ANNUAL KEM PALAPES DARAT USM 2014 - FASA 1 ( ULANGKAJI)


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..berjaya juga aku mengharungi 2 minggu yang penuh dengan cabaran yang aku sendiri pilih.Entri kali ni aku nak ceritakan sedikit catatan-catatan aku tentang Annual Camp Palapes Darat USM. Catatan ini hanyalah sebagai kenangan buat diri aku dan juga pengtahuan serba sedikit kepada mereka diluar sana yang mungkin tak tahu dan nak tahu apa itu PALAPES dan apa yang kami buat. Catatan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu fasa 1 (ulangkaji), fasa 2( ujian) dan fasa 3 (medan).
Selamat Membaca.

2 februari 2014
Hari pertama lapor diri di Markas Palapes USM. Pagi tu macam biasa la, PT (physical training)  pagi dengan pakaian half loreng. Walaupun masa PT hanyalah sejam tapi kepenatannya  memang terasa. Maklumlah kan baru balik cuti dari kampung 2 minggu. Lepas PT ada sarapan pagi. lepas sarapan pagi ada kelas TEWT/LTTA ( Training Excercise Without Trup / Latihan Tempur Tanpa Anggota). Tewt ni kiranya kita kena present peta dan baca perintah kepada anak buah kita sama ada perintah serangan atau pertahanan. Untuk peringkat Intermediate ni kami present perintah serangan dan  akan ada ujian nanti. Kem selama 15 hari ni dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa 1  fasa ulangkaji bagi peringkat Intermediate dan senior , fasa 2 fasa ujian dan fasa 3 fasa medan. Kelas untuk sesi petang dibatalkan dan digantikan dengan aktiviti isi air dalam kon untuk buat penghadang dipadang kawad supaya tiada kenderaan yang boleh masuk  dan meletakkan kenderaan di padang kawad. Nanti takdak ruang pulak kami nak kawad. Petang tu jugak diadakan raptai majlis pembukaan Perkhemahan tahunan palapes darat usm. Sebelum ni tak buat pun. Mungkin sebab CI (Charge Instructor) baru kot. Pukul 5 petang ada sukan. sampai la pukul 7 pastu balik markas untuk makan malam. Malam macam biasa la akan ada roll call dan pakaian adalah PO (Plaintif Orders).

3 februari 2014
Pagi ni takda PT, sebab ada perbarisan pembukaan Latihan Kem Tahunan Palapes USM 2013. Sekejap je majlisnya kemudian terus sarapan pagi dan kelas seperti biasa. Inter kami belajar kawad kaki dan senjata. Kawad kaki kami  masih kurang memuaskan lagi walaupun dah peringkat intermediate. Mungkin sebab kami kurang serius waktu latihan. Habis kelas sebelum makan tengah hari tu kena PT lagi..adoii...penat2. lepas makan tengah hari kami sambung dengan kelas senjata LMG (Light Machinegun) dan M203 Grenade Launcher. Ulangkaji kaji ni sebab ada ujian nanti. Untuk senjata LMG kami akan diuji membuka dan memasang senjata dan juga TSM ( Tindakan serta merta). TSM ni contohnya apabila peluru tak meletup, peluru terlekat dan beberapa sebab lagi. M203 Grenade Launcher pulak kami akan diuji TSM Grenade Launcher sahaja. Kami habis kelas lambat sampai pukul 6 petang. Untuk sukan petang ni kami main futsal. Tapi aku tak main pun sebab kurang gemar.hahaha.. Habis dalam pukul 7 lebih. Kami balik bilik dulu bersiap solat maghrib dan buat hal sendiri pastu turun sebelum pukul 8 malam untuk makan malam. Lepas makan malam kami dok lepak-lepak depan MT sambil buat hal sendiri . Pukul 10 malam roll call dan lepas tu balik dan tido.

