AKU DAN HARI GURU

Assalamualaikum pembuka bicara...
Salam sejahtera wadah buat sekalian

16 Mei setiap tahun dikhaskan sebagai hari guru di Malaysia. Walaupun begitu, aku tak pernah ingat tarikh ni, waima aku pun bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti. Zaman dah maju, cara sambut pun dah berbeza.

Di laman sosial, ramai yang ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru masing-masing. Nama sekolah disebut, nama guru juga disebut. Berbagai ucapan di berikan. Semuanya tanda penghargaan kepada guru. Terima kasih cikgu ! Terima kasih cikgu !....itulah yang sering kita dengar. 

Tapi, tak ramai yang sedar, guru bukanlah mereka yang ada di sekolah, universiti, kolej atau institusi pembelajaran semata-mata. Pernah cikgu aku cakap, guru adalah mereka yang memberi tunjuk ajar dan didikan kepada kita. Tidak kira siapa mereka, tukang cuci lantai, penoreh getah, pengutip sampah atau siapa saja mereka, mereka adalah guru. Kerana mereka telah mengajar dan memberikan ilmu kepada kita. Adakah kita sedar bahawa ibu bapa adalah guru yang paling awal mengajar kita untuk bercakap, mengajar untuk makan, berjalan, dan sebagainya. Pentingnya untuk kita tahu supaya kita lebih menghormati dan menghargai orang lain. 

Ini kisah aku. Mungkin dalam entri terdahulu aku dah pernah tulis. Mungkin juga tidak. Aku sudah lupa. Aku tak belajar di Tadika mahupun Pasti apatah lagi Pra-sekolah. Cukup umur 7 tahun aku terus masuk darjah 1 di SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG, Changkat Jering, Taiping, Perak. Zaman sekolah rendah aku tak seindah orang lain. Untuk aku ceritakan memang panjang. Jadi aku akan ceritakan kemudian. Semua orang pernah kena denda atas pelbagai kesalahan di sekolah. Itu aku pasti. Aku juga merasa. Zaman persekolah aku, aku pernah kena jalan itik, pusing padang waktu tengah panas sorang-sorang, kena rotan dengan pembaris panjang sampai patah, kena rotan dengan penyapu bulu ayam, kena sepak (tampar) , kena cubit kat perut dipulas-pulas, kena tarik sideburn, kena berdiri di luar kelas dan paling aku tak boleh lupa kena rotan dengan penyapu bulu ayam di kepala. Tapi entah kenapa bila cikgu tu nak pindah, air mata aku jatuh. Bukan gembira tapi sebaliknya.Sebab aku berpegang pada prinsip bahawa itu adalah proses untuk mendidik.  Dan aku tak pernah beri apa-apa hadiah kat cikgu sempena Hari Guru sebab aku tak mampu. Yang aku mampu hanyalah ucapan terima kasih.

Bila masuk sekolah menengah, Hari Guru agak berbeza daripada sekolah rendah. Antara guru yang masih aku ingat adalah cikgu Awanis, guru pusat sumber. Cikgu ni banyak tolong aku dari aspek kewangan dan motivasi. Selalu bila jumpa aku, cikgu Awanis akan bagi kata -kata motivasi, dan aku berpegang pada kata-kata dia. Dia bagi aku buku rujukan dan Alhamdulillah buku tu aku masih simpan. Buku rujukan sejarah tu adalah buku zaman dia belajar dulu punya. Tertulis nama dia dan kata-kata semangat untuk dia. Sayang aku dengan buku tu. Tiap kali hari guru, mesti wajah dia aku terbayang. Ramai sebenarnya guru-guru di sekolah menengah yang tak mampu aku nak ungkapkan sumbangan mereka satu persatu. Cukuplah sekadar ingatan dalam diri aku sendiri. Disebabkan terlalu sibuk dengan komitmen persatuan (pengawas sekolah, Biro asrama, persatuan dll) menyebabkan aku pernah disoal seorang guru, katanya aku ni pergi sekolah nak belajar ke tidak? sebenarnya aku ni pergi sekolah nak buat apa? sibuk sangat dengan macam-macam hal. Teguran cikgu ni akibat daripada tindakan aku yang gemar ponteng kelas semata-mata hendak menguruskan perkara-perkara tersebut. Terima kasih kerana menyedarkan dan mengingatkan kembali matlamat aku. 

Kini aku masih dalam perjuangan di Universiti Sains Malaysia. Tiadalah aku disini jika tanpa didikan guru-guru. Aku tak pernah membayangkan bergelar seorang pendidik. Tapi kini gelaran itu semakin hampir. In Shaa Allah, tidak lama lagi. Semoga aku dapat menjadi seperti mana hebatnya guru-guru yang telah membentuk aku hingga kini. 

**Sedang aku dok scroll kat facebook, tetiba muncul akaun fb cikgu Awanis. Terus aku add.hehehe...
Untuk menulis panjang memang aku tak mampu. Cukuplah ini sebagai permulaan.

SELAMAT HARI GURU CIKGU.
Post a Comment
Open Cbox