Asslamualaikum.
akhirnya aku update jugak blog ni. mungkin ni masanya untuk update sebab kau rasa ak dah cukup kuat untuk menulis. Entry kali ni aku nak cerita dan luahkan tentang suatu peristiwa bersejarah yang telah berlaku dalam keluarga aku.
21/7/2013 bersamaan 12 Ramadhan
menjadi satu tarikh yang mendukakan dalam hidup aku. pada hari tersebut aku telah kehilangan seorang ibu saudara yang telah dijemput Allah kembali ke rahmatullah. Bagi mereka yang l lain dia mungkin cuma seorang ibu saudara tapi tidak bagi kami sekeluarga..dia tinggal bersama kami bertahun lamanya. mengasuh adik aku hingga tahun 6, menjaga makan minum adik-adikku yang lain saat emak ku keluar bekerja. waktu aku sekolah, dia yang menghantar aku ke asrama, ambik aku dari asrama, tak kira siang malam, hujan panas..ketika itu aku hanya mampu menanam azam suatu hari nanti bila aku sudah bekerja akan aku balas jasa dia walaupun untuk balas semuanya memang aku tak termampu. cukuplah sekadar menunjukkan yang aku menghargai dia.
kali terakhir aku lihat dia sihat sebelum ke usm. bila aku pulang cuti sem, dia dah sakit. sakit tulang belakang yang selalu jugak diadukan kepada aku sewaktu aku di usm.. melihat keadaan dia saat itu hatiku pilu. tubuhnya semakin susut. pergerakannya terbatas. risiko yang dinyatakan oleh doktor bahawa dia akan lumpuh seumur hidup andai tidak dibedah dengan segera. tapi dah terlambat sebenarnya. tulang belakangnya telah reput. seminggu sebelum dia pergi, aku membantu mengangkat dia naik kereta untuk ke hospital. itulah kali terakhir aku melihat dia masih bernyawa. mengikut perkiraan sewaktu dirawat di hospital taiping, giliran aku yang menjaganya di hospital pada 21 haribulan tersebut.tapi, aku terkilan, dia pergi lebih awal kira-kira jam 4.40 pagi itu.
Aku bukan berputus harap atau tidak yakin dengan dengan kuasa Tuhan, tapi sejak kali pertama melihat keadaan dia sewaktu sedang sakit, aku tahu aku akan kehilangannya suatu hari nanti. aku cuba untuk menguatkan diri aku sekuat mungkin untuk menghadapi saat kehilangan itu. disebabkan kami telah lama tinggal bersama, setiap perkara, setiap benda dalam rumah aku mengingatkan aku kepada dia.
sedih aku lihat adik aku asyik tidur je waktu petang apabila balik dari sekolah. aku paham sebab adik aku yang bongsu tu paling rapat dengan dia. waktu sakit pun dia masih ingatkan aku supaya kejut adik awal nanti pegi sekolah. takut lewat...
kakak ipar aku ada bagi kain pasang kat dia untuk dibuat baju raya, tapi dia kata '' entah la sempat raya ke tak tahun ni''...dia pernah kata yang dia syukur dan gembira sangat sampai keluar air mata sebab aku dapat masuk universiti. tapi aku terkilan sebab dia tak sempat pergi usm hantar atau melawat aku. raya tahun ni pasti suram sebab selalunya dia yang akan buat lemang.
khidmat terakhir aku untuk dia adalah mengangkat dia ke tempat memandikan jenazah. bergenang airmata ketika melihat wajah dia. seolah-olah masih tak percaya yang dia telah pergi buat selamanya. dia tak berkahwin. kami dan dia dah bagai adik beradik. dia macam kak sulung kami. pahit untuk diterima, tapi hakikat tetap hakikat. itulah takdir untuk dia. dia dah takda. aku ke kubur ketika jenazah telah selamat dikebumikan. sekadar ziarah kali terakhir dan juga untuk tahu tempat persinggahan terakhirnya supaya mudah untuk aku menziarahinya nanti.
sebenarnya selain daripada sakit tulang belakang, ketika dihantar ke hospital, arwah disahkan menghidap barah payudara tahap 3. sel kanser dah merebak 90% ke seluruh badan.kami semua baru tahu.semua terkejut. kami tak tahu sama ada arwah sengaja merahsiakannya atau sememangnya arwah tak tahu tentang kanser tersebut.
Doaku, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
terima kasih untuk segalanya.
Dalam kenangan.
Siti Safiah Binti Zani
setiap yang hidup pasti akan mati,
cara dan waktu sahaja yang berbeza
kehilangan ketiga selepas arwah pak lang dan opah di taiping bulan lepas....
No comments:
Post a Comment