AKU & KONVOKESYEN USM KE - 54

ASSALAMUALAIKUM.

Tiada kata lain yang  mahu aku ucapkan melainkan syukur Alhamdulillah kerana perjuangan aku selama 4 tahun di USM suda berakhir setakat ini.Kenapa setakat ini? kerana aku belum puas menimba ilmu. selagi azam masih tertanam beserta tekad, selagi itulah perjalanan tidak akan pernah terhenti.

Di medan coretan ini, aku akan kongsikan, ceritakan, luahkan, atau apa- apa saja perihal yang mahu aku luahkan.  Sesungguhnya aku tersangat gemar menulis di blog disebabkan ini merupakan diari online kepada aku yang menjadi tempat untuk memuhasabahkan diri aku andai aku menjadi menjadi seperti kacang. di Facebook juga ku aa kongsikan penghargaan aku tetapi itulah cuma sekelumit cuma daripada apa yang hendak aku sampaikan. di Facebook, ada rakan-rakan, guru-guru, saudara mara, dan juga musuh aku yang mereka perlu tahu tentang kejayaan kecil aku ini. Ya, aku namakannya kejayaan kecil kerana ini hanyalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang jauh dan mencabar.

Bagaimana nak mula ni? apa yang hendak aku ceritakan dulu? aku juga sebenarnya tidak punya perancangan untuk entri ini. Oleh itu, izinkan aku untuk bercerita secara panjang lebar yang juga mungkin pengulangan kepada entri-entri sebelum ini.

Sewaktu di sekolah rendah apabila ditanya, ''datang sekolah untuk apa?'' aku dan rakan-rakan akan jawab ''untuk belajar pandai-pandai sampai ke menara gading/ masuk universiti''. Itulah yang kami tanamkan dalam hati sewaktu di sekolah rendah. Tetapi aku waktu tu tak pernah kenal nama universiti. Dalam keluarga aku tidak ada seorang pun lagi ahli keluarga aku yang masuk universiti. Bukan sebab tak pandai, tapi sebab kekangan kewangan. Bagaimana hidup aku ketika itu? Aku dah kongsikan dalam entri sebelum ni, Kalau aku cerita kat sini panjang jadinya.

Diringkaskan cerita, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada cikgu-cikgu yang tak jemu mendidik aku yang agak kurang cerdik nih. Tapi itu lah guru, bila niatnya ikhlas, hatinya bersungguh dia tidak akan pernah merasa putus asa. Aku boleh cakap macam ni sebab aku pernah berada dalam dua-dua situasi. Belajar dan mengajar walaupun mengajar tu cuma sekejap sahaja sebagai guru praktikal. Sejujurnya pendidikan bukanlah pilihan utama aku untuk dijadikan kerjaya dalam hidup. Tapi, itulah kita hanya mampu merancang. 

Teringat masa sekolah rendah di SK JELUTONG, sebagai sebahagian budak biol memang tak sah la kalau tak kena denda. Aku pernah kena denda pusing padang sorang-sorang waktu tengah hari. Sebab tak buat kerja sekolah atau tak siap kerja sekolah pun aku tak ingat la. Tapi cikgu tu memang marah sungguh dengan aku. Dan aku dengan rileknya berlari la pusing padang. Waktu tu kelas kat bangunan tingkat tga, so depa yang lain pakat tengok la aku sorang-sorang berlari kat pada waktu tu. lepas tu, masuk kelas dengan keadaan peluh yang sekarang ni tak dapat aku nak bayangkan macam mana. 


Anak buah aku jer sakan dok pre-convo.
 Aku entahlah, macam kurang semangat nak bergambar pre-convo bagai nih
Dan aku juga pernah kena rotan dengan pembaris kayu panjang sampai patah. Rotan bulu ayam yang dibalut dengan tape warna kuning, hitam dna hijau kalau tak silap aku. Memang pedih la kena waktu tu. Rotan ni teacher Jun yang guna. Nama penuh ia aku tak ingat. Junaidah la kot. Dia ajar kau bahasa inggeris. Ingat lagi time tu kalau dia suruh tulis jawapan kat papan hitam dan kami tak boleh jawab, memang kena tadah tangan la. Tadah dua-dua belah tapak tangan dan dia akan rotan sambil eja jawapan. kalau jawapan panjang dna banyak huruf memang nasib malang lang la. Pedihnya memang tak terkata la. Pastu ambik serbuk kapur kat papan hitam sapu kat tapak tangan gosok-gosok dengan harapan sakit tu akan hilang. Hahaha. Tapi tu la, aku memang biol pun bahasa Inggeris.




