Kisah seorang ayah dan laptop

ASSALAMUALAIKUM

Kisah ini aku ambil di facebook dan aku kongsikan disini untuk tatapan dan renungan kita bersama. Kisah ini benar-benar menyentuh hati aku.

Ada seorang bapa datang ke kedai melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, ''Pak cik, Laptop....'' dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, ''nak beli untuk anak ker?''. ''ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop mana yang ok? '' Aku mengesyorkan barangan seperti biasa - biasanya aku mengesorkan yang paling murah. ''Kalau nak yang bagus mahal pak cik, tapi kalau setakat nak buat belajar yang ni lah - Samsung - seribu seratus lebih je.....''. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut ''nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni....''.- Pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja. Kebetulan, aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anak perempuannya. '' yang mana ya yang hari tu, ada lagi tak?''. '' Yang ni samsung haritu, tapi yang ni stok baru - harga sama je'', aku menyambut soalannya. Dia bertanya kepada anaknya,''yang ini ok ke dik?''-''ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah...''. Jawabnya dengan muka yang kurang berpuas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. '' Yang acer ni tak boleh ke ayah?'', ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, ''yang acer ni berapa boleh murah lagi?''.-'' Yang tu tak dapat dah pak cik,..Dah harga kos dah tuh...''aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, '' Dik, nak laptop untuk belajar kan...Rasanya kalau untuk belajar - yang ni lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat- warenti setahun''. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar  aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. '' Oklah, yang ini.''. Jawab anaknya.
Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display'- aku terpandang bapanya  yang mengira duit untuk membayar- aku nampak dompetnya kosong- habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, ''cukup duit tadi dik?'' - '' Cukup, terima kasih ya.....''. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan air mata mengira duit yang diberikan- RM1,RM5,RM10 dan sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan. Aku geram kepada anaknya - seperti tidak tahu ayahnya bagaimana- hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal- awal pada aku, aku nampak air mukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

# Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibu bapa kudan rahmatilah mereka sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amiin.
-TAMAT-

Bila terbaca kisah ni, tiba-tiba aku teringat waktu nak masuk universiti aritu. Aku dah pergi survey harga laptop, dan aku tengok harga yang paling murah, itupun rm1xxx jugak. hampir seminggu aku fikir, macam mana nak cerita kat mak aku? di universiti laptop memang satu keperluan untuk pelbagai perkara terutamanya assigment. Aku faham keadaan ekonomi keluarga aku. Nak kena tanggung adik yang lain sekolah lagi. Tu sebab aku segan sangat nak mintak duit kat mak aku. Sebab 1k tu bukanlah jumlah yang sedikit bagi keluarga aku. Akhirnya aku nekad juga cerita kat emak aku. Dan Alhamdulillah, mak bagi. Aku tahu kenapa mak aku tak keberatan nak bagi walaupun banyak lagi perkara lain yang perlukan duit. Aku yakin sangat sebabnya aku anak pertama dalam family yang dapat masuk universiti. Ibu mana yang tak gembira kan? Mak aku pun macam si ayah dalam kisah di atas juga, mahukan anaknya berjaya, cuba sedaya upaya memenuhi keperluan anaknya dengan harapan suatu hari nanti anaknya dapat menjadi orang yang berjaya. 

...Kasih ibu dan ayah tiada tandingnya...

No comments:

Open Cbox