KENAPA PERLU MASUK PALAPES?..INI JAWABNYA

Assalamualaikum...


Entri ni aku buat sempena kemasukan baru pelajar-pelajar junior ke universiti. Apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah berkenaan dengan pengalaman aku masuk universiti or sebagainya. Tapi aku nak bagi sedikit pencerahan, penjelasan berkenaan PALAPES kepada adik-adik junior nih.

Bukan apa, biasanya awal-awal ni ramai yang mendaftar untuk menyertai PALAPES, tetapi diakhirnya hanya beberapa kerat saja yang tinggal. Antara sebabnya adalah pemahaman yang salah tentang PALAPES, pengaruh rakan dan juga khabar angin daripada senior-senior. Kalau halangan daripada keluarga dan masalah kesihatan tu lain cerita lah.

Aku bekas kadet PALAPES USM, dan Alhamdulillah masih hidup sehingga ke hari ini dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam kor Wataniah. Bukan nak bangga aku cerita nih, cuma sebagai pendedahan dan penjelasan kepada Junior-junior yang telah mendaftar PALAPES sebagai unit beruniform mereka di Universiti.

DITAULIAHKAN! itulah tujuan utama menyertai PALAPES. Kita akan dituliahkan oleh YDP Agung. Satu kelebihan yang tidak ada pada badan beruniform kokurikulum yang lain. Dan, sebelum terlupa, aku PALAPES DARAT, so yang berkaitan dengan PALAPES LAUT & PALAPES UDARA aku kurang tahu.

Belum apa-apa lagi dah cerita pasal tauliah pulak kan. hahaha. Okay, aku akan cerita serba sedikit kelebihan dan kekurangan masuk palapes walaupun aku dah pernah tulis entri pasal kelebihan masuk PALAPES sebelum nih. Dan entri ni juga berpandukan kepada carian di internet yang mana aku tengok ramai yang cari tentang PALAPES. Jadi aku tergerak untuk me 'renew' kembali artikel lama aku ni. Hahaha.

Untuk INTAKE 37 ni korang yang masuk tu patut rasa beruntung sebab unit untuk PALAPES telah dinaikkan daripada 6 unit kepada 10 unit. Untung sesangat. Dah tak susah-susah fikir nak tambah unit kod U  nanti. Itu dah satu kelebihan intake baru ke 37 nih.

Tanya diri dulu kenapa nak masuk PALAPES? ikut kawan? Cabar diri? Minat? Nak elaun? Nak desa untuk 3 tahun? Nak cari kawan? Nak ada family kat USM? Saja-saja? .. Tak kisah la apa alasan ko nak masuk PALAPES, semua nih adalah kelebihan yang ko akan dapat masuk PALAPES.

PALAPES ni akan jadi keluarga besar ko nanti kat USM or mana-mana universiti la kalau ko yang baca ni bukan student USM. Cuba bayangkan, hampir semua perkara yang kita buat dirumah dengan keluarga kita, dibuat dalam PALAPES. Ada ke ko nak makan 5 kali sehari dnegan coursemate ko? 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan coursemate? Takda kan. Tapi dalam PALAPES ada.

Kalau ko anak orang kaya, biasa hidup senang, ni la masanya ko nak cabar diri ko untuk rasa macam mana hidup hanya untuk hidup. Kalau ko orang bandar yang ayik tengok hutan batu dengan hirup asap ekzos saja, ni la masanya ko nak rasa hidup dengan alam sekitar. Nikmati suasana hutan. Udara segar di hutan.  Betul aku cakap. Pengalaman aku, tak mandi 5 hari dihutan, tido, mandi, sembahyang, makan, lari dan semuanya dengan baju yang sama. Yang mana bila keluar je dari hutan nanti, ko akan rasa dan tahu betapa nikmatnya dan bersyukurnya dengan hanya memulas kepala pili kita dapat air yang bersih dan mandi sepuasnya.

Pengalaman perlu dicari. Bukan dibeli. Sebab memang takda jual pun. Pernah pegang senjata M-16? kalau pernah mungkin ko PKBM, kadet polis atau pernah pergi PLKN sebelum. Okay la kan dapat merasa juga. Kalau yang belum pernah, ko join la PALAPES. Yang dah join, ko kekal la. Sebab nanti ko akan merasa pegang M16, menembak, berkawan, tido dengan M16,  berkasih sayang dengan M16 dan macam-macam lagi. Ko akan belajar pasal senjata, perang, taktik, yang mana semua nih pengetahuan yang ko tak dapat dalam dewan kuliah.

