MEMORI PERSEKOLAHAN - HEMPEDU TERASA MADU

Assalamulaikum pembuka bicara.



Cuti sekolah dah semakin habis. Sekolah dah dekat nak buka. Ibu bapa pasti menjadi insan yang sangat sibuk memikirkan perbelanjaan dan keperluan persekolahan anak-anak mereka. Kalau yang anak seorang tu tak apa la lagi, tapi bayangkan yang anak lima orang dan masih bersekolah, pasti pening kepala ibu bapa memikirkan. Ditambah pula dengan ekonomi dan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang semakin meningkat saban waktu. Bagi ibu bapa yang berpendapat rendah, pasti jenuh memikirkan untuk menyediakan belanja sebelum sesi persekolahan yang akan bermula lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Hari pertama sekolah pasti mahu kasut sekolah baru, baju baru, tudung baru, sarung kaki baru, beg baru dan serba baru la semuanya. Kalau tak diturutkan pasti ada anak-anak yang menarik muka. Merajuk dengan keluarga.

Aku faham dengan situasi ni. Aku juga pernah bersekolah dan aku sangat sangat faham. Ye la kan, buka sekolah nanti kawan-kawan masing teruja menunjukkan pakaian serba baru. Ada pula yang bercakap soal jenama. Beli di kedai sekian-sekian. Tapi aku tidak termasuk dalam golongan ini. Aku adalah golongan yang diam dan memencilkan diri di sudut dunia aku sendiri.

Ini yang hendak aku kongsikan. Kisah dan pengalaman aku. Jika bermanfaat ambilah, jika sebaliknya biarkan ia menjadi catatan di hari muka untuk aku.

Aku akui yang aku agak cemburu bila hari pertama persekolahan. Kawan-kawan datang dengan kelengkapan serba baru daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki. Aku?? hanya mengenakan yang serba lama. Hendak makan pun sukar, apatah lagi untuk membeli kasut baru. Jika masih elok, akan digunakan sehingga rosak teruk. Maknanya sampai dah tak boleh pakai. Kalau setakat ibu jari kaki terkeluar itu masih dikira elok lagi. Stoking pulak aku tak tahu mana satu pasangannya yang betul. Kadang kala tidak berstoking. Tapi aku rasa selalu juga sebenarnya tak pakai stoking. Bukan sengaja tak pakai, tapi takda!. Pernah juga disebabkan teringin untuk bergaya ke sekolah seperti yang lain, aku curi-curi pakai kasut sekolah kakak aku jenama converse. Padahal tu adalah satu-satunya kasut yang dia ada. Disebabkan aku dia tak pergi sekolah. Kasut takda.

Pakaian sekolah aku dari darjah satu hingga darjah enam tak berpisah sangat. Maknanya aku menggunakan pakaian yang sama selagi boleh digunakan. Kalau baju orang lain putih yang sebenar benar putih, baju aku pula putih kekuningan yang sebenar benar kuning. Tak ada nila. Baju ni semuanya adalah hasil derma dan pemberian saudara mara dan orang kampung. Hasil kemurahan hati mereka ini, merasa lah aku untuk berbaju sekolah 'baru'.

Seluar sekolah juga hasil derma. Saiz bermacam-macam. Kebanyakkannya bersaiz besar. dan aku ketika itu hanya sekolah rendah. Badan tak la kurus sangat, tak jugak gemuk sangat. Sedang-sedang je. Bulat. Hahaha. Yang mana jiran ada seluar lebih tu deme akan sedekahkan kat kami. Aku tak pasti dengan satu perkara, Tali pinggang! seingat aku la kan, aku tak pernah ada tali pinggang. Habis tu seluar besar tu aku buat macam mana??. Kemon la gais, mak aku kreatif kot. Dia bagi aku tali rafia yang ada kaler biru, hijau atau merah tuh. Lepastu ikat la buat macam tali pinggang. Ikat dekat tempat masuk tali pinggang tu kat kanan pastu ikat dengan yang belah kiri. Jadi la tali pinggang. Tak malu ker?? Ini yang orang kata malu biar bertempat.

Darjah satu hingga darjah enam, 6 tahun kan?. Dan selama enam tahun tu aku dengan dua orang kakak aku pergi sekolah tak pernah sekalipun baju, seluar, kain, tudung kami berseterika. Pergi sekolah macam tu je dengan baju berkedut-kedut. Ini yang dikatakan hidup mengajar kita, sebab dah biasa so enam tahun tu berlalu macam tu sahaja. Sangat menguji ketabahan.

Seluar atau baju koyak tu perkara biasa la. Selalu sangat. Tak sempat nak jahit. Iye la, waktu awal-awal pagi tu mana nampak sangat dengan cahaya lilin samar-samar. Dah sampai sekolah baru perasan yang celah kangkang ada koyak. Celah ketiak pun koyak sikit. Tapi buat tak tahu je la.

Aku pernah kena gelak dengan kawan-kawan di sekolah dan juga di kampung. Puncanya? Mak aku gunting rambut aku guna gunting dengan sikat je. Akibatnya rambut jadi tobek-tobek. Penuh dengan 'tangga kejayaan' atas kepala. Tapi kan, aku tak hairan sangat pun, sebab kat rumah aku mana ada cermin. Hahaha.So, aku tak nampak dan buat-buat tak tahu la. Terima kasih mak buatkan aku jadi tabah.

Mak bila tak mampu dia akan terus cakap. Dia takkan kata ''nanti mak belikan'' atau  ''esok mak belikan'' sebab dia tahu dia memang takkan mampu. Dan dia juga takkan berhutang untuk beli keperluan sekolah kami adik beradik yang dia tak mampu. Kecuali untuk beli beras mak terpaksa berhutang kat kedai runcit. Keperluan asasi lain la. Beras ada takpa dah, lauk boleh cari. Pucuk kayu keliling rumah banyak mak tanam, ikan boleh cari kat sungai belakang rumah. Tapi dia akan cakap terus ''mak takda duit''. Sebab memang benar mak takda duit. Untuk apa lagi mak nak menipu. Itu hakikatnya. Dan hakikat ini lah yang buat aku jadi tabah dan agak lali dengan semua.

Minyak wangi dengan minyak rambut memang  aku takda. Minyak rambut pun kadang-kadang je ada. Deodorant aku mula kenal waktu aku tingkatan satu. Dan selama sekolah aku memang tak pakai semua nih. Bau badan jangan di kata la macam mana. Orang sekeliling je tahu 'keharumannya'. Sebab aku dah biasa dan sebati dengan bau badan sendiri. Sebab tu kawan aku kata aku pergi sekolah tak mandi., Rambut kusut masai, baju tak terurus nampak sangat tak mandi. Ya, aku memang tak mandi pergi sekolah. Tu sekolah rendah la. (Kat Uni pun sekali dua pergi kelas tak mandi, tak sempat boh. hahaha). Rumah aku mana ada bilik air. Semua mandi kat sungai. Takkanlah pukul 6 pagi nak mandi kat sungai kot. Memang tak la kan. Sejuk dan takut.

Kalau macam tu duit belanja pergi sekolah ada ke tak? Ada la dalam 50 sen. Nasi goreng 20 sen, air 10 sen untuk sarapan pagi. Tengah hari waktu rehat aku makan ubi sengkuang cicah sos hitam tuh. Cukup belanja aku sehari. Kalau tak bawa duit waktu rehat aku pergi lepak kat padang. Kadang-kadang aku lepak kat library. Tapi kalau lapar sangat aku pinjam duit kawan aku. Nama dia Yusri. Tapi sampai sekarang aku tak pernah bayar balik . Dan sampai sekarang juga aku masih ingat dia. Sebab dia baik dengan aku. Dan baru-baru ni aku jumpa dia punya akaun facebook dan kami berhubung bertanya kabar melalui facebook. Dia ada jemput aku pergi rumah dia untuk makan kenduri dan aku pergi. Tapi tak sempat hendak berborak lama sebab dia agak sibuk. Ambil gambar pun tak sempat. Takpa kawan, aku paham.In shaa Allah nanti aku  praktikal belah sana kita keluar makan. Aku belanja.


Banyak lagi nak cerita sebenarnya, semuanya berperisa hempedu. Madu ada la sedikit. Pahit juga sebenarnya hempedu nih, tapi kalau tak rasa pahitnya hempedu, mana mungkin aku tahu manisnya madu kan.


Cuma pesanan aku kepada adik-adik yang masih bersekolah dan terbaca catatan aku nih, jadikan kesusahan itu sebagai pemangkin untuk berjaya. Pengalaman adalah guru terbaik. Ibu bapa sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya, jika dia tidak mampu, sememangnya dia benar-benar tidak mampu. Usah dirunsingkan lagi hati mereka, sebaliknya berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Alhamdulillah, keputusan UPSR aku cuma 2A 2B 1C, tapi itu sudah cukup membuatkan emak aku tersenyum ditambah pujian daripada saudara mara. Hati mana tidak gembira melihatnya ibunya tersenyum di sebalik kesukaran hidup yang di alami. Sejak tu aku berazam untuk membuatkan emak aku tersenyum gembira lagi. Dan alhamdulillah aku mengulanginya pada PMR dan agak kecundang ketika SPM dan aku bangkit semula ketika STPM. Dan sekarang aku adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di USM. Dan aku adalah orang pertama dalam keluarga yang menjejakkan kaki ke menara gading. Dua orang kakak aku sangat menyimpan impian untuk sambung belajar, tetapi kesusahan hidup membuatkan mereka sanggup menguburkan impian masing-masing. In Shaa Allah bila aku berjaya kelak, aku akan bantu realisasikan kembali impian mereka.

Segala kesusahan dan pengalaman hidup yang setahun jagung aku alami ini sangat membantu aku menghadapi hari-hari sukar di  sekolah menengah dan universiti. Ada RM 5 dalam poket untuk seminggu. Nak makan apa? Pengalaman dah ajar semua tu.....

Semoga catatan yang caca merba ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca.

Aku , Hujan dan Asrama

Alhamdulillah... Bumi minden kian dibasahi hujan. Lebat tanpa angin yang kuat. Mendamaikan seisi warga Pulau Pinang yang baru sahaja diselubungi jerebu sumbangan negara jiran sebagai ujian kepada sekalian makhluk-Nya.

