BUDAK SEKOLAH

BAB 1

"Woi Aqhar, hang mai sini sat"
"Awat?"
"Mai je la, toksoh banyak tanya"
Aqhar bangkit  menghampiri Aiman yang berada di sebalik sebatang pokok durian.
"Ada apa?" Soal Aqhar tidak berpuas hati.
"Nah!".Aiman menghulurkan secawan maggi cup kepada Aqhar. Berubah riak wajah Aqhar.  Tidak jadi untuk marah. Muncul segarit senyuman di wajahnya yang berkulit cerah itu.

"Caik, tak puasa! Apa nak jadi la hang ni Aiman" Bebel Aqhar kepada Aiman. Maggi cup berpindah tangan. Tanpa berlengah Aqhar menyuap maggi kari ke mulutnya.  Hampir lima suap sebelum cawan maggi berpindah tangan semula kepada Aiman. Keadaan tersebut berlarutan beberapa ketika sebelum mereka berdua dikejutkan dengan satu suara.

"Assalamualaikum". Ucap satu suara.
Aqhar dan Aiman segera berpaling ke arah datang suara tersebut. Mata mereka terbuka luas. Mulut hampir ternganga.

Pergerakan mereka terenjat. Tangan Aiman masih memegang maggi cup. Lekas-lekas dia melempar maggi cup ke dalam semak berhampiran.

"Waalaikummussalam". Jawab mereka berdua dengan suara yang sedikit bergetar.

"Ustaz buat apa kat sini?" Aiman memberanikan diri bertanya. Matanya dilarikan dari bertentangan dengan pandangan ustaz Armin. Renungan tajam ustaz Armin, membuatkan lututnya terasa gegar.

"Saya buat apa kat sini hangpa tanya? Hah, yang kamu berdua tu buat apa kat semak belakang pokok durian nih? Datang sekolah duduk dalam kelas, bukan dalam semak."

" Ka...kaa...kami tak buat apa pun". Balas Aqhar tergagap yang mula dapat kekuatan untuk menjawab. Namun untuk bertentang mata dengan ustaz ustaz Armin dia belum berani. Aiman mengangguk tanda sokongan.

"Tak buat apa kata kamu, tu ha minyak dekat  dekat bibir, plastik perencah maggi dalam semak tu, apa benda semua ni? Dengan mulut berbau kari"

"Errr...err...." Aiman hilang bicara. Menggaru-garu kepala akibat kecuaiannya sendiri. Dia kehilangan akal. Begitu juga Aqhar yang kelihatan hilang seperti hilang arah. Dalam hatinya tertanya-tanya, bagaimana ustaz Armin boleh tahu dia dan Aqhar ada situ. Padahal, port tersebut sangat "strategik". Selama ni tak pernah lagi kantoi. Pasti ada yang gatal mulut pergi "report" ni. Dasar mulut kepoh betoi. Gumam Aiman di dalam hati. Tapi siapa yang "report"?

"Sudah-sudah hangpa dua jangan nak berdalih lagi. Ikut saya masuk ke kelas sekarang juga. Cepat !". Ustaz Armin meninggikan suara apabila dilihatnya Aiman dan Aqhar tidak  pedulikan arahannya.

Sewaktu melangkah ke dalam kelas, pandangan Aiman terarah kepada Zakkir. Secara tidak sengaja pandangan mereka tertaut. Zakkir tidak melarikan pandangannya, sebaliknya mengukir senyuman sinis penuh ejekan kepada dia dan Aqhar.

"Zakkir??. Aku yakin ni semua mesti kerja dia ! Anak ayam betoi. Hang tunggu nanti aku balas. Hang tunggu. Ada lori ada bas, aku langgar hanh dengan lori nanti" Gumam Aiman di dalam hati.  darahnya menyirap tiba-tiba. Geram hatinya. Penumbuknya di kepal-kepal sambil menjeling ke arah Zakkir.

