Nasi berlaukkan Garam dan Berkuahkan Minyak Goreng Ikan

Assalamualaikum...

Niat dihati tu dah lama ada untuk tulis tentang kisah nih. In Shaa Allah kali ni aku akan cerita sepertimana tajuk di atas. Mesti anda dapat bayangkan macam mana kan. Tahu apa itu garam? Minyak goreng ikan?. Mesti la tahu kan.Tapi, pernahkan anda rasa makan nasi bersama garam dan minyak goreng ikan??? Rasanya mesti tak pernah kan?. Paling tidak pun tengok dalam rancangan Bersamamu di tv3.

Apa yang aku nak kongsikan ni adalah pengalaman yang pernah aku lalui dalam hidup aku suatu ketika dulu. Aku bukan hidup dalam zaman jepun ye. Waktu tu mak aku pun tak lahir lagi.huhuhu. Aku hidup dalam zaman yang serba moden, walaupun aku tak menikmati kemodenan tersebut.

Berbalik pada cerita tadi, bukan sehari dua aku makan nasi berlaukkan garam, tapi berminggu juga. Waktu tu, hanya itu pilihan yang kami ada. Demi mengisi perut, kami jamah jua. Rasanya takla teruk sangat. Sedap la jugak.hehehe

Adik beradik kami ramai. Nak beli lauk memang tak mampu. Cuma kadang-kadang je kami beli bila ada duit. Beras pun sumbangan orang. Merasa jugak la minum milo waktu tuh. Nak makan ayam? makan ayam kampung je la yang kami bela.

Bila ada kenduri kat kampung aku mesti akan pergi dan makan banyak-banyak.ye la, bila lagi kan nak dapat makan lauk yang menarik macam tuh. (mungkin faktor ni la kot badan aku agak berisi dulu.hehehe). Waktu aku budak-budak lagi. Kehidupan kami macam tu dari aku lahir hingga aku tahun 6. Maknanya samapai umur aku 12 tahun. Walaupun budak lagi waktu, tapi aku faham dengan kesusahan yang dihadapi keluarga kami. Sebab tu waktu kecik aku cari siput sedut kat sungai untuk jual, panjat pokok manggis dan banyak lagi.

Mak pula buat macam-macam kerja semata-mata nak sara kami sekeluarga. Mak tanam sayur keliling rumah, ambik upah atur asam keping dan banyak lagi. Bila nak makan ikan kami akan cari kat sungai. Kadang-kadang satu family turun sungai tangkap ikan. seronok sangat waktu tu..

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku yakin dengan pepatah nih. Alhamdulillah, jika dulu nak dapat makan pun susah, sekarang Tuhan balas dengan memberikan pekerjaan sebagai tukang masak di dewan makan asrama. Bila difikirkan balik, semua yang aku dan keluarga aku lalui dulu, sememangnya telah membentuk diri kami masa sekarang. Tak makan sehari? kami masih boleh tahan tahan sebab kami pernah lalui kesusahan suatu ketika dulu. Kesusahan tu telah membuatkan kami kuat dan tabah untuk mengharungi hari yang mendatang dan menjadikan kami lebih bersyukur.
Pengalaman hidup susah memang sukar tapi indah bila kita berjaya hadapinya. Sebab ianya menjadikan kita insan yang lebih menghargai.

Kesusahan tu jugak menjadi motivasi untuk aku dalam pelajaran. Walaupun bukanlah pelajar cemerlang, tapi aku dapat 2A dalam UPSR. Satu pencapaian terbaik bagi aku yang serba kekurangan dalam segala benda. Buku rujukan aku hanyalah kertas-kertas periksa terdahulu yang akukumpul dan sebuah buku contoh karangan dan dan nak hancur. Buku tu pun diambil daripada jiran yang hendak membakarnya. Waktu dapat keputusan UPSR, aku lah yang paling gembira. Memang aku tak dapat 5A, tapi aku gembira sebab tengok mak aku gembira.

Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk Universiti.Sekarang aku tak pernah dah rasa makan nasi berlaukkan garam dan minyak ikan. Sememangnya pengalaman hidup mematangkan kita.

Aku sekadar berkongsi sebab pengalaman hidup manusia itu berbeza.

No comments:

Open Cbox