Rindunya Aku Pada Mereka

Assalamualaikum....
Sebak, terkedu, terharu dan sukar untuk diungkapkan sebenarnya apabila rasa rindu yang menebal dijelmakan dalam bentuk mimpi. Walaupun cuma mimpi yang lebih kita tahu hanyalah sebagai mainan tidur, tapi aku tersentuh sangat dengan mimpi nih. Mungkin sebab kepenatan atau jiwa yang agak kurang tenteram waktu ini membuatkan perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba malah lebih mendalam dari sebelumnya. Nampak macam ayat jiwang je kan>?? hahaha...Jangan salah faham, ini hanyalah luahan tentang kerinduan aku terhadap sahabat-sahabat aku yang lebih junior dari aku. Mimpinya begini......
Malam tadi aku mimpi aku kembali ke sekolah lama aku, sekolah apa tu biarkan je la rahsia ye..hahaha. Bila samapi kat sekolah tuh, aku agak terkejut dah terharu pulak bila ada sorang budak ni yang rapat dengan aku suatu ketika dahulu, mengalir air mata tengok aku. Mungkin sebab dia pun terlampau rindu kat aku dan aku pun memang terharu sangat. Jelas nampak yang dia sangat gembira dengan kedatangan aku.  Kami berjabat tangan dan siap berpeluk lagi..hahaha..melepaskan rindu masing-masing. Jangan pikir lain pulak ye. Budak ni laki dan kami cara laki. Bukan macam perempuan yang siap laga pipi dua tiga kali tuh.hahaha..
Pastu jumpa dengan budak lain pun kami bersalaman dan berpelukan jugak. Nampak sangat kami lama tak jumpa dan lepas tuh aku pun melawat sekitar kawasan sekolah dan asrama. Buat apa lagi kan selain daripada mengimbau kenangan lama, hahaha...gitulah ringkasannya mimpi tuh...
Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya kat sini adalah perasaan terharu aku terhadap budak yang menangis tu tadi.hahaha. Sebak jugak la bila bangun tido pagi tadi.huhuhu..tu je kot rasanya aku nak ceritakan untuk entry nih.

#Dengan menulis aku dapat meluahkan segala perasaan dan kegundahan jiwa aku. Bila aku menulis, itu bermakna ada sesuatu yang aku cuba sampaikan walau mereka yang lain melihat aku seolah-olah tidak peduli, tiada masalah dan baik-baik sahaja. Sebab itu penulisan menjadi pilihan aku walau berterabur susun katanya, walau bercelaru ayat-ayatnya, itu semua bergantung pada pembaca yang sudi membaca. Sebab apabila aku menulis, bagi diri aku, aku telah berjaya menyelamatkan diri aku daripada melakukan apa-apa tindakan yang biasanya dilakukan kebanyakkan orang atas nama melepaskan tekanan dan sebagainya.
#Aku peduli tentang semuanya disekeliling aku, kawan,keluarga, dan segalanya walau aku tidak menunjukkan tindakan yang sebegitu.

No comments:

Open Cbox