PENYAKIT YANG BOLEH SEMBUH DENGAN BERJALAN KAKI

Assalamualaikum... hurm.. kali ni aku just nak share apa yang aku jumpa di internet waktu boring. tertarik pulak aku dengan satu artikel ni, so aku ambik la and kongsikan kat sini.. banyak manfaatnya.Menurut kajian berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.jadinya, mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan. Ala, jalan je pun kan. Berikut merupakan lapan jenis penyakit yang boleh dsembuhkan dengan berjalan. 100% sembuh tu tak jamin la, tapi kurangkan tu In shaa Allah.



1. Serangan jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh kroner) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. kalau berhenti tu, paham-paham je la ye... berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolestrol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. (jalan yang biasa apabila terlewat pergi kuliah, kelas, atau pergi kerja). 

2. Stroke : Satu kajian dilakukkan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki selama 20 jam seminggu. Hasilnya risiko stroke menurun hingga 2/3.

3. Membakar lemak. : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh badan. Selain itu sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar kemudiannya kenaikkan berat badan tidak kan berlaku.


4. Melangsingkan badan: jika anda berlebihan berat badan, mulailah rutin berjalan pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan lemak terutamanya yang ada di perut anda akan terkikis. Lakukanlah secara rutin selama satu jam. lepas tu jangan melantak pulak makan. memang tak slim la jawabnya.

5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu kan, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus berpunca daripada najis yang tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan juga dapat menurunkan risiko kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan juga bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoroporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah kencing manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempoh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk.

 Selagi gula dalam darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar daripada diabetes.

8. Depresi: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah kaki berjalan yang akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

No comments:

Open Cbox