ANNUAL KEM PALAPES DARAT USM 2014 - FASA 3 ( MEDAN)


Sambungan daripasda catatan Fasa 1 & Fasa 2. Ni fasa terakhir dalam Annual Camp Palapes Darat Usm iaitu fasa 3 (Medan). Fasa medan paling dinantikan kami semua. Sebabnya ni adalah fasa terakhir dalam kem dan fasa medan jugalah paling seronok sebab kami dah terpisah dengan peringkat senior dan junior. Maknanya tempat tu hanya ada kadet Intermediate sahaja.

10 Februari 2014
Pagi ni takda PT. Hehehe...Hari ni kami akan masuk ke pengkalan kami yang pertama. Jadinya sebelum bertolak ke pengkalan kami kena la dulu buat persiapan. Banyak juga persiapan yang nak kena buat. Tapi tak jadi masalah bila semua orang buat kerja. Tapi,tapi, tapi aku pun ngelat jugak kadang-kadang. hehehe. Maklumlah, masing-masing penat. Lepas makan tengah hari kami terus gerak ke tempat berlabuh (pengkalan). Sampai je pengkalan terus kami buat persiapan. Hari tu jugak ada pembahagian jawatan. alangnya nasib aku kena jawatan ketua platun 2. Lega la sikit rasanya. Kalau ketua platun 1 lagi la jenuh. Nak kena baca perintah la nanti. Tak mau aku. Malam just buat hal sendiri. Kalau tak silap aku la. Tido pulak macam biasa la. Bentang ponco 1 buat lapik dan 1 ponco lagi buat selimut. Malam tu memang sejuk gila gila gila. Aku dah la tak berapa nak tahan sejuk-sejuk nih. Walaupun tido pakai kasut but, tapi sejuk tetap terasa menusuk ke dalam kasut. Macam ada ais plak dalam kasut. Azam aku masuk medan nak mandi awal pagi. Tapi dah sejuk cenggitu, Memang tak la aku mandi.hahaha




11 Februari 2014
Hari first tido dalam hutan. Bangun seawal jam 5.30 pagi. Kalau kat rumah ni adik balik sekolah baru aku bangun.hahaha. Pagi ni ada baca perintah untuk mara yang disampaikan oleh ketua platun pada hari tersebut.Sebelum tu sarjan dah orientasikan peta dah. Kalau ikutkan sebelum ni kena buat model atas tanah sekali. Tapi CI baru ni cakap tak payah. So, mudah la kerja kami.hohoho. Mengikut orders kami akan mula gerak mara jam 0800. Dan kami bergerak tepat pada waktunya. Aku platun 2 just follow je platun depan. Dalam pergerakan mara akan ada clear bound/ bersihkan batas. Batas ni adalah tempat tinggi / bukit atau tempat strategik yang disyaki ada musuh. Tujuan musuh buat batas ni adalah untuk memperlahankan gerak mara pasukan keselamatan. Gitulah serba sedikit tentang batas pada yang aku  tahu.  Sewaktu clear bound ni aku sebagai platun 2 sepatutnya tersenyum lebar sebab dapat membuta (tido) kat blakang. Tapi malangnya nasib kami, pegawai penguji tu datang nak mintak kami platun 2 yang sebagai platun bayangan je ni untuk join platun 1 sebagai platun kedalaman. Alamatnya, bukit tinggi tu terpaksa juga kami daki. Penat wehhh.. Dah la tengahhari... Hampir-hampir nak kena buat sekali lagi..sek bek tak jadi buat. Untuk pergerakan mara seterusnya platun 2 pula bertindak mengetuai gerakan mara dan akan menjadi seksyen point apabila diserang dan clear bound. Tapi, tak buat pun bound dan kami buat pengkalan sementara kat pejabat renjer kat situ. Mana la aku tau nak buat pengkalan sementara untuk rehat pun kena selamatkan jugak kawasan tuh.huh! pegawai tanya aku bagai-bagai, memang aku jawab tak tahu la..hahah.Dengan panas teriknya kami meniarap atas tanah dalam kedudukan stand to (bunyinya 'standtu'. aku tak reti eja ). Bukan seminit dua, tapi lebih daripada setengah jam. Sabor je la. Sapa suruh masuk askar kan. hahaha. Lepas tu CI datang dan kami terus makan tengah hari kat situ. Aku memang tak lalu makan waktu tuh. Mungkin sebab penat sangat lauk ayam pun jadi tak selera. Aku minum air je banyak. Habis je makan dan solat semua, kami bergerak ke pengkalan/ harbour seterusnya pulak. Malangnya kami naik trak 3 tan. ahahaha.. Bukan permintaan kami. Arahannya begitu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la. hahaha.. 