"Berdiri kat  depan kelas!" Arah ustaz Armin tegas.

Loceng waktu rehat berdering kuat. Tidak seperti selalu, pelajar- pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri tidak berpusu-pusu keluar menuju ke arah kantin. Kantin telah ditutup selama sebulan sepanjang bulan puasa. Para pelajar kebanyakkan berada di dalam kelas sahaja. Ada yang ke pusat sumber sekolah mahupun koperasi untuk mendapatkan barang keperluan seperti alat tulis.

Zakkir dan Azizul berjalan menuju ke tandas. Langkah mereka terbejat apabila terdengar satu sergahan kasar di belakangnya.

"Hoi, Zakir!" Teriak Aiman yang melangkah laju ke arah Zakkir dan Azizul. Air mukanya keruh. Tiada segarit senyuman diwajahnya seperti selalu. Yang kelihatan cuma satu riak serius dah penuh kemarahan.

Kolar baju Zakkir di cekak Aiman. Zakkir terpinga-pingga cuba melepaskan cekakan tersebut yang semakin kuat. Pernafasannya tersekat-sekat akibat tindakan Aiman yang mendadak itu.

"Kenapa hang "report" kat ustaz Armin?" Tuduh Aiman melulu. Azizul cuba membantu Zakkir namun diberi amaran oleh Aiman. Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang pelajar lain. Namun mereka hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa ikut campur urusan tersebut. Zakkir tidak menjawab. Dia berusaha melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya yang menyebabkan dia sukar untuk berkata-kata.

Seketika kemudian Zakkir berjaya melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya. Dia membetul-betulkan kolar bajunya.
" Hang jangan nak tuduh aku, Aiman. Hang ada bukti ke?" Ujar Zakkir mempertahankan dirinya.
"Bukti apa lagi? Aku tengok senyum hang dalam kelas tadi pun aku dah agak ni semua mesti kerja hang. Aku tau hang tak puas hati dengan aku kan!?" Terlonjak nyaring suara Aiman.
"Hahaha." Zakkir tergelak kecil mendengar tuduhan Aiman terhadap dirinya. Ketawa Zakkir nyata mengundang kemarahan Aiman. Namun dia masih mampu bersabar untuk mendengar pengakuan daripada Zakkir sendiri. Namun telahan awalnya Zakkir lah yang melaporkan perihal dia dan Aqhar tidak berpuasa makan di semak berhampiran padang sekolah kepada ustaz Armin.

"Man, tak payah nak tuduh-tuduh aku. Hang dan Aqhar kawan aku. Aku bukan jenis tikam belakang, Man". Sesekali Zakkir hanya memanggil Aiman dengan panggilan Man sahaja.

"Kalau bukan hang, siapa lagi?" Aiman masih tidak berpuas hati.
"Mana la aku tahu. Hang kan ramai 'musuh'." Ternyata jawapan Zakkir mula membuatkan Aiman berfikir. Benaknya mula bekerja menyaring nama-nama yang mungkin "bermusuh" dengan dirinya. Namun dia hampa. Tiada satu nama pun yang dirasakan berpotensi menjadi 'musuhnya'.

"Sudahlah Aiman. Tak baik main  tuduh-tuduh nih. Tambah pula dalam bulan puasa".  Azizul yang sedari tadi berdiam diri cuba mendamaikan keadaan. Kelihatan dia rimas dengan tuduhan melulu Aiman. Dan yang paling utama, hasratnya ke tandas sudah tergendala.

"Jom la Zakkir". Azizul mengajak Zakkir meninggalkan tempat tersebut. Azizul dan Zakkir terus melangkah pergi meninggalkan Aiman termangu sendirian disitu. Aiman kemudiannya turut meninggalkan tempat tersebut disebabkan banyak mata yang sedang memerhatinya ketika ini.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. 

BAB 2
Aiman melangkah laju ke arah parkir mendapatkan motosikalnya. Dia mengenakan topi keledar sebelum bahunya ditepuk dari arah belakang. Dia lantas berpaling.

