AKU DAN KAMPUNGKU......

Assalamualaikum...alhamdulillah,berkesempatan juga aku update blog ni,setelah lama tertunda.kali ini aku nak cerita la sikit pasal kampung halamanku di changkat jering,taiping perak.setelah hampir sepuluih tahun tidak balik ke kampung,akhirnya raya ke -5 tahun ni aku balik juga,aku je pun yang tak balik lagi.family aku semua dah balik sebelum ni.
banyak yang berubah,secara tidak langsung memadamkan segala kenangan zaman kanak-kanak aku di kampung paya,kampung ku.
sepangjang menetap di sana sehingga umur 12 tahun,pelbagai kenangan pahit manis yang terpahat  teguh di minda.
kawan-kawan? entahla...sorang pun tak jumpa...maklumlah,balik pun sekejap saja,mana la sempat nak g explore satu kampung.




kampung paya, taiping,
gelanggang badminton..tempat aku main ''hoki''.guna batang kayu ubi,bolanya pula tin yang dikemekkan.best..hahhaha

jambatan di sungai tepi surau dan kedai.tempat mandi2 ngan kengkawan.kekadang kami ponteng sekolah rakyat(sekolah  agama),pastu kami men sungai ni.air pun dah cetek.

ini pula sekolah rakyat.hanya ada dua kelas.1 kelas untuk darjah 1-3.satu kelas lagi untuk
darjah 4-6.tenaga pengajar hanya dua orang.




surau.baru buat ni.surau lama dah dirobohkan..tepi tu kedai.belakang surau tu pulak sekolah rakyat.
masa kecik2 dulu selalu berebut dengan kawan2 nak azan kat surau waktu maghrib.



sungai di jambatan



siput sedut..feveret ni.hhahaha.cari kat sungau je siput ni.pastu buat masa lemak.sedappp..!
masa tinggal kat sana.siput ni dah jadi lauk wajib.

sungai di belakang rumah.waktu rumah kat sana,sungai ni la nadi  kehidupan kamai.mandi,mencuci,semuanya menggunakan air sungai.


sungai di belakang rumah.bila hujan lebat,banjir  la keliling rumah.
jadi macam pulau.tapi sekarang rumah tu dah takda

Post a Comment
Open Cbox