Biar Habis Minyak, Jangan Habis Kudrat

Wah wah..... Tajuk bukan main lagi siap pepatah bagai. Haha...

Okey, dipendekkan cerita entri ni dah lama nak tulis sebenarnya iaitu sejak kejadian terbaru ni. Tapi disebabkan kemalasan bermaharaja lela,maka aku tewas dan tersadailah entri ni di dalam draf memori aku hinggalah aku putuskan untuk beratur di BSN untuk tebus baucer BR1M. Ini bermakna aku ada banyak masa dan semestinya ketika entri ini ditulis, aku sedang berdiri di pintu masuk BSN dalam satu barisan yang panjangnya menguji kesabaran dan iman. Malah juga mengundang lapar dan dahaga.

Kisahnya di sini bukan pasal BR1M tetapi pasal minyak moto yang habis. Ya, ini kejadian terbaru minyak moto aku habis disebabkan salah percaturan. Dan kali ini, moto Yamaha Lagenda kakak aku pula yang terpaksa aku tolak untuk kali ke berapa aku sendiri dah tak pasti.

Aku mulakan dengan tragedi terbaru ni yang berlaku pada hari yang sama penamat lumba basikal Le Tour De Langkawi di Gerik. Oh tidak, aku bukan keluar bandar untuk tengok acara tersebut. Tidak sama sekali. Entah mengapa acara semeriah dan sebesar itu gagal menarik minat aku untuk menyesakkan diri dalam kesibukkan, kesesakan dan kemeriahan orang ramai di bandar Gerik.

Aku keluar dah lewat petang di mana acara pun dah selesai dan kesesakan masih terasa walaupun sudah semakin surut. Tujuan aku keluar petang tu adalah untuk mencari benang membuat jala/pukat di kedai ikan. Haaa... ini hobi baru aku. Belajar buat jala. Disebabkan terlampau ghairah, maka aku paksakan juga diri untuk keluar dan misi berjaya.

Sewaktu nak balik hujan lebat dan aku terpaksa berteduh di kedai Mamak Famidah. Mujurlah disitu ada Wifi percuma. Hahaha...hujan lebat dan aku terpaksa berteduh hingga pukul tujuh. Sejuk dan bosan. Entah berapa kali dah mamak kedai tu terpaksa hantar air kat aku.

Dalam perjalanan nak balik ke kampung aku sewaktu mendaki satu bukit daripada bukit-bukit yang ada utiba-tiba moto aku terasa semput. Aku dah mula tak sedap hati. Aku behenti tepi jalan dan cek moto. Wuhuuu....minyak habis! Padan muka aku.

Hujan renyai-renyai dan langit makin gelap. Apa pilihan yang aku ada?

Pertama, tolak moto ke kampung yang berbaki sepuluh kilometer lagi.

Kedua, tolak moto keluar ke jalan besar yang berbaki 4 kilometer.

Dan aku memilih pilihan kedua.
Alasan aku dengan harapan kedai di simpang empat kampung Air Panas menjual minyak petrol.

Maka dengan semangat yang dipaksa-paksa, aku pun tolak la moto dalam malam yang semakin gelap. Hinggakan hampir saja aku dilanggar sebuah moto yang ditunggang sekumpulan remaja. Bunyi cover set moto yang berlaga menimbulkan rasa getar dan bengang.

Yang bagusnya, tidak pula remaja tersebut berhenti atau berpatah balik menanyakan keadaan aku. Sebaliknya terus sahaja meluncur pergi.
Wahh....aku dah tolak di luar line putih okey. Usaha nak elakkan daripada kena langgar. Tapi itulah perangai budak-budak moto ni, moto yang kecik tu sengaja di tunggang beriringan untuk nampak besar. 

Aku tinggalkan moto di car wash di simpang empat dan pergi mencari kedai yang menjual minyak. Malangnya tidak ada pula bekalan minyak petrol. Aku buntu seketika. Jadi aku putuskan untuk singgah di masjid berdekatan untuk ke tanah. Tak tahan oi entah berapa banyak aku minum air kat kedai mamak tadi. Tiga gelas rasanya.

Sambil-sambil tu aku komen dalam group whatsapp kelas aku untuk bertanyakan bantuan kalau-kalau mereka ada berdekatan. Malangnya mereka tidk upaya untuk membantu. Nabila a.k.a bella mencadangkan kedai runcit kecil di tepi kedai bihun tepi pagar sekolah. Berbekalkan lampu daripada powerbank aku pun berjalan dengan harapan ada la minyak nanti.

Tetapi,sekali lagi malang minyak petrol di kedai tersebut habis. Katanya tidak sempat mendapatkan bekalan disebabkan bandar gerik yang sesak dengan acara lumba basikal Le Tour De Langkawi. Banyak jalan terpaksa ditutup dan lencongan terpaksa dilakukan menggunakan jalan alternatif.