Hujan tandanya tiada aktiviti di luar bilik melainkan aktiviti main hujan. Teringin juga sebenarnya nak main hujan. Tambah pula main di padang yang digenangi air. Nikmat yang tak terkata. Tapi bila buat sesuatu yang tak dilarang ni kurang sikit keseronokannya. Kalau yang dilarang tu baru la menarik. Teringat aku suatu peristiwa ketika petang di asrama sewaktu masih bersekolah.

Hari tu hujan agak lebat lebat. Jam sekitar pukul 4 petang. Biasanya lepas asar pelajar asrama akan turun ke padang untuk riadah. Hari tu hujan turun agak lama. Tidak berapa lama kemudian hujan mula beransur reda tetapi tidak sepenuhnya reda. Usai solat asar mula lah pelajar asrama turun ke padang untuk beriadah. Ramai yang sekadar melepak di astaka di tepi padang kerana hujan belum reda sepenuhnya. Masih rintik-rintik.

Budak-budak lelaki ni memang aktif. Sukar dihalang dan kurang bersabar kalau bab main. Beberapa orang pelajar aspura mula turun ke padang dalam keadaan hujan masih turun bersama kayu hoki dan bola. Tanpa menghiraukan hujan mereka bermain dengan gembira. Gelagat mereka diperhatikan seorang guru merangkap warden asrama. Semuanya yang sedang bermain iru  telah dipanggil ke hadapan astaka. Mana yang bernasib baik sempat juga  melarikan diri. Selebihnya terpaksa menghadap muka warden yang jelas menujukan tanda marah. Mereka semua diam. Tertunduk bisu.

Masing-masing memekakkan telinga apabila dibebel oleh warden tersebut. Rumput padang ditenung bagi mengelakkan pandangan warden yang sedang marah. Silap hari bulan boleh dapat pelempang. Bukan apa, warden tu bimbang kalau-kalau nanti demam. Lagipun main hujan kilat-kilat ni bahaya. Tambah pulak kat tengah padang.

Sebagai hukuman mereka kesemua pelajar tadi di suruh menanggalkan baju dan pergi ke tepi padang yang berdekatan dan berhadapan dengan bangunan asrama pelajar aspuri. Nampak kejam pulak kena tanggal baju. Dalam terpaksa budak-budak nih tanggal juga baju. Saat tu dalam hati aku bersyukur sebab berjaya menolak ajakan budak-budak ni tadi. Kalau tak dengan aku sekali kena dan menjadi yang paling tua dikalangan budak-budak tu.

Sampai di tepi padang , mereka ini dikehendaki membuat satu barisan panjang dan mengadap ke asrama Aspuri. Dengan suara yang kuat mereka membilang sambil melakukan ketuk ketapi. Kami di astaka hanya mampu ketawa. Hahaha. Pasti saat memalukan bagi mereka apabila pelajar aspuri mula keluar bilik dan melihatnya. Dan pastinya ianya akan menjadi memori bagi mereka. Sama ada pahit ataupun manis bagi mereka aku tidak tahu. Tetapi aku melihatnya sebagai manis. Sebab aku juga pernah kena sedemikian rupa. Tetapi lebih dasyat lagi aku kira. Sudah diceritakan dalam catatan yang lalu dan aku tersangat malas untuk mencatatnya lagi kerana pasti memakan banyak ruang dan aksara.

Dan selepas denda tersebut dan warden pun telah beredar pergi ke mana aku pun tak tahu. Budak-budak ni tadi pulak masih meneruskan lagi bermain. Betapa kentalnya mereka. I know that feeling. Aku dah lalui usia mereka dan aku sangat memahami pendorong tingkah laku tersebut. Yang dilarang itu adalah keseronokan. Denda tu perkara kedua. Kita guna konsep redha. Kalau nak kena tu kena je la.

Imbasan satu kenangan lama. Masih segar diingatan. Andai suatu hari nanti aku lupa, catatan ini akan mengigatkan aku kembali.

Itu saja la kot rasanya untuk entri kali ni.
Bai.

P/s: Entri ni dah lama sangat sebenarnya terperap dekat draf. Tu sebab ada background USM. Sebab aku sekarang ni dah habis belajar secara tak rasminya la. Huhuhu...kalau ada pelajar Aspuri yang terbaca entri ni dan mengetahui tentang kejadian nih, sudi sudikanlah komen yer..haha...
>Asrama SMK Sultan Idris Shah II


AKU DAN SEMANGKUK LAKSA SECEBIS KISAH

 

Plastik bungkusan laksa tu aku tak buang. Aku letak kat tepi. Ada kegunaannya nanti iaitu untuk meletak bawang, tangkai daun kesum dan cabai (cili) burung yang aku tak makan. Bukan tak makan langsung, ada la juga makan sikit-sikit. Kalau bawang tu aku memang makan sikit sebab nanti sakit kepala. Lepastu pulak nanti ketiak berbau. Orang kata macam bau bangla. Hahaha. Orang la kata. Bukan aku.

Waktu aku kecik-kecik takda pun orang letak cabai burung dalam laksa. Biasanya orang letak timun, bawang, cabai merah dan daun salad.Tapi sekarang macam-macam aku jumpa. Ada yang letak nenas, pucuk selong dan macam-macam lagi yang bagi aku agak pelik la. Kalau setakat pucuk gajus / jangguih tu tak heran la sebab masa aku kecik-kecik dulu mak sedara aku ada letak.

Ye la kan, lain tempat lain cara. Tu sebab aku suka cuba macam-macam laksa. Tapi tekak ni berkenan dengan laksa Perak jugak. Laksa lain tu macam yang aku pernah rasa macam laksa Kedah, laksa Penang dan laksa Kelantan agak kurang menarik minat aku. Laksa Penang aku penah makan waktu bulan ramadhan yang lepas rasanya macam &^%&^$%&%^%*. Tak tahu aku nak cakap apa. Kuah dia macam likat sikit warna nak macam kicap pun ada. Tak berapa rasa ikan. Rasa apa  pun aku  tak tahu. Yang pasti aku rasa melugai. Membazir semangkuk  laksa hari tu aku tak makan yang berharga rm3 sebungkus beli di Taman Tun Saardon. Menyesal beli.Tak macam laksa langsung. 

Satu lagi nih laksa Kelantan. Pelik bagi aku la yang pertama kali makan. Kuah warna putih. Rasa kuah tu sebijik macam kuah laksam. Sama sangat. Dan jenis kuah pulak tak letak banyak macam laksa biasa. Tak tenggelam pun semua isi laksa tuh. Aku yang jahil waktu tu hanya makan bahagian yang ada kuah saja, selebihnya aku jadi setan, membazir. Laksa penang pulak pada pendapat aku rasanya agak manis. Kuah macam pekat jugak. Biasanya ada nenas. Maafkan aku kalau silap sebab laksa Penang dengan kedah aku nampak macam sama. Kalau laksa Johor dengan Sarawak aku tahu macam lain sikit.

Panjang dah aku merapu, belum masuk bab mengenang masa lalu lagi nih. Hahaha. Aku cuba ringkas kan. Kenapa minat laksa? Jawapannya aku tak tahu. Kenapa tak tahu? Entahla..Memang aku tak tahu. Hahaha. 

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik, arwah mak sedara suka buat laksa. Waktu tu dia buat laksa pulas. Aku ingat lagi mesin kecik tuh. Tepung yang siap di uli kita leperkan dan masukkan dalam mesin pemulas tuh. Lepas tu kita pulas la. Maka keluar la bentuk laksa. Kalau nak buat kue teaw kena letak acuan yang besar sikit tuh. Ada orang yang suka letak kunyit bagi nampak kuning, ada yang biar je warna putih. Bagi aku yang putih ni nampak sedap lagi.  Laksa pulas ni kalau kat Kuala Kangsar orang panggil laksa buyung. Tak silap aku la sebab kuah laksa tu di masak dalam buyung. Buyung tu benda apa? Hurmm,,berat nanang mung nih. Pi google sendiri.

Laksa pulas ni sedap sebab lembut dan makan pun tak payah nak kunyah sangat. Ngeyeh ngeyeh pastu telah ja. Biasanya aku makan lebih dua mangkuk la. Hahaha. Waktu kecik dulu makan tak kira waktu laksa nih. Main rembat je siang atau malam. Bukan apa, orang tua-tua kata makan laksa malam-malam ni kembung perut. Tapi dah laksa arwah mak sedara aku tu buat sedap, takkan nak tengok saja kan. Tapi sekarang aku dah tak dapat lagi nak merasa laksa arwah mak sedara aku tu buat. Banyak-banyak kuah laksa aku makan takda pun yang sama macam tuh. Dan apa yang aku perhatikan, setiap tukang masak kuah laksa nih ada identiti tersendiri yang membezakan rasa kuah laksa masakannya.

Ini kisah waktu aku kecik lagi. Sewaktu di Taiping lingkungan umur aku sejak lahir hingga UPSR, ada sorang pak cik naik moto jual laksa. Laksa dia sedap. Pak cik ni akan masuk ke kampung naik moto sambil picik hon. Harga waktu tu lima kupang tak silap aku. Dia letak dalam plastik. Lepastu kami ikat plastik tu bahagian atas dan tebuk bahagian bucu. Lepas tu makan la. Sapa yang pernah buat mesti tahu punya. Makan pulak bukan nak kat tempat biasa biasa. Paling kuat pun atas pokok rambutan depan rumah, pokok jambu atau dalam sungai. Kenapa mesti atas pokok? Sukar nak menjawabnya. Nikmatnya hanya si pelaku yang merasai.
Yang atas tu diikat lepas tu tebuk bucu. Biasanya sedut kuah dulu bagi sikit pastu baru makan isi. Kadang-kadang buang sikit kuah sebab banyak dan susah nak makan.. Budak yang lahir tahun 90-an je yang faham benda nih.  Nolstagia sangat

Itu kalau beli untuk sorang bungkus dalam plasti la. Tapi kalau mak yang suruh beli untuk makan ramai-ramai, kami bawak besen kecik je. Cakap kat pakcik tu nak berapa ringgit berapa ringgit. Pak tu tahu la banyak mana nak letak. Jimat plastik. Lestari la katakan. Tapi sekarang dah tak jumpa dah pak cik naik moto jual laksa kat sana setakat aku balik kampung sekarang nih. Entah pak cik tu ada lagi ke takda aku tak tahu. Kalau pak cik tu ada lagi dan masih menjual, teringin la jugak aku nak beli laksa dia sambil ambil gambar. Boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti. Hahaha.