My mother and my sister. 


Aku juga pernah kena rotan kat kepala dengan rotan kecik. Rasanya? jangan tanya macam mana rasa, yang aku tahu pdih. Tu pun dengan cikgu Bahasa inggeris jugak. Nama dia cikgu Aini. Tapi yang peliknya time dia pindah pulun aku lari masuk tandas teriak sebab sedih. Hahaha. Nmpak tak betapa mulianya hati aku time tu.

Yang lain-lain tu biasa la kena denda balik lambat la, apa la. Tapi kan yang kena denda semua ni sebab salah aku jugak. Satu sebab malas. Kedua sebab bangang sikit. Ketiga sebab muka tak pandai. Hahaha. Ye la, aku mana masuk Tadika. Terus ja masuk darjah satu. Itu pun hari pertama masuk mak aku daftar aku pagi tu terus tinggal aku kat sekolah. Balik sekolah sendiri jalan kaki. Well, hebat tak mak aku?

Nama kelas aku time tu aku dah tak berapa ingat la. Waktu darjah satu, dua aku tak ingat. Darjah tiga aku ingat rasanya. Tiga Matahari. Ye la kot. Tapi darjah Enam aku ingat. Enam Adil dan Enam Arif. Arif tu kelas pandai, ofkos la aku kelas Adil. Hahaha.

Tetapi......haa...ada tetapi lagi tu. mungkin sebab kepandian aku mula terserlah, maka merasa la aku duduk kat kelas Enam Arif kejap. Nama aku masih lagi Enam Adil tapi aku belajar Kat kelas Enam Arif. Bila periksa, ofkos la aku nombor 1 sebab kelas Enam Adil. HAHAHA. Maaf, takda niat nak riak (tumbuk muka sendiri).
Fadhli Ahmad. Coursemate aku.

Aku teringin nak masuk sekolah tu lagi acah-acah mengenng nolstagia lama. Tapi itu la, masih belum berpeluang lagi. Dan kawan-kawan sekelas pun berapa orang ja yang aku masih kenal. Yang lain tu semestinya la deme tak kenal aku dan aku tak kenal depa. Dah 11 tahun, yang dah ada anak pun ramai dah ni. Aku? Hahaha.

Waktu tu mana ada media sosial macam sekarang. Henfon pun bukan semua orang mampu. Gambar pun aku rasa takda gambar aku waktu sekolah rendah. Sadis kan hidup aku. Hanya kenangan dalam ingatan saja yang ada. Kalau akku tak tulis, tak mustahil kenangan tu akan hilang. Time change everything.

Batch darjah Enam yang aku masih ingat. Rahman, luqman, Awie, Muzzakir ni semestinya la aku ingat sebab orang kampung Paya, kg aku jugak. Haha. Firdaus ada dua. Satu Firdaus Rani dan satu lagi Firdaus Lazim. Firdaus Lazim aku pernah jumpa beberapa tahun lalu. Firdaus Rani ni aku baru jumpa baru dalam bulan lima kalau tak silap waktu aku praktikal kat SMK TENGKU MENTERI. Terkejut dia sebab aku ingat dia lagi. Siap tahu lagi rumah dia kat mana. Ye la , 12 tahun dulu aku pernah pergi rumah dia. Panah ikan dalam sungai depan rumah dia, sebab tu aku ingat rumah dia kat mana. Selalunya kawan lama muncul kembali ni geng MLM je  banyak. Risau juga aku dia ingat aku nak ajak dia join MLM. Haha. Mak dia pun peramah. Sembang macam dah lama kenai. Lagipun dulu pun mak dia memang sempoi. Tengok anak dia cukup dah.

