Kata Aku - Air Mata Lelaki

Assalamualaikum

 Idea untuk menulis entri ni timbul secara tidak sengaja. Sedang aku berbalas sms dengan seorang kawan, tiba-tiba terlintas di fikiran aku, apa pandangan seorang perempuan terhadap lelaki yang menumpahkan air matanya (menangis)??. Memandangkan kawan aku tu pun perempuan, aku pun tanya la soalan tu kat dia. Terkejut dia bila aku tanya.

Ada la beberapa deret jawapan yang dia bagi. Ada yang aku dah jangka dan ada jugak yang tak dijangka dia akan cakap. Untuk tulis entri ni, aku pun buat la sikit carian di google tentang lelaki yang menangis nih. Macam-macam pandangan yang diutarakan. Lelaki bergaduh sebab perempuan kita biasa dengar kan?  dah namanya pun lelaki, dan lelaki menangis sebab perempuan pun biasa jugak sebenarnya. Perempuan ni tak semestinya awek, teman wanita, atau kekasih yang berkaitan hubungan cinta je. Boleh jadi jugak sahabat karib perempuan yang dah kenal dari kecik lagi meninggal dunia, mestila menangis kan lelaki tu.
ni berlakon je
Lelaki juga akan menangis bila ahli keluarga atau orang terdekatnya ditimpa musibah, lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya meninggal. Kehilangan orang tersayang mampu melenyapkan ego lelaki yang menggunung kerana lelaki juga manusia yang mengerti akan suatu kehilangan. Biasakan kita lihat di rumah dan di kubur ketika ada kematian, lelaki juga menangis dan kebiasaannya lelaki akan memakai cermin mata warna hitam.

Lelaki, kecik, besar, tua, muda semuanya ada perasaan. Waktu sedih, lelaki yang tak menangis bukanlah sebab dia ego, tetapi dia berusaha menyembunyikan kesedihan itu. Tapi, kadang kala dia tak mampu. Aku juga pernah alami perasaan seperti ini dan aku amat memahaminya. Perpisahan sesuatu yang amat menyedihkan. Sewaktu sekolah rendah ketika guru akan bertukar ke sekolah lain, aku pasti sedih dan mengalir air mata. Akibatnya, aku lari menyorok dalam tandas sekolah sampai dah ok balik. Memang aku sedih bila ada guru yang pindah. Waktu sekolah menengah pun sama juga. Ada seorang guru wanita ni baik sangat dengan aku. Takla muda sangat dan agak berusia. Dia selalu ambik berat pasal pelajar-pelajar dia. Pernah sekali dia bagi aku sehelai kain pelekat. Aku memang sayang sangat kain tu. Tapi apakan daya, kain tu hilang kat asrama. Aku tak tahu macam mana boleh hilang. Lama jugak aku cari tapi tetap tak jumpa dan aku masih berharap untuk menjumpainya. Cikgu ni kami semua panggil dia mama. Aku tingkatan enam waktu dia pindah. Dan pagi tu kat tapak perhimpunan dia pun nangis sambil bagi ucapan. Aku yang dah berlinang air mata ni terus lari masuk dalam bilik pengawas. Sedih sangat rasanya waktu tu.huhuhu

Ada juga blogger yang nyatakan sebab lelaki menagis adalah kesedihan ketika sesi bermaaf-maafan. Tak dinafikan.Maklumlah, bila terkenang kembali dosa-dosa terhadap kawan-kawan kan sambil mintak maaf tuh, sebak la jugak.
Tapi ada je yang steady je. Bagi aku yang steady nih mereka tak menghayati pengertian memohon maaf tuh sendiri. Biasanya sesi bermaafan ni ialah dengan ibu bapa dan kawan-kawan di hari raya. Selain tu, kat sekolah pun ada jugak iaitu waktu majlis mohon restu nak exam PMR, SPM, & STPM. Kalau yang pernah tinggal di asrama ketika zaman persekolahan pasti pernah merasai kan pengalaman ketika sesi bermaafan sesama penghuni asrama yang diadakan pada malam terakhir di asrama sebelum cuti panjang akhir tahun.