Satu hari nanti aku akan belajar juga buat laksa. Bukan payah sangat aku tengok akak aku buat. Biasa-biasa je. Hahaha. Sembang kencang pulak tetiba.

Itu la serba sedikit coretan kisah laksa aku yang masih diingatan. Nnati kalau tetiba aku teringat lagi, aku akan kemaskini entri ni. Lagipun catatan aku ni hanyalah rujukan aku kelak di masa tua. Bila dah nyanyuk nanti apa pun tak ingat dah. Sekurangnya aku ada catatan untuk di baca ketika masa senggang. Orang lain taknak baca aku tak kisah pun. Terpulang. Takda paksaan. Tapi untuk my future wife, wajib kena baca. Mesti kena pandai buat laksa. Kalau tak aku pergi makan laksa kat gerai janda kampun sebelah. Hahaha..Ok Bai.




AKU DAN NASI LEMAK TENGAH MALAM

                                                                       
Hari ni buat pertama kalinya sepanjang semester baru nih aku pergi library room 24H. Biasanya aku lepak dengan agak lama kadang-kadang aku masuk sewaktu bulan sedang bersinar dan keluar saat matahari sudah menerangi alam. Tapi untuk malam ni aku balik awal. Ya, sangat awal. Aku datang pukul 10 malam dan balik pukul 12 malam. Antara sebab lain nya dipengaruhi oleh kawan aku yang dah nak balik. Tambahan pula keesokkannya aku ada kelas pagi pukul 8.

Dalam perjalanan nak balik ke desa yang jaraknya sekitar 2 kilometer, aku sempat menyinggah di vending machine dan tekan air gedegang. Untuk malam ni aku teringin nak minum air tin 100 plus setelah sekian lama tak minum. Dapat juga membekalkan aku tenaga untuk menempuh perjalanan yang tak berapa jauh di tengah malam ni keseorangan berjalan kaki.

Apabila tiba di desa Aman, aku berhenti membeli apam balik mini dan sebungkus nasi lemak pada seorang pak cik yang meniaga menggunakan lori kecik. Apam balik aku habiskan semasa dalam perjalanan dan nasi lemak aku simpan untuk makan di dalam bilik. Aku memang suka makan dalam bilik sambil tengok  you tube. Layan apa-apa video yang menarik. Biasanya video yang kelakar la macam Just for Laugh, Fail Compillation dan macam-macam lagi. Paling koman pun aku layan lagu.

Bukan apa, sambil makan tu aku dapat jimatkan masa aku yang digabungkan untuk makan dan layan you tube.

Sambil makan tuh, fikiran aku menerawang jauh kembali ke asrama sewaktu zaman persekolahan. Di waktu yang sama sebegini juga aku menjamah nasi lemak bungkus tengah malam yang bungkusnya pun sama.


Alkisahnya budak asrama mesti faham kelaparan dan kebuluran yang dialami oleh budak-budak asrama di waktu malam. Makan malam pada jam enam petang dan supper pada jam 10.30 malam. Supper pun cuma makan biskut kering dua tiga keping sorang atau roti ban sebungkus sorang.

Lepas pada tu dah takda makan. Sebab tu diwujudkan kelab usahawan (tingkatan 4) yang membuat jualan seperti kerepek, gula-gula dan nasi lemak di asrama. Nasi lemak ni memang ada pada waktu malam sahaja dan mula dijual selepas solat isyak dan baca Al -Quran iaitu kira-kira jam 10.45 malam.

Harga cuma RM1 sebungkus. Padanlah untuk nasi lemak dengan ikan bilis dan telur rebus kerat berapa apa aku tak tahu. Sambal bilis adalah secoleh. Nasi lemak ni dibekalkan oleh ustaz yang merangkap warden asrama juga. Bagus juga kan, kurang la sikit budak makan maggi.

Sambutan memang tidak mengecewakan. Sapa lambat memang tak dapat. Maka terpaksa membodek dan mengecek kawan-kawan yang lain. Aku biasanya beli dua bungkus. Ye la, esok tu nak puasa kan. Kira bersahur la ni. Hahaha. Rasanya sebab ni la kot aku agak 'comel' waktu di asrama. Makan , makan, makan dan makan. Tak makan lapar pulak. Kadang-kadang makan juga sebab kawan makan. Eh,! ada juga macam ni? Alaa... asrama kan. Macam-macam ada. Jangan nak heran sangat aih.

Makan tu pulak bukan sebarangan tempat. Kena tengok tempat yang 'aman'. Kalau takkk........kena paw la jawabnya. Datang sorang kawan duduk dekat. ''Aku takda beli la tadi. Dah habis. Mintak sikit.'' Terpaksala relakan juga. Tak bagi kesian sebab kawan. Dah bagi pulak 'sikit' dia tu lain macam. Redhaa je laa....

Sebab tu bila makan, aku akan makan dekat tempat yang ramai orang tengah makan. Risiko nak kena paw tu kurang sikit. Pilihan banyak. Biasanya ramai yang beli dan terus makan di atas tebing kolam ikan depan blok Delima 4 tu. Ye la kan, depan tu macam romantik sikit suasananya. Tambah pulak time kolam tu ada ikan tilapia berkejar-kejaran dalam kolam. Rasa macam nak buat lauk je makan dengan nasi lemak. Aku memang gemar lepak situ. Makan sambil-sambil tengok gelagat orang.

Kalau nasi tak habis jual pulak, deme ni akan lelong. Deme jerit dari bawah satu blok boleh dengar. Kalau tak laku lagi deme aku pergi lelong dari bilik ke bilik. Harga dah diskaun. Paling rendah pun 50 sen la sebungkus. Takkan tengok saja kan. Berebut orang beli mana yang belum tido lagi tu termasuklah aku. Tapi bila kenyang sangat aku buat tak tahu la. Ini juga menyumbang kepada ke'comel'an aku ketika itu. Hahaha.

Hampir terlupa, sosej juga dijual. Sebagai lauk tambahan untuk nasi lemak. Dan juga sebagai penyumbang lemak di badan. Nasi lemak dua bungkus dan sosej satu sebagai bekal untuk bersahur. Budak asrama ni rajin puasa sunat isnin dan khamis kalau kome nak tahu.

Situasi ni hanya ada di asrama. Lebih tepat lagi asrama sekolah. Asrama Uni ni jangan harap la nak ada macam tuh.  Mana yang sempat merasa suasana macam ni, simpanlah sebagai kenangan. Tak semanis madu tapi indah untuk dikenang.

Sekian dan salam rindu buat Seri Delima 4.
                                                                 

AKU PEDULI AKU MENULIS

Assalamualaikum
(Jawab salam dulu. Abaikan tajuk yang entah apa-apa tuh)
The geng of F6 Hostel.. hahaha..


Sedang berborak-borak di ruangan group chat di facebook, tiba-tiba terlintas di hati aku satu persoalan. Budak asrama ni cuti ker? Selalu je aku tengok Harith online. Dia jarang reply sebab sibuk study dan dia online facebook pun sekadar online je. Hari ni aku tergerak tanya dia soalan. Asrama cuti lagi ker? Dan jawab dia, ''dah keluar asrama''. Aku agak terkejut sebab dia tak pernah cerita pun kat aku nak keluar asrama.

Aku malas nak tanya lanjut sebab taknak ganggu dia study. Kalau tak nak je aku call dia, tapi kredit aku pun dah out sekarang nih. So aku tangguhkan dulu hasrat tuh. Katanya tekanan bila tinggal di asrama. Betul jugak apa yang dia cakap. Aku faham sebab aku juga pernah ada pengalaman dengan rakan yang tak tahan tinggal di asrama akibat tidak dapat menyerap tekanan persekitaran asrama.

Okay, sekarang biar aku cerita sikit pasal kawan aku ni. Namanya Haikal (bukan nama sebenar tapi ini kisah benar). Kawan aku ni daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima tak pernah tinggal di asrama. Dia sekolah di sekolah harian biasa yang tak ada asrama. Bila pindah ke sekolah aku sewaktu tingkatan enam dia memilih untuk menetap di asrama. Ini kiranya new life bagi dia la tapi tak bagi aku yang dah enam tahun tinggal kat asrama.

Sewaktu tingkatan enam rendah aku dilantik menjadi Ketua Umum (KU) asrama blok  putera merangkumi keseluruhan blok  termasuk asputeri. Kawan aku ni dilantik menjadi Biro biasa yang tanggungjawabnya ringan sedikit berbanding KU. Dia masih boleh terima sebagai permulaan untuk membiasakan diri dengan suasana asrama dan jawatan yang dipikulnya. Walaupun beban-beban tekanan tu dah mula nampak. Kebiasaanya jawatan KU ni akan bersambung terus sehingga aku tingkatan enam atas. Tetapi disebabkan berlaku satu kes yang tidak diduga (rasanya dah pernah cerita sebelum ni) menyebabkan ketua warden asrama dan pihak pentadbiran asrama hilang kepercayaan terhadap aku.

Kes ni benar-benar meragut terus kepercayaan Ketua Warden terhadap aku. Aku juga kecewa dengan diri aku walaupun ianya bukanlah kes yang berpunca dari aku. Aku cuma berada pada situasi dan waktu tersebut sahaja. Disebabkan jawatan yang aku sandang, maka aku turut bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Apabila masuk ke tingkatan enam atas aku telah diturunkan jawatan kepada Penolong Ketua Umum (PKU). Walaupun masih dianggap jawatan yang tertinggi tetapi penurunan jawatan ini menjadi tanda tanya kepada warga penghuni Seri Delima semua terutamanya Aspura. Aku hanya mampu menjawab ianya kehendak pentadbiran asrama dan langkah pembaharuan. Padahal aku tahu punca sebenarnya.

Kawan aku ni telah dinaikkan sebagai KU yang baru. Aku dijadikan sebagai PKU supaya dapat membantu KU menjalankan tanggungjawab dia dengan baik berbekalkan pengalaman selama enam tahun aku di asrama. Terpancar kegusaran dan kegundahan di wajahnya apabila dilantik menjadi KU. Berkali-kali dia meminta agar aku membantu dia dalam menjalankan amanat yang dipikul. Aku dengan senang hati sudi membantu memandangkan aku mengenali dan memahami peribadi dia. Dan dia adalah kawan aku.

Hari berganti hari kehidupannya di asrama mula berubah. Wajah yang selalu tersenyum kini semakin mencuka. Masalah demi masalah yang timbul memberikan tekanan sedikit demi sedikit kepadanya. Emosinya seringkali terganggu. Sebagai sahabat dan pembantunya dalam pentadbiran yang sama, aku sentiasa memberikan sokongan yang sewajarnya.
No komen...Muka cuak. 