Tempat berlabuh kami seterusnya ni kawasan ladang kelapa sawit jugak tapi sebelum tu ada lalu kebun getah sikit. Agak tersorok tempatnya. Dan lagi satu kena naik bukit sikit. Itu yang penat tuh. Macam biasa la bila sampai harbour, turunkan barang dari trak dan mula pasang khemah dan sebagainya. Lepas siap pasang khemah dan semua tu, petang tu jugak ada pertukaran penjawatan. Dan aku seronok bebenor sebab tak dapat apa-apa jawatan. Jadi prebet je la aku atau dikenali juga sebagai ma ca i. hahaha. Seronok ooo takda jawatan nih. Malam tu ada buat persembahan nyanyi-nyanyi plak. Main petik je nama sapa-sapa. Nasib baik la tak kena kat aku. Aku dah la anti nyanyi-nyanyi nih. Maklumlah, suaraku tidak seperti  suaramu yang merdu bak buluh perindu. hakkktuihh...hahaha....
Malam tu jugak aku kena sentri. Aduhai, malaz sungguh sentri-sentri nih, tapi apakan daya orang lain pun kena jugak. Tido je la aku bersebelahan batang kelapa sawit. Dengan cuaca yang masih sejuk tapi bila tido buka spike but rasa sejuk kat kaki tu kurang la sikit. Beruntung la aku bawak selipar. Dapat la jugak kaki aku ni rest ambik udara segar. Melecet usah dikata la. Hampir-hampir tapi aku dah mencegah dari awal dengan tampal plaster banyak-banyak.hahaha. Malam tu jugak kami pergi mandi kat masjid berdekatan naik 3 tan. Nikmat ja rasa dapat mandi air bersih.

12 Februari 2014
Pagi ni bangun agak lambat. 6.30 baru bangun. hahaha. Masing-masing penat kan. Pukul 7 Pagi kena stand to dulu dalam setengah jam. Waktu stand to ni paling aku dan yang lain suka. Sebab time ni masing - masing ambik kesempatan membuta termasuklah aku. Pagi tu kami kena PT dengan alasan gagal menepati masa ketika berkumpul dalam waktu yang ditetapkan. Alahhhh, askar memang gitu la... Tapi sebenarnya ada skuad aku yang kantoi hisap rokok dengan jurulatih. Memang cari nahas la. Tak salahkan deme jugak yang merokok sebab aku pun faham. Cuma kalau boleh hati-hati la sikit nak melepaskan gian tu pun. Alamatnya semua orang kena. Lompat sana lompat sini, lari-lari dan yang terakhir sekali ialah seratus peratus ( rendam dalam air sampai basah seratus peratus).Aku tak rendam betoi-betoi pun. Aku ambik air sapu-sapu kat baju bagi basah. Aku duduk dalam air tu bagi seluar basah. Aku taknak bagi air masuk dalam kasut sebab nanti mudah melecet kaki. Dan yang paling bestnya aku bukak baju loreng  aku tebar atas air bagi basah pastu aku pakai balik. haaha.. Bengang je deme yang lain sebab deme kena basah semua. Ala, nak hidup kenalah bijak sikit.hahaha. Tapi waktu PT tu yang paling menarik adalah crawl atas jalan tak berturap yang ada batu kerikil banyak-banyak. Wooooo...nikmat kot...Lutut rasa lebam-lebam. Siku pun sama la juga pedihnya. Dah la crawl mendaki bukit plak tuh. Pastu turun kami golek je. Apa-apa pun, terima kasih la kat geng yang kantoi rokok tuh sebab mamberi kami pengalaman yang menarik ni.


Apa yang penting smile always n peace! hahaha

Bestnye deme main air...pagi2 plak tuh..