"Hang nak apa lagi?". Nada suaranya kedengaran kasar.
"Hang marah aku ker? Atau hang masih fikir aku yang menyebabkan hang dan Aqhar kena tangkap dengan ustaz Armin pagi tadi?" Zakkir menduga perasaan Aiman.

Aiman membisu. Lantas berpaling memasukkan kunci dan menghidupkan enjin motosikalnya. Zakkir disitu tidak dipedulikannya lagi. Dia mengundurkan motosikalnya mahu lekas pergi dari situ.

"Aku tahu sapa yang 'report'". Beritahu Zakkir tanpa dipinta. Ternyata berjaya menarik perhatian Aiman. Motosikal ditongkat dan enjin di matikan. Dia kembali merenung tajam ke arah Zakkir. Tindakan ini sudah diduga sedari awal oleh Zakkir. Dia kenal benar dengan rakan sepasukannya dalam pasukan bola sepak sekolah itu.

"Siapa?" Aiman mula mendesak.
"Faizal".
"Hah?!. Hang jangan nak main-main. Macam mana hang tau?" Soal Aiman inginkan kepastian. Zakkir mula galak bercerita.


***
Zakkir dan Azizul sedang berada di dalam tandas melepaskan hajat masing-masing. Kemudiannya mereka terdengar bunyi tapak kaki melangkah masuk diikuti suara ketawa. Zakkir dan Azizul memicing telinga. Cuba menangkap butir-butir perbualan mereka disebalik pintu. Nama Aiman yang disebut telah menarik minat mereka serta merta.


"Korang tengok tak tadi macam mana Zakkir kena cekik dengan Aiman?" Kedengaran suatu suara menyoal.
"Tengok" serentak beberapa suara menjawab.
"Macam nak mampus dah tadi. Haha. Padan dengan muka dia" Kata satu suara diikuti ketawa mereka yang lain.


Tidak sukar bagi Zakkir untuk mengecam suara tersebut. Dia kenal benar pemilik suara tersebut dah syak wasangkanya semakin jelas.


"Tapi kan, macam mana kau tahu diorang tu ada kat semak belakang pokok durian tu?" Soal satu suara.


"Cammon laa...ini Faizal la. Setakat benda macam tuh, petik jari je la boleh dapat". Faizal membangga diri. Terserlah keangkuhan dirinya.


"Tapi ingat, jangan sampai diorang tahu. Aku akan pastikan Aiman dan kawan-kawannya tu bergaduh,berpecah dan bermusuh."
Satu peringatan diberikan beserta satu nekad bersifat jahat.


Zakkir dan Azizul keluar setelah memastikan Faizal dan kawan-kawannya telah pergi. Mereka berpandangan sesama sendiri.


***


Jantungnya bergerak laju mengepam darah seluruh tubuh. Mukanya kelihatan merah padam. Rasa amarahnya membuak-buak. Cerita Zakkir ternyata membuatkan hatinya kembali terbakar. Dia kenal benar dengan Faizal. Dan sebab Faizal melakukan semua itu pun telah dapat dia duga.


Aiman bergegas turun dari motosikalnya dan mahu melangkah pergi. Bahunya dipegang Zakkir.


"Hang nak pi mana?"
"Aku nak cari Faizal"
"Sabar dulu, Man. Jangan terburu-buru."
"Habis tu nak tunggu bila?" Aiman memandang tajam ke muka Zakkir. Pandangan mereka bertentang.


"Aku ada idea yang lebih baik untuk kenakan Faizal dan kawannya. Sudahlah, jom kita balik dulu" Zakkir mengemukakan pandangannya.


Buat seketika Aiman diam. Dia berasa terpujuk dengan kata-kata Zakkir.


"Okay". Jawabnya ringkas.
"Good boy. Dah, jom balik. Jumpa kat tempat biasa malam ni.

BAB 3

No comments:

Open Cbox