AKU DAN CITA-CITA

Setiap orang ada impian dan cita-cita,termasuklah aku.Sejak di darjah satu,aku selalu tulis dalam kad biru (kad rekod pelajar kalau tak silap aku la) bahagian cita-cita:
1.tentera(askar)
2.polis
3.bomba
inilah yang akan aku isi di bahagian cita-cita aku sehinggalah aku di tingkatan 6 atas.Tapi kini setelah aku tamat belajar tingkatan 6,aku sedar,bahawa cita-cita aku itu tidak mungkin menjadi kenyataan.Aku ingin menjadi seorang pegawai tentera.Ketika habis SPM,aku memohon untuk kursus asasi di UPNM.iaitu universiti impian aku.aku tidak layak.keputusan SPM aku tidak berapa baik.aku cuba lagi untuk lepasan STPM  pula.Malangnya aku tetap tidak layak.walaupun keputusan STPM aku ok.Permohonan aku ditolak bukan disebabkan fizikal yang tidak menepati syarat.Tetapi disebabkan aku mendapat gred 'E' dalam BAHASA INGGERIS  dalam SPM 2009.Memang mengecewakan.
    Kini,pilihan kedua aku ialah menjadi seorang guru. namun begitu jauh disudut hati aku masih tersisa harapan untuk bergelar seorang pegawai tentera suatu hari nanti.
dibawah ini aku postkan gambar-gambar kenangan aku semasa menyertai badan beruniform Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) (DARAT)




pkbm darat, 4rs, menembak, kawad kaki, kem ipoh, rentas halangan, pertubuhan kadet bersatu malaysia
Ketika di kem askar di ipoh,perak.



gambar ketika sesi latihan menembak di kem PGA,Pengkalan Hulu,perak.

di sekolah.sebelum bertolak ke ipoh.sementara menanti ketibaan trak askar

di kem kuala rui.gerik .perak

ketika hari sukan sekolah tahun 2009.

#bnyak lagi gambo yg lain..akan di upload kemudian..


acara yang pernah aku masuk?? hehehe..peringkat negeri aku masuk acara rentas halangan dengan kwad kaki dan kawad senjata..menembak aku tak masuk ..n pandu arah pun tak masuk sebab aku lebih minat acara rentas halangan..lagipun tak boleh nak masuk banyak sangt..lari fokus plak nanti...bertuah la sekarang kadet pkbm kat sekolah dah pakai loreng.aku dulu waktu peringkat kebangsaan je baru dapat pakai..bangga gila dapat pakai no 5 tu..hehehe...

pengalaman terindah dalam PKBM ialah ketika mewakili negeri perak ke perkhemahan PKBM  D,L.&U peringkat kebangsaan di Kluang,johor pada tahun tahun 2008.aku menyertai acara merentas halangan dan berjaya memperolehi tempat ketiga di belakang kuala lumpur dan tuan rumah,johor.secara keseluruhan perak mendapat tempat kedua.


bergambar kenangan selepas selesai menduduki ujian MEdSI di smk teknik gerik.salah 
satu ujian yang perlu aku lalui sebagai syarat untuk menggapai cita-cita aku menjadi seorang guru.

No comments:

Open Cbox