Yusri ni rasanya tak payah cerita panjang dah sebab aku dah pernah cerita. Fahmi mustafa aku pernah jumpa waktu kenduri tapi tu lepas setahu atau dua tahu habis sekolah la. Lepas tu terus terus tak jumpa dah. Tapi contact lagi la kat facebook. Rashid aku tak jumpa depan-depan lagi. Jumpa kat facebook je. Nazrin ada dua juga sorang Nazri Harun dan sorang lagi Nazrin Mat Isa. Nazrin Mat Isa aku jumpa dah. Dia cam aku waktu jumpa kat stesen minyak. aku pulak kurang cam dia. Cakap pasal Nazri mat isa atau Bad niterngat pulak aku pasal satu kes tu. Tapi takpa la, biarlah cerita tu dalam fikiran aku je. haha. Fahmi anis aku jumpa kat facebook. Dan sejujurnya kalau jumpa kat luar memang aku tak cam dia. Haha. Lagi sapa ek? Fendi, Nasaruddin, Thaif, Fairus,Nazrin Harun, ni semua yang aku masih lost contact. Moga suatu hari nanti dapat jumpa depa walaupun depa tak kenal aku. Aha, Amirul Asyaf sorang lagi. ada juga contact kat facebook.

Terserempak dengan mak cik sorang nih. Hahaha.
 Kalau nak verita pasal dia nih, alamatnya berjela la juga entri ni nanti.

Perempuan pula tak ramai yang aku ingat. Antaranya Farah, Syuhada, Ain dan Khairullbariyah. Tu je yang aku ingat. Kalau kenal dua orang jer. Haha. Nampak tak, aku takda makwe pun masa sekolah rendah. Habis dah pasal sekolah rendah, kita cerita pulak pulak pasal sekolah menengah yang sememangnya panjang dan akan aku singkatkan seberapa boleh. Hahaha.

Sahabat satu skuad Palapes, Suraya Azmi a.k.a ayam.
 Hahaha. sempat jumpa dia sekejap. Itu pun secara kebetulan.

Kat sekolah menengah ni aku taknak tulis banyak sangat sebab panjang kalau nak tulis ni. Sekalung penghargaan juga buat guru-guru yang mendidik diri ini sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan Enam. Ada antara cikgu yang aku ingat nama tapi tak ingat rupa, ada yang ingat rupa tapi tak ingat nama. Sesungguhnya aku hanyalah insan  yang lemah. Cewahhh.

Aku cuba senaraikan cikgu Sejarah aku. cg Norhashimah abdul Rahman (t1), cg Rafidah (2) cikgu Norhashimah abdul Rahman (t3), cikgu Habshah (t4) cikgu Suraya (t4), cikgu Awanis (t5). cg Suraya 9t6) Cikgu Habshah pernah kata dalam kelas di dalam bilik Jepun (Dalam pusat sumber) yang aku ada ciri-ciri boleh jadi guru sebab sekali dia baca je aku boleh tulis kat whiteboard. Tak ulang-ulang tanya dia. Masin muut dia agaknya sekarang ni aku semakin hampir untuk bergelar guru sejarah. Huhuhu. Cikgu Awanis, kelasnya selalu penuh dengan motivasi di awal kelas. Itu salah satu perkara yang aku praktiskan sewaktu latihan mengajar hari tu. Tahu tak kenapa guru tu selalu sangat bagi motivasi? sebab guru tu sangat mengambil berat pasal kita sebenarnya.



Lepas naik pentas. Hilang dah segala dup dap di dada.

Cikgu-cikgu pun ramai lagi aku ingat. cikgu Azlina Haron cg sastera tradisional, cikgu Rozaini md Noor, cikgu Sastera moden. cg Noraini (bm), sir Azmi (muet), cg Aziz (geo fizikal), cg Rosli (geo manusia) cg ibrahim (pengajian am 2 ), cg Hashimah (pengajian 1), dan ramai lagi cikgu-cikgu yang mengajar dari form1 samapi form5.

Hafiz. Coursemate paling sempoi. Tak tau la nak cakap cam mana. Hahaha

Thanks juga kepada rakan-rakan sepanjang perkenala selama 4 tahun. Tanpa kawan-kawan tak mungkin aku berjaya pakai topi petak tu. Iye la, esaimen la apa la kawan-kawan banyak tolong. Nak mention jugak kat sini Zalika yang membantu berkenaan unit apa semua tu. Kalau tak alert pasal tu bolej jadi tak konvo aku tahun ni. Maklumlah aku blurr sikit bab macam tu. Takim yang tolong daftar subjek latihan mengajar dan menyelamatkan rm50 aku daripada di denda. huhuhu.

lagipun kak kat pejabat ppip tu kenal aku sebab banyak maslaah kat sana. Daftar subjek lewat la, terlebih unit la, apa la itu la.

perancangan 4 tahun sangatlah penting. Kalau tak adi macam aku. Terpaksa ambil lebih unit untuk satu semester sebab nak cover unit. Kalau tak tak cukup unit. Pilihan yang ada ambil lebih unit atau extend. Memang tak la aku nak extend, lama o aku mikirkan solusi untuk maslaah ni disebabkan oleh kecuaian sendiri. Time tu pulak aku nak kena cover pointer , tapi apakan daya, itu saja yang aku mampu. sanggup pergi jumpa timbalan dekan dekan la, pergi pejabat pendaftar dan bagai-bagai lagi. Haha.