Gambo tetap gambo.hahah

crawl naik bukit

siap rakam lagi tuh...hahaha..tapi rakaman tu tak boleh la aku tunjukkan, sekadar simpanan peribadi je..haha





Selesai kemas barang semua kami terus bergerak untuk mara. Kali ni platun 2 pulak mengetuai mara manakala platun 1 bertindak sebagai platun bayangan. Walaupun tak berjawatan, tapi aku bawak Light Machinegun (LMG). Maklumlah, skuad aku yang dalam seksyen aku tu pompuan yang kena bawak LMG,. Dah la perempuan badan pun kecik ja. Malu la kalau ku tengok saja. Aku pun bawak la. LMG ni senjata bantuan yang beratnya hampir 8 kilogram. Mula-mula sedap la bawak tapi tuh mula la rasa sakit bahu ngan tengkok ni sebab dok gantung tali sling senjata. Waktu mara ok ja. Semasa mara tu ada jambatan dan kami kena selamatkan jambatan tu dulu. Lepas tu kami teruskan dengan gerakan mara. Elok sampai ke pengkalam seterusnya, kami kena g clear bound dulu dan seksyen aku bertidak sebagai point seksyen. Apa lagi, ambik kesempatan untuk rehat-rehat la. Pastu bila atur kedudukan nak clear bound, bercelaru jadinya. Aku pun tak tahu sebab apa. Nak salahkan ketua platun pun tak juga. Tapi memang ada kekurangan sikit la..Akibatnya kami kena buat dua kali dan sangatlah memenatkan sedangkan orang lain dah berehat santai dah kat pengkalan. Sampaikan kaki aku terjerelus masuk dalam lumpur.

Sampai je kat pengkalan, kami bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Petang tu kami kena prepare persembahan untuk malam nanti. Sambil tu jurulatih kami belanja air tebu. Fuhhhh... Nikmat sungguh minum air tebu berais lagi tu dalam ladang kelapa sawit ditengah panas rembang.hahaha

Malam tu seperti yang dikatakan ada persembahan tiap-tiap seksyen. Tapi jap, pertukaran jawatan petang tuh aku kena jawatan ic mortar 60mm. hahaha.. Malam tu seksyen aku buat persembahan nyanyi je lagu campur-campur. Dan pegawai penguji yang ada sekali waktu nak seksyen aku buat sekali lagi sebab dia tak puas hati. haahah. Dia nak kami nyanyi lagu ''Kalau Aku Kaya''. Haha.. Kumpulan lain best-best la deme punya persembahan. Ada jugak nyanyian solo dan ini aku paling menyampah. Bukan apa, lepas habis nyanyi orang boleh pilih sapa yang nak kena nyanyi seterusnya. hahah. Aku yang kebetulan kurang sihat malam tuh terus menggunakan alasan tu sebagai lesen selamat dari kena nyanyi. Tapi bila time roomate aku kena nyanyi aku lari pergi tandas. Bukan apa, kemungkinan nak kena tu nanti memang ada. hahaha. Selamat jugak aku malam tuh. Tapi yang tak menariknya sikit malam tuh aku kurang sihat. selesema la pulok. Rimas sungguh. Tapi takpa la, anggap je tu ujian untuk aku.
dah macam kumpulan nasyid la pulak.hahah..goyang kana goyang kiri..lalalaala


13 Februari 2014
Pagi ni aku tak bangun untuk stand to sebab aku dah stand to dari semalam terus bersambung ke pagi tuh. Hahaha.. Maknanya aku membuta la waktu orang lain stand to..lalalala...Macam biasa la rutin kami pagi tu lepas kemas semua barang dan dah siap sarapan, maka bersambunglah kembali gerakan mara kami. Mula-mula tu steady je rasa, tapi lepas tuh rasa nak tercabut bahu aku galas beg yang dekat 10 kilo beratnya ditambah pulak dengan mortar 60 mm..perrhhh... penat wehhhh.... Kalau ikutkan krew aku yang kena bawak mortar tu tapi disebabkan krew aku tu wanita, maka secara rasminya aku la kena bawak.hohoho.. Nasib baik waktu aku bawak mortar ni takda bound / batas. Kalau tak memang dasattt la. Sampai satu tempat kami rehat. Time tu aku dah bagi kat krew aku dah untuk bawak mortar. Aku dah kepenatan wehh.. Waktu rehat tu aku tanggal la helmet nato yang aku pakai. Rimas kot. Tapi kalau dalam perang betoi memang tak la aku nak bukak. ahaha.. Akibatnya aku kena panggil dengan pegawai penguji. Katanya kami main-main tak tak serius dengan latihan. hahaha.Lepas tu kami teruskan lagi mara sampailah ke pengkalan yang terakhir. Macam sebelum-sebelum ni la bila dah sampai pengkalan. Dirikan khemah dan sebagainya. Kepenatan tu memang kami telan je la..Kalau kira diri kita penat, orang lain pun penat jugak kan.so, sama-sama la bekerjasama dan kerja pun jadi mudah. 
Pengkalan kami ni  sama dengan pengkalan waktu kami pra annual camp dulu. Tempat yang sama.  Bukanlah kegembiraan yang kami rasakan tetapi kegerunan yang menyelubungi tahkala melihat harbour terakhir kami tu. Apa yang digerunkan??? hahaha. kalau kome nak tahu, kat harbour last tu ada satu parit yang agak besar dan dalam. Kisahnya begini, waktu pra annual camp aritu ada sorang kadet ladies dari skuad aku yang tolak jurulatih kami masuk dalam parit tuh, niat dia hanyalah hendak bergurau. Tapi bagi kami gurauannya kurang sesuai dan tak kena pada waktunya. Maklaumlah waktu masih lagi dalam latihan. Kalau dah tamat latihan tu boleh lagi la nak consider kan?. Alamatnya kami semua terima akibatnya. 100%!! ungkapan yang cukup familiar dengan parit tuh. Maknanya kami kena terjun dalam parit tu bagi basah seluruh badan dengan pakaian lareng dan pakai spike but. 100% ni ada kawan dia jugak iaitu Bom atom! hahaha.. Apa itu bom atom? tengoklah dalam gambar kat bawah. Kata-kata 2 pilihan menjadi ungkapan yang agak mengerikan jugak sebenarnya. Walaupun ada  'pilihan' tapi pilihan tu ternyata tak menyebelahi kami.hahaha...
inilah yang dikatakan sebagai bom atom..hahaha

