ACENG - Sebuah Kisah Benar

Assalamualaikum....


Rileks la, blog aku ni bukannya mastika baca tajuk pun dan macam apa-apa. Lain-lain. blog aku bukan mastika. Harus diingat tu. Mastika seronok sebab dia berdasarkan kisah benar yang dibenarkan. Kenapa aku kata dibenarkan? sebab kisahnya memang berpangkal benar tetapi apabila bercambah, banyak yang memesong dan lebih kepada fantasi penulis semata-mata untuk menangkap perhatian pembaca. Habis tu blog aku ni ada orang baca ker?  Ah, aku peduli apa yang itu. Kalau tak ada yang nak baca, aku yang akan baca sendiri. Mudah kan? memang la mudah sebab aku menulis pun untuk diri aku sendiri dan untuk mereka yang punyai masa terluang yang hendak dibazirkan sahaja.

Okay, cukuplah aku meraban sampai ke tahap tu. Kembali semula kepada topik utama aku iaitu berkaitan dengan tajuk. Yes, aku akan tulis berdasarkan kisah benar tetapi seperti juga penulis yang lain aku juga akan fiksyenkan segala fakta di dalam kisah ini supaya pembaca dapat menilai sendiri yang mana fakta dan juga fiksyen. Aku terpaksa berbuat demikian atas beberapa sebab dan sebab paling utama adalah demi menjaga nama pihak yang terlibat.

Ya ya, aku tahu banyak dah entri dan cerita aku tergendala tetapi sibuk pula nak tulis cerita baru. Tanah Di Antara Dua Sungai dah ramai yang bertanya, bila nak update lagi? Margandat juga masih ada yang bertanya. Terharu la juga aku rupanya cerita tu ada yang baca. Sekarang aku akan mulakan cerita baru pula. Hahahaha.. bangang kan. Tajuknya ringkas ala-ala novel fixi gitu satu perkataan sahaja. ACENG.

Apa itu ACENG?

segalanya akan aku ceritakan secara jelas dalam  cerita ini. Harus diingatkan, aku terpaksa menyegerakan penulisan cerita ACENG ini disebabkan oleh beberapa perkara yang aku cuba elakkan sebaik mungkin iaitu penyakit mudah lupa. Kenapa mudah lupa? kerana aku akan menulis berdasarkan apa yang deria aku rasa. Tak paham? ah, lantak engkaulah.

Kenapa aku perlu menulis cerita sedangkan aku boleh je tulis entri kat blog ni. Kan lagi senang. Jawab aku mudah, melalui cerita aku dapat nyatakan pendapat aku secara tidak langsung serta mengupas dan menyatakan penyelesaian secara  tidak langsung kepada pembaca.

Secara ringkasnya, ACENG adalah kisah mengenai keruntuhan moral dan gejala sosial yang semakin berleluasa dalam masyarakat di mana kerapuhan institusi kekeluargaan antara penyumbang terbesar keruntuhan moral masyrakat. Nilai kemanusiaan yang cuba aku bawa  dalam cerita ni adalah realiti. Aku membaca dan aku mengkaji, jadi anggaplah penulisan aku ini sebagai satu pengetahuan kepada masyarakat di luar sana. Ianya berlaku dan terus berlaku tanpa masyarakat sekeliling sedar kerana mereka tidak punya pegetahuan. Mereka tidak sedar realiti. Mercun meletup di dengar bom bagi mereka yang disudut kiri. Disudut kanan pulak, bom yang meletup  di dengar sebagai mercun.

Lagi pula di kala dan ketika ini fikiran aku agak menerawang dan aku agak stress. Jadi salah satu cara aku melepaskan stress adalah dengan menulis. Aku akan menulis apa yang aku hendak dan apa yang aku rasa.

Itu sahaja rasanya. Aku dah nak mula menulis. Jadi, doakan aku berjaya menyiapkan cerita ACENG. 

No comments:

Open Cbox