Aku Cikgu Praktikum - 4 K 1

Assalamualaikum.....
Rasanya dah tiba masa untuk aku tulis entri nih. Hampir tiga bulan berlalu(nak masuk 4 bulan dah).fuhh, lama jugak tu.
Tengok tajuk pun korang dah tahu kan entri tentang apa. Yang nak baca boleh teruskan, yang taknak baca, tak payah baca. Pi tidoq. Haha.
Macam mana nak mula pun aku tak tahu sebenarnya. So, aku redah je la yer mana yang aku ingat.
Untuk kelas ni, 4k1 , aku mengajar subjek sejarah. The tak best subjek (lingkup bahasa). Blok kelas ni dekat dengan padang. Macam mana perasaan mula-mula masuk kelas ni aku dah lupa. Tapi dalam diari aku ada rasanya. Nanti la aku tengok lain. 4k1 tak ramai. Ada 15 orang semuanya. Nice number. Faveret number aku tu. Haha.
10 lelaki dan 5 perempuan. Aiman Zulkifli, Aiman Al-Qaedi, Al-Hafiz, Zakkir, Zikri, Aqhar, Iqra, Azizul, Armin dan Alif (aku tak pernah jumpa yang ni). Perempuan pula Atikah, Elly Fatihah, dan lagi tiga aku tak berapa ingat sebab lepas ujian penilaian 1 budak tiga orang ni pindah. Jadi kelas tinggal 12 orang. Sorang tu confirm tak akan datang, maknanya tinggal 11 orang je la. 9 lelaki dan 2 perempuan. 
Aku cerita overall dulu. Nanti baru aku cerita sorang-sorang. Tu pun kalau rajin laa...
Soalan yang aku terima adalah apa pandangan aku pada kelas ni waktu awal dahulu? Jawapannya aku tak bagi sampai sekarang. Sebab sebagai pendatang baru tak layak rasanya  untuk aku membuat penilaian. Jika pandangan aku tu bersifat negatif, cuba bayangkan apa yang budak-budak ni akan rasa. Mesti rasa down kan. Sebab aku dah letakkan first impression yang negatif pada depa. Langkah bijak aku fikir, yang negatif biar aku luahkan didalam hati sahaja. Yang positif aku akan kongsikan. Masih ingat pada kisah Thomas Alva Edison yang aku ceritakan dalam group whatsapp atau dalam kelas. Mana-mana je la. Aku tak berapa nak ingat plak.
Kawan-kawan aku semuanya selalu berharap dapat mengajar kelas hadapan, kelas pandai. Katanya mudah untuk mengajar berbanding kelas belakang. Tapi aku selalu kata, aku harap dapat kelas belakang. Alasan aku mudah, disitu ada cabaran dan akan menguji kemampuan aku sebagai guru. Layakkah aku bergelar seorang pendidik?? Tak sangka masin jugak mulut aku ni.
Waktu praktikum ni, aku dapat kelas hadapan, tengah dan belakang. Setiap satunya ada cabaran tersendiri. (Maaf cikgu guna istilah kelas belakang). Dan kelas 4k1 ni tak la belakang sangat. Minat untuk belajar tu agak kurang pada pendapat aku. Tak berapa nak serius. Tapi itu bukan salah depa seratus peratus. Aku selalu tekankan dalam sejarah untuk timbulkan persoalan why, when, who, where and how. Aku juga sebenarnya selalu tanya diri aku. How? Bagaimana aku hendak menarik minat depa untuk belajar?.
Pandai atau tak pandai itu bukan soalnya. Pandai tu subjektif. Aku selalu cakap kat depa, orang yang pandai bawa lori belum tentu dia pandai masak. Setiap orang ada kelebihan dan kepandaian tersendiri. Bezanya sama ada sedar atau tak saja. Peranan siapa nak sedarkan?
Aku tak banyak tekankan pada gred, kerja sekolah dan bla bla bla. Sebab apa?? Sebab aku nak depa berfikir. Belajar untuk apa? Kalau belajar untuk siapkan kerja sekolah, mudah la macam tu. Tiru je la kawan. Internet kan ada. Aku pernah sekolah dan aku paham rasanya macam mana. Kerja sekolah siap, tapi apa aku dapat??
