CERITERA AKU BERPUASA

Assalamualaikum....
Selamat berpuasa kepada semua....

Terlintas untuk mencoretkan kisah di blog usang apabila terjadi satu 'tragedi' yang tak disangka pada 2 Ramadhan yang lalu.  Hahaha. Bajet gempak je 'tragedi' bagai.

Alkisahnya begini...... Ramadhan kedua hari tu kak aku yang masih dalam pantang tengah berkemas nak balik rumah dia lepas berpantang di rumah mak aku. Pagi tu lepas mandi aku macam biasa la, tengok-tengok cermin kot la bertambah hensem semalam. Sambil pilih baju nak pakai aku akan buka almari yang satu sebab dalamnya ada Apollo. Apa lagi, aku bedal la dua bungkus Apollo. Lepas siap pakai semua lepak dekat bangku di beranda rumah. Tengah dok melepak tu tergerak lagi hati aku nak bedal Apollo. Ye la kan perut kosong. Terasa nikmat pulak Apollo tu. Elok bak bangkit je tetiba aku rasa macam teringat sesuatu. Ehh,,, hari ni kan puasa. Takkan depa tak perasan aku makan tadi? Cepat cepat aku pergi ke dapur berkumur. Aku betol betol tak ingat yang aku tengah puasa. Dan aku pun teruskan berpuasa macam biasa. Aku buat senyap jerr... ye la kan, aku bukan sengaja. Tak sengaja. Tapi tu la kan, rezeki aku la kiranya dapat bedal Apollo di tengah hari bulan puasa. Alangkah nikmatnya kalau aku bedal satu kotak dulu pastu baru teringat. Hahaha...

Okay,, lupakan kisah tak sengaja yang entah apa- apa tu. Meh aku cerita kisah yang sengaja pulak. Kisah ni sewaktu zaman Jahiliah lagi la waktu tinggal di Taiping. Banyak sebenarnya kisah jahiliah ni. Takpa, aku cerita satu-satu.

Aku mula dengan buah manggis. Kenapa buah manggis? Haa,,kome tak dak, aku dulu waktu sekolah rendah kat Kg Paya, selalu panjat pokok manggis. Ye la, cari duit poket buat modal g bazaar ramadhan Changkat Jering atau kami selalu panggil Simpang Tiga. (Tapi simpang depan tu ada empat. Ahhh, whatever laa). So waktu kat atas pokok tu sambil-sambil petik dan sauk buah, tergugat jugak la iman aku yang senipis apa pun tak tau la waktu tuh. Kat sekolah aku belajar kalau tak sengaja makan sebab lupa, takpa. Tak batal puasa.

So, aku apa lagi, ambik sebiji buah manggis, aku makan. Pastu aku buat-buat terkejut "ehhh,,aku puasa hari ni..terlupa...takpa la, makan je la terus). Makanya, berterusan la aku melantak. Kenyang doh atas pokok pelahap buah. Tak terpikir pun waktu kalau lah tiba-tiba dahan patah ka, aku jatuh pokok ka, tak ke naya je nanti. Peduli apa aku, perut tengah lapar. Hahaha. Sejak daripada tuh, kadang-kadang aku bawa naik sekali 'cekelat' hack kat atas pokok. Keropok aku tak pasti pernah bawak ke tak. Haha...selain manggis, buah lain pun aku bedal. Biasanya rambutan la. Langsat pun ada la jugak. Durian tak boleh. Nanti kantoi sebab bau.

Yang ni pulak kisah sewaktu pergi bazaar. Maklumlah buat kerja kampung panjat manggis, dapat la duit belanja sikit. Pergi bazaar bawa RM20 pun dah kira mewah  waktu tu bagi aku la budak-budak. Kami biasa pergi bazar Changkat Jering la. Biasanya aku beli air dengan rangka ayam. Cukup feveret aku dengan rangka ayam nih. Sambil lalu lalang dok window shopping, aku kepak tengkuk rakan ayam dalam plastik tu pastu curi-curi aku sumbat masuk mulut. Lepas jalan buat tak tahu jer sambil mulut dok menguyah tengkuk ayam. Mulut tutup la kunyah tu, takkan la nak kunyah dengan mulut terbuka. Kantoi la nanti. Padahal aku je pikir tak kantoi, orang sekeliling mesti perasan punya. Tapi aku dengan penuh keyakinan di dada fikir orang lain tak perasan. Hebat kan aku?. Hahaha.