Petang tu lebih kurang pukul  3 lebih la kalau tak silap aku, semua guys dibawa pergi mandi kat air terjun *****. Aku tak ingat namanya. Wowwww..terasa nikmat sungguh dapat mandi air yang sejuk. Segar rasa badan dapat berendam. Nak balik tu YO pulak belanja jagung bakar. Murah plak tu jagung bakar setongkol RM1. Rezeki-rezeki. Balik tu sampai je kat pengkalan, kami pun buat la pentadbiran sendiri. Secara tiba-tiba pulak, muncul kereta hitam yang bawa CI. Alamak! time ni la pulak dia nak datangnya, ladies waktu dah siap semua ada atas trak nak pergi mandi. Kesian depa kena turun balik balik dan kemas semua barang dan khemah. CI arahkan kami untuk pindahkan pengkalan kami jauh ke belakang daripada kawasan pertahanan musuh. Daripada jarak yang 500 meter je tuh terus jadi dekat 2 kilometer. Fuhh,,,sabor je la.dah la dekat nak maghrib. Aku dengan kelam kabutnya sorok maggi aku bawah pelepah kelapa sawit. Hahaha, Maggi ni barang larangan dan senior dah kantoi dah. Takut jugak la aku,.Kami sampai harbour baru tu pun dah maghrib. Memang kelam kabut nak pasang khemah , angkat barang, dan bagai-bagai lagi. Bengang pun ada. Tapi mind set kena sentiasa positif. Anggap je ni satu cabaran. Malam tu aku memang ngantuk bebenor. Asal ada ruang je aku terus bersandar atau baring sambil pejam mata.hahaha..lena tak lena tu belakang kira. Aku dah tak ingat dah malam tu buat apa. Tak silap aku ad pertukaran jawatan malam tuh. Dan aku dengan gembiranya tak kena sebarang jawatan. Dan malam tu jugak aku kena sentri. Malaz betoi aku dengan ragam orang mengigau nye lagi.hahaha..Zzzzzzzzzz.

14 Februari 2014
Awal jugak aku bangun pagi nih. Memang kena awai pun..hahaha.. Pagi ni ada team penjawatan dan juga  2x anggota tinjau tiap seksyen pergi buat tinjauan untuk serangan awal pagi esok. Malangnya nasib aku kena pergi jugak. huhuhu.. Kami pergi dalam pukul 9 lebih la kalau tak silap aku dan jaraknya boleh tahan jugak la. Kami habis tinjau dah pukul 5 lebih. Punyalah lama kami pergi. Yang lain kat harbour tu boleh membuta ja.. ciss.hahaha. Memang panas betoi hari tuh dengan bekalan air kami yang sikit. Balik tu kami semua jalan laju-laju nak cepat sampai. Semuanya kehausan bebenor. Sampai-sampai pengkalan deme yang lain hulur air mineral sebotol besar. Fuhhh..Lega bebenor rasanya. Sebotol dekat nak habis. Pastu siap bagi air oren berais lagi tuh. huhuhu..nikmat-nikmat. Terasa macam baru balik bertempur la pulak. hahaha..( mengingatkan aku waktu nak ke kem 2 Bridged ,ipoh dulu untuk perkhemahan PKBM (Darat). X ni bekalkan aku dengan kek yang dia buat.hohoho..sodapp). Baru je nak rehat lama, kena pt pulok doh..hhohoho.. Tak lama lepas tu CI pulak mari nak tengok raptai serangan. Kami pun buat.. Bukan sekali tapi dua kali. Penat wehhh... Dalam masa yang sama tadi waktu kami pergi tinjau ada satu grup yang menyiapkan model untuk serangan esok. 