Lama kelamaan mungkin disebabkan tekanan di hadapi gagal ditangani dia telah bertindak berjumpa dengan ketua warden memohon untuk meletak jawatan. Permohonannya ditolak. Tanpa diduga dia bertindak mengisi borang keluar asrama dan terus menghantar ke pejabat asrama. Tindakan yang mengejutkan kami semua sebagai sahabatnya. Kami masih cuba memujuk tetapi gagal. Keputusan telah dibuat oleh tuan empunya badan. Tiada apa yang dapat merubah. Akhirnya dia keluar asrama secara rasminya. Dan aku sebagai PKU secara langsung menjadi pemangku menggantikan kekosongan yang ditinggalkan olehnya. Seronok?? Tentu sekali tidak.

Bukan isu merajuk atau berkecil hati. Tetapi aku bimbang disalah erti oleh warga asrama yang lain bahawa aku meraikan perletakan jawatan beliau kerana memperolehi semula jawatan aku sebelumnya. Tidak sama sekali. Aku kecewa sebenarnya atas perletakan jawatan tersebut. Aku duga dia mampu bertahan dengan tekanan yang diterima. Tetapi ternyata aku salah. Keputusan telah dibuat dan kami perlu menghormatinya.

Segalanya baik-baik saja dengan kehidupannya sebagai pelajar luar iaitu pelajar yang tidak lagi menginap di asrama. Hinggalah pada satu hari dia meluahkan rasa sesalnya kepada kami kerana telah bertindak keluar dari asrama. Katanya kehidupan sebagai pelajar luar lebih mencabar. Perlu bangun awal untuk ke sekolah dengan menunggang motosikal. Balik pula tak tentu masa. Adakalanya terpaksa berada lebih lama di sekolah disebabkan  kelas ganti. Petang baru pulang ke rumah. Makan dan minum perlu diuruskan sendiri temasuklah  waktu untuk solat dan mandi. Bayangkan daripada pukul 7 pagi di sekolah sehingga 5 petang tanpa mandi pastinya merimaskan.

Itu yang dia terpaksa hadapi. Perasaan untuk kembali ke asrama membuak kembali tetapi terpaksa dipendamkan sahaja disebabkan perasaan malu terhadap ketua warden asrama. Malu kerana ketua warden penah menasihatkan supaya dia memikirkan keputusannya untuk keluar asrama.

Sering diceritakan kepada kami betapa rindunya dia akan suasana asrama. Betapa seronoknya menjadi pelajar asrama. Mengenangkan kembali saat-saat di asrama membuatkan beliau terasa  sayu. Menyesali keputusan yang pernah di lakukannya dahulu. Semua itu disimpan sebagai kenangan. Ianya telah berlalu.
Aktiviti semasa prep...Hahaha...
Alhamdulillah,, Semuanya telah berjaya ke universiti dan di tahun akhir pengajian..
Dari kiri: Jeft (Unimas), Ewan (UPSI), Farid (Uitm), Amri (UMP), Aku (USM). 

Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak berjaya. Alhamdulillah keputusan STPM kami semua memberansangkan dan melayakkan kami untuk menempatkan diri di IPTA sebagai seorang mahasiswa pra-siswazah. Sekarang masing-masing sedang berjuang di tahun akhir untuk menamatkan pengajian masing-masing seterusnya memiliki segulung ijazah...Asrama hanyalah medan mendisiplinkan diri menuntut ilmu. Tunjangnya adalah diri sendiri. Jika ada keinginan dan usaha, segalanya pasti berhasil. Kejayaan pasti di capai. Persaingan di asrama menjadi cabaran kepada diri untuk melakukan yang terbaik apabila melihatr rakan menjadi terbaik.

Kisah sahabat aku ni hanyalah penceritaan sampingan berkait dengan tujuan penulisan entri ini. Berdasarkan pemerhatian aku, ada keburukkan atau kekurangan juga apabila tinggal di luar. Antaranya yang paling utama sekali adalah aspek keselamatan. Pernah kawan aku lepas balik dari perlawanan hoki kemalangan motosikal. Nasib baiklah kecederaan ringan sahaja tiada patah patah. Dua-dua yang kemalangan tu adalah bekas pelajar asrama. Seorang kawan aku ni pula kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan yang agak parah sehingga STPM nya terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya. Adiknya juga pernah terlibat dalam kemalangan.

 Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain yang mengalami kemalangan ringan. Semua mereka ini adalah bekas pelajar asrama. Mungkin juga hanya kebetulan dan sudah ditakdirkan untuk mereka begitu. Tetapi yang hendak dinyatakan disini ialah keselamatan semasa ulang alik ke sekolah lebih terjamin apabila di asrama. Terutamanya untuk mereka yang bakal menghadapi peperiksaan Awam. Aku sendiri cukup risau apabila adik aku menaiki motosikal ke sekolah. Selagi belum sampai ke rumah aku memang tak senang duduk.

Nasihat aku buat yang berulang ke sekolah, berhati-hati lah dan sentiasa beringat. Fikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Biar lambat tak apa, asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. Kehidupan lebih bebas di luar tetapi jaminan keselamatan semakin kurang berbanding dengan pelajar asrama.

Pengalaman itu sesuatu yang kita lalui, hadapi dan rasai. Kenangan itu adalah masa lalu baik pahit mahupun manis. Kenangan bersandar pada pengalaman adalah nolstagia terindah dalam hidup untuk dikenang.


**Pengalaman semasa menduduki peperiksaan di asrama sangat menyeronokkan. Tinggal di asrama dalam kumpulan yang kecil sekitar lima hingga 20 orang merupakan satu pengalaman yang menarik. Hantu?? Alway be there. See or not that depend to you. Entri seterusnya aku akan ceritakan tentang pengalaman ini. Mungkin pernah diceritakan sebelum ini tetapi kali ini lebih detail dan juga beberapa perkar yang belum pernah diceritakan.

Akhir kata, Wish You All The Best. This is the war. But not the final war.

Aku di HACK!!!

HAHAHA...

For the first time status facebook aku di hack. Terima kasih abam Ijak. Sebenarnya aku ada je sebelah dia waktu dia menaip naip sesuatu di fon aku. Bila ambik fon dan tengok apa dia tulis buat aku terkedu sekejap. Jiwang jugak abam nih rupanya. Macam mana la dia boleh terfikir ayat tuh. Ni mesti banyak membaca nih. Hahaha.  Tak percaya? tengok kat bawah tuh...


Betul kan aku cakap? Jiwang jugak abam nih. Hahaha. Mulanya aku nak terus padam je. Pastu tetiba terlintas pulak di kepala otak aku nih satu benda. Apa kata aku biarkan dan tengok apa reaksi dan maklumbalas rakan-rakan FB aku terutamanya mereka yang mengenali aku di alam nyata. Agak-agak deme percaya tak yang status ni aku yang tulis.

Dan hasilnya seperti di duga, hanya beberapa orang saja yang menyedari status ni bukanlah aku yang tulis. Macam mana tahu? Sebab aku tak pernah pun tulis macam ni kat FB official tu. Lagipun kalau nak luahkan apa-apa aku akan gunakan bahasa yang berkias yang aku jelmakan dalam bentuk puisi ataupun sajak. Biasanya aku analogikan dengan sesuatu.

Ni antara orang yang perasan aku di hack.


Mulanya aku sekadar menjadi pemerhati bebas. Melihat dan membaca komen-komen di status tersebut. Mengejutkan juga apabila status ni berjaya menarik ramai orang yang aku kenal untuk meninggalkan komen. Dan paling mengejutkan apabila sahabat yang telah lama aku cuba bertegur tetapi tiada sebarang maklum  balas sehingga kini akhirnya turut meninggalkan komen. Terharu sekejap sebab dia sudi singgah di status aku. Aku tahu sebelum nih dia perasan tapi buat buat tak tahu. Tapi dia tak dapat beza status tu sapa yang tulis. Sebab dia kenal aku sebagai orang yang minat sastera dan ayat-ayat macam tu dia biasa nampak aku tulis. So, tak heran la dia tak dapat bezakan.

Cikgu-cikgu aku pun rajin je menyinggah komen. Rasa macam dalam kelas pulak tetiba. Rindu pulak kat cikgu-cikgu nih. Huhuhu.. Dan........ada yang perasan something dan aku tahu memang cikgu ni dah tahu pun. Tapi saja buat senyap je..Dari lenggok bahasa dia pun aku dah tau maksudnya. Dan aku hanya mampu krik krik je la.

Cikgu Azlina..hehehe...mendalam je ayat dia. Cikgu sastera la katakan

Ni pegawai latih aku..hehehe.. Rajin pulak dia menyinggah komen. Dia makin fit sekarang nih. Seram pulak aku.
Yang dua orang ni lagi sakan berborak. Aku perati jerrr... Aku cuma mampu krik krik dan nio komen jer. Tak tau nak cakap apa. Hahaha..Tengok la kat prinskrin tu apa yang diborakkan mereka.

Krik Krik....
Erwan yang jarang komen pun tetiba rajin komen. Panjang pulak tu dia tulis. Gigih sungguh. Aku prinskrin jugak la komen dia tanda penghargaan atas kegigihan dia 'mengomen'. Pak Teh tu memang nama panggilan aku di kalangan rakan-rakan. Erwan memang suka panggil Pak Teh. Aku tak pasti Ayu si buah hati dia ada komen ke tidak. Biasanya laju je dia komen. Aku target deme dua ni dulu bernasi minyak nanti. Moga-moga la kan. Tak dapat jadi pengapit pun takpa, dok makan sebelah pengantin pun kira bereh la nanti. Boleh aku melantak ayam golek dia. Hahaha..

Gigih sungguh. Gigih lagi aku yang prinskrin nih. Hahaha
Paling rajin si Masturina dok 'mengomen' sakan dia. Ye la kan, biasanya aku dok bahan dia pasal nasi minyak bagai nih. Sekali dapat point tang aku pulak, memang dia manfaatkan betol. Tapi aku lupa nak prinskrin komen dia..Huhuhu.. Masturina ni sebenarnya belangkas si Soleha nih. Tak heran la kalau dia ada memanjang. Hahaha


Ni ha adik aku, biasa kena bahan dengan aku. Nak balas dendam la tuu.. Hahaha..
Tahu sebenarnya ramai yang perasan status tu bukan dari aku tapi saja nak kacau. Hahaha.. Mana la aku ni nak kapel-kapel kan. Time sekolah dulu baik jerrrr. Takda pun kapel-kapel. Eh, kejap! Yang kena panggil pergi bilik kaunseling tu kes apa ya?! . Oppss! lupakan. Tutup buku! Jom kita borak pasal lain pulak. Hahaha.