Ko jangan ingat PALAPES ni macam rekrut askar. Dalam PALAPES ni ko cuma  PEGAWAI KADET. ehh,,cuma pulak. Ko adalah PEGAWAI KADET. Dan ko akan dilatih untuk menjadi pegawai. Untunglah la kan, nanti dah konvo ko dapat ijazah lepastu dapat pulak title pegawai dalam askar sukarela a.k.a wataniah.

Berkenaan latihan jangan risau la. Biasa-biasa je. Boleh la test ko punya mental dan fizikal. Ko akan kena marah-marah dan maki-maki, tapi cuba ko fikir, kalau 3 tahun ko kena macam tuh dan ko boleh tahan, nanti dah kerja bila kena marah dengan bos , ko boleh buat rileks. Buat kering ja.. Ko dah lali. Tu kelebihan ko. Silap-silap majikan ko yang give up dengan ko sebab makian dia tak berkesan. Hahaha..

Kepada kadet laki, aku bagi tips paling mudah la nak survive dalam PALAPES ni. Ko tengok skuad ko yang Ladies, kalau dia boleh buat, dia boleh tahan, takkan la ko yang sado gagah perkasa ni tak boleh kan. Malu beb. Ko ambik semangat ladies tuh. Ambik semangat jer. Jangan ko ambik hati dia pulak. Kang asyik berkepit je ko berdua..hahaha

Laki kan, kena la jaga ego sikit. Hahaha. Betol aku cakap, aku ni pun kadang-kadang penat jugak. Tapi bila ladies boleh buat, uishh takkan tengok saja kan. Saling ''back up'' la.

Kat USM ni nanti waktu minggu orientasi PALAPES korang akan kena pakai kalau lelaki baju kemeja putih, tali leher, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam  (P.O). Sebijik macam budak sekolah.Aku tahu korang malu. Macam budak 'noob' la apa la. Dan nanti pasti ada budak first year yang akan pandang pelik kat korang. Sama la pensyarah pun. Korang beruntung sebab bila pakai sama nampak macam korang ni satu family. Nanti jumpa kat mana-mana dalam universiti senior,inter or Y.O akan tegur or senyum kat korang. Sebab apa? sebab korang adalah family. Family PALAPES.

Aku sedar benda ni bila aku dah naik intermediate. Tahun kedua la. Waktu aku junior, bukan satu sem, tapi satu sidang aku pakai macam tuh. Sampai bila senior aku dah rindu pulak nak pakai baju macam tuh. Ye la kan, mengingatkan nolstagia zaman persekolahan.

Artikel ni pun rasanya dah agak basi. Drafnya dah lama aku buat. Sebelum junior masuk lagi. Tapi banyak kali tertangguh disebabkan oleh beberapa kekangan yang sengaja aku cipta. Hahaha. Tapi belum terlambat juga rasanya. Kepada yang dah join dan dah follow latihan hampir sebulan dah aku nih, teruskan lah.

Apa kekurangan dan ketidakpuasan hati tu ko buat tak tahu je. Ada masanya tiga tahun terasa sangat lama. Ada masanya  tiga tahun seperti 3 hari. Pantas berlalu.

Berkenaan Annual Camp korang boleh la baca di entri aku yang terdahulu. Ada la sikit coretan sebagai kenang kenangan aku yang mungkin boleh memberikan sedikit gambaran kepada korang yang baru join. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus bertahan di dalam PALAPES.

Hitam? Penat? hahaha.. Bagi aku semua ni tak menjadi masalah. Kalau disebabkan kulit hitam kekasih akan lari tinggalkan kita, lebih baik tinggalkan dia dulu. Tapi kalau dia kekal, maka teruskan bersama. Tapi kalau yang perempuan janganlah nak gelap sangat. Gelap sikit sikit ja jadi la. Hahaha...


