Finally...........Impian menjadi realiti



Alhamdulillah,,, hanya ini yang mampu aku ucapkan. Setelah gagal pada sidang lepas, akhirnya sidang nih aku berjaya juga. Medal dalam acara sukan lain aku dah ada, cuma dalam acara olahraga ni je yang takda lagi. Tapi sekarang dah ada.hihihi.  Nak masuk lari-lari, kaki plak injured waktu main hoki. So, fokus je la pada acara idaman aku, MEREJAM LEMBING. Huhuhu.

aku pun tak tahu kenapa aku seuka sangat dengan merejam lembing nih. hahaha.. Jangan la dok tanya ye sebab apa aku minat rejam lembing sedangkan banyak acara lain lagi yang aku boleh masuk. Contohnya la kan, lompat jauh ngan lari2..lompat tinggi tu abaikan je la, tak cukup inci aku ni.Pernah try tapi takmau masuk pertandingan.

 Sidang lepas aku tak layak masuk final lapan terbaik sebab catatan rejaman aku waktu tu cuma 32 meter je. Kali ni alhamdulillah dapat masuk lapan terbaik walaupun jarak rejaman tuh tak berapa memuaskan. Maklumlah kali ni lawan dalam hujan lebat bebenor. Memang mempengaruhi la jarak rejaman tu. peserta yang lain sama je..

Waktu lawan agak nerves jugak aku. maklumlah perserta lain badan suma boleh tahan la kalau nak banding ngan aku. Tapi aku kawal balik nerves tu sebab sidang lepas aku tak boleh buat dengan baik sebab aku nerves. aku ni memang jenis nerves orangnya. Hari lawan tu pulak,aku  rasa bangga dengan diri aku, aku berjaya kawal nerves dan buat gaya ala-ala star gitu. hahaha.. kompiden je depan deme. hahaha..psiko2.
 Terima kasih la kat kawan aku sorang nih datang sokong walau ujan. ingat datang saja ke, kena jadi kameraman la jawabnya. hahaha. ada  la juga kan gambar aku sebagai kenangan. tengok la ye gambar kat bawah nih. 
##TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM 40th.
kaki sampai nak pijak line..nasih baik tak foul

pose same dengan sidang lepas

take time...relakss...eksyen skit..

waktu pemilihan



temasya olahraga tahunan  (TOT) USM ke 40

akhirnya..hahaha



Post a Comment
Open Cbox