AKU PEDULI AKU MENULIS

Assalamualaikum
(Jawab salam dulu. Abaikan tajuk yang entah apa-apa tuh)
The geng of F6 Hostel.. hahaha..


Sedang berborak-borak di ruangan group chat di facebook, tiba-tiba terlintas di hati aku satu persoalan. Budak asrama ni cuti ker? Selalu je aku tengok Harith online. Dia jarang reply sebab sibuk study dan dia online facebook pun sekadar online je. Hari ni aku tergerak tanya dia soalan. Asrama cuti lagi ker? Dan jawab dia, ''dah keluar asrama''. Aku agak terkejut sebab dia tak pernah cerita pun kat aku nak keluar asrama.

Aku malas nak tanya lanjut sebab taknak ganggu dia study. Kalau tak nak je aku call dia, tapi kredit aku pun dah out sekarang nih. So aku tangguhkan dulu hasrat tuh. Katanya tekanan bila tinggal di asrama. Betul jugak apa yang dia cakap. Aku faham sebab aku juga pernah ada pengalaman dengan rakan yang tak tahan tinggal di asrama akibat tidak dapat menyerap tekanan persekitaran asrama.

Okay, sekarang biar aku cerita sikit pasal kawan aku ni. Namanya Haikal (bukan nama sebenar tapi ini kisah benar). Kawan aku ni daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima tak pernah tinggal di asrama. Dia sekolah di sekolah harian biasa yang tak ada asrama. Bila pindah ke sekolah aku sewaktu tingkatan enam dia memilih untuk menetap di asrama. Ini kiranya new life bagi dia la tapi tak bagi aku yang dah enam tahun tinggal kat asrama.

Sewaktu tingkatan enam rendah aku dilantik menjadi Ketua Umum (KU) asrama blok  putera merangkumi keseluruhan blok  termasuk asputeri. Kawan aku ni dilantik menjadi Biro biasa yang tanggungjawabnya ringan sedikit berbanding KU. Dia masih boleh terima sebagai permulaan untuk membiasakan diri dengan suasana asrama dan jawatan yang dipikulnya. Walaupun beban-beban tekanan tu dah mula nampak. Kebiasaanya jawatan KU ni akan bersambung terus sehingga aku tingkatan enam atas. Tetapi disebabkan berlaku satu kes yang tidak diduga (rasanya dah pernah cerita sebelum ni) menyebabkan ketua warden asrama dan pihak pentadbiran asrama hilang kepercayaan terhadap aku.

Kes ni benar-benar meragut terus kepercayaan Ketua Warden terhadap aku. Aku juga kecewa dengan diri aku walaupun ianya bukanlah kes yang berpunca dari aku. Aku cuma berada pada situasi dan waktu tersebut sahaja. Disebabkan jawatan yang aku sandang, maka aku turut bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Apabila masuk ke tingkatan enam atas aku telah diturunkan jawatan kepada Penolong Ketua Umum (PKU). Walaupun masih dianggap jawatan yang tertinggi tetapi penurunan jawatan ini menjadi tanda tanya kepada warga penghuni Seri Delima semua terutamanya Aspura. Aku hanya mampu menjawab ianya kehendak pentadbiran asrama dan langkah pembaharuan. Padahal aku tahu punca sebenarnya.

Kawan aku ni telah dinaikkan sebagai KU yang baru. Aku dijadikan sebagai PKU supaya dapat membantu KU menjalankan tanggungjawab dia dengan baik berbekalkan pengalaman selama enam tahun aku di asrama. Terpancar kegusaran dan kegundahan di wajahnya apabila dilantik menjadi KU. Berkali-kali dia meminta agar aku membantu dia dalam menjalankan amanat yang dipikul. Aku dengan senang hati sudi membantu memandangkan aku mengenali dan memahami peribadi dia. Dan dia adalah kawan aku.

Hari berganti hari kehidupannya di asrama mula berubah. Wajah yang selalu tersenyum kini semakin mencuka. Masalah demi masalah yang timbul memberikan tekanan sedikit demi sedikit kepadanya. Emosinya seringkali terganggu. Sebagai sahabat dan pembantunya dalam pentadbiran yang sama, aku sentiasa memberikan sokongan yang sewajarnya.
No komen...Muka cuak. 

Lama kelamaan mungkin disebabkan tekanan di hadapi gagal ditangani dia telah bertindak berjumpa dengan ketua warden memohon untuk meletak jawatan. Permohonannya ditolak. Tanpa diduga dia bertindak mengisi borang keluar asrama dan terus menghantar ke pejabat asrama. Tindakan yang mengejutkan kami semua sebagai sahabatnya. Kami masih cuba memujuk tetapi gagal. Keputusan telah dibuat oleh tuan empunya badan. Tiada apa yang dapat merubah. Akhirnya dia keluar asrama secara rasminya. Dan aku sebagai PKU secara langsung menjadi pemangku menggantikan kekosongan yang ditinggalkan olehnya. Seronok?? Tentu sekali tidak.