Ketika Kawad Konvo @ kawad kehormat sempena Konvokesyen USM.
Hah,, ini satu lagi yang aku hampir-hampir terlupa nak cerita. Bila tengok gambar baru teringat. Okay, ni satu lagi kelebihan PALAPES bila majlis konvokesyen, PALAPES akan diberikan penghormatan untuk melakukan kawad kehormat sempena perasmian pembukaan konvokesyen. Dan yang akan menyertai kawad ini adalah kadet-kadet Palapes. Woww.. Bertuahnya rasa. Askar yang dah lama berkhidmat pun belum tentu dapat peluang nih. Kawad kehormat ni biasanya untuk Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Piang dan Raja Perlis. Untung la dapat buat kawad kehormat untuk raja. Hari tu pernah sultan Brunei datang, malangnya tidak ada kawad kehormat untuk Sultan Brunei. Sedikit kecewa aku. Huhuhu.. Kawad Konvo ni bagi sapa yang join sangat bagus untuk merasai pengalaman pakai pakaian istiadat. Ye la kan, nak tauliah lambat lagi, so dapat pakai ni pun dah rasa bangga. Macam mana la Tauliah nanti kan ? hehehe

Menjadi kadet pembantu sempena Majlis Makan Malam Regimental (MMR).

Makan-makan sewaktu majlis penutupan orientasi Junior Batch 36

CIW sewaktu junior

Family KALA RIMBA 34

Latihan dalam USM

Budak USM mesti tahu kan ni kat mana? hahaha.. Kalau tak masuk Palapes ada ker kome nak buat benda camni? hahaha

Baca Peta. Sekurangnya dapat la refresh balik ilmu-ilmu geografi waktu sekolah dulu. Terutamanya bab koordinat. hahaha

Sapa kata askar semua comot?? ni hah, ada je yang cun. Hahaha..
(Sori patinnnn, promote sikitttt) HAHAHA

Wat lek je dia

Alhamdulillah,,,Hasil penat lelah selama 3 tahun termasuk tempoh memacat. kikiki
(oit oit, bukan budak-budak tu hasilnya. jangan nak pikir lain pulak. Yang atas bahu tu hasilnya.kikik)



Ini budak course aku iaitu Sastera dengan Pendidikan. 


Bahasa aku agak berterabur. Harapnya maksud yang hendak aku sampaikan dapat dihadam oleh mereka yang berkenaan.

Apanila hendak berhenti, fikirkan kenapa kita bermula?

Setakat hari ni aku masih belum melapor di PALAPES USM lagi. Bukan aku taknak lapor, tetapi disebabkan beberapa perkara yang mendatang tanpa diduga, hasrat itu tidak kesampaian. Tapi semangat untuk melapor masih ada dengan suntikan semangat daripada beberapa individu yang mengharapakan dan menggalakkan aku untuk lapor. Akan aku pertimbangkan.

Kalau ada sebarang persoalan, tanya je kat ruangan komen nih. Ada teguran atau penambahan pun boleh juga ditinggalkan diruangan komen. Kalau perlukan nasihat atau pandangan personal boleh Inbox di facebook di ruangan hubungi.

Ini hanyalah pandangan aku berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa. Aku mungkin akan melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa terhadap artikel ni...

SELAMAT MENJALANI LATIHAN..........HAHAHA (gelak jahat sambil makan kuaci tengah layan facebook dalam bilik bila mana di bawah keriuhan melanda. Baris! Baris ! Baris !!..



36 comments:

Anonymous said...

Latihan serangan ala2 pertahan diri tu ad x saudara?

Anonymous said...

Kalau dah masuk palapes boleh stop half way tak

Anonymous said...

Penerangan yg bagus sbbb mmg minat askar.. Bakar semangat nie..Terima kaish bro

Unknown said...

Memang kne duduk kat askar wataniah jeke,atau bole pilih kor

Unknown said...

Kadet palapes boleh pegang jawatan dlm askar sukarela jeke?

Unknown said...

Salam bro..

harithsenpai said...

Salam sejahtera, bolehkah join PALAPES kalau ada masalah rabun jauh? (Perlu pakai spek)

Aila98 said...

Kalo dari askar wataniah yang dah pakai pangkat lans.kopral dari politeknik lepas tu sambung belajar di uni n masuk palapes.. Adakah ia jadi pjm semula?

Unknown said...

Boleh tp sakit sikit la

Unknown said...

Keluar baris namanya

Minaz said...

Salam , betul ke kalau masuk palapes , kita boleh tukar desa ?

Unknown said...

Salam, klau dlm palapes kita jdi pegawai, adakah dlam atm nanti kita stay pegawai? Mohon penjelasan

Anonymous said...

ade syarat ketinggian ke palapes ni?

Ausss said...

Bang, berapa bmi baru lepas masuk palapes?

Unknown said...

blh ke dr palapes jd askar yg betul,mksud saya kerjaya sbgai pegawai tentera darat yg sbnar bkn askar wataniah

farahooray said...

Ada. Utk lelaki saya kurang pasti, tapi utk wanita minimum 157cm.

farahooray said...

Boleh je. Saya pun specky juga. Cuma masa training kawad seboleh²nya jgn pakai spek.

Unknown said...

Palapes ada ukur tinggi tak masa interview

Unknown said...

Terima kasih dgn perkongsian ilmu ini sya mmg berminat sgt

Anonymous said...

Boleh. Lapor as GO (Graduate Officer). Nnti dia ade training utk certain period utk jdi askar tetap.

Anonymous said...

Assalammualaikum, maaf tanya hehe
Masuk palapes ni macam tentera ke or lagi berat?
Lelaki & perempuan kena cukur rambut?

Anonymous said...

Macam mana cara nak daftar? Saya masuk f6 and insyaAllah next year kalau dah habis f6 masuk universiti. Semua u ada ke unit palapes ni? Bila masa kena daftar? Masa mula mula masuk u ke? Tq ^_^

Anonymous said...

Ade ujian rabun warna ke?

Anonymous said...

palapes ada di smua uni. bila masuk degree masa first sem tu dah kena daftar, kalau tak, susah. ujian warna? ya ada.masa tapisan keselamatan dn kesihatan

Anonymous said...

selalunya senior2 palapes akan promote. jadi masa tu la munculkan diri korang, tp bila dah masuk, takyah la suka2 nk kluar2 pulak haha nyusahkan je nak buat pengurusan batch baru nnt haha. palapes tak teruk mcm rekrut, apa2 pun korg ada insuran nyawa bila jadi kadet ni, so kalau berlaku kecederaan, insurans cover.

Unknown said...

ada tulis syarat rabun sekurang2 nya bacaan 8/1. apa tu eh?

Unknown said...

kalau rabun power 5.00 boleh ke masuk palapes?

Anonymous said...

rabun tak rabun ni, ikut institusi jugak, kdg ipt ni bensrkn budak rabun masuk, kadang ada ipt yg tak benarkn masuk. ikut rezeki la jugak huhu. soal rabun ni mainly sbb masa paradebtauliah nnt dinasihatkan hgn pakai spek sbb spoil perbarisan, nmpak taknseragam, mcm aku, masa mggu perkenalan dlm palapes dulu, dorg suruh tukar spek. cari yg bingkai tak tebal sgt dan warna frame yg tak menonjol. mcm biru mmg out, kena tukar. itu je la problemnya dgn org yg pakai spek ni. -Cik M

Anonymous said...

bacaan 8/1?? tak sure pulak. kalau bacaan per 20 cth 19/20 tu ye lah. alaa mcm korg buat medical checkup, baca huruf kt papan tu 20 huruf dia tunjuk, kalau korg dpt baca drpd jarak bbrapa meter tu, mata kiri kanan, lepas la. tengok jugak kalau pegawai korg baik, dia tlg bisikkan utk korg haha. -Cik M

Anonymous said...

Kenapa kata sakit sikit

Anonymous said...

Bos klau lepasan diploma amik ijazah dan nk msuk palapes ke? sbb diploma ke ijazah selalunya cut subjek yg dh belajar so mesti x ckup 3 taun.

Anonymous said...

boleh je.. asalkan bila dah masuk tu stay dlm squad korang. -Cik M

Anonymous said...

Apa beza palapes laut Dan Dan palapes darat.mintak pencerahan

along said...

Dah habis mohon lapor ke rej di lokaliti sendiri ya tnx pnx. Dari sy exrotu unimas Rej503 Ipoh

Unknown said...

Tq pencerahan y amat membantu ..ayat mamtops semoga sihat selalu. Aminnn

nunisa said...

Nak tanya,kalau dia specky masa palapes lepastu nak masuk tetap nnti boleh ke diterima?

Open Cbox