HOKI vs PALAPES

*gambar hiasan

Assalamualaikum...
Agak lama jugak aku tak update blog nih. Bukan takda idea, cuma masa kurang mengizinkan. Malam ni walaupun sibuk dengan assigment yang nak kena submit esok, aku rasa aku perlu sesangat update blog nih. Sebabnya blog ni adalah teman aku meluahkan segalanya. Bukan tiada kawan atau teman atau sahabat untuk berkongsi suka duka, tapi rasanya tak semua kawan tu nak dengar. Penat jugak dia kalau nak kena dengar sebab mak jaga hati aku yang sakan bebenor dok meluahkan bagai-bagai nih. Mudah kata, blog la alat wardah terbaik aku. Nak baca atau tidak itu terpulang. Tiada paksaan.

Pertamanya tentang title blog yang ntah apa apa tuh. Aku terfikir nak tulis entri ni sebab aku nak berkongsi sesuatu. Kalau tengok daripada tajuk, mungkin ada yang boleh teka maksudnya begitu jugak la sebaliknya. 

HOKI:
Hoki ni kiranya sukan feveret aku la. Aku main sebab minat. Aku tak hebat macam yang lain, basic pun out lagi. Tapi bila aku suka sesuatu perkara tuh dan benda tuh menggembirakan aku memang aku akan buat. Aku kenal hoki pun dah lewat. Banyak benda lagi aku kena belajar. Macam aku cakap tadi, aku main sebab minat. Kalah atau menang itu perkara biasa dalam pertandingan. Takkan sebab asyik kalah je terus taknak main kan? aku bukan jenis tuh. Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu melepaskan sesuatu. Ayat ni aku sendiri yang reka sebab memang berkaitan dengan aku. Dan kata-kata ni aku pegang terutamanya bila perlu memilih 1 antara 2. Waktu sekolah bila nak main hoki wakil sekolah, jenuh nak kena mintak kebenaran daripada PK tingkatan enam. Macam-macam alasan aku bagi sebab nak main. Begitu jugalah dengan PK tingkatan yang bagi macam-macam alasan taknak bagi aku main. Sebab nak suruh fokus pada belajar. Macam mana nak fokus kalau jiwa tak tenang. Hati tak gembira. Tertekan. Kalau dekat U pulak lagi la banyak cabaran. Dilema sana sini. Macam-macam nak kena fikir bila nak buat sesuatu keputusan.

PALAPES:
Takda orang yang paksa aku masuk palapes. Takda orang yang paksa aku jadi askar. Aku buat atas kehendak sendiri. Aku masuk bukan sekadar minat tapi ini impian aku yang pernah menjadi cita-cita utama aku sejak kecik lagi untuk bergelar seorang pegawai tentera. Walaupun sebagai seorang pegawai tentera sukarela,bagi aku ini sudah cukup memadai sebab aku berjaya capai impian aku. Tapi perjalanan mencapai impian aku masih jauh. Baru dipertengahan jalan. Cabaran memang banyak. Aku cuba serap dan hadapi semua cabaran dan tekanan tuh. Walau kadang aku tak mampu. Aku cuba. Menulis memang mudah. Tak semudah menghadapi situasi sebenar. Orang lain lihat aku seolah-olah mengabaikan palapes. Aku tak nafikan kalau depa tak kenal aku. Aku bertahan selagi termampu sebab ni impian aku. 

Hoki vs Palapes
Apa yang aku nak cakap, jangan bagi aku buat pilihan antara dua benda nih. Benda lain mungkin aku boleh pertimbangkan. Tapi kalau 2 pilihan ni memang sukar aku nak buat keputusan. 2 benda dalam masa yang sama. Impian dan minat. Kawan selalu tanya,  kalau diberi pilihan antara dua nih mana yang aku akan pilih. 1 sahaja. Memang sukar aku nak jawab. dua-dua aku nak. Tapi sidang nih aku banyak lebihkan masa dengan hoki. Ada jugak kawan yang tegur kata jangan abaikan komitmen dengan palapes. Ya, aku cuba. Orang lain nampak mudah-mudah je aku tinggal palapes. Tak pergi latihan tempatan, tak pergi latihan berterusan, tak turunbaris petang, tak turun baris pagi and macam-macam lagi la. Depa ingat aku tak fikir semua tuh? Saja-saja calarkan reputasi diri sendiri untuk dilabelkan tak berdisiplin? aku fikir la semua tuh. kan aku dah cakap, aku jugak macam yang lain kadang-kadang kena buat 1 keputusan yang sukar. Takkan nak hidup dengan benda yang sama je setiap hari sepanjang kat u nih? Bukan mudah untuk aku buat keputusan tak pergi latihan berterusan sidang nih. Masuk nih dah dua kali aku tak pergi. Ingat tak rugi ker? orang lain semua merasa tembak LMG, M203 Grenade Launcher, GPMG, tembak malam dan bagai lagi. Peluang hanya datang sekali. Macam aku kata kat atas tuh, ''untuk mendapatkan sesuatu kita perlu melepaskan sesuatu''. itu pengorbanan bagi aku. Aku sedih sebenarnya tak dapat join semua tuh. Peluang sekali seumur hidup. Bila kawan balik latihan dan bercerita tentang latihan. Aku diam. just smile. Bila tengok kawan post  gambar-gambar latihan menembak dan E&E, aku cemburu. Rasa kecewa sangat sebab tak ikut. Macam nak nangis rasa sebab terlampau cemburu dan terkilan. Nanti bila dah tauliah dah jadi pegawai, depa semua ada banyak pengalaman untuk dikongsikan. Tapi aku??? 
Aku berharap sangat untuk sidang akan datang aku tak dapat pegang apa-apa penjawatan dalam palapes. Bukan nak mengabaikan kepercayaan dan amanah yang orang bagi, tapi aku perlu fikir diri aku jugak. Aku berharap sangat jugak dengan sikap yang aku tunjukkan nih dapat membantu jurulatih membuat pemilihan calon yang sesuai untuk menyandang sebarang jawatan nanti.
Aku ada reason aku sendiri kenapa aku sanggup tak pergi latihan berterusan. Aku fikir hanya ni je la peluang yang aku ada untuk pergi main hoki dewan untuk Karnival Masum. Walaupun kalah, aku agak puas hati. Sebab kami pergi hanya untuk enjoy dan ambil pengalaman. Main fokus kami liga hoki masum div 1. 
Kalau nak cerita semua maunya tak tido aku malam nih. So aku tulis sekadar yang mampu je la aku luahkan.
Cuma, jangan tanya aku untuk buat 1 pilih  antara dua pilihan nih. Sukar bagi aku.

Just do it if that can make you happy

Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu melepaskan sesuatu

##sekadar sebuah catatan luahan bagi menghadapi hari-hari yang semakin mencabar.
## terima kasih pada kawan-kawan yang selalu menasihati dan ambil berat tentang aku. aku hargai semua tuh
## pada kawan yang tidak memahami aku, judge aku, blaim aku, dan  kata macam-macam kat aku, aku cuma boleh cakap, Adili aku bila dah kenal aku.
Post a Comment
Open Cbox