Assalamualaikum... 

hari ni mood nak join segmen n Giveaway...segmen pertama aku nak nak join dari blog nazirahnyerr blog dulu.. yang lain akan menyusul kemudian...huk3..


  1. Nama: mahamad nazri bin abdul karim
  2. Umur: 21 lebih sikit.....
  3. Birthday: 15 mac 1992
  4. Makanan kegemaran: hurmmm..asalkan halal je la..(kue teaw terutamanya,tak    kisahla goreng atau sup. tom yam pun okay jugak)
  5. Minuman kegemaran:hurmm.. asalkan halal jugak nih....( banyak sangat ,,tak tersenarai...)
  6. Hadiah paling istimewa yang pernah dapat: hurmm..hurmmm...hurmmmm... t-shirt dari si dia yang sedang mekar di jambangan orang...huk3.. tapi masih simpan.

.....selamat bersegmen......




Open Cbox