Apa yang negatif aku dengar di bilik guru, aku abaikan. Aku terapkan yang positif pada diri aku. Tu sebab aku tak pernah nak tengking-tengking dalam kelas. Tiap orang ada pendekatan tersendiri sebagai guru walaupun ini bukanlah cita-cita aku ketika kecil. Cita-aku aku sejak kecil nak jadi pegawai tentera. Dilatih untuk membunuh. Tapi sekarang sudah lain, aku dilatih untuk mendidik. Bukan tugas mudah, dan bukan juga tugas mustahil.
Semakin hari aku rasa semakin dekat dengan kelas ni. Tambah pulak sejak buat group whatsapp kelas. Aku just be open minded la. Learn from the others. Itu yang cuba aku praktikan. Terhibur betul aku dengan gelagat depa ni dalam group whatsapp walaupun tak semua ada dalam tu. Tambah pulak si Aiman yang kuat karaoke dalam tu. Aduhai.....
Dan sekarang aku rindu semua tu. Ciss..jujurnya aku. Haha...tu sebab aku tak padam semua rekod tu. Tapi satu aku risau sangat sangat kalau something happen kat fon aku. Kena curi ka, masuk sungai, or what ever la...habis la semua tu nanti. Dan aku juga tak pernah clear chat group tu. Haha.
Dua perkara yang membuatkan aku sangat-sangat terharu. Yang pertama kelas ni bagi hadiah dan kad ucapan hari lahir. Kad ucapan atas kertas manila kad warna merah jambu yang diatasnya ada ucapan dan soalan-soalan yang buatkan aku tersenyum seorang diri. Ini kad ucapan paling besar pernah aku dapat ni.Kad ni aku simpan rapi dah. Tak nak hurai panjang sebab dah pernah tulis entri pasal ni.
Yang kedua adalah suprise kek salam perpisahan. Bukan keke saja, tepung dengan telur sekali. Hampehh..Aku memang terkedu tak tahu nak cakap apa. Aku tak pandai nak espresi muka terkejut macam dalam tv. Tapi dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Itu belum termasuk lagi dengan mata yang bergenang dah time tuh. Untuk  dua benda ni, klik la link tu. Aku dah buat entri khas dah tuh.
Waktu Ujian penilaian 1 takda sorang pun yang lulus sejarah. Subjek yang aku ajar. Apa aku buat?Marah? Tak. Tapi aku tekadkan dalam hati, sebelum aku habis latihan mengajar ni aku akan pastikan ada yang lulus daripada kelas nih. Dan Alhamdulillah, lima orang lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun. Rasa nak menitis air mata tahu keputusan tu walaupun aku bukan lagi guru yang mengajar depa. Ramai yang tunjukkan peningkatan. Jika tingkatkan usaha, pasti semua boleh lulus. Harapnya untuk exam akan datang depa dapat buat yang terbaik, untuk diri sendiri.
Sehari lepas habis praktikal rasanya, budak-budak ni datang ke rumah sewa aku. Bagi hadiah bantal. Kat bantal tu ada gambar aku dengan gambar depa last day aritu...huhu...Ya Tuhan, perasaan waktu tu tak tau nak cakap apa. Nasib gelap sikit lampu tak banyak, tak la nampak sangat mata yang bergenang nih. Tapi aku kontrol (leftenan muda kann....). Hahaha..
Antara moment lain dengan budak kelas ni........
Moto aku rosak kat sekolah. Aku tinggal kat sekolah. Nak tunda ke kedai moto depan tu aku tak pandai sangat tunda. Steve pun tak pandai. Nak tolak? Memang tak laaa....panas ooo waktu tu. Apa lagi, aku mintak tolong Aiman, balik je sekolah dia tunda dengan kawan dia ke bengkel moto kat changkat jering tu. Fuhh..nasib baik Aiman ada...haha. rumah dia dekat situ ja. Dia mai dari rumah pulak tuh...
Pasai si Aiman ni lagi, dalam minggu terakhir tu, motor aku rosak lagi. Memang menguji kesabaran betoi la motor aku di akhir praktikal nih. Nak paw aku saja. Hampeh betoi. Akibatnya terpaksa kami dua tumpang ustaz Rozian nak ke sekolah(terima kasih banyak banyak yer ustaz..huhu). Balik jer dari sekolah, nak bukak pintu pagar baru teringat kunci rumah tertinggal kat sekolah. Aduhaiii....teruk benor dah aku nih...