Geng tinjau

waktu pergi tinjau..rehat sambil berbincang

rehat dulu..hahaha

Malamnya ada baca perintah serangan oleh ketua platun dan itu bukanlah aku. hahaha. Kongkang la kalau aku yang kena.  Lepas baca perintah malam tu ada pembahagian peluru dan sebagainya. Aku bukan taknak bekerjasama, tapi aku terlalu mengantuk sesangat dan aku cuba boleh buat yang mana aku mampu waktu tuh. hahaha. Sembang-sembang malam tuh memang membengangkan aku sebab aku mengantuk. Malam tu terlena jugak aku kat celah-celah bagpack dan bila aku jaga kaki aku jadi tilam deme yang lain pulak. Hampeh betoi. Aku pun apa lagi. Teruskan je la tido..  Sedap dan selesa. empuk lagi tuh.hahaha.Zzzzzz.


15 Februari 2014
Pagi ni kami kena bangun dalam pukul 4.30 pagi. Dan pagi tu jugak pertama kali tido kat hutan aku dapat tido yang betol-betol berkualiti. Sebabnya aku tido memang lena sungguh dengan mimpi pun takda, gangguan nyamuk pun takdak. Lena sesangat. Mungkin sebab badan aku terlampau penat. Pagi tu aku takda masalah nak bangun awal sebab badan terasa segar. pergerakan pagi dalam pukul 5 lebih jugak la. Sampai di tempat berpecah, DFSB berpecah dan seksyen x gerak dulu sebab nak selamatkan FUP/LD (Forming up place/ Line Departure) * kalau salah eja tolong betulkan. Kami yang di tempat berpecah ni sempat lagi membuta. hahaha.. lama jugak tuh. Jam H sepatutnya 0700 tapi dilewatkan samapi 0730. Hari pun dah nak cerah waktu tuh. Serangan kami dikira berjaya atau tidak aku tak pasti sebab seksyen hadapan ada yang kena jerangkap samar musuh dan kedudukan kami dah dikesan. hahaha.. Aku seksyen dua dan duk paling hujung kanan. Bila gerak serangan mula. Aku kena redah semak-semak yang tinggi daripada aku. Dah la semak sangat sampai aku tak nampak anggota seksyen aku yang disebelah kiri. Yakin je la aku jalan ikut paksi serangan. Nanti mesti jumpa jugak kan. Hahaha.. Paksi aku belah kanan sikit ada kubu GPMG dan depan sikit ada dua tiga kubu musuh lagi. Dan antara kubu yang aku dapat adalah kubu ''KK''. hahahaa..Tak bagi dia aku nak tembak dia. Tembak betoi pun ok jugak.hahaha.(jahatnya aku). Jalan punya jalan sampai la aku dekat LOE ( Limit/line of Exploitation). Pastu kami buat atur semula dan tunggu la beberapa minit. 
Habis je semua serangan tuh dengan musuh pun dah buat pengunduran, makan berakhirlah serangan pagi tu. Lepas tu ada acara penutupan perkhemahan kat atas bukit padang Mieha tuh dan kenaikan pangkat tiga anggota lain-lain pangkat jurulatih palapes usm..Seaptutnya kami kena tolong senior kambus kubu tapi kami tak pergi sebab kami balik harbour kami untuk sarapan dan kemaskan barang-barang kami. Ini menimbulkan isu-isu panas antara inter dan senior. Tak perlu lah rasanya aku nak ceritakan kat sini. Dah habis kemas semua tuh kami pun bergerak la balik ke usm dalam pukul berapa aku pun tak tau. Balik naik bas. Bau jangan ditegur la sebab semuanya sama ja, tak mandi!. hahaha.
Sampai usm kami buat pentadbiran masing-masing. Kemas-kemas semua barang yang kami pinjam. Memang banyak kerja la bila lpeas kem nih. Biasala tu kan. Kerja jadi mudah bila semua buat kerja. Lepas settle kami balik la sebab takda apa arahan lanjut lagi dari jurulatih mahupun senior. Bila dah penat tu faham-faham je la. Jumpa katil membuta la. termasuklah aku. Pastu ada orang bagi info pukul 5 kena baris balik.ok.Noted! Tapi cerita tu pun dah lambat,. dekat pukul 5 dah. Akibatnya ramai la yang turun lambat. Bila dah lambat tu punishment la jawabnya. Yang kat depan tu dok membebel je keja dia. Bila tanya alasan sebab lewat ada antaranya jawab solat. Pastu disebabkan kebangangan si penanya yang bercakap menggunakan lutut turun ke kaki. Katanya kenapa yang lain boleh turun awal? yang lain tak sembahyang ke??. pastu katanya lagi jagan nak gunakan isu agama sebagai alasan.hohoho. Briliant!!
Jawapan aku mudah je dan aku dah jawab pun kat dia dan nampak kebengangan dia kat aku. Asar masuk dekat pukul 5, tapi kalau orang tu tido dan terjaga 5.30, macam mana dia nak solat tepat pada waktunya?? 
Aku bukan nak tunjuk kurang ajor, tapi kadang kala tak semua benda kita kena diam. Ada benda kita perlu bersuara. Takkan dengan lesen senioriti depa bebas buat apa-apa saja? bebas cakap apa-apa saja? Aku memang tak boleh terima benda macam nih..(nak suruh aku drop? jangan harap! hahaha). Kalau kome yang dimaksudkan ada baca blog aku nih, baca biar sampai ke akal fikir, bukan turun ke kaki.

