HKN 210 - Kesusasteraan Tradisional Nusantara

Contoh soalan peperiksaan sebenar 

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Semester Pertama
Sidang Akademik 2103/2014

HKN 210-KESUSASTERAAN TRADISIONAL NUSANTARA

Disember 2013/Januari 2014

Masa : 3 Jam

Arahan : Jawab 2 soalan  dari bahagian A dan 2 soalan dari bahagian B.

Bahagian A


1. Hasil-hasil kesusasteraan Melayu tradisional membentuk sebahagian daripada dokumen sosiobudaya bagi masyarakat Melayu. Dengan memilih contoh-contoh karya yang bersesuaian, kemukakan hujah-hujah anda tentang ciri-ciri khas hasil-hasil kesusasteraan yang boleh diterima sebagai dokumen sosiobudaya.  (100 markah)

2. ''Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah, muafakat dengan sekalian menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya tetap adat negeri ini, janganlah berubah-rubah. Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke negeri ini, maka ramailah, tatkala ramai maka isi negeri pun jadi makmurlah'' (Undang-Undang Kedah).

Bincangkan petikan di atas dalam konteks hubunganya dengan prinsip-prinsip asas penggubalan undang-undang adat Melayu pada masa silam. (100 markah)


3. Dalam Undang-Undang Kedah, terdapat peraturan agar rakyat mematuhi undang-undang walaupun peraturan ini mengandungi unsur-unsur kekerasan yang sangat ketara. Sejauh manakah peraturan tersebut selaras dengan asas-asas pembentukan undang-undang adat Melayu dan penerimaan masyarakat terhadapnya? Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang bersesuaian. (100 markah)

4. Dalam Taj al-Salatin, terdapat pernyataan ''Hilang daulat daripada sebab aniaya.'' Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang Taj al-Salatin dengan pernyataan ini? Kemudian bahaskan kewajaran pernyataan tersebut dalam konteks pembentukkan ciri-ciri keperibadian seorang raja atau pemimpin negara terhadap rakyatnya. (100 markah)


Bahagian B.

5. Karya kesusasteraan bercorak sejarah mempunyai ciri-ciri yang khusus. Berdasarkan contoh-contoh karya yang sesuai, jelaskan bagaimana ciri-ciri berkenaan mampu mengangkat golongan raja dan negara kota dalam karya-karya tersebut. (100 markah)

6. ''Suatu unsur yang menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa karya agung ialah kehandalan pengarangnya, seorang pujangga tidak bernama dari istana Kedah, menggemblengkan kedua-dua unsur mitos dan realiti sejarah dalam penulisannya'' (Siti Halwa Haji Salleh, 1998).

Berdasarkan pernyataan dia atas, bincangkan secara kritis jalinan mitos dan realiti tersebut berdasarkan contoh-contoh dalam Hikayat Merong Mahawangsa. (100 markah)

7. W. J Ong (1990) mengatakan teks sastera lisan sering mempamerkan perulangan dan persamaan dalam struktur penceritaannya. Dengan contoh - contoh yang sesuai, jelaskan dua faktor yang mewujudkan keadaan tersebut.(100 markah)

8. Terdapat pelbagai motif dalam naratif sastera lisan di Nusantara. Secara perbandingan, analisis motif sumpahan yang terdapat dalam legenda ''Mahsuri'' dan legenda ''Puteri Sa'adong''. 
(100 markah)


No comments:

Open Cbox