Tetapi nasib aku boleh dikira baik sebab abang tu cakap dia nak pergi bandar gerik nak beli minyak. Jadi aku kena tunggu la sekejap. Depan kedai tu ada sekolah rendah dan kawan sekampung aku kerja guard kat situ.

Sementara menunggu tu aku melepak dengan kawan aku tu dalam pondok jaga sekolah. Banyak juga topik yang kami bualkan dan banyak juga perkara kami kongsikan.  Walaupun sekampung dan jarak rumah antara kami tidak sampai seminit pun dengan jalan kaki, tapi kami sangat sangat jarang berjumpa. Dan rasanya akulah punca tu jarang keluar rumah bergaul.

Lepas dah beli minyak, dia tolong hantarkan aku ke tempat aku tinggalkan moto tadi. Dan botol minyak kedai tu dia juga tolong hantarkan. Thanks a lot!

Dan aku pun balik la rumah dalam kegelapan malam yang mana misscall daripada kakak di phone aku sudah pasti ada.

Everything happen with a reason.

Hikmahnya kejadian ni, aku dapat jumpa kawan,borak-borak dengan kawan aku dan tahu perihal kawan-kawan yang lain.

Itulah kisahnya.

Aku sambung dengan kisah seterusnya pula. Tapi yang ini aku pendekkan. Sebab aku dah malas nak tulis panjang-panjang. Ingat aku ni rajin sangat ke? Hahaha.

Kisah ni tahun lepas kalau tak silap aku dalam bulan 12 macam tu la. Alkisahnya balik dari rumah kak aku di Kg Perah. Aku dah cek tangki minyak dan anggaran aku ngam-ngam minyak ni sampai Bandar Gerik.

Ingat lagi aku cakap kat anak kak aku, Firqan yang umur 4 tahun;

Aku : Alaa.. minyak moto paknjang(gelaran untuk aku) nak habis..

Firqan : Jap jap Firqan nak ambik.(berjalan pergi dapur)

Dan sebenarnya anggaran aku tu lari sikit ja. Kurang daripada 100 meter nak sampai stesen minyak tapi sampailah pekan gerik.

Dan moto tu mati betul-betul di belakang Maybank dekat tapak pasar malam. Waktu tu pula ramai orang dan cuaca memang terik. Aduh, malunya aku nak tolak moto tengah hati macam ni. Duit dalam poket pun takda warna merah. Biru terang yang ada gambar wau berapa keping ja ada.

Jadi aku parkir moto kat situ dan jalan kaki. Ak cari botol untuk isi minyak. Puas aku merayau, tak jumpa-jumpa juga botol air yang 1.5L tu.

Akhirnya aku buat satu keputusan bijak. Aku pergi beli air mineral Rm1 sebotol dan aku buang airnya dalam longkang. Jadi sekarang aku dah ada botol untuk isi minyak. Maka tersenyumlah aku berjalan kaki ke stesen minyak Shell.

"Maaf bang, dalam botol tu tak boleh isi minyak. Kalau yang tebal sikit tu boleh la," kata attendan pam minyak tersebut dengan senyuman manis.

Dalam hati aku waktu tu tak tahu nak cakap apa. Aku berlalu pergi dari stesen Shell dengan perasaan menyesal kerugian Rm1 akibat terlampau 'bijak' tadi. Sudahlah bateri telefon mati, aku nak buat apa lagi.

Sekali lagi otak aku berpura-pura genius. Setelah dipersetujui oleh senat, aku memutuskan untuk berjalan tanpa arah tuju di sekitar bandar Gerik. Mana ada kerusi aku duduk, termenung dan pura-pura berfikir. Tujuannya satu, nak tunggu hari gelap dan dengan itu orang tak nampak sangat aku tolak moto nanti. Bijakkan aku?

Tapi lebih kurang pukul 6 petang, aku dah makin bosan. Kalau ada buku catatan aku boleh juga aku tulis sajak atau puisi waktu tu. Tak lain tak bukan semestinya berkisar kebijaksanaan seorang lelaki yang aku lihat di dalam cermin di rumah aku tadi.

Akhirnya, mahu atau tidak dengan semangat yang teguh, aku putuskan untuk menolak moto aku ke stesen minyak Shell. Segala kudrat aku kerah sepenuhnya . Topi keledar aku pakai dan visor aku tutup. Hahaha.

Perjalanan kurang sepuluh minit itu akhirnya membolehkan aku parkir moto di stesen minyak Shell untuk mengisi petrol tanpa ada botol tak guna pokemon ayamas yang aku campak dalam tong sampah belakang Shell tadi.

Dan kali ini attendan pam minyak tadi tersenyum lagi pada aku. Sebaliknya aku pura-pura tak pernah berjumpa dia. Haha..

