Cuti Pertengahan Semester Yang Berbeza

Assalamualaikum,.
**sekadar gambar hiasan

Baru rasa nak update blog, bukan takda idea tapi takda mood. Final exam dah habis untuk semester 3. Alhamdulillah aku berjaya menjawab semua paper walau kuliah/tutor aku gagal hadiri semuanya. haha. Aku tak jangka apa-apa dari keputusan exam kali ni cuma harap dapat lebih baik dari sebelumnya. Tu aje.

Sebenarnya bukanlah aku nak cakap tentang exam, tapi tentang pengisian waktu cuti aku sebenarnya. Aku memang tak rancang apa-apa aktiviti untuk cuti kali nih. Sebab?? Aku takda mood. mudah kan. mood sememangnya mempengaruhi tingkah-laku seseorang.

Aku hanya ada masa cuti tambah tolak dalam 3 minggu je. Sepatutnya cuti midsem ni sebulan lebih. Tapi disebabkan aku seorang kadet PALAPES, cuti adalah perkara yang termasuk dalam pengorbanan aku. Aku ada latihan kem tahunan 2 minggu. Pasal palapes dan kem tu nanti je la aku cerita ye.

Berbalik pada bab cuti tadi, cuti kali ni memang berbeza. Kenapa? Sebab aku dan dua orang adik aku je yang ada kat rumah. Kak dengan abang ipar aku serta anak buah aku si Firqan tu pergi tolong mak aku kat tempat kerja kat SK RPS BANUN. Tapi tak lama la, sampai hujung bulan satu ni je sebab aku dah nak kena lapor diri dah awal bulan dua kat U.

Disebabkan kami hanya tinggal bertiga, maknanya aku lah mak, akulah ayah, akulah abang pada adik-adik aku. Belanja rumah tu ada la ditinggalkan kat aku sikit. Memang sikit betul! Maklumlah, awal tahun la katakan, banyak nak guna belanja, adik yang sekolah tuh macam-macam keperluan nak kena beli. Yang mana barang boleh guna yang tahun lepas guna je dulu, jimat. Tapi macam yuran tuh takkan nak guna yang bayar tahun lepas kot? haha.

Awal tahun 2014 memang mencabar dan menduga aku. Pelbagai cabaran mendatang.huh!. Sebenarnya sejak menjejakkan kaki ke menara gading nih tiap kali balik rumah aku dah jarang menjejakkan aki ke dapur untuk masak. Untuk makan sememangnya la. hahaha.

Menu apa aku masak agaknye yer? Maklumlah, insan bernama lelaki la katakan. Selain menggoreng, aku bolehlah jugak buat tom yam, masak rebus, tumis-tumis sayur, sup sayur, masak merah, kari dan beberapa lagi la. So, kiranya ada pelbagai la jugak menu untuk adik aku berdua ni yang sorang sekolah menengah dan sorang lagi sekolah rendah.

Masak lemak tu aku tak berapa nak yakin la. Tak berani lagi nak buat, takut membazir bahan. Nak cerita pasal masak-memasak dulu yer. Kalau masak tempoyak tu aku reti la. Aritu sebuk-sebuk kat dapur mengacau mak masak, mak ajar la sikit. Yang lain tuh tak berapa pandai lagi. Kalau masak merah boleh je.. Tadi dah mancing ikan keli dalam kolam belakang rumah, bolehlah buat buat lauk. Nak masak apa? belum fikir lagi, cuma cadang nak buat bakar je esok biar lain sikit menunya.huhu

Kadang-kadang bila malas datang bertandang, aku suruh je la adik bongsu pompuan aku tu yang masak. Pandai jugak la dia masak.huhu. Belajar sikit-sikit, lama-lama pandai la. Pagi dua-dua pergi sekolah, so aku dengan aktiviti aku la tengok tv. Aku dah kata aritu sebelum cuti yang aku akan manfaatkan cuti aku untuk tengok tv sepuasnya.hahaha..Maklumlah kat U tak sempat nak tengok tv.

Satu pengalaman yang menarik bagi aku sebenarnya. Dapat jugak menguji diri aku nak manage segala benda walaupun kekadang berterabur jugak.hahaha. Cuti pun dah nak habis, tinggal kurang daeri seminggu je lagi. Esok atau lusa cadangnya nak mengemas rumah dan bermula dari bahagian feveret aku, dapur!. haha. Eksesais la sikit kiranya tuh.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa dah sebab jam pun dah dekat 6 pagi. Gambar-gambar masakan dan lagi segala benda tuh aku tak ambil pun. Tengoklah esok kalau terajin. Yang pasti aku akan nikmati sepenuhnya cutinya walau hati teramat sangat merindui sesuatu yang terpaksa aku tahan dan mungkin lupakan. itu je la kot. bhai .

No comments:

Open Cbox