Pilihan hati, terpaksa atau sekadar mengikut rakan? Masalah untuk mengisi major dan minor ni telah lama selesai sebenarnya dan aku pun dah memulakan pengajian seperti biasa. Cuma, bila direnungkan kembali, aku tertanya-tanya, adakah pilihan aku tepat?? Kerana aku bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti. Patutkah aku sekadar membuta tuli sahaja memilih major dan minor dalam pengkhusasan pengajian aku?
Dan, di ruang yang tidak seberapa ini yang menjadi medan aku menumpahkan pelbagai persoalan hidup aku, jawapannya adalah tepat bagi major dan agak kabur sedikit terang bagi minor.
Kenapa tepat bagi major? Sebabnya sejarah merupakan bidang yang paling aku minati. Aku hampir-hampir kecewa dengan keputusan peperiksaan semester 2 aku bagi subjek Pengantar sejarah yang akan menentukan kelayakkan aku untuk mengambil sejarah sebagai pilihan major. Jangan tanya kenapa aku minat sejarah sebab jawapannya terlalu panjang untuk aku terangkan. Di kesempatan yang lain aku nyatakan jua.Suatu hari nanti. Alhamdulillah, berjaya juga aku buat major subjek sejarah walaupun result memang teruk! salah sendiri sebenarnya. Bukan salah PALAPES! dan juga bukan salah hoki! salah aku sebab gagal mendisiplinkan diri mengikut jadual yang telah diatur sendiri bagi segala perancangan aktiviti. Pengajaran di sem 2 begitu 'menakutkan' aku sebab aku hampir-hampir gagal bermajorkan sejarah. Peluang dan ruang yang telah diberikan ibarat peluang kedua ini akan aku manfaatkan sebaiknya.
Kenapa aku agak kabur dengan pilihan minor aku sebab aku berminorkan kesusasteraan. Pilihan minor aku yang utama adalah Geografi, tetapi disebabkan beberapa kesulitan, terpaksa jua aku berminorkan sastera. Sewaktu tingkatan 6 aku dah ambik sastera. Berbekalkan pengalaman yang lepas, aku gagahkan jua diri untuk menerokai dunia kesusateraan. Kalau nak tahu, aku memang minat membaca karya-karya sastera terutamanya cerpen. Bidang penulisan juga menyebabkan aku gagah berdiri dalam arus kesusasteraan. Impian aku untuk bergelar penulis sudah sekian lama aku impikan. Dikesempatan yang ada ni akan aku terokai segala cabang kesusasteraan supaya dengan ilmu yang diperoleh dapat membantu penghasilan karya sulung aku nanti. Masih dalam peringkat awal. In shaa Allah.
Walaupun hati aku masih terpaut untuk berminorkan Geografi, aku tabahkan jua diri ini supaya dapat menumpukan perhatian pada yang sepatutnya..
''YANG DIKEJAR TAK DAPAT.
YANG DIKENDONG KECICIRAN''
Harapan aku terhadap aku supaya aku dapat menumpukan perhatian pada akademik di sem ketiga ni. Walaupun cabaran mendatang tanpa diundang. Agak kecewa apabila tak dapat sertai 'Bengkel penulisan'' yang ditawarkan kepada mereka yang bermajorkan sastera sahaja..
* Buatlah keputusan yang terbaik bagi diri mengikut kata hati dan pemikiran yang rasional tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar kerana setiap orang mempunyai matlamat diri yang berbeza.
* Buatlah keputusan yang terbaik bagi diri mengikut kata hati dan pemikiran yang rasional tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar kerana setiap orang mempunyai matlamat diri yang berbeza.
No comments:
Post a Comment