Malam BBQ
Macam kem sebelum ni jugak. malam lepas habis kem akan ada jamuan BBQ untuk semua jurulatih dan pegawai kadet. Dan malam ni jugak akan ada persembahan dari setiap peringkat pegawai kadet. Aku memang tak join la persembahan sebab aku ni tak berbakat langsung dalam persembahan pentas nih. hahaha. Menu malam tu macam tahun sebelumnya juga la aku rasa. Kambing bakar, nasi goreng, sosej, salad bermayonis, ayam bakar. Tu je kot. tak ingat dah aku. Aku makan sikit je malam tu sebab petang tu aku dah pekena roti canai dah. hahaha. Lagi 1 aku ni tak berapa gemar sangat benda bakar yang ramuan dia agak memuakkan. Kalau yang simple aku memang melantak. Nasi malam tu pun tak habis makan. Minum air je banyak. Kambing pun tak bertambah.hahaha. Untuk persembahan boleh tengok gambar or video kat bawah nih. huhuhu.. Habis je program malam tuh terus kami mengemas.




*Aku masih menanti video persembahan nyanyian  solo Suraya Azmi..hihihi


16 Februari 2014.
Hari ni baru latihan kami betol-betol tamat sebab elaun dibayar sampai hari ni. Hari ni cuma buat pentadbiran ja, Membasuh, mencuci, mengemas, cuci senjata, cuci trak dan bagai-bagai lagi la. Selesai semua tu maka selesai la latihan kem tahunan kami. Bersiap-siap untuk sem baru keesokkan harinya pulak. 



##Segala catatan yang terdapat dalam entri ini hanya sebagai catatan peribadi sahaja.. Jika ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, maaf dipinta.
#Bukan berniat untuk menakutkan bakal pergawai kadet yang akan datang dengan aktiviti yang yang lasak dan sebagainya, tetapi hanyalah sebagai perkongsian sebuah pengalaman yang tiada didalam bilik darjah mahupun dewan kuliah. Untuk menjadi manusia yang hebat dan luar biasa, kita mestilah mempunya sesuatu yang berbeza dari orang lain. Jangan menilai buku melalui muka depannya sahaja tanpa melihat isi dalamnya. Kalau berniat untuk sertai Palapes atau apa-apa sahaja, just do it firts. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain sebab hanya kita yang kenal siapa diri kita dan kemampuan kita. Catatan ini hanyalah sedikit sahaja daripada pelbagai pengalaman yang aku tempuh dan perolehi sepanjang menyertai Palapes. Untuk seterusnya aku akan kongsikan tentang Skuad KALA RIMBA BATCH 34.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

No comments:

Open Cbox