Tu je rasanya aku nak cakap kot. Hahaha. Entah apa-apa la entri ni kan.  Saja je nak update blog bagi ada entri baru. Yang terperuk kat draft tu biarkan. Belum seru lagi nak update yang tu. Motif entri ni saja nak cerita the truth behind the status. Caikk.. Speaking la pulak. Kot la ada yang take serious ker nanti tak pasal-pasal dia ingat aku mat jiwang. Perindu Sepi tu lain la. Dia memang dilahirkan untuk berjiwang dalam dunia dia yang tersendiri. Dah jangan kacau dia. Hahaha.

Amiin. Moga-moga doa itu menjadi kenyataan. Hehehe.

P/S: Aku sedang berusaha sedikit demi sedikit untuk menulis menggunakan bahasa dan tatabahasa yang betul. Mana-mana slang atau loghat kedaerahan atau bahasa pasar yang aku gunakan akan aku italic kan atau letakkan tanda ('' '').












KENAPA PERLU MASUK PALAPES?..INI JAWABNYA

Assalamualaikum...


Entri ni aku buat sempena kemasukan baru pelajar-pelajar junior ke universiti. Apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah berkenaan dengan pengalaman aku masuk universiti or sebagainya. Tapi aku nak bagi sedikit pencerahan, penjelasan berkenaan PALAPES kepada adik-adik junior nih.

Bukan apa, biasanya awal-awal ni ramai yang mendaftar untuk menyertai PALAPES, tetapi diakhirnya hanya beberapa kerat saja yang tinggal. Antara sebabnya adalah pemahaman yang salah tentang PALAPES, pengaruh rakan dan juga khabar angin daripada senior-senior. Kalau halangan daripada keluarga dan masalah kesihatan tu lain cerita lah.

Aku bekas kadet PALAPES USM, dan Alhamdulillah masih hidup sehingga ke hari ini dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam kor Wataniah. Bukan nak bangga aku cerita nih, cuma sebagai pendedahan dan penjelasan kepada Junior-junior yang telah mendaftar PALAPES sebagai unit beruniform mereka di Universiti.

DITAULIAHKAN! itulah tujuan utama menyertai PALAPES. Kita akan dituliahkan oleh YDP Agung. Satu kelebihan yang tidak ada pada badan beruniform kokurikulum yang lain. Dan, sebelum terlupa, aku PALAPES DARAT, so yang berkaitan dengan PALAPES LAUT & PALAPES UDARA aku kurang tahu.

Belum apa-apa lagi dah cerita pasal tauliah pulak kan. hahaha. Okay, aku akan cerita serba sedikit kelebihan dan kekurangan masuk palapes walaupun aku dah pernah tulis entri pasal kelebihan masuk PALAPES sebelum nih. Dan entri ni juga berpandukan kepada carian di internet yang mana aku tengok ramai yang cari tentang PALAPES. Jadi aku tergerak untuk me 'renew' kembali artikel lama aku ni. Hahaha.

Untuk INTAKE 37 ni korang yang masuk tu patut rasa beruntung sebab unit untuk PALAPES telah dinaikkan daripada 6 unit kepada 10 unit. Untung sesangat. Dah tak susah-susah fikir nak tambah unit kod U  nanti. Itu dah satu kelebihan intake baru ke 37 nih.

Tanya diri dulu kenapa nak masuk PALAPES? ikut kawan? Cabar diri? Minat? Nak elaun? Nak desa untuk 3 tahun? Nak cari kawan? Nak ada family kat USM? Saja-saja? .. Tak kisah la apa alasan ko nak masuk PALAPES, semua nih adalah kelebihan yang ko akan dapat masuk PALAPES.

PALAPES ni akan jadi keluarga besar ko nanti kat USM or mana-mana universiti la kalau ko yang baca ni bukan student USM. Cuba bayangkan, hampir semua perkara yang kita buat dirumah dengan keluarga kita, dibuat dalam PALAPES. Ada ke ko nak makan 5 kali sehari dnegan coursemate ko? 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan coursemate? Takda kan. Tapi dalam PALAPES ada.

Kalau ko anak orang kaya, biasa hidup senang, ni la masanya ko nak cabar diri ko untuk rasa macam mana hidup hanya untuk hidup. Kalau ko orang bandar yang ayik tengok hutan batu dengan hirup asap ekzos saja, ni la masanya ko nak rasa hidup dengan alam sekitar. Nikmati suasana hutan. Udara segar di hutan.  Betul aku cakap. Pengalaman aku, tak mandi 5 hari dihutan, tido, mandi, sembahyang, makan, lari dan semuanya dengan baju yang sama. Yang mana bila keluar je dari hutan nanti, ko akan rasa dan tahu betapa nikmatnya dan bersyukurnya dengan hanya memulas kepala pili kita dapat air yang bersih dan mandi sepuasnya.

Pengalaman perlu dicari. Bukan dibeli. Sebab memang takda jual pun. Pernah pegang senjata M-16? kalau pernah mungkin ko PKBM, kadet polis atau pernah pergi PLKN sebelum. Okay la kan dapat merasa juga. Kalau yang belum pernah, ko join la PALAPES. Yang dah join, ko kekal la. Sebab nanti ko akan merasa pegang M16, menembak, berkawan, tido dengan M16,  berkasih sayang dengan M16 dan macam-macam lagi. Ko akan belajar pasal senjata, perang, taktik, yang mana semua nih pengetahuan yang ko tak dapat dalam dewan kuliah.

Ko jangan ingat PALAPES ni macam rekrut askar. Dalam PALAPES ni ko cuma  PEGAWAI KADET. ehh,,cuma pulak. Ko adalah PEGAWAI KADET. Dan ko akan dilatih untuk menjadi pegawai. Untunglah la kan, nanti dah konvo ko dapat ijazah lepastu dapat pulak title pegawai dalam askar sukarela a.k.a wataniah.

Berkenaan latihan jangan risau la. Biasa-biasa je. Boleh la test ko punya mental dan fizikal. Ko akan kena marah-marah dan maki-maki, tapi cuba ko fikir, kalau 3 tahun ko kena macam tuh dan ko boleh tahan, nanti dah kerja bila kena marah dengan bos , ko boleh buat rileks. Buat kering ja.. Ko dah lali. Tu kelebihan ko. Silap-silap majikan ko yang give up dengan ko sebab makian dia tak berkesan. Hahaha..

Kepada kadet laki, aku bagi tips paling mudah la nak survive dalam PALAPES ni. Ko tengok skuad ko yang Ladies, kalau dia boleh buat, dia boleh tahan, takkan la ko yang sado gagah perkasa ni tak boleh kan. Malu beb. Ko ambik semangat ladies tuh. Ambik semangat jer. Jangan ko ambik hati dia pulak. Kang asyik berkepit je ko berdua..hahaha

Laki kan, kena la jaga ego sikit. Hahaha. Betol aku cakap, aku ni pun kadang-kadang penat jugak. Tapi bila ladies boleh buat, uishh takkan tengok saja kan. Saling ''back up'' la.

Kat USM ni nanti waktu minggu orientasi PALAPES korang akan kena pakai kalau lelaki baju kemeja putih, tali leher, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam  (P.O). Sebijik macam budak sekolah.Aku tahu korang malu. Macam budak 'noob' la apa la. Dan nanti pasti ada budak first year yang akan pandang pelik kat korang. Sama la pensyarah pun. Korang beruntung sebab bila pakai sama nampak macam korang ni satu family. Nanti jumpa kat mana-mana dalam universiti senior,inter or Y.O akan tegur or senyum kat korang. Sebab apa? sebab korang adalah family. Family PALAPES.

Aku sedar benda ni bila aku dah naik intermediate. Tahun kedua la. Waktu aku junior, bukan satu sem, tapi satu sidang aku pakai macam tuh. Sampai bila senior aku dah rindu pulak nak pakai baju macam tuh. Ye la kan, mengingatkan nolstagia zaman persekolahan.

Artikel ni pun rasanya dah agak basi. Drafnya dah lama aku buat. Sebelum junior masuk lagi. Tapi banyak kali tertangguh disebabkan oleh beberapa kekangan yang sengaja aku cipta. Hahaha. Tapi belum terlambat juga rasanya. Kepada yang dah join dan dah follow latihan hampir sebulan dah aku nih, teruskan lah.

Apa kekurangan dan ketidakpuasan hati tu ko buat tak tahu je. Ada masanya tiga tahun terasa sangat lama. Ada masanya  tiga tahun seperti 3 hari. Pantas berlalu.

Berkenaan Annual Camp korang boleh la baca di entri aku yang terdahulu. Ada la sikit coretan sebagai kenang kenangan aku yang mungkin boleh memberikan sedikit gambaran kepada korang yang baru join. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus bertahan di dalam PALAPES.

Hitam? Penat? hahaha.. Bagi aku semua ni tak menjadi masalah. Kalau disebabkan kulit hitam kekasih akan lari tinggalkan kita, lebih baik tinggalkan dia dulu. Tapi kalau dia kekal, maka teruskan bersama. Tapi kalau yang perempuan janganlah nak gelap sangat. Gelap sikit sikit ja jadi la. Hahaha...


Ketika Kawad Konvo @ kawad kehormat sempena Konvokesyen USM.
Hah,, ini satu lagi yang aku hampir-hampir terlupa nak cerita. Bila tengok gambar baru teringat. Okay, ni satu lagi kelebihan PALAPES bila majlis konvokesyen, PALAPES akan diberikan penghormatan untuk melakukan kawad kehormat sempena perasmian pembukaan konvokesyen. Dan yang akan menyertai kawad ini adalah kadet-kadet Palapes. Woww.. Bertuahnya rasa. Askar yang dah lama berkhidmat pun belum tentu dapat peluang nih. Kawad kehormat ni biasanya untuk Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Piang dan Raja Perlis. Untung la dapat buat kawad kehormat untuk raja. Hari tu pernah sultan Brunei datang, malangnya tidak ada kawad kehormat untuk Sultan Brunei. Sedikit kecewa aku. Huhuhu.. Kawad Konvo ni bagi sapa yang join sangat bagus untuk merasai pengalaman pakai pakaian istiadat. Ye la kan, nak tauliah lambat lagi, so dapat pakai ni pun dah rasa bangga. Macam mana la Tauliah nanti kan ? hehehe

Menjadi kadet pembantu sempena Majlis Makan Malam Regimental (MMR).

