Cabaran Seorang Guru di Era Moden




sumber: facebook

Kalau tengok tajuk pun anda semua dah tahu kan apa yang aku nak tulis apatah lagi tengok gambar tuh. Aku tertarik dengan ayat dalam gambar ni yang aku yakin petikan dari sebuah  ahkbar. Aku tertarik nak tulis tentang ni sebab aku pun suatu hari nanti bakal bergelar seorang guru. In Shaa Allah. Jadi sebarang isu yang berkaitan dengan perguruan secara automatik aku lebih peka.

Tersentap juga aku baca mesej dari seorang bapa/ibu di atas tuh. Dunia sekarang terlampau mencabar terutamanya bagi seorang pendidik. Ponteng sekolah meningkat, sapa yang salah? guru! jenayah, keruntuhan akhlak, gejala sosial yang semakin membimbangkan sekarang ni, siapa yang salah? guru!! Guru tak berkualiti, tak jalankan tugas dengan betul dan berbagai-bagai lagi. Seperti yang anda dapat baca diatas, ibu / bapa tersebut melarang guru mengambil tindakan terhadap salah laku anak mereka, ditambah pula dengan ugutan tindakan undang-undang. Adakah ibu / bapa tersebut dahulunya dilakukan perkara yang sama oleh ayah dan ibunya??

Aku sangat sokong dengan kenyatan 'MAKMODEN'. Kalau dah tak mahu anak buat kerja sekolah, lebih baik jangan hantar anak ke sekolah. Tujuan hantar anak-anak ke sekolah adalah untuk mereka belajar. Belajar bukan hanya tentang buku dan peperiksaan serta gred yang baik tapi turut melibatkan aspek-aspek lain seperti ahlak, nilai-nilai murni dan sebagainya. Anak-anak  sekarang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Lihatlah kesannya di masa yang akan datang. Menyesal pun tak ada gunanya nanti.

Sudah menjadi tren pula kini, ibu bapa saman guru. Jika dahulu ibu bapa begitu menghormati dan menghargai guru,tapi sikap sedemikian semakin terhakis seiring arus kemodenan dan globalisasi. Mungkin anda pernah dengar dialog begini '' Cikgu rotan dan pukulah anak saya ni kalau dia buat salah, cuma jangan sampai patah riuk ja''.... Rasanya tiada lagi ibu bapa yang akan mengucapakan kata-kata sebegini. Jika ada pun, terlalu sedikit.

Walaupun profession perguruan telah diangkat sebagi sebuah kerjaya profesional, namun terdapat beberapa perkara dan dasar yang dilakukan oleh kerajaan agak mengecewakan. Contohnya kerajaan telah mengehadkan pengambilan graduan guru terlatih lepasan IPTA yang menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan bidang pendidikan mencecah puluhan ribu menanti untuk dihantar mengajar (posting). Masalah ini tidak mungkin berlaku atau akan berkurangan jika kerajaan tidak menaikkan had umur bersara kakitangan kerajaan.

 Sumbangan guru begitu besar sebenarnya terhadap sesebuah negara bahkan sesebuah tamadun manusia itu sejak zaman-berzaman. Jika kita kaji dan teliti, kebanyakkan tamadun manusia terdahulu yang maju adalah tamadun yang mengutamakan pendidikan terhadap rakyatnya. Disini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang guru.

Bukan berniat menemplak kerajaan atau mana-mana pihak, tapi cuba lihat kembali, semakin hari semakin meningkat kes pelajar melawan guru, guru ditumbuk oleh pelajar, bahkan turut diugut! Adakah ini disebabkan kebanyakkan guru-guru yang mengajar adalah guru yang agak berusia? sehinggakan pelajar berani melakukan perkara seperti itu. Alasan untuk meningkatkan had usia persaraan kerana mereka lebih berpengalaman. Bagaimana dengan golongan muda yang tidak diberi peluang atau dihadkan peluang pekerjaan terutamanya dalam profession perguruan? Guru muda kurang berpengalaman atau guru kurang pengalaman atau tidak berkualiti. Biasa kita dengar kata-kata ini. Tapi cuba renungkan balik. Dari mana pengalaman ini hendak diperoleh jika tidak diberi peluang?

Tugas guru semakin hari semakin mencabar. Sebab itu kerjaya guru dipandang mulia. Guru hanya mahu memberikan yang terbaik kepada anak muridnya. Kejayaan anak muridnya adalah kejayaannya juga. Bukan balasan yang diharapkan, cukuplah sekadar dapat melahir seorang insan yang dapat membangunkan negara ini kelak.



RENUNGAN BERSAMA..
buatlah pentaksiran anda sendiri..



jika tidak ditegur, apa akan jadi suatu hari nanti?


nampak remeh, tapi perlu dipandang serius.
mungkin inilah jawapan yang akan dijawab oleh pelajar yang tak buat kerja sekolah. Mesti mak bapak budak ni bangga sangat dengan anak dia.

''generasi cemerlang''... realiti masa kini..


* Sekadar pandangan dan dan pendapat. anda berhak memberikan pandangan anda sendiri

No comments:

Open Cbox