BUKAN SEKADAR ANGKA

Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik dan nikmat usia sehingga ke hari ini.

Ya, aku dah 24 tahun. Tua dah kan. Tapi tak kawin-kawin lagi. Apa boleh buat, jodoh masih on the way. Hahaha..

Untuk tahun ni dan buat pertama kalinya aku celebrate birthday bukan sewaktu game hoki. Sebabnya kali ni aku praktikal dan hoki dah takda liga. Kiranya sambut sebagai seorang guru la. Cewahhh..

Dipendekkan cerita, kali ni aku dapat hadiah daripada anak murid kelas 4k1. Terharu rasa. Nasib baik tak menangis. (Over pulak ). Hadiahnya adalah pen marker dua batang dan kad ucapan dalam bentuk sehelai manila kad siap warna pink lagi. Hahaha. Sayang pulak nak guna marker tuh. 

Aku memandang nilai estetik dan nolstagia. Kalau hampa semua nak tau, kad ucapan birthday yang janda aku bagi sekitar 10 tahun dulu pun masih aku simpan. Hahaha.

Sebagai hadiah untuk diri sendiri aku belikan sepasang kasut sukan jenama Asics untuk main hoki. Takkan nak harap orang lain beli pulak kan. Haha. Hanya kita yang  tahu diri kita, tak salah untuk bagi reward kat diri sendiri. Hargai diri sendiri.

Birthday aku macam biasa, tiada kek, tepung, atau telur. Bagi aku tepung dan telur tu satu pembaziran. Seeloknya elakkan la membazir. Aku faham sebab aku pernah rasa macam mana lapar tanpa sebarang makanan. My past teach me everything. That my history and I have learn from the history. Speaking la pulak aku nih. Hahaha.

Terima kasih kepada semua yang bagi ucapan dan mendoakan sama ada secara terus, whatsapp, facebook, telegram, SMS, twitter dan sebagainya. Aku hargai. Sangat-sangat dihargai. Yang bertanya soal jodoh tu, in Shaa Allah bila sampai masanya aku jemput. Tak lama dah. Tapi tak tau la kalau ajal yang datang jemput dulu. Huhuhu

Terima kasih yang paling dalam untuk mak yang telah lahirkan aku dan juga keluarga. Tarikh lahir mak aku ngan aku sama okay. Bulan dengan tahun je berbeza. Hahaha.

Kadang-kadang terfikir jugak macam mana aku boleh survive sampai umur 24 tahun sedangkan 12 tahun terawal aku adalah waktu yang sukar. Life without money it's okay, but life without family is nothing, empty.

Diusia yang semakin menjengah senja macam nih, doa aku semoga aku dapat menjadi orang yang berguna, membanggakan ibu bapa dan keluarga. Serta bermanfaat kepada yang lain.

Rasanya ni je kot yang nak aku kongsikan. Yang lain tu biarlah tersemat dalam ingatan aku.

No comments:

Open Cbox