Makan-makan sewaktu majlis penutupan orientasi Junior Batch 36

CIW sewaktu junior

Family KALA RIMBA 34

Latihan dalam USM

Budak USM mesti tahu kan ni kat mana? hahaha.. Kalau tak masuk Palapes ada ker kome nak buat benda camni? hahaha

Baca Peta. Sekurangnya dapat la refresh balik ilmu-ilmu geografi waktu sekolah dulu. Terutamanya bab koordinat. hahaha

Sapa kata askar semua comot?? ni hah, ada je yang cun. Hahaha..
(Sori patinnnn, promote sikitttt) HAHAHA

Wat lek je dia

Alhamdulillah,,,Hasil penat lelah selama 3 tahun termasuk tempoh memacat. kikiki
(oit oit, bukan budak-budak tu hasilnya. jangan nak pikir lain pulak. Yang atas bahu tu hasilnya.kikik)



Ini budak course aku iaitu Sastera dengan Pendidikan. 


Bahasa aku agak berterabur. Harapnya maksud yang hendak aku sampaikan dapat dihadam oleh mereka yang berkenaan.

Apanila hendak berhenti, fikirkan kenapa kita bermula?

Setakat hari ni aku masih belum melapor di PALAPES USM lagi. Bukan aku taknak lapor, tetapi disebabkan beberapa perkara yang mendatang tanpa diduga, hasrat itu tidak kesampaian. Tapi semangat untuk melapor masih ada dengan suntikan semangat daripada beberapa individu yang mengharapakan dan menggalakkan aku untuk lapor. Akan aku pertimbangkan.

Kalau ada sebarang persoalan, tanya je kat ruangan komen nih. Ada teguran atau penambahan pun boleh juga ditinggalkan diruangan komen. Kalau perlukan nasihat atau pandangan personal boleh Inbox di facebook di ruangan hubungi.

Ini hanyalah pandangan aku berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa. Aku mungkin akan melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa terhadap artikel ni...

SELAMAT MENJALANI LATIHAN..........HAHAHA (gelak jahat sambil makan kuaci tengah layan facebook dalam bilik bila mana di bawah keriuhan melanda. Baris! Baris ! Baris !!..



RINDU......






RINDU

Umpama angin lalu
Membawa khabar hati
Hadirnya tanpa jasad
Namun masih terasa
Kadang bertiup kencang
Mengocak rasa jiwa

Rindu
Tiba saat ketika
Mati sendiri
Tanpa khabar
Tanpa nisan

Dan rindu pun berlalu
Dalam rindu ku panjatkan doa buat dia
Semoga kedukaan ini tidak berpayung kepadanya

Nukilan hati : Perindu Sepi & Kencana Merana

RAMADHAN DI ASRAMA DELIMA - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum.....
Sekadar sebuah catatan lama yang kembali terimbau dalam dakapan waktu....

Sejak dua menjak ni asyik teringat je dengan suasana di asrama. Sebab tu la kot  tercetusnya idea nak tulis entri kali ni  berkaitan pengalaman  hostel life aku  pada yang sudi membaca. Kalau tak sudi pun takpa. Tak kisah. Sebab ini hanyalah catatan secebis kisah kehidupan aku. Ilham untuk menulis entri ni juga timbul bila mana semester ni buat pertama kalinya aku akan berpuasa di USM. Pertama kali.. !. Kali terakhir aku berpuasa di asrama masa aku di tingkatan enam atas 2011. Sekarang 2015 dan serta merta memori-memori sewaktu 2011 kembali menyinggah. Mungkin juga sebab sekarang musim exam, so kepala asyik memikir-mikir je kan.

Ketika di Tingkatan 2.. Delima 4, Bilik 4 (Nenas0
Belakang dari kiri: Aku ler, Yo, mat (afendi hafiz), Champ (Asrul basri), Emi (hizamy)
depan: Akram dan Jun



Untuk kali ini fokus catatan aku lebih kepada suasana di asrama semasa bulan puasa. Kalau yang biasa tinggal di asrama dia tahu la macam mana. Pengalaman kita juga pasti berbeza apabila berlainan tempat. Catatan aku ni berkisar kepada pengalaman aku semasa di asrama SMK Sultan Idris Shah II dari tahun 2005 hingga 2011 bermula tingkatan 2 hingga 6 atas. Kenapa tingkatan 1 tak tinggal di asrama? nanti aku ceritakan jawapannya..Nak mula dari mana ye? hurmm.. Takpa la, Aku cerita random je la ye..Huhuhu

Sukan.
Yang ni waktu aku tingkatan 2 dan tingkatan3 sebenarnya. Waktu ni Cikgu Noordin  ketua warden.  Bila bulan puasa kami budak-budak asrama tak dibenarkan untuk main sukan @ riadah petang. Sebabnya waktu tu akan digantikan dengan sesi tadarus al -Quran. Mula pukul 5 sampai pukul 6. Tapi ada je sesetengah puak tu yang pergi turun padang lepas tadarus. Gian sangat la kot tak dapat riadah. Ambik bola sebijik main timbang-timbang dekat padang sementara tunggu buka puasa. Warden mari semua cabut lari. Hahaha..Teruk betoii...

Antara sukan yang femes kat asrama...
Bola Tampar


Tadarus Al-Quran. 
Tadarus Al- Quran macam aku cerita tadi dibuat waktu petang. Waktu tadarus ni semua pelajar asrama kena turun ke surau.Sapa lambat nanti biro (pengawas asrama) ambil nama lepastu bagi kat warden. hehehe..Tapi ada juga sesetengah spesis yang ngelat (curi tulang) tak turun. Alasan sakit perut la apa la. Aagai-bagai alasan dia. Cara perlaksanaannya, kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan ada seorang ketua. Kadang-kadang bahagi kumpulan ikut bilik.Kadang-kadang bahagi ikut suka hati orang yang bahagi tu. hehehe.. Takda la. Biro agama yang tetapkan. Seorang ahli kumpulan baca dan yang lain akan dengar dan tegur bacaan ahli kalau ada salah silapnya. Sku ni jenis lembap sikit baca Quran ni. Jenis merangkak la mudah cakap. Mungkin sebab dulu waktu kecik-kecik time mengaji aku selalu ngelat la kot. T u sebab  tak berapa nak reti baca Al-Quran. So, senior grup aku tu, dia faham. Jadinya dia baca aku ikut. Habis satu juz. huhuhu.. Sehari tiap group kena habiskan satu juz. Sebab nanti akan ada majlis khatam Al-Quran. Ada masanya kami kena cover sampai 2 atau 3 juz sehari sebab nak cover waktu yang balik kampung punya. Pernah juga waktu aku tingkatan 6, ustaz Anuar (ketua warden) dia suruh tadarus lepas sahur. Akibatnya ramai la yang tadarus atas katil je la bila ustaz takda. Tapi kalau ustaz ada, penuh surau tu. hahaha... Kena rotan tu biasa la sebab tak turun. Aku pun dok kena jugak. Wat lek ja..Lepas tu gosok la.hahaha..

Selalunya malam sebelum cuti balik kampung akan buat majlis khatam Al-Quran. Waktu malam ni akan jemput la pengetua and orang-orang kuat sekolah mari. Malam tu ada dalam 20 orang lebih camtula yang akan baca kat atas pentas. Biasanya senior la sebab dah nak habis dan dah besar kan. Kena la tunjuk contoh kat adik-adik. hahaha..Ada juga budak-budak form 1 or form 2 yang join. Biasanya budak ni jenis yang mantap la bab mengaji dan geng surau. Aku first and last join waktu form 6. Hahaha.. Bukan apa, aku ni jenis nerves. Surah yang pendek pun boleh jadi panjang nanti. hahaha..Tapi memandangkan tu tahun last aku, so aku join la jugak.... Nasib baik lancar je. hehehe... Lepas habis semua, ada penyampaian duit raya. Wuhuuu...Bagi kat budak-budak yang tadarus dulu, Pastu baru bagi kat semua. Specialnya bidak tadarus dapat lebih sikit dan dapat bunga  telur.

Sahur.
Pernah beberapa kali hari pertama puasa jatuh pada hari persekolahan. Pastu mula la ramai yang mintak nak balik rumah nak sahur dengan family. Nego punya nego, kadang-kadang dapat. Kadang-kadang tak dapat. hahaha.. Dapat pun kadang-kadang cuma bersahur je kat rumah, buka puasa kat asrama. Tapi ada je yang buat pelaq tak balik asrama. Pastu kena tindakan disiplin. Gantung asrama atau tahun depan tak dapat asrama. Sebab ada rekod. 

Hari pertama sahur semua cergas. Mata segar bugar bangun. Pergi dewan makan tengok-tengok nasi ayam pulak. Perrgghhh..lagi la berselera. Tapi untuk hari pertama sampai seminggu pertama je la.. Minggu-minggu seterusnya boleh kira dengan jari je yang turun sahur. Sampai ustaz pun ceramah bila time roll call..''kerajaan bayar bla bla bla...untuk kamu makan bla bla la...membazir bla bla bla''.. esoknya ramai yang turun. Sehari je la. 

Yang paling best, ada yang setan sikit perangai, lepas sahur dia naik kat blok dia akan cakap ''sahur! sahur ! sahur !!.. lauk ayam oii!!!.. '' dan serta merta badak-badak liat yang malas nak bangun bulat biji mata. Bersinar. Dengan pantasnya berlari ke dewan makan. Bila balik dari dewan makan dia akan jerit '' woi betoi woi, nasii ayam.. Cepat ! Cepat !''. Masuk je dalam bilik dia maki hamun budak tadi. '' haram jadah betoi. Ayam bapak hang ! ikan kerass! jahanam''. Hahaha...Budak asrama harian mesti tahu lauk ni. Ada satu lauk ikan tu, biasanya masak merah. Ikan besar pastu bila potong jadi ketoi-ketoi buat masak merah, sebijik nampak macam ayam. Tapi bila makan keras bebenor isinya. Aku selalu terkena. Kuajaqq betoi..