Bukan isu merajuk atau berkecil hati. Tetapi aku bimbang disalah erti oleh warga asrama yang lain bahawa aku meraikan perletakan jawatan beliau kerana memperolehi semula jawatan aku sebelumnya. Tidak sama sekali. Aku kecewa sebenarnya atas perletakan jawatan tersebut. Aku duga dia mampu bertahan dengan tekanan yang diterima. Tetapi ternyata aku salah. Keputusan telah dibuat dan kami perlu menghormatinya.

Segalanya baik-baik saja dengan kehidupannya sebagai pelajar luar iaitu pelajar yang tidak lagi menginap di asrama. Hinggalah pada satu hari dia meluahkan rasa sesalnya kepada kami kerana telah bertindak keluar dari asrama. Katanya kehidupan sebagai pelajar luar lebih mencabar. Perlu bangun awal untuk ke sekolah dengan menunggang motosikal. Balik pula tak tentu masa. Adakalanya terpaksa berada lebih lama di sekolah disebabkan  kelas ganti. Petang baru pulang ke rumah. Makan dan minum perlu diuruskan sendiri temasuklah  waktu untuk solat dan mandi. Bayangkan daripada pukul 7 pagi di sekolah sehingga 5 petang tanpa mandi pastinya merimaskan.

Itu yang dia terpaksa hadapi. Perasaan untuk kembali ke asrama membuak kembali tetapi terpaksa dipendamkan sahaja disebabkan perasaan malu terhadap ketua warden asrama. Malu kerana ketua warden penah menasihatkan supaya dia memikirkan keputusannya untuk keluar asrama.

Sering diceritakan kepada kami betapa rindunya dia akan suasana asrama. Betapa seronoknya menjadi pelajar asrama. Mengenangkan kembali saat-saat di asrama membuatkan beliau terasa  sayu. Menyesali keputusan yang pernah di lakukannya dahulu. Semua itu disimpan sebagai kenangan. Ianya telah berlalu.
Aktiviti semasa prep...Hahaha...
Alhamdulillah,, Semuanya telah berjaya ke universiti dan di tahun akhir pengajian..
Dari kiri: Jeft (Unimas), Ewan (UPSI), Farid (Uitm), Amri (UMP), Aku (USM). 

Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak berjaya. Alhamdulillah keputusan STPM kami semua memberansangkan dan melayakkan kami untuk menempatkan diri di IPTA sebagai seorang mahasiswa pra-siswazah. Sekarang masing-masing sedang berjuang di tahun akhir untuk menamatkan pengajian masing-masing seterusnya memiliki segulung ijazah...Asrama hanyalah medan mendisiplinkan diri menuntut ilmu. Tunjangnya adalah diri sendiri. Jika ada keinginan dan usaha, segalanya pasti berhasil. Kejayaan pasti di capai. Persaingan di asrama menjadi cabaran kepada diri untuk melakukan yang terbaik apabila melihatr rakan menjadi terbaik.

Kisah sahabat aku ni hanyalah penceritaan sampingan berkait dengan tujuan penulisan entri ini. Berdasarkan pemerhatian aku, ada keburukkan atau kekurangan juga apabila tinggal di luar. Antaranya yang paling utama sekali adalah aspek keselamatan. Pernah kawan aku lepas balik dari perlawanan hoki kemalangan motosikal. Nasib baiklah kecederaan ringan sahaja tiada patah patah. Dua-dua yang kemalangan tu adalah bekas pelajar asrama. Seorang kawan aku ni pula kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan yang agak parah sehingga STPM nya terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya. Adiknya juga pernah terlibat dalam kemalangan.

 Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain yang mengalami kemalangan ringan. Semua mereka ini adalah bekas pelajar asrama. Mungkin juga hanya kebetulan dan sudah ditakdirkan untuk mereka begitu. Tetapi yang hendak dinyatakan disini ialah keselamatan semasa ulang alik ke sekolah lebih terjamin apabila di asrama. Terutamanya untuk mereka yang bakal menghadapi peperiksaan Awam. Aku sendiri cukup risau apabila adik aku menaiki motosikal ke sekolah. Selagi belum sampai ke rumah aku memang tak senang duduk.

Nasihat aku buat yang berulang ke sekolah, berhati-hati lah dan sentiasa beringat. Fikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Biar lambat tak apa, asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. Kehidupan lebih bebas di luar tetapi jaminan keselamatan semakin kurang berbanding dengan pelajar asrama.

Pengalaman itu sesuatu yang kita lalui, hadapi dan rasai. Kenangan itu adalah masa lalu baik pahit mahupun manis. Kenangan bersandar pada pengalaman adalah nolstagia terindah dalam hidup untuk dikenang.


**Pengalaman semasa menduduki peperiksaan di asrama sangat menyeronokkan. Tinggal di asrama dalam kumpulan yang kecil sekitar lima hingga 20 orang merupakan satu pengalaman yang menarik. Hantu?? Alway be there. See or not that depend to you. Entri seterusnya aku akan ceritakan tentang pengalaman ini. Mungkin pernah diceritakan sebelum ini tetapi kali ini lebih detail dan juga beberapa perkar yang belum pernah diceritakan.

Akhir kata, Wish You All The Best. This is the war. But not the final war.
Post a Comment
Open Cbox