Kadang-kadang aku tak melantak kat situ, aku melantak kat tempat lain. Kat mana? Jeng jeng jeng...mana lagi kalau bukan jejantas pejalan kaki kat situ. Naik kat atas tu pastu melantak la. Mana ada orang nampak. Ye la Tuhan nampak, tapi kan aku dah kata waktu tu aku ni jahiliah lagi.  Biasanya aku tak melantak semua pun, aku bedal bahagian tengkuk ja. Sebab senang dan bahagian tu ada kulit yang tebal. Sedap ooo...lemak oh lemak. Lagipun sementara tunggu bas je aku bedal tu.

Habis berkaitan bazaar. Ini pun yang mana aku ingat jer. Balik semula cerita kat kampung. Aku masih ingat satu kisah ini. Waktu tu aku dok merayap je kat kampung kayuh basikal tak tau nak buat apa. Pastu ada jiran aku yang sekolah menengah ajak pergi terowong dua. Dia sekolah menengah, aku sekolah rendah. Terowong dua kat mana? Aduhaiii,,,kata orang Taiping, tu pun tak tau.iskh iskh iskh. Tak tau la kan kot-kot hampa panggil nama lain. Hahaha. Terowong dua ni atas sikit pada Tol Changkat Jering jalan nak ke Batu 8. Kan kat bawah tu ada sungai. Ada dua terowong. Tu sebab kami panggil terowong dua.

Aku pun pergi la dengan dia naik basikal ikut jalan kubur la apa la. Sampai kat sana ada la beberapa orang lagi kat sana kawan dia yang aku kenai jugak. Ye la dah depa ni pun orang kampung aku. Cuma depa dah sekolah memengah. Siap dengan baju sekolah lagi depa ni. Sekolah mana lagi, sekolah Tengku Menteri la. Rupanya depa ajak aku berkelah dalam terowong tu. Ye la air cetek pastu ada la pasir bertimbun kat situ. Depa siap bawak kuali kecik dah nak masak maggi. Aku tunggu je la. Depa buat kerja. Siap pelekat api semua, depa masak maggi tu.
Mangkuk takda, kami guna plastik maggi ja. Sudu? Kami ambik kayu kecik belah dua buat macam pengepit @ chopstick. Kreatif kan? Kan? Kan?.. aku pulak makan terus dari dalam kuali yang masih ada atas api. Nikmat tak terkata. Sedap pulak. Padahal maggi kari je pun. Mungkin sebab makan berjemaah dan illegal kot. Haha.

Dah sial makan, lalu pulak polis naik naik moto. Dia sergah kami, apa lagi, pakat cabut lari la kami. Dia kejar pulak tuh. Payah apa, kami angkat basikal lintas kat highway. Tak fikir apa dah waktu tuh. Tau nak lari ja. Basikal campak dalam parit kering. Menyorok. Dengar bunyi moto dia, ambik basikal lari lagi. Sampai kat kubur menyorok dalam semak. Senyap ja pakat menyorok. Dah la dekat maghrib. Menyorok pulak dekat batu nisan. Bertabah je la. Kawan nampak ayam hutan, dia nak kejar kami tak bagi. Faham-faham je la kan dengan waktu dan tempat kami duduk tuh. Bila senja dah gelap sikit, moto pun takda dengar dah kami pun keluar dan balik kampung. Baju habis kotor. Haha.. Mana nya tak kena kejar, dah la budak sekolah, ponteng sekolah lepak bawah jambatan tak puasa pulak tu.

Aku yang jahil tapi ni hanya mengikut jer. Bila dikenang lucu pun ada, rasa bangang pun ada. Haha.. sekarang buat lagi tak?? Amboii..sekarang zaman moden. Kita guna cara lain. Haha...

Ini sebahagian coretan kisah puasa aku sewaktu jahiliah. Alaaa... yang membaca ni pun sama je kan? Mesti ada banyak cerita pasal ponteng puasa nih. Kalau waktu jahiliah dulu takpa la lagi, tali kalau sekarang pun buat benda yang sama, bagi kaki je.

Yang pahit akan manis, yang kelam akan terang, yang lama akan baru.

Banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi, tapi tu la kan, nanti-nanti je la. Lenguh jari ni menaip kat fon.

Post a Comment
Open Cbox