Pada smua rakan -rakan Sastera dengan Pendidkan, terima kasih banyak-banyak dan tahniah.

Walaupun henfon aku ting tong ting tong, tapi aku gigih jugak la selfie. Hahha

Dengan mak selepas keluar dewan. Sempat jumpa kawan-kawan sekejap jer bergambar. Selebihnya berkepit dengan mak. Ye la, takkan nak tinggal mak kot.

KELUARGA, ini lah kekuatan aku. Mak berikan apa yang dia termampu, dan aku berikan apa yang yang mak tak termamu. Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat mak tersenyum gembira dengan anaknya.9mak aku bukan kaki selfie, tu sebab dia tak senyum dalam gambar. Hahaha) Moga aku menjadi perintis kepada adik-adik aku yang lain untuk buat mak tersenyum. Ini hanya sebuah permulaan untuk aku buat mak. 

Nazri R dan Nazri K. 

Waktu aku Tauliah mak tak dapat pergi. Tapi waktu konvo ni mak wajib pergi. Sebab ini apa yang emak mahu lihat dan mak patut lihat. Bila orang puji aku, bukannya aku nak riak tapi aku senyum dalam hati sebab pujian tu secara tak langsung kepada mak juga. Dan sepatutnya memang untuk mak.

Dua keping pulak gambar dengan makhluk nih. Hahaha

Dalam kegembiraan ni tak lupa jugak kepada arwah mak saudara aku (mak yah) yang telah meninggal dunia. mak yah pernah kata dia bangga dengan aku sebab dapat masuk universiti. Terkilan juga aku sebab mak yah tak dapat serta sempena konvokesyen aku ni. Dan mak yah juga tak sempat untuk melawat aku kat universiti walaupun sekali. Pengorbanan dia terlalu banyak kepada keluarga aku.

Bukan dua dah ni, masuk tiga dah. Apa-apa je la.
Nak konvo pun penat juga sebenarnya. Iye lah, nak kena print itu ini lagi. Tapi paling penat bila semester terakhir la sebab nak kena buat macam-macam. Terutamanya berkaitan dengan unit. kalau tersilap pengiraan boleh jadi tak grad on time oo... Takut aku. Tapi nasiblah ramai kawan membantu. Tolong kira unit dan sebagainya. Lagipun dalam group pakat saling mengingatkankan. Okay la tu kan. Tapi kan, aku sepatutnya grad unit mesti 130. Bila tengok balik unit aku semuanya 135. Erk, apa aku dah buat nih. Hahaha



Amar Ahmad. Roomate. Rakan sekuliah. Minat yang sama dalam bidang sejarah. Skuad Kala Rimba.
Thanks datang.
Jubah konvo aku datang mari ambil sendiri. Penat ooo.. pastu datang konvo balik hari jugak. Lagi la penat. Walaupun bukan aku yang drive kereta, tapi penatnya aku pun terasa jugak. Lepas tu hantar jubah aku pergi sendiri USM naik bas. Ini lagi penat.

Dari Gerik naik bas ke Baling lepas tu naik bas lagi ke Butterworth pulak. Dari Butterworth pula naik feri ke seberang. Kemudian naik Rapid penang dan sampailah USM. Belum habis lagi aku punya penat. Sampai USM aku terus ke DUP untuk ambil gambar, transkrip akademik dan segala bagai yang kena ambil la. Tapi aku cuma boleh ambil gambar saja. Transkrip tak boleh ambil lagi sebab aku belum hantar jubah lagi. Aduhai, aku kalau boleh nak buat sekali jalan ja. 

Makanya, aku ke DTSP pula untuk hantar jubah. Mujurlah bas dalam USM masih ada. Lepas hantar jubah aku naik bas smeula ke DUP balik. Aku ni keja masa sebenarnya. Iye lah dah la hari jumaat jam pukul dekat pukul 5 petang dah. Sampai kat DUP bila semua selesai, aku naik bas lagi pergi semula ke DTSP. Sebenarnya aku pergi situ untuk pergi kedai mamak Subaidah dekat situ sebab aku nak pekena nasi goreteh ais kurang manis dengan air kosong. Hahaha.

