AKU...ROTU.....MEREKA....

Assalamualaikum...pembaca yang budiman..
entri kali ni aku nak cerita la sikit pasal palapes.sebelum masuk usm memang aku dah tahu pasal palapes ni.sebabnya aku memang minat.tapi,ada jugak kata-kata yang menyarankan aku supaya jangan masuk palapes sebabnya,nanti aku sibuk sangat la,tak sempat nak buat kerja kursus,takda life kat universiti dan macam2 lagi la..tapi aku buat diamkan je.
bukan apa,palapes ni kiranya ganti kepada hasrat aku nak upnm yg berkubur .hahaha..bagi aku bidang ketenteraan ni menarik,walaupun lasak n teruk jugak la,tapi tu semua waktu tu,tika itu,,kita kena melihat kehadapan.banyak sebenarnya kebaikan yang aku bila masuk palapes ni,aku jarang keluar ke pusat bandar,shopping complex atau apa la untuk suka2 bazir duit,sebab masa aku agak terhad.secara tak langsung didik aku untuk belajar menghargai duit hasil pena lelah mak aku untuk membiayai aku di universiti.elaun pun dapat,secara jujurnya bukan elaun yang aku kejar.tapi masa depan yang aku kejar.cita-cita aku seperti yang aku post dahulu ialah seorang tentera.tapi,di usm ni aku ambik kursus ilmu pendidikan yang dikatakan menjamin pekerjaan oleh semua orang.hakikatnya,berita yang bari diterima hasil mesyuarat pusat pengajian ilmu pendidikan,course sastera dengan pendidikan yg aku ambil pada tahun merupakan course ''open market''.apa itu open market?? maknanya kami tidak dijamin peluang pekerjaan sebagai seorang guru.kami kena tingkatkan usaha.berapa tahun kami perlu menunggu selepas tamat pengajian untuk dihantar mengajar? 2 tahun? 3 tahun?? itu semua bergantung kepada rezeki..
bila benda ni semua berlaku,aku teringat kembali cita-cita aku sebagai seorang tentera,..itu semua aku tak pasti,aku tak tahu,masa depan adalah rahsia Yang Maha Esa.aku rasa lega sangat sebab masuk palapes,ni la back up masa depan aku.aku harap aku mampu hadapi  latihan sepanjang 3 tahun yang mendatang ni.

cuti pertengahan sem seminggu ni aku tak balik rumah ,ada latihan berterusan,pra annual kem.memang taff kem ni,tapi alhamdulillah aku berjaya hadapi.banyak suka duka yg dilalui.harapnya annual kem yg sebenar nanti aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.pengalaman tidur atas lantai di markas palapes beramai2,makan makanan askar,minum air sungai,pakai baju yang sama hampir seminggu,tidur 2-3 jam,berjaga tengah malam higga ke pagi tanpa pakai baju di hutan memang pengalaman yang mencabar.
yang menariknya bila lalu kawasan kampung jalan kaki dgan pikul beg n bawak senjata,budak2 dok panggil abg askar.naik trak orang tegur..(mcam aku kecik2 dulu la) huhuhu.gali kubu,tembak m16 guna peluru kapur..memang seronok..berjemur tengah panas yang macam padang jarak padang terkukur..adoiii..kulit memng berkilat la jawabnya.hahhaha..yang penting mental kena kuat.semua benda jadi kalau kita enjoy..tapi kalau kita stress aku rasa memang susah la nk bertahan.perempuan boleh buat kenapa laki tak bleh buat? tu la kadang2 aku kagum la dengan semangat wirawati-wirawati ni.

gambar tak banyak la waktu pra annual kem sebb tak bawak kamera.bukan apa,mlas nk pikir sal benda2 tu...huhuhu..ad la sikit gambar kenangan..


***lain kali la upload...takdan

No comments:

Open Cbox