Assalamualaikum..
sekadar suatu perkongsian ilmu...
Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.
1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita. Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar secara sendirian. Bergantung juga kepada individu tersebut.
2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan. Sebaik baiknya pilih la waktu yang sesuai seperti awal pagi sebelum subuh atau 2/3 malam kira kira pukul 3 pagi. Ini kerana pada waktu ini suasana sangat sunyi dan tenang.
3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut. Main boleh tapi kena seimbang dengan pelajaran. Ramai pelajar yang masuk universiti dan dah graduate tapi 'kaki game' semasa dalam pengajiannya.
4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif. sebolehnya elakkan mencetuskan masalah ketika peperiksaan semakin hampir supaya emosi tidak tergangu dan tumpuan yang penuh dapat diberikan semasa mengulangkaji pelajaran.
5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas. Namun sebenarnya ini bukanlah alasan yang hakiki. Bandingkanlah diri kita dengan mereka yang lebih tidak bernasib baik daripada kita diuar sana supaya lebih memotivasikan diri untuk mengulangkaji pelajaran.
6. Fizikal kurang sihat
Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan baik, masa tu lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa. Rajinkan diri untuk bersenam. Berjonging sekurang-kurang 3 kali seminggu atau banyakkan berjalan kaki kerana banyak manfaat diperoleh daripada berjalan kaki.
sumber: Pen Patah
No comments:
Post a Comment