PESTA HOKI USM - PENANG INTERNATIONAL KE-41 (4-7 DIS 2014)

Alhamdulillah....

Untuk tahun ketiga berturut-turut dapat main di Pesta Hoki USM yang merupakan pesta hoki terbesar di Asia Tenggara... Salah satu sebab aku pilih sambung belajar di USM, inilah sebabnya. Hoki!

Untuk tahun ni agak berbeza sikit dari tahun sebelumnya. Tahun ni last minit dapat tugasan sebagai manager merangkap kapten pasukan untuk pasukan USM GAMMA. Pasukan ketiga la ni ni. Gred C. Hahaha...Tak kisah la pasukan gred apa pun, yang penting main dan enjoy. Last minit dapat dan first time galas tanggungjawab ni memang kelam kabut sikit la. Pagi khamis tu kena bangun seawal 6 pagi sebab nak pergi daftar pasukan. Elok dah g daftar, kad matrik pulak tak kutip lagi.Mana la aku nak tahu kena bawak semua nih. Ingatkan kapten besar dah settlekan. Hahaha.. Pagi tuh kelam kabut pergi ke setiap desasiswa dok kal budak2 nih suruh bangun nak mintak kad matrik. Sampai habis kredit aku. Pukul 8 baru siap register team. 

Game lepas tuh serba bercelaru. Borang register team tak isi la, macam-macam..hahaha. Pengalaman pertama la katakan. Tentang game aku taknak ulas panjang. Cuma untuk kategori IPT kami satu team memang enjoy the and play without pressure. Perjalanan kami tersekat di suku akhir. Kalah stroke. Sebenarnya aku tak tahu yang stroke ni sunderdeath, kalau aku tahu, memang aku akan ambik first la. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki kami. Ni kali kedua aku tak sempat ambik penalti stroke. Same thing happen dan ni juga kali kedua aku skor dalam game.hehehe.. Rekod peribadi je nih..kikiki.. Defend nak skor memang jarang sekali la..


IPT main sampai hari kedua. Pastu hari ketiga sambung dengan kategori Men's Open pulak. Kali ni memang hard luck betul la. Mungkin sebab dah penat. Atau juga terlalu konfiden sampaikan game yang boleh menang kami hanya mampu seri je. Game keesokkannya punperkara sama juga berlaku. Lalai dan cuai.Akibatnya kami kalah. Dan untuk kategori open ni hanya sampai tahap kumpulan je. Waktu ni la lutut aku dah mula buat hal. Second game tu kena pulak dekat keting kering dengan ankle. Memang penutup game yang tragis. Tak sah aku main kalau tak injured. Aduhaiii...


celebrate gol


fail basic!! hahaha

dengan shakarullah...dia main untuk UPNM. Aku main untuk USM.. huhuhu..rugi tak bertemu atas padang

my team....yeahhh

saat-saat ''kejatuhan'' aku..hahaha..
licin boh..kasut dah uzur...

walaupun kalah, enjoy tetap enjoy

time ni aku nampak katil jaa...hahaha

suasana di padang minden sewaktu pesta hoki..meriahhhh

tiga tahun main pesta,tak pernah aku ambik gambar dengan background nih

sewaktu lawan team dari thailand


souvernir dari team satit chula (thailand)




Apa-apapun, game kali ni memang best. Very enjoy. Dan aku pun main lebih konfiden sikit. Paling penting aku punya fitness di paras yang agak baik. Maklumlah sebelum game dua tiga minggu juga aku pantang tak minum ais dan air berkarbonat. Dan hasilnya Alhamdulillah. Aku akan teruskan untuk kurangkan ais ni walaupun kadang2 tergoda juga. Tapi demi diri sendiri, apa salahnya berkorban. Tak sanggup dah aku jadi macam main waktu pengkalan hulu dengan sungai petani. Badan tak fitt, main tak enjoy dan tersiksa rasa.huhuhu... 

Untuk tahun depan tak pasti main ke tak lagi. Maklumlah tahun depan dah tahun akhir. Tapi tengoklah dulu nanti macam mana. Kot mengizinkan dan diberi peluang aku main je la. Hoki ni sebagai hobi. Aku ni mula main hoki dah lewat, so jadi gila main sikit la..hahaha..

-USM EAGLE-

No comments:

Open Cbox