BENGKEL KESUSASTERAAN MELAYU - SMK SERI BALIK PULAU (PULAU PINANG)


Alhamdulillah...Syukur ke hadrat ilahi  kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga aku dengan empat orang ahli kumpulan aku iaitu, Hanis, Kavita, Quziana dan Steve melaksanakan Bengkel Kesusasteraan Melayu dengan jayanya.

Bengkel Kesusasteraan ni merupakan sebahagian daripada tugasan berkumpulan dalam subjek Kaedah Mengajar Sastera 1. Untuk tugasan ni, kami berlima perlu mencari sebuah sekolah di sekitar Pulau Pinang yang menawarkan sastera sebagai satu mata pelajaran, bukannya aliran. Agak mencabar dan sukar sebenarnya hendak mencari sekolah yang menawarkan mata pelajaran kesusateraan ni di Pulau Pinang mahupun seluruh Malaysia.

Pada awalnya kami memilih SMK Sungai Ara sebagai sasaran untuk membuat bengkel, namun di sebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka kami terpaksa mencari sekolah lain dan SMK Teluk Kumbar menjadi pilihan kami. Namun begitu, sekali lagi kami diuji apabila tidak dapat melaksanakan program di sekolah tersebut disebabkan belanjawan untuk program belum di luluskan lagi. Kami seakan -akan berputus asa seketika,kemudiannya kami masing-masing berusaha mencari alternatif lain supaya program ini dapat dijalankan juga kerana ianya melibatkan markah tugasan. Ketika ini kami cuba mengaplikasikan teknik berfikir yang dipelajari dalam subjek Teknik Berfikir seperti CAF( Consider All Factor) dan sebagainya. Ada cadangan untuk membuat bengkel ini kepada kanak-kanak tadika, namun kami berpendapat ianya kurang sesuai kerana objektif program yang dirancang tidak akan dapat di capai. Setelah lama berfikir akhirnya dengan bantuan seorang rakan, kami memperoleh sebuah sekolah di Balik Pulau yang sudi menerima kami untuk membuat program di sekolah tersebut. Masa hanya tinggal lebih kurang seminggu sebelum pelajar mula bercuti akhir tahun. Syukur alhamdulillah, Cikgu Norli iaitu guru tingkatan enam di sekolah tersebut sudi membantu kami walaupun agak bertentangan dengan prosedur untuk membuat sebarang program di sekolah.

Aku sebagai satu-satunya ahli kumpulan yang bermotosikal ditugaskan ke sekolah untuk membuat tinjauan dan perbincangan dengan pihak sekolah. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dan cikgu Norli sempat memberikan beberapa panduan dan nasihat.

Jalan ke sekolah tu tak la susah sangat, tapi sewaktu hari nak buat proram tu kami tersesat plak. Hahaha. Aku yang mengantuk sangat tu jadi mamai pulak. Akibatnya kami tiba agak lewat sedikit dari jadual asal program. Sedikit teguran dari cikgu kat sekolah tu aku tak ingat nama dia, katanya kesian kat budak-budak dah tunggu lama. Lain kali mari buat survey dahulu katanya. Maaf la cikgu, survey dah buat, tapi saya ni jenis bukan yang mudah nak ingat jalan.huhuhu

Sampai je kat sekolah tu kami terus ke surau. Kelam kabut jugak la jawabnya. Program ni kami buat kat surau sebab dewan digunakan untuk exam SPM.  Sampai je kat surau tengok budak-budak semua dah tunggu. Untuk pengetahuan, mereka ni semua pelajar tingkatan 3 bertepatan dengan kumpulan umur sasaran program kami. Pilihan peserta ni pun cadangan aku. Sebabnya aku fikir relevannya pilih pelajar tingkatan 3 kerana mereka ni akan naik ke tingkatan empat pada tahun berikutnya. Sesuai dengan program kami untuk melestarikan sastera di peringkat sekolah. Jadinya dalam program kami ni, kami akan perkenalkan secara umum berkaitan sastera dan kelebihan yang terdapat dalam bidang sastera. Berdasarkan pengalaman kami, kebanyakkan pelajar memang tidak tahu atau kurang faham dengan apa itu sastera. Berbeza pula kalau ditanya perihal sejarah dan sebagainya.