Pikior punya pikior akhirnya satu je la nama yang naik dalam kepala aku, Aiman!. Haha...aku whatsapp dia dan call..akhirnya dia nak tolong. Dari rumah dia ke sekolah cari kunci dan mai hantar kat aku kat rumah sewa. Aku ucap terima kasih pastu suruh dia datang bilik guru waktu sekolah esok. Niat aku nak belanja dia la. Tak mai la pulak. Apa-apa pun pertolongan Aiman ni amat aku hargai. Hahaha...Aiman, kalau hang baca ni, hang buat tak tahu ja. Hahaha..
Zakkir dengan Hafiz, pendekar dua orang ni. Aktif dalam persatuan silat cekak. Ada satu malam tu, aku dok kat beranda rumah sewa tengah marking paper, pastu dengar suara orang buat bunyi suara hantu. Takut? Hahahaa.....aku tahu ada orang nak pekena aku. So aku buat tak peduli. Petuanya mudah, kalau orang dia akan berhenti sebab give up kita tak layan. Tapi kalau hantu, mungkin akan berterusan sampai kita lari.  Hahaha. Rupanya si Hafiz dengan Zakkir. Baru balik dari sekolah atau futsal. Aku tak ingat dah. Huhu. Wish both of you succes la dalam apa diceburi. Video depa buat persembahan hari guru ada aku ambik. Nanti aku upload..huhu..
Zakkir aku pernah jumpa kat kg aku, kampung paya, sewaktu kenduri sepupu aku. Dia main kompang. Aku cam muka tapi tak berapa nak ingat nama lagi waktu tu. Haha. Dia pernah cakap, aku ada bau bau bacang dengan dia. Was was juga aku. Ye la maklumat yang dia cakap tu mungkin juga la dari blog aku. Tapi takpa, nanti tahu juga. lagi pun aku dalam proses menelusuri salasilah keluarga aku. Sekarang baru belah mak. (  keturunan negara jiran rupanya aku ni)
Armin, aku pernah jumpa dia dulu. Waktu tu baru berapa tahun ja dia. Ye la dah namanya sekampung. Abang dia aku kenal. Tapi aku lambat loading sikit. Haha
Aiman, Zakkir dan Hafiz ni pernah la juga beberapa kali kami keluar lepak malam minum minum.Zakkir pernah belanja aku makan. Cewahh...deme berkerjaya.Hahaha...
Satu yang aku tahu dari cikgu cikgu, depa ni rajin. Habis waktu sekolah kerja cari duit poket. Aku waktu sekolah rendah je merasa buat macam tu. Naik sekolah menengah pack terus tambah pulak jadi budak asrama.
Pompuan kelas ni dah tinggal dua orang, Elly dengan Atikah. Harapan cikgu untuk kome berdua, semoga saling melengkapi satu sama lain. Ye la, 2 tahun lagi nak bersama. This is not the time to destroy the memory, this is the time to create it. Haha.. terspeaking pulak dah.
Terima kasih Elly untuk perancangan suprise dan hadiah bantal semua tu. Tahniah untuk peningkatan dalam subjek sejarah. Semoga terus meningkat lagi dan konsisten.
Aiman al Qaedi, kuat melukis time periksa. Kalau yang kena salin tu, salin je  dulu. Pastu menung la lama-lama. Cuba usaha lagi.
Iqra dan Aqhar, nama yang pertama kali aku dengar. Jenuh jugak la aku terkeliru awal awal dulu. Sebab waktu tu kenal nama, tak kenal orang.
Azizul dengan Armin, dah macam ada jadual pulak untuk ponteng. Salah seorang mesti tak datang sekolah. Kadang-kadang dua dua tak datang. Iskh3......hari periksa pun boleh tak datang. Nk fon takda, kalau tak boelh buay macam Zakkir, ingat tak datang sekolah. Aku call and Whatsapp la dia. Haha...caring tak aku? Hahahah
Zikri ni rajin jugak. Tak bising sangat. Dia sangat pun tak. Aktif la dalam kelas time aku ngajar. Ok la kan..haha
Ada yang tertinggal? Takda la kot rasanya...
Dan, aku ada tulis cerita kat wattpad, kisah pasal deme ni la...tapi aku olah cara aku la. Ada realiti ada fantasi. Huhuhu..
Saja isi masa lapang sambil isi kerinduan jugak. Cewahh...
Apa lagi ek?? Hurmmm..yang lain lain ti kalau ada nanti aku edit balik.
Disebabkan guna fon, tak dapat nak upload gambar banyak beserta kapsyen. Akan dilakukan nanti yer.huhu..
Ini saja la kot rasanya.....semoga bertemu lagi di lain waktu.huhu..
Post a Comment
Open Cbox