4 februari 2014
Pagi ni kami PT beg (dikenali juga sebagai pt baby). Backpack kami beg askar tu kami akan letak beban iaitu pasir yang agak berat jugak.Pasir tu yang kami gelar sebagai ''baby''. PT ni memang penat dan mencabar.huh..hari-hari PT ni aku pun tak sanggup. Macam komando la pulak rasanya.haha. perasan sekejap. Nasib baik la PT pagi ni tak banyak sangat berlari. Tapi penat tetap ada la. Lepas tu kami sambung dengan kelas peta. Baca peta ni aku memang blurr sikit sebab kelas waktu latihan tempatan aku banyak ponteng.hahaha.. Tapi waktu ulangkaji ni aku baru faham sebenar-benarnya faham. Alhamdulillah. Kalau tak  buat ulangkaji ni, entah macam mana la aku waktu diuji depan tim penguji nanti.hahaha. Geng pertama buat ambik masa sampai 3 jam lebih. Alamatnya kelas petang tu terpaksa diganti dengan kelas baca peta lagi. Aku salah sorang dari team yang pertama.hahaha. Petang tu sukan main futsal lagi, tapi aku tak main jugak. Aku pergi kat stadium tenis kat sebelah pastu aku tido celah-celah kerusi.hehehe.. bila lagi kan nak dapat peluang nak tido. jadual dah la padat.hoho. Aktiviti malam macam biasa la ada roll call. Tapi malam ni ditambah lagi satu acara iaitu minum air masak beramai-ramai yang digelar sebagai water drill. Kalau sebelum ni kena habiskan sebotol air 1.5 liter tuh, tapi yang ni cuma guna water botol tentera yang isi padunya cuma 1 liter. Itu pun dah senak perut aku dengan air. Tujuannya bukan nak ragging atau mendera, tapi sebab tubuh badan kami perlukan air yang banyak untuk aktiviti esok hari supaya tak dehidrasi. Ditambah pulak dengan cuaca yang panas sekarang nih.
meniarap je belajar peta..mudah sikit.haha

disebabkan sesi pagi aku dah buat. so, aku plak la mengajar nye

santai..rilekss

5 februari 2014
Pagi ni PT beg lagi. Dan aku tersangat penat pagi ni ditambah dengan kaki yang lenguh bebenor bila buat PT 10 (lompat bintang). hohohoi. Ini menyebabkan aku terpaksa memacat (curi tulang) la juga waktu PT . hahaha. Nak hidup dalam askar ni kena cerdik sikit. Lepas PT kami ada kelas Ilmu Medan Perang, IMP.Waktu latihan tempatan aku masih blur-blur jugak pasal IMP nih, tapi waktu ulangkaji ni aku boleh catch up jugak la,. Lepas makan tengah hari kami inter ni pergi ke Padang Meha untuk tinjau lokasi serangan ni sebab malamnya kami nak kena buat perintah TEWT dan lakaran. Balik tinjau pun dah dekat pukul 6. So, kami dah lewat untuk senamrobik petang tu. Tapi kami turun jugak la, Lepas senamrobik kami terus makan malam. Malam tu pulak kami kena siapkan perintah serangan dan lakaran untuk TEWT sebab esok dah ujian TEWT. Kami mula pukul 9 malam sampai pukul 1 lebih baru siap buat. Sepatutnya ada water drill malam tuh, tapi dikanselkan. Habis je semua tu kami terus balik bilik. Kat bilik aku tak tido lagi. Aku buat persiapan sikit untuk TEWT esok. Takut jugak aku kokap depan penguji nanti. Dah la pegawai penguji pun pangkat kapten ke atas. Maunya tak nerves aku nanti. Dalam pukul 2 baru aku tido.

gaya je lebih..entah apa yang ditinjau aku pun tak tau

aku pun sama jee..wayang je lebih.kalau yang ramai-ramai kat belakang tuh betol tengah tinjau.hahaha

TERUSKAN MEMBACA
 - FASA 2 ( UJIAN)
  -FASA 3 ( MEDAN)


No comments:

Open Cbox