Program kami bermula dengan membuat persiapan sepantas yang boleh dan pada masa yang sama Hanis telah mengambil alih atur cara program dengan membuat salam perkenalan. Kemudiannya kami setiap orang fasi2 memperkenalkan diri seringkas yang boleh.

Peserta program ni ada dalam dalam 20 orang lebih la..agak seimbang antara lelaki dan perempuan. program di mulakan dengan sesi ice breaking. Slot ni aku yang ambik. Takda apa sangat pun aku buat. Just main kotak muzik je. Tu pun buat sekejap je sebab masa dah tak cukup. Dan lepas tuh terus buat pembahagian kumpulan. Waktu nih aku dah tahu mana kumpulan aku nak jadi fasi. Sebabnya sama macam aku jadi fasi program orientasi asrama tiga tahun lepas..hahaha. Kalau tak tahu tak pa. Biarkan.

Lepas tu sambung la dengan slot-slot yang lain dan berhenti rehat. Ada makan. Makan bihun goreng dengan air teh kalau tak silap aku. Lepas tu sambung balik program dengan slot seterusnya. Dan satu slot yang diberi nama slot 'dari hati ke hati' kami jemput rakan seperjuangan kami di usm untuk berkongsi berkaitan kesusasteraan dengan adik-adik peserta semua nih. Kawan aku ni namanya Shamizul Haikal. Dia ni seorang yang bergiat aktif dalam sastera dan sewaktu program dia ada deklamasikan puisi dia yang bertajuk 'Retaknya Bulan Ini''. Puisi yang sangat menarik dan aku kagum dengan minat dan bakat dia.

Selain tu ada juga slot berkaitan 'sastera dan alam kerjaya''. Slot ni lebih kepada memberikan pendedahan kepada peserta  berkaitan peluang-peluang kerjaya yang boleh diceburi apabila memilih bidang sastera. Kami juga ada memperkenalkan berkaitan sastera digital kepada peserta yang mana sastera digital ni masih dianggap baru dan kurang  disedari oleh kebanyakkan orang bahawa ianya sebahagian daripada sastera.

Program hari tu berakhir dengan majlis penutup iaitu penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta dan juga pihak sekolah. Dan kemudiannya  ada jamuan tengah hari. Lepas tu ada sesi bergambar dan proram berakhir. Sebelum balik tu kami duduk berehat sekejap kat surau tu. Waktu tu budak-budak ni pun lepak sekali kat surau sebab nak tunggu waktu balik lambat lagi. Lagipun hari-hari terakhir sekolah ni apalah sangat nak buat kan. Sapa yang sekolah tahu la macam mana suasana hari-hari terakhir sekolah ni menjelang cuti panjang akhir tahun.

Begitulah serba sedikit catatan perjalanan program yang telah dijalankan..huhuhu
Usha-usha la ye gambar-gambar yang ada...tak banyak sangat... (bawak kamera tanpa memori kad) hahaha...jem betoi.

Penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah oleh pengarah projek

Pengarah projek, Steveson.

Quziana menyampaikan cenderamata kepada pelajar paling aktif sepanjang program. Ameen.




my group...hahaha

Group Kavita


Group Hanis

Bergambar kenangan

Bergambar kenangan dengan cikgu dan shamizul

Slot 'ice-breaking'

Bergambor kenangan di pagar sekolah.
.adakah sekolah ini menjadi pilihan kami Latihan mengajar suatu hari nanti?? 

Hanis menyampaikan cenderahati kepada Shamizul Haikal



Wakil pelajar mendeklamasikan puisi sambil dibimbing Shamizul Haikal







Post a Comment
Open Cbox