Aku pun pernah rasai jugak dan akan aku kongsikan disini. Pengalaman aku dulu waktu tingkatan enam dan aku sebagai ketua umum asrama waktu tuh. Malam tuh ada sesi bermafaan di buat kat surau selepas solat maghrib. Waktu salam-salam aku masih boleh kawal lagi dan buat macam takda apa-apa. Lepas tuh , aku kumpulkan budak form 1 nak tangkap gambar, almaklumlah, buat kenangan. Bila dah kumpul ramai-ramai tu aku perasan ada sesetengah yang mata merah dan berair. Waktu tengah cakap kat budak-budak tu suara aku dah lain dan.....terus aku suruh ambil gambar cepat-cepat. Aku dok barisan belakang. Ternyata aku tak kuat. Tumpah juga air mata aku malam tu. Kali pertama di asrama sepanjang 6 tahun. Budak-budak tu pun dah teresak-esak dan makin kuat plak tuh, tak tahan sangat aku keluar surau dan balik ke blok.Tenangkan diri la kononnya. Dah tak terfikir malu dah depan budak-budak waktu tu. Yang pasti aku sedih sangat waktu tu. Aku ada sebab aku menangis dan budak-budak tu pun ada sebab mereka jugak. Bak kata kawan aku, lelaki akan menangis jika sesuatu itu telampau menyentuh perasaan dia dan lelaki menangis pasti bersebab dan bukannya sebab cerita hindustan atau korea.

Malam tu adalah malam terakhir sebelum semua budak asrama balik kampung untuk cuti akhir tahun dan aku akan meneruskan perjuangan peperiksaan STPM aku. Maknanya, setelah 6 tahun tinggal di asrama aku takkan kembali lagi. Kemeriahan, keseronokkan, suka duka di asrama suka hendak digambarkan. Sebab itu aku tanpa segan silu menangis. Sambung yang tadi balik, lepas agak tenang sikit, aku turun kembali ke surau dan aku terlepas beberapa sesi bergambar. Sedih jugak bila difikirkan. Kat surau tu aku hanya duduk bersandar kat dinding dengan budak-budak tu dan sembang-sembang. Kenapa form 1? sebabnya kami geng form 6 yang dalam 6 orng je ni suka buli budak-budak nih. Jangan fikir negatif pulak, buli kami bukannya sepak terajang semua tuh, iskh3.
Malas nak cerita sini,, nanti-nanti la ye..Disebabkan itulah membuatkan kami semakin rapat. Ternyata perpisahan tu bukanlah sesuatu yang diingini. Tapi hakikatnya pasti. Mungkin, waktu tu budak-budak ni masih peringkat peralihan menuju dewasa dan sememangnya emosi dan jiwa mereka mudah terganggu. Aku studi dalam bidang perguruan dan ada subjek tentang nih, barulah aku faham sekarang.
Harith (baju kuning) ingat lagi aku pernah suruh dia nyanyi lagu negaraku depan blok waktu malam.he3.Jahatnya aku.
Tapi dia baik dan ceria orangnya. syukur dapat mengenalinya.
(*kalau perasan mata aku agak kemerahan.hahaha)

Sebenarnya, bukanlah kesedihan sahaja yang membuatkan lelaki menagis. Lelaki juga boleh menitiskan air mata apabila terlalu gembira. Contohnya ada banyak, antaranya dapat membuatkan ibu bapanya gembira dan banyak lagi contoh lain yang boleh anda bayangkan.

Banyak lagi sebab lain yang membuatkan lelaki menitiskan air matanya. Coretannya ini hanyalah cebisan yang dikaitkan dengan pengalaman aku sendiri. Kata kawan aku lagi, lelaki menangis adalah normal.


himpunan gambar-gambar mereka yang mewarna-warnikan kehidupan aku di asrama. 
##Bila dikenangkan kembali, keadaan itu tak mungkin kembali...kerana itu, aku amat menghargainya..Terima kasih semua.


No comments:

Open Cbox