KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH/KATA SEMANGAT DAN FALSAFAH

Koleksi kata-kata hikmah ini merupakan satu koleksi kata-kata hikmah,kata-kata semangat serta falsafah yang yang diambik daripada pelbagai sumber seperti blog,majalah,akhbar serta kata-kata yang dicipta sendiri oleh penulis blog ini..



~jangan bersedih jika anda anda gagal.tetapi berusahalah kerana anda semakin menghampiri kejayaan…..~

~kejayaan memerlukan pengorbanan~

~dimulakan dengan azan diakhiri dengan solat.betapa singkatnya hidup seorang manusia~


~ Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.~

~Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri~

~Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.~

~ Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan~

~Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama~

~ Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap~

~ Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar~

~Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik~

~ Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia~

~ Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana~

~ Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama~

~ Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan~

No comments:

Open Cbox