Riadah Kembali..

Aku pun tak tahu sebenarnya nak letak title ala, jadinya aku rembat je la.

Ibarat belut pulang ke lumpur, memang tak sah la kalau tak berkubang. Hahaha..

Aku dan ikan sukar dipisahkan. Walaupun telah 12 tahun menahan rindu dengan sungai tempat aku membesar. Akhirnya aku kembali.

Tapi kali ni aku hanya menjala. Untuk memanah agak kurang sesuai kerana keseorangan dan tiada peralatan.

Hasilnya boleh tahan la. Yang besar aku ambil, yang kecik aku lepaskan. Bukan apa, satu sebab kecik dan satu lagi sebab malas nak siang.

Hasilnya macam dalam gambar tu la. Ikan haruan, lampam (sia), seluang, terubur dan tilapi hitam. Haa,,,, satu lagi adalah lintah yang boleh tahan dia punya besar.

Ikan-ikan ni aku siang dan goreng. Pastu yang besar sikit aku buat masak asam selepas pergi tanya mak cik aku resepi. Hahaha. Pastu serai kat kedai takda aku mintak kat mak lang aku. Hihihi. Sedara mara dekat kan.

Alhamdulillah la ikan masak asam tu semua menjadi. Ikan goreng tilapia aku takdan rasa sebab Jack (kucing) dah rembat dulu. Takpa la, rezeki dia. Ikan haruan aku belum goreng. Ada je dalam peti ais tuh. Lepas goreng nanti aku bagi Jack makan je la.

Gambar aku tengah menjala takda sebab aku pergi sorang. Steve ada hal sikit dia pergi taiping. Takpa la, lain kali pula.

Bawah ni ada la sikit gambar hasil tangkapan dan hasil masakan aku. Hahaha

Open Cbox