Aku pun jarang juga turun sahur. Malas oo..Tapi kekadang turun jugak. Terpaksa. Pernah beberapa kali la jugak, mak cik dewan makan naik kat bilik gerak sahur. Hahaha... Teruk benor budak-budak nih. Jadi semangat nak sahur bila time pergi bazar ramadhan beli lauk-lauk lebih dan memang simpan untuk buat sahur.  Time ni memang semangat. Tapi tu pun kalau geng kita la. Kalau geng lain yang beli, tengok je la jawabnya sambil nganga. Nak mintak segan. Kekadang dia bagi tapi sambil buat muka.

Pernah juga aku dengan beberapa orang kawan, waktu tu form 3 kalau tak silap. Nak PMR kalau tak silap. Kami bawak bantal dengan selimut sekali buku kami study dalam dewan makan pastu tido terus dalam dewan makan. Ramai-ramai tido kat atas pentas dewan makan tuh. Ada jugak yang tido atas kerusi yang disusun memanjang. Bawah meja pun ada. Pastu bila orang bangun nak pergi sahur. automatik la deme gerak kami sebab lalu tepi kami je. Terus kami pergi sahur.

Bazaar Ramadhan.
Makanan!! hehehe. Waktu kat asrama masa aku form 2, kami boleh outing pergi bazaar ramadhan gerik. Hari-hari boleh pergi. Mula keluar lepas habis sekolah dalam pukul 3 petang. Malangnya nasib aku dengan kawan aku. Kami geng-geng form 2 waktu tu sesi petang semua. So kami cuma boleh kirim je la kat kawan-kawan. Tapi bila dah naik form 3 kami dah masuk sesi pagi. Aku jarang pergi bazaar ramadhan sebab tak tahu nak beli apa. Lagipun kawan-kawan dah beli kan. Buka posa nanti kita paw je la..hehehe. Kalau pergi aku biasanya beli rangka ayam, air tebu, roti john. Ni je la feveret aku. Kurma tak payah beli. Kat dewan makan ada. Kuih pun nanti kat dewan makan ada.

Tapi sejak pertukaran ketua warden dan sebagainya, banyak yang dah berubah. Waktu outing pergi bazaar dihadkan. Hanya hari selasa dengan rabu je kalau tak silap aku. Takpun rabu saja. Sebab tiap-tiap minggu balik kampung. Lepastu masa outing aspura dengan aspuri (rasa dekat sangat diri dengan asrama bila guna istilah ni) diasingkan. Maknanya hari lelaki outing perempuan tak bleh outing. Waktu outing pun sampai pukul 5 lebih je kalau tak silap. Sebab lepas tu kena pergi tadarus.  Dan masa outing ni kekal la sampai sekarang. Berbeza waktu lelaki dan wanita ni  bagi aku satu tindakan yang bagus juga sebenarnya. Sebab deme ni kuat dating. Hampeh betoi.

Lepas habis tadarus tu, kami akan ambil makanan dan tutup dengan plastik wrapping( entah betoi ke tak aku eja). Sepanjang aku kat asrama, ada satu tahun tu kami kutip duit beli plastik yang balut buku tu untuk buat tutup makanan sementara tunggu waktu berbuka. Lepas ambil makanan, letak dekat meja mana-mana yang kami dah 'chop' la kiranya. kebanyakkan tempat ni akan kekal sampai habis ramadhan. Asrama kan, mesti la ada 'klik', puak atau geng kan. Assabiah sungguh. Aku pulak kekadang jadi lalang. Setiap hari bertukar tempat. hahaha..

keadaan dewan makan... 

Sementara nak tunggu berbuka tu, ada yang baca buku, menyembang, tenung makanan lama-lama, mengumpat pun ada, yang tukang  buat ''shhhhh,,,'' pun ada sebab bising. Maklumlah takut tak dengar azan. Alert sungguh. Kalau hari biasa bila azan dia dok menyanyi lagi dalam tandas. Biasanya budak-budak ni dok lepak kat astaka kat padang kat pondok kat padang tepi surau tuh. Waktu aku dulu, astaka yang sekarang ni tu takda lagi. Yang ada astaka kayu. Tu pun dan macam nak runtuh. Daripada astaka kayu hinggakan ada astaka yang macam sekarang ni waktu zaman aku kat asrama. Kiranya waktu peralihan tu aku ada la. Hahaha. Ada setengah puak tu pulak buat rajin pergi tawaf satu sekolah. Cari apa tak tau la.

Bila dah azan, ada la sorang yang akan baca doa. Biasanya dan semestinya orang tu bukan aku. hahaha. Maka bermulanya pesta makanan..... Ada yang makan kuih dengan kurma ja pastu pergi sembahyang maghrib dulu. Ada yang pelahap habis pastu naik bilik rilek-rilek baru sembahyang. Macam-macam orang ada. Aku?? Aku jadi semua. Ikut keadaan. Kalau ada warden, ada la aku dalam jemaah tuh, kalau takda, berjemaah dengan tiang katil dalam bilik la jawabnya. Keadaan ni dah mula berubah sedikit demi sedikit. Lepas makan semua kena solat maghrib secara berjemaah. Kadang-kadang time buka puasa ni makan sikit je nasi. Kenapa? Ada la sebabnya.

Habis buka puasa kami akan bersiap-siap tunggu waktu isyak. Sementara tuh, kami lepak-lepak dulu kat bilik. Waktu nak PMR dulu aku memang rajin study. Habis buka posa dok bilik study kejap. huhuhu. Time ni la mana-mana yang pergi bazaar atau keluarga ada hantar makanan dia akan bukak. Ronda je bilik ke bilik. Komfem perut kenyang.

Bila form 6, aku duduk bilik L. Bilik ni hanya muat untuk 4 orang je. Keutamaan kepada senior khasnya biro la...Time tu aku jadi ketua Umum, Erwan penolong, Faruk dan Amri biro.. So bilik tu memang kami yang punya la. Waktu ni kami geng form 6 rapat dengan budak form 1 geng Harith, Fifi, dan Singh (Azmi)... Rasanya detail pasal budak bertiga ni aku tak perlu cerita panjang kot. Dalam entri sebelum ni pun ada. Budak-budak ni memang rapat dengan kami. Biasanya lepas bukak puasa deme akan datang bilik kami. Dok lepak-lepak  main UNO dengan JUTARIA. Hahaha... Pengaruh tak baik betoi aku ni.. Tapi memang seronok la... Bila ada ration (makanan) kami akan kongsi. Pernah budak-budak ni balik jamuan kelas dia bawak balik ayam BBQ kat kami. Terharu aku..huhuhu...

Tarawih atau Terawih? hehehe
Lepas solat isyak kami terus buat tarawih. Biasanya buat lapan je.Sebab lepas tu ada prep. Time tarawih ni pun ada yang ngelat. Kadang-kadang masuk lambat. Buat tak cukup lapan. Aku pun sama..hehehe....Kami tarawikh buat kat dewan makan jugak. Campur aspura dengan aspuri. Biasanya orang berebut datang awal sebab taknak dok saf belakang sekali sebab takda tirai antara lelaki dan perempuan.. Bayangkan bila lewat dan masbuk pastu nak tambah rakaat hang sorang ja. Pastu time rukuk pompuan pakat usha punggung. hahaha.. Tapi bila masuk lambat ni bagus jugak kadang-kadang. Sebab apa? Sebab dapat tengok budak aspuri yang tak sembahyang kat line belakang sekali. Depa ingat tak kantoi la tuh..Bukan yang red light punya, yang pakai telekung la.Dok menyembang je kat belakang. Yang tido pun ada. Pastu mula la malu-bila bila kantoi. Dan-dan mencelah kat orang yang tengah sembahyang. hahaha.. Kenai je sebenarnya geng-geng tuh.

Ada sekali tuh kami dok berebut kipas. Maklumlah dewan bila ramai orang, Panas piauu. Pastu mula la dok berebut nak tala kipas kat tempat masing-masing. Yang aspuri tu pun  takmau kalah. Kami tukar, deme tukar balik.Last-last sampai dalam facebook dok menyembang. Dari tak kenal jadi kenal pulak.Hahaha...

Imam dengan bilal tarawikh ni ada jadual dia dah. Dan aku tak pernah jadi dua-dua. Time turn aku je, macam-macam alasan aku bagi. huhuhu..Sori la, bab ni aku lemah sikit. Habis tarawikh bersiap-siap le ke kelas prep. Biasanya dalam 9.30 dah habis tarawikh.

Waktu prep pun sejam je la.. Sampai 10.30 malam. Lepas tu ada moreh pulak. Menu moreh ni kalau time sedap memang sedap sungguh. Time hampeh, hurmmm,,Bersyukurlah ada makanan. huhuhu.. Contohnya murtabak . Bawang je banyak. Jangan nak kata murtabak daging atau ayam sebab aku tak jumpa pun binatang dua ekor tuh. Yang ada bawang, bawang, bawang dan bawang.

Dah macam tentatif pulak aku cerita kat atas tuh. hahaha.. Yang ni bahagian sampingan. Pelbagai ragam dan cara tanpa aturcara. Hahaha.
Ketika jamuan raya dan akhir tahun. Hahaha
Abaikan muka rizal kat belakang tuh

Budak asrama ni jenis kuat makan. Kat dewan makan dah ada makanan tapi tetap nak cari makanan lain. Waktu aku sekolah sesi petang, habis je sekolah kami akan serbu kantin. Dia ada jual lauk-lauk.
kalau ada ayam ke daging ke kami beli la. Kalau takda paling koman pun telur goreng letak kuah sambal. Kuah tu kena lebih sebab nak kongsi ramai. Simple tapi yang ni paling menyelerakan.

Pernah juga dulu aku buka puasa kat dalam bilik. Bawak trail ( pinggan tin/aluminium macam talam tu) bawak naik atas. Pastu duduk bersila dua tiga orang kat tengah-tengah bilik kami berkelah. Atas tilam pulak tu. Kebetulan hari tu warden naik, Kami bagi la alasan kata teman budak demam. Selamat kami. Cuma makan atas tilam tu je la kena marah. hahaha...

Lagi satu yang aku bengang bila ambik air. Botol semua besar besar sebab biasanya air sedap (jus tembikai, oren sanquick, sirap dll).Memang cepat habis la. Lepas tu sapa yang tak dapat bising-bising la.Mula la meronda dari meja ke meja. Mana yang botol besar-besar tu kami paw. Ada yang bijak dia letak bawah meja. Tapi tetap kena rembat jugak. Aku pulak jenis malas ambik air, mengharap simpati orang sebelah je. hahaha.. (padahal kat bilik ada air tebu.hihihi).



Aku pernah jugak banyak kali tak balik time bula puasa.Sejak dari tingkatan dua la rasanya. Kadang-kadang tu saja taknak balik. Nak merasa suasana asrama bila orang sikit. Biasanya kami dalam kelompok 5 ke 10 orang. Ada sorang senior tu duduk penang, so jauh la dia nak balik. Jadi kami  ni kira teman dia la kat asrama.Time ni memang sunyi asrama. Tarawikh pun kelaut. Up tu yu la. Kalau rajin buat la.. Tapi biasanya kami buat jemaah la. Sebab kami akan buka puasa di dewan makan dekat asrama aspuri. On the way balik tu singgah terus surau dan stay sampai isyak.
Suasana ketika tazkirah....

Rindu juga aku nak rasa suasana tu lagi. Buka puasa ramai-ramai. Solat tarawikh ramai-ramai. Sejak habis sekolah nih, tarawikh aku pun dah kelaut. Asrama la tempat membentuk kita dalam segala bentuk dengan segala cara untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Mungkin kita rasa rimas dengan segala macam bentuk disiplin. Pagi kena bangun awal. Tido kena ikut waktu. Ada waktu belajar. Ada waktu riadah. Segalanya dah disusun. Persiapan untuk diri kita. Bila dah masuk alam universiti atau alam kerjaya, kita akan sedar semua ni. Kita akan faham dan sedar bezanya pelajar asrama dengan pelajar yang tinggal di luar. Sangat berbeza dalam perlbagai aspek. Aku bukan cakap kosong. Aku cakap dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Kita lalui benda yang sama.

Antara wajah-wajah yang mewarnai hidup aku di asrama..
macam gambar aku je yang banyak..hahaha
Dah 4 tahun aku tinggalkan sekolah. Suasana yang masih terasa walau telah lama berlalu. Bohong la kalau aku tak pernah tak ingat asrama. Budak-budak yang tingkatan 1 semasa aku di tahun akhir persekolahan dulu pun sekarang tengah strungle nak ambik SPM. 

Apa yang aku ceritaka ini hanyalah segelintir pengalaman aku. Pengalaman kita semestinya tidak sama walaupun kita melalui perkara yang sama. Apa yang aku ceritakan disini adalah sisi-sis positif yang mungkin boleh dijadikan cebisan kenangan serta panduan. Sisi-sisi negatif atau Underground aku akan ceritakan jua. Sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Mungkin juga secara analogi melalui kisah -kisah yang akan aku catatkan di kemudian hari.


Kalau-kalau ada budak asrama yang membaca catatan aku nih, satu je pesanan aku. Create your own story with the same media.

Baju ni aku syak hilang kat asrama. Tinggal seluar je. Rindu ooo kat baju merun nih.


Budak asrama mana yang baca tu cer kongsi sikit cerita kome. Mana la tahu cerita kome lebih menarik dan terkini. Dapatlah mengubat rindu teman nih.Huhuhu

P/S: Baju t-shirt asrama aku semua hilang. Hampeh betoi..ni la masalahnya bila baju sama tinggal kat asrama.







AKU DAN 15.........BUKAN SEKADAR NOMBOR



Aku dan lima belas? Macam pelik je tajuk kan. Hurmm. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku ni bukanlah kreatif sangat nak pilih tajuk-tajuk nih. Entri ni aku tulis khas buat yang tertanya-tanya, yang ingin tahu dan yang mempersoalakn kenapa nombor lima belas ( 15) menjadi pilihan nombor kegemaran aku. Kali ni aku akan ceritakan semuanya. Mungkin la. Sambil diiriningi lagu Declan Galbraith. Apa? Tak kenal? Alaaa...Google je laa.

Pertama sekali kalau korang perasan cursor aku ni pun nombor15. Hahaha. Okay la jom kita baca apa yang nak cerita. Pertamanya aku memaang hir pada 15 haribulan. Bulan dan tahun bila tu tak payah tahu la yerr..

.Keduanya, semasa sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam majoriti dalam peperiksaan aku dapat nombor 15 dalam kelas. Kalau tak percaya pergi sekolah aku check. sekolah kat mana? Nun di Taiping. Sekolah kebangsaan Jelutong. Dalam setahun kan ada dua kali exam, kadang-kadang dua-dua exam aku dapat nombor 15. Jangan salah faham pulak, Bukanlah dalam kelas aku tu ada 15 orang je. Iskh kome nih, aku ni tak la slow sangat walau tak laju sangat. sedang-sedang ja.

Seterusnya membawa la ke alam seterusnya. Oit oit, bukan alam barzakh. Alam sekolah menegah la...Waktu ni aku dah mula terlibat dengan sukan. So no kegemaran aku semestinya 15 menjadi pilihan untuk disarung. Wakil sekolah je pun. Pe`dek kata asal pakai jersi yang bernombor memang nombor 15 aku pilih dulu...

Sampailah ke universiti pun, bila main hoki aku  cari nombor 15 jugak, Kalau takda, aku akan guna nombor 15. Bukan la bermakna kalau aku tak pakai nombor 15 aku tak boleh main, jadi tak semangat, tak da tuah ke apa. Cuma bila pakai nombor kegermaran ni seronok tu lain macam sikit. Kalau yang pernah alami situasi macam aku ni dia faham la.



Pernah hampir bermasam muka dengan kawan disebabkan isu nombor dibelakang jersi untuk jersi yang hendak ditempah. Akhirnya segalanya selesai baik baik saja.

Fanatik dan obses aku terhadap nombor 15 nih juga turut terbawa dalam hobi dan minat aku. Maklumlah aku ni kan pengumpul duit lama dan baru. Barang antik pun aku sebat kalau mampu. So, aku mula tertarik dengan salah satu keunikkan dalam numismatik iaitu mengumpul duit kertas yang mempunyai nombor siri rendah / low number. Tak paham?? Tengok je gambar kat bawah tu. Semuanya aku beli. Macam bodoh kan duit beli duit. Dan namanya minat, bodoh tu kita lilmu-ilmu baru. Kan ilmu Tuhan tu luas.

Menmbahkan lagi kegilaan aku pada nombor 15, dengan helmet dan moto aku pun aku tampal sticker nombor 15. Itu belum lagi tengok kalau email aku yang belakangnya sememangnya wajib ada 15. Hahaha..

Dan yang paling menggembirakan aku dan menjadi ingatak sepanjang hayat aku apabila antara hari paling bersejarah dalam hidup aku juga berlaku pada 15 haribulan iaitu Istiadat Pentauliahan Di Raja Pegawai Kadet Universiti Awam ke -34 iaitu pada 15  Ogos 2015. Cantik kan tarikh tuh. Kalau la aku bertunang ke kawin ke pada tarikh nih kan best. Hahaha.. Berangan kejap.

Dah melaluit sangat dah aku nih. Kalau kome nak tahu aku biasanya tulis blog pukul 2 pagi ke atas. So kepala memang tingtong.

In Shaa Allah, kalau di panjangkan umur dan dipertemukan jodoh, 15 juga menjadi tarikh penting aku sama ada bertunang atau bernikah. Hohoho...

Okay. Sampai sini je la bebelan aku. Mata dah semakin kecik ni. Semoga bertemu lagi di coretan dan bebelan aku yang akan datang.

P/S:: Aku ni bukan jenis percaya no bertuah ke apa. Korang jangan salah faham pulak. Aku cuma minat je.

** Kome=Korang
      Deme = Depa = Diorang = Mereka
**Typo agak banyak sebab ada masalah sikit nak edit. nanti akan edit lain



AKU KEMBALI : CATATAN SEPI SEORANG PERINDU

Assalamualaikum,...

Aku letak gambar ni sebab hati aku tersentuh dengan sikap laki tuh.huhuhu

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjengah blog yang semakin sunyi dan sepi. Sesunyi hati Perindu Sepi. Kesibukkan masa membataskan aku untuk membuat lebih  banyak entri walaupun kadang kala idea datang mencurah tanpa diduga. Disebabkan kekangan masa dan sedikit azimat kemalasan, maka aku biarkan idea itu mencurah mengikut hala tujunya sendiri.

 Hahaha.. Aku memang suka ketawa. ketawa beerti aku melepaskan sesuatu iaitu beban didada memalui suara dan senyuman di bibir. Untuk kali ini aku akan merajinkan diri untuk kemaskini blog ni supaya segala yang bermain dikepala aku dapat diluahkan dan dikongsikan pada yang sudi untuk berkongsi rasa bersama.

Sebenarnya aku bukan tak tulis langsung. Ada aku tulis tapi kebanyakkan terperap di draft. Menanti masa dan kerajinan untuk di publish kan. Begitu juga nasibnya dengan blog Aku Hobi & Koleksi yang semakin sepi tanpa sebarang penambahan entri baru. Walhal koleksi dah semakin bertambah. Hinggakan page AHK pun agak tidak terurus. Cuma sesekali aku membalas mesej orang bertanya tentang nilai mata wang lama mereka dan sebagainya.

Hidup adalah suatu perjuangan. Seringkali aku memikirkan apakah perjuangan aku? Apakah yang akan aku tinggalkan nanti? Seringkali juga aku merasa penbtingnya untuk aku membuat satu catatan berupa wasiat. Bukan wasiat harta benda sebab aku ni apa pun takda. Mungkinkah catan-catatan hati yang terpendam boleh aku jadikan wasiat diri buat tatapan mereka yang ditinggalkan kelak. Mungkin juga. Kita mungkin menyimpan perasaan. Malu untuk menyatakan. Oleh itu, biarlah pena mengambil tempat sebagai penyampai pesan.

Tak salah jika kita berfikiran begitu. Mati itu pasti. Masa dan ketikanya adalah rahsia. Sekadar buah cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Untuk entri seterusnya nanti aku akan teruskan dengan catatan berkaitan Tauliah Palapes 2015, kisah-kisah asrama, si Bulat,Pengalaman dalam Palapes,  Hobi, Universiti life, Refleksi , Keluarga, Aku dan impian, Aku dan cita-cita, dan pelbagai lagi.

Aku tidak mengejar followers kerana aku menulis mengikut hati dan bukannya populariti.

Catatan merapu dipagi hari ini ditulis pada jam 2.47 pagi 12 september di dalam bilik bertemankan lampu pendaflour dan roomate yang sedang lena dibuai sambil dibelai kedinginan hujan lebat.

Open Cbox