Dah lama aku rindu dengan menu tu. Dan aku lepak situ sampai maghrib. Sampai kawan aku mai ambik. Ye la, aku tumpang bilik dia untuk semalam. Keesokkan harinya aku balik Gerik semula.

Pengalaman best waktu nak balik waktu tunggu bas kat Bukit Gambir, borak dengan sorang autie cina nih. Sangat peramah dan bahasa pun menarik. Ye la, dia cakap penang la. Paling suka dengan dia cakap 'hang' dengan 'pi'.

Waktu tunggu bas dekat Butterworth pulak borak dengan seorang pak cik India ni. Dia nak balik ke Taiping. Ye la sempena cuti Deepavali kan. Borak-borak rupanya pak cik ni pernah kerja kat Grik dulu bahagian pembinaan ke apa entah lah. Pastu dia cerita kata dulu time dia ada kat sana bila beli nasi lemak mesti kena bahagi dua dengan komunis. Lepas tu pengalaman jumpa gajah kat tengah jalan. Sambil borak dia nasihat aku bila aku cakap baru habis belajar. Dia kata ada degree okay la. Jangan lupa ibu bapa, jangan lawan ibu bapa. Nanti kerja elok-elok jangan lupa ibu bapa. Pastu dia pesan jangan kawan dengan kawan yang rosak la. Nanti kesian ibu bapa kita . Kena pandai pilih kawan. Anak dia ada sorang buat degree jugak kat Unimap.

Dalam hati, terasa insaf la juga. Kalau lihat luaran mesti tak jangka pak cik tu akan cakap cam tu. Tapi itu la, jangan cepat menilai orang dari luaran sahaja. Asalnya perbualan mula sebab dia tanya jam pukul berapa je. Lepas tu aku teringat satu buku yang aku opernah baca, tentang bagaimana cara kita untuk tingkat kemahiran komunikasi sosial kita dengan orang sekeliling. Bukan susah pun katanya. Boleh kita buat waktu tunggu bas ker, atau dalam bas dengan orang sebelah kita, atau sedang menunggu giliran atau apa-apa dan di mana sahaja. Mulakan dengan perbualan ringkas dan biasa sahaja. Kalau lelaki , pinjam lighter atau kongsi rokok pun dah boleh jadi pencetus kepada satu bentuk komunikasi .


Aku dengan mak aku bukan buat style ambik gambar tengok bawah. Tu candid.  Tengah buat apa aku tak tau. Hahaha

Nampak macam aku abang, tapi sebenarnya aku adik kepada kak dan kak aku tu. Hahaha. 
Kembali pada kisah aku di Universiti dulu, antara keluarga besar yang aku ada ialah skuad PALAPES iaitu KALA RIMBA batch 34, team Hoki USM dan juga coursemate aku iaitu Sastera dengan pendidikan. Tiga ni kiranya keluarga besar aku la.Dan tiga ni antara yang dirindui nanti dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku. Antara Palapes dan Hoki, dua-dua punya tarikan tersendiri yang kerap kali mengheret aku ke dalam dilema apabila tarikh sesuatu acara itu bertindih. Pilihan harus dibuat walaupun aku kadang kala menyesal dengan pilihan yang dibuat. Tapi aku harus akur dengan hikmah yang terkandung disebalik sesuatu perkara tersebut. Huhuhu.

My Family, ini aje yang dapat hadir.
Apa lagi yer aku nak bebel?...hurmm... aha, satu hari nanti aku akan kembali semula ke sini. Sebagai apa? itu biarlah masa yang akan menentukan nanti. cewahh. hahah



Kalau ada yang tanya ''kenapa tak bagi mak pakai jubah tu?""
ini jawapan mak aku bila ak nak bagi pakai jubah.
''Tak payah, buat panaih ja'' huhu

Dah macam graduan betoi pulak kak aku ni. Hahaha. Tak pa, ambik feel, nanti dia nak konvo giat mara pulak.



Macam nak pergi kawin pulak rasanya pakai macam nih. Hahaha

Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, jadi aku publish yang ni dulu. nanti bila aku dan ingat, aku akan edit balik entri ni. Bukan apa, simpan kat draft lama-lama nanti aku  lupa dan hilang mood nak publish.

p/s: segala jenis typo tu aku akan perbaiki nanti. Haha

Post a Comment
Open Cbox