DIRIMU TIADA GANTI

~~ASSALAMUALAIKUM~~

hehehe.sori, tiga hari jugak rasanya tak update.maklumlah, dalam mood exam,kena lupakan sekejap la berbloging nih. alah, berapa jam je pun lupanya..
 hurm,
Sumber inspirasi hidupku

 Entry kali ni aku nak tulis pasal hari lahir lagi. kalau semalam ada entry tentang hari lahir kawan aku yang namanya si Salihah Abdul Rahman tu, hari ni aku nak tulis pulak pasal hari lahir wanita yang paling bermakna dalam hidup aku. Just one in the world. Tanpa dia siapalah aku. Tanpa dia apalah ertinya dunia bagi aku. Tanpa dia, tak mungkin aku disini, menulis blog tentang dia. Ya, memang dia sangat bermakna dalam hidup aku. Tanpa dia dimana kami sembilan orang ini. Dia adalah wanita terbaik dalam hidup aku walaupun ada berbilion wanita dalam dunia ni. Hari ini pada tarikh yang sama pada tahun 1958, dia telah lahir kedunia.

Dia adalah Siti Mariyam Binti Zani [15 JUN 1958] ,wanita yang telah melahirkan aku kedunia ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. 



Terima kasih mak! Dirimu tiada pengganti,  Engkau hanyalah satu dalam hati ini. Kami anak-anak emak janji takkan mengabaikan emak. Segala jasa dan pengorbanan mak sepanjang membesarkan dan mendidik kami amatlah besar dan ternyata walau segunung emas pun tidak mungkin dapat menggantikan semua itu. Sehingga kini emak masih tabah bekerja untuk membesarkan kami, jika dahulu diri ini masih kecil untuk memahami segala jerih perih yang emak lalui, tapi kini diri ini sudah membesar,mak. Diri ini masih belum mampu membantu meringankan beban, tetapi diri ini janji akan menamatkan pengajian dengan cemerlang  di universiti dan mengenggam segulung ijazah. tak sabar rasanya hendak melihat wajahmu tersenyum gembira seperti saat diri ini menghulurkan keputusan , UPSR,PMR dan STPM kepada mu suatu ketika dahulu...Diri ini akan bahagia apabila melihat mak  tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya. mak, walaupun diri ini tiada bersama mak saat hari yang bermakna bagi mak ini, diri ini akan sentiasa mengingati nasihat dan pesanan mak. 


SELAMAT HARI LAHIR MAK!
SAYA SAYANG MAK!
KAMI SAYANG MAK!





 Semoga kami anak-anak mak dijauhkan daripada sifat2 sebegini.
semoga kami tidak tegolong dalam golongan anak  DERHAKA..kerana kami tahu, kami syukur, kami hargai dan dirimu TIADA GANTI mak. Walaupun ada wanita yang seiras denganmu, dia  tetap bukan dirimu.


 HARGAILAH IBU DAN BAPA ANDA SELAGI DIA MASIH ADA,

RAJINKANLAH MENDOAKAN IBU BAPA ANDA JIKA MEREKA SUDAH TIADA

# Kadang-kadang hati ini rasa geram, marah, sedih bila tengok dimedia massa,ramai anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa. Bila sudah besar dan bekerjaya, bekerluarga, ibu diabaikan. Apabila ibu sudah tua, uzur, sakit tua dan sebagainya, harta ibu yang dinanti, bukannya hendak merebut peluang tersebut untuk berbakti kepada ibu. Malah telah menjadi trend pula menghantar ibu bapa yang uzur ke rumah orang-orang tua dan rumah kebajikan. Mungkin mereka sudah lupa bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu, tak cium bau syurga la kepada sesiapa yang menderhaka kepada ibunya. Macam-macam alasan diberikan kenapa abaikan ibu. Sibuk bekerja la, tak da masa la, adik beradik lain ada, ibu menyusahkan antara alasan yang biasa kita dengar. Lupakah mereka ketika mereka kecil , wanita bergelar ibu ini tidak pernah menggunakan semua alasan tersebut dalam membesarkan mereka. Semuanya dilakukan dengan sabar dan tabah disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anaknya. Anak-anaknya menangis di tengah malam, wanita ini tidak mengambil headfon tutup telinga, malah dengan cepat mendapatkan anak tersebut. kasih sayang ibu memang tiada tandingnya.
Agak menyentuh hati juga apabila terbaca artikel di surat khabar tentang bagaimana seorang bibit( pembantu rumah) warga indonesia yang bekerja di Malaysia menjaga ibu majikannya yang di abaikan oleh anaknya sendiri. Alasan pembantu rumah tersebut berbuat demikian katanya ''KERANA IBU TIADA GANTI ''



SEORANG IBU BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK,TETAPI SEPULUH ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA SEORANG IBU.

No comments:

Open Cbox