Itulah kisahnya.

Pengajarannya, jangan fikirkan sangat apa orang fikir pasal kita sampai menyusahkan diri kita sendiri. Dan juga jangan terlampau 'bijak'
Sekian.

Eh, kejap! Jangan la pergi lagi. Nak cerita satu je lagi ni. Betul-betul last punya cerita.

Kali ni nak cerita pasal tolak moto Yamaha RXZ pulak.

Akllkisahnya kali ni aku pendekkan sebaik mungkin macam ringkasan waktu SPM kalau lebih jumlah perkataan  daripada jumlah ditetapkan  kena potong markah.

Waktu tu aku lepas STPM. Aku tolong abang aku kerja kontrak buat rumah. Aku ni bahagian tolong bancuh simen angkat bata ja nak ikat bata mana aku pandai. Nanti tak pasal-pasal ada orang mati kena hempap dinding rumah runtuh.

Aku baru belajar je bawa moto ada clacth ni. Dan aku memang tak minat moto jenis ni. Dipendekkan cerita waktu balik dari Bersia, moto aku tayar pancit kat simpang trafic light Air Panas. Apa lagi, gelabah juga la aku. Nasib baik la ada orang rekomen kan dekat aku satu rumah di Kg Rancangan Belia Khas (RBK) Air Panas yang buat servis tukar tayar moto. Selesai semua dah maghrib. Hari dah gelap. Aku pulak excited la nak pulas throttle tu sebab tayar baru tukar kan(tukar tiub dalam je sebenarnya).

Dekat tayar tempat tube angin tu aku pasang satu tube ada lampu. Bila tayar pusing nampak cantik la warna warni. Dan kebetulan pula aku balik malam, lagi la seronok.

Sedang aku menikmati lampu kat tayar tu tiba-tiba moto jadi semput. Dan akhirnya senyap tak berbunyi. Rupanya minyak habis. Aduhai...bijaknya aku, moto RXZ ni parak minyak. Dan aku boleh pulak isi Rm2/Rm3 untuk perjalanan pergi balik mengikut sukatan moto Yamaha Lagenda.

Makanya, padan muka aku. Kan dah mendapat. Sudahlah dah jauh ke dalam, terpaksa juga aku tolak moto dalam gelap. Penat dan takut. Penat tu memang pasti la sampai lenjun baju aku. Dah la RXZ ni berat. Tolak pula naik bukit.

Takut tu pasal sebab gelap. Buat nya tiba-tiba ada hantu ker, keluar babi hutan,
Harimau atau gajah ka, naya aku. Huhu. Eh, bukan hiperbola okey,memang binatang yang dinyatakan tu ada kat kampung aku. Harimau aku pernah tengok. Gajah tengok taik dia ja. Babi hutan tu aku pernah kejar keliling rumah aku. Hantu?  Ah, lupakan yang tu..

Akhirnya ada juga kereta yang sudi berhenti dan bantu. Aku tinggal moto di tepi jalan dan tumpang kereta tu balik rumah. Beli minyak naik moto dan datang semula.

Kat sini, kebebalan aku adalah tak benar -benar mengenali penduduk kampung sendiri. Depa kenal aku, tapi aku cuma cam muka ja yang depa tu orang kampung aku. Huhu.

Dan cepat-cepat aku dapatkan semula moto yang aku tinggalkan dalam semak di tepi jalan. Mujurlah masih ada, kalau tidak mampos aku nak menjawab dengan abang ipar aku. Tu moto dia. Dia nak bagi aku tapi aku taknak.

Sekarang moto tu dah dijual. Dan aku pula rasa rindu dengan moto tu. Rindu nak ride RXZ. Seronok juga sebenarnya.
Tapi jadi tak seronok bila habis minyak tengah jalan. Haha..

Now, dah tamat cerita. Patutnya ada lagi dua cerita. Kali ni Yamaha 135LC dengan Honda EX5 pulak. Tapi itulah, aku dah malas nak tulis. Lain kali bila rajin aku tulis.

Akan datang aku tak tahu moto jenis apa pulak yang nak 'berjalan seiiring' dengan aku.

Seperti tajuk di atas, biar habis minyak jangan habis kudrat, aku cuma nak cakap jangan banyak merungut bila terjadi apa-apa musibah. Sebaliknya berfikir dahulu segala jalan yang ada. Dan juga cari hikmah disebaliknya. Begitulah caranya bagaimana ubat yang pahit tetap ditelan kerana ada kebaikkan di sebaliknya kemudian hari.

Macam esaimen pulak tiba-tiba ada rumusan penutup. Hahaha..

Okey bye bye.

P/s : Next aku nak kongsi pasal tayar pecah pulak. Adakah tajuknya 'biar pecah tayar,jangan pecah kepala?' Hahaha.. nantikan je la...